Jika kita.
- buat usul dalam parlimen untuk ambil baki RM12 bilion dari dana RM17 bilion KWAN (setelah RM5b dikorek PN untuk vaksin).
- gunakan dana sehingga RM12b tersebut untuk bantu Rakyat menghadapi total lockdown 7 hari-14 hari paling ketat sekali seperti PKP 1.0 bagi negeri-negeri dengan kes tinggi dan kadar keberjangkitan tinggi.
Kita try 7 hari atau 14 hari dulu. Sekiranya tak cukup, tambah 7 hari sambil tunggu vaksin berkesan.
Amat ketat sekali seperti PKP 1.0 sebab virus tak gerak. Rakyat yang gerak dan kita kena hentikan secara maximum semua pergerakan manusia bagi tempoh sementara.
Supaya kes baharu tidak naik ke 24,000 sehari, ribuan lagi nyawa diselamatkan, sistem hospital tidak terus lumpuh dan ekonomi boleh dibuka semula lebih awal.
Agar jumlah kes aktif seramai 190 ribu orang hari ini tidak bertambah lagi dan akan turun dengan laju.
Setelah berjaya, kita boleh buka semula semua sektor lebih awal berbanding bulan Oktober atau Disember seperti dirancang di bawah PPN.
Selain membantu Rakyat, wang KWAN yang diberi kepada Rakyat juga akan merancakkan ekonomi tempatan.
- beri jaminan kerajaan bagi bank untuk beri pinjaman tanpa syarat sebanyak RM3k hingga RM5k kepada setiap warga negara dalam golongan B40 dan M40 (rekod seperti dalam BPR dan LHDN) dalam masa 3 hari bagi cadangan skim i-Survive - terutamanya kepada mereka yang tak ada simpanan KWSP.
Lulusan automatik. Tak kira ada rekod CTOS atau sudah bankrap sebab mereka juga perlu makan dan survive.
Pinjaman dibayar balik sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan pusat dalam tempoh 3 tahun akan datang melalui cukai pemulihan Covid. Peminjam tak perlu bayar.
- Cukai pemulihan Covid termasuk cukai durian runtuh adalah cukai sementara ke atas sektor-sektor mewah seperti kereta dan hartanah mewah serta taikun-taikun berpendapatan tinggi dengan tempoh 3 tahun bagi pulihkan kewangan negara.
- usul dalam parlimen untuk naikkan had hutang sekali lagi dari 60% ke 65% - seperti dinaikkan kerajaan PN dari 55% ke 60% di parlimen pada Ogos lalu.
- Gunakan pinjaman baharu ini untuk lebih membantu perniagaan kecil yang paling terjejas dan untuk ganti wang dalam KWAN.
- Parlimen bubar setelah Covid reda dan imuniti kelompok negara tercapai.
Mandat dikembalikan kepada Rakyat untuk menyelesaikan masalah kedua terbesar negara selepas Covid - iaitu kerajaan yang tak stabil.
Agar negara dikembalikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kompeten dengan seorang PM yang tak mengaku bodoh dan tak mengaku tidak boleh jaga 32 juta Rakyat.
(Pelan di atas itu sebenarnya amat mudah dan segalanya di bawah kuasa kerajaan PN sekiranya mahu laksanakan.
Tetapi kenapa mereka tak buat?
Sebab mereka amat takut kalah undi dalam parlimen dan amat bimbang jika PRU dilaksana dalam masa terdekat, mereka akan kalah teruk.)
No comments:
Post a Comment