ZAMAN KEGELAPAN PAKATAN HARAPAN KE PUTRAJAYA.
RABU: 25 Ogos - Pakatan Harapan (PH) begitu terdesak sekali ingin kembali ke Putrajaya. Bukan hanya sekadar kata namun hakikatnya jelas dan nyata.
Lihat sahaja, bagaimana kenyataan Lim Kiat Siang yang dengan jelas menyatakan bahawa jika Perdana Menteri dari kelompok yang menang (PN) maka seharusnya TPM dari kelompok mereka (PH).
Dengan apa cara jua, walau terpaksa menggadai maruah (yang bagaikan telah tiada) mereka ingin kembali ke Putrajaya. Walau hanya menduduki kerusi TPM.
Beranikah DSAI mengatakan tidak kepada kenyataan LKS itu? Pasti, sangat di yakini DSAI akan bersetuju malah menyokong sepenuhnya akan kenyataan LKS walaupun berat baginya, kerana LKS adalah seorang pemimpin utama DAP dan DAP pula adalah tulang belakang jatuh bangunnya bagi PH.
Sekadar imbas kembali, pada tahun 1971, LKS dan sekutunya adalah individu yang tidak menyokong pindaan perlembagaan untuk tidak mempersoalkan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu.
Begitu iri dan dengkinya LKS dan sekutu beliau kepada hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu .
PKR dan parti Melayu dalam PH hanyalah alat yang digunakan oleh DAP untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu. Ini adalah fakta.
Pasti masih segar di dalam ingatan kita frasa "MELAYU SCREW MELAYU". Itulah hakikat kegunaan parti-parti Melayu dalam PH. Hanya sebatas itu dan tidak lebih.
Jika DSAI menjadi PM sekali pun, beliau hanyalah boneka yang talinya dikawal oleh jari jemari DAP sebagaimana Mahathir sedikit masa lalu.
Sementara pemimpin-pemimpin Melayu lainnya seperti Mat Sabu, jelas sekali tidak mempunyai ciri -ciri kepimpinan unggul yang mampu di banggakan. Sejarah beliau sebagai Menteri Pertahanan sewaktu PH memerintah di Putrajaya, adalah sebuah sejarah hitam dan kusam kepada dunia pertahanan negara.
Dengan tahap intelektual beliau yang (maaf cakaplah) rendah dan kegopohan serta ketiadaan sedikit pun ciri-ciri kebijaksanaan atau cekapan beliau. Zero!!..
Pemimpin Melayu PH seperti Mat Sabu, mungkin selayaknya hanya menjadi Ketua Kampung, bukannya barisan pemimpin utama negara. Serata dunia melihat negara kita dipimpin oleh sekumpulan boneka-boneka komedi.
Baca dan hadamkan. Tidak perlu waktu sepenggal di Putrajaya untuk PH mengkucar-kacirkan negara dan menghapus hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu.
Tempoh 22 bulan sahaja sudah cukup memadai, seharusnya cukup untuk membuka mata orang-orang Melayu betapa hak-hak mereka di tanah mereka sendiri sedang "dicabul dan dirogol" oleh puak-puak serakah di dalam agenda DAP yang berselindung di belakang PH.
Hari ini, kita di Malaysia tidak akan terkurung dan terpaksa menghadapi pandemik yang memeritkan seluruh dunia jika kerajaan PH mengambil tindakan segera terhadap pelancong-pelancong dari Tanah Besar (Komunis) China.
Hanya satu daripada senarai yang cukup panjang akan kegagalan PH namum yang satu ini sahaja sudah cukup memeritkan dan memberi jangka masa panjang kepada rakyat jelata dan negara.
Tidak perlu kita hurai lebih panjang akan kegagalan-kegagalan lain seperti nasib penjawat awam yang dibuang secara besar-besaran, ganggu gugat kedudukan Raja-Raja Melayu, manifesto-manifesto yang indah hanya di atas kertas namun mustahil untuk dijayakan dan banyak lagi yang mana pasti masih segar di minda setiap dari kita pada hari ini.
Dari itu, setiap diri yang masih tebal akan cintanya kepada negara dan bangsanya, haruslah sedar bahawa PH dan DSAI membawa bersama dirinya akan musibah yang besar kepada negara bilamana beliau di angkat menjadi Perdana Menteri.
Demi generasi akan datang dan Malaysia yang lebih gemilang, ayuhlah kita sama-sama mencurahkan bakti dengan menolak Pakatan Harapan dan menyedarkan rakyat jelata lain yang masih terpengaruh dan percaya dengan janji semanis madu mereka.
Pakatan Harapan sebuah rejim berteraskan kejahatan dan kecemburuan semata-mata. Menyokong Pakatan Harapan ibarat kita melacur masa depan negara yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment