Friday, 31 March 2023

Coretan Yana Najib

Kepada semua sahabat-sahabat DSN, 

Minta maaf…

Yana pulang dengan tangan kosong. 

Setiap hari Yana berdoa dan menaruh harapan.

Agar Yana diberi peluang pegang tangannya sekali lagi, peluknya, dan pulang ke rumah bersama keluarga.

Malam ini rumah kosong lagi. 

Semalam sebelum Daddy dibawa pulang ke penjara, Daddy kata kepada Yana dan adik-beradik, “Daddy baru fikir apa kita nak buka puasa malam ni? Ingat boleh sembahyang bersama family”. 

Sedih, memang sedih.

Kerana ketika diperlukan, DSN sentiasa membantu.

Kerana ketika diminta peluang, DSN tidak pernah say no.

Kerana ketika tiada apa-apa juga DSN tetap bersuara, sama-sama berjuang untuk semua.

Seumur hidup DSN, bekerja bekerja bekerja. Bantu bantu bantu.

Apakah ini balasannya dan pengakhirannya?

DSN tak minta apa pun. Hanya perbicaraan adil.

Bermula dengan pertukaran Hakim di Mahkamah Tinggi.

Sehingga ke rayuan di Mahkamah Persekutuan di mana...

- bukti baharu tidak dibenarkan
- konflik berkepentingan Hakim tidak diterima

Dan yang paling asas iaitu masa dan peluang untuk DSN membela dirinya menghadapi isu demi isu.

Adakah boleh tukar peguam untuk khidmat nasihat berbeza? Boleh dan biasa berlaku. Pihak pendakwaraya juga.

Tetapi DSN tidak boleh.

Adakah boleh beri masa kepada peguam baru untuk meneliti dokumen kes? Boleh dan biasa diberikan. Kepada peguambela, kepada pendakwaraya juga.

Tetapi DSN tidak boleh.

Adakah peguam boleh tarik diri daripada pembelaan jika tidak yakin dan tidak mahu teruskan? Boleh dan biasa berlaku.

Tetapi DSN tidak boleh.

Sedangkan memang ada pekeliling mahkamah yang secara jelas kata mahkamah tidak ada kuasa menghalang peguam menarik diri.

Yana kongsikan penghakiman yang diberikan Yang Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli.

Pertama, pihak pendakwaan memberi hujah selama dua hari tetapi DSN tidak didengar langsung ketika perbicaraan tahun lepas.

Kedua, permohonan penangguhan bukan untuk lari dari rayuan tetapi dibuat dengan jujur agar peguam DSN dapat buat persediaan meneliti 30,000 dokumen.

Ketiga, hak DSN untuk perbicaraan yang adil dinafikan kerana perbicaraan diteruskan pada masa peguam DSN tidak lagi berupaya mengemukakan hujah setelah tidak diberi masa dan telah berundur diri dari mewakili DSN.

Keempat, DSN berhak mendapatkan peguambela yang efektif, dan bukan merencatkan peranan dan keupayaannya.

Yana akhiri dengan apa yang Hakim Besar Sabah dan Sarawak kata tadi:

“Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah."

"Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil"

"Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil"

"Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali."

Yang Arif juga memutuskan agar penghakiman dahulu diketepikan dan DSN dibebaskan daripada tuduhan terhadapnya.

Siapakah Hakim ini? Yang Arif adalah Pengerusi panel hakim dan juga Hakim paling kanan paling berpengalaman dalam panel semakan ini.

Yana tahu ramai yang kecewa dan keputusan penghakiman hari ini juga mengejutkan perundangan kerana ia membawa kesan dan akibat besar.

Yana tahu DSN seorang pejuang dan DSN tetap mahukan perbicaraan dan pengakhiran yang adil kepadanya.

Yana berharap kita semua akan terus mengambil langkah bertindak dengan berani mempertahankan dan memperjuangkan keadilan penuh untuknya.

We must continue our fight. We must voice out the truth. We must take on brave action in the name of justice.

Daddy sudah berumur 70 tahun. 47 years of his life was spent serving the country and UMNO. 

The least we can do is to accord him with our courage to speak out and do the right thing. 

Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita dan memberikan kekuatan kepada kita semua menghadapi segala musibah dan ujian. 

Terima kasih kepada semua yang hadir ke mahkamah pagi tadi dan mendoakan kebaikan DSN. Beliau kirim salam dan anda semua sentiasa menjadi inspirasi untuk beliau terus berjuang. 

Never retreat, never surrender. 

Ikhlas,
Yana Najib


Di khianati

Susuk tubuh insan yg bernama Haji Mohd Najib Bin Haji Abdul Razak...

Dia adalah Perdana Menteri ke Enam

Dia penutup nama teori RAHMAN

Dia membawa idea Cash is King

Dia membahagikan kekayaan negara kepada rakyat 

Dia adalah penyelamat UMNO dahulu

Dia cuba membawa keseimbangan kepada BN

Dia memecahkan monopoli penguasaan PM 4

Dia berani berhadapan dengan pengaruh tanpa had PM4

AKAN TETAPI

Kesibukan dia mengurus negara menyebabkan...

Kebaikan dia diambil kesempatan oleh musuhnya

Kebaikan dia dikhianati oleh rakan sendiri

Kebaikan dia digunakan sepenuhnya oleh orang kelilingnya

Kebaikan dia menyebabkan rahsia kerajaan dibocorkan oleh org yg rapat dengannya

Kebaikan dia memusnahkan legasinya sendiri

AKIBATNYA

Keterdesakan dia menyelamatkan diri digunakan oleh rakan baiknya sendiri utk membuat akuan sumpah

Keterdesakannya menyelamatkan diri menyebabkan musuh parti lepas bebas

Keterdeaakannya menyebabkan dia tunduk akur kepada desakan utk melepaskan UMNO

DIA TIDAK PERNAH

Mahu UMNO berjuang untuknya menyelamatkan dirinya dari tekanan politik

Mahu mengheret penyokongnya mengadakan huru hara

Mahu orang ramai menjadi benteng pelindungnya

Percaya akan dirinya bersalah kerana apa yg diperoleh negara wajar diagihkan kepada rakyat.

HARI INI

Kesemua yg kononnya rapat dengannya hanya menggunakan namanya untuk kuasa

Kesemua yg kononnya amat menghormatinya hanya menggunakan popularitinya untuk meraih sokongan

Kesemua yg kononnya amat sedih dengan nasibnya, masing masing hanya lepas tangan atas alasan menghormati prinsip undang undang

AKAN DATANG

Beliau perlu melihat sendiri siapa rakan, siapa pengkhianat dan siapa pula musuh sebenar

Beliau perlu faham beliau masih ada sepupu yang benar2 mahu melihat beliau terbela dari kawan yang konon rapat tapi hanya bermuka muka demi kuasa.

Beliau perlu sabar dan perlu yakin, proses perundangan akan diatasi menerusi pengampuan DiRaja

Paling utama, terlalu ramai yang hanya tahu menghimpitnya hanya disebabkan popularitinya semata mata

Beliau juga faham, dalam politik tiada kawan sejati dan tiada musuh sejati. Ini yang beliau kerap sebut dahulu dan beliau perlu kembali pada asas ini.

Kasihan kamu wahai Haji Mohd Najib. Sejak dari usia awal kamu menjadi Menteri Besar Pahang sehingga detik akhir 9 Mei 2018 sebagai Perdana Menteri, kebaikan kamu kerap sangat dikhianati oleh rakan baik kamu yg kamu angkat sendiri ketahap ini.

Bersabarlah. Sesungguhnya sabar kamu nanti akan terbalas. 

Seperti yg kerap kami katakan sewaktu kamu dipuncak kuasa, hati2 lah dengan orang yang kamu anggap kawan yang kamu kata tidak akan mengkhianati kamu. 

Kamu masih ada sepupu yang mahu kamu hidup bahagia seperti orang lain yang kamu seperti lupa kewujudannya.

Lagipun, selagi PM4 dan PMX masih ada, keadilan untuk kamu tidak akan tertegak. Dan kamu akan terus menjadi mangsa kepada keadaan kerana kamu adalah Haji Mohd Najib Bin Haji Abdul Razak. Kebaikan kamu itulah kelemahan sebenar yang kamu sendiri tidak lihat dengan jelas.

Sesungguhnya saya amat merindui era pemerintahan kamu. Kamu benar benar berjuang untuk kami sebagai rakyat. Cuma kesilapan kamu yang kamu mungkin tidak sedar menghumban kamu ke lembah hina ini.

Jebat May Kamarul II


Resepi Ayam Goreng Seringgit

Resepi ayam goreng seringgit πŸ˜‹

Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.

Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya;
1.Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
8.Hidangkan panas-panas..
9.MakannnπŸ˜‚πŸ™Š

#untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal wehπŸ˜‚)
#boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung kat rumah.. Anak-anak mesti cakap "sedaplah mama..boleh jual.."
Dulu saya gelak je kalau anak cakap macamtu.. tapi dari situ saya dapat idea dan keyakinan..
Alhamdulillah sekarang memang saya dah jadi peniaga ayam goreng punπŸ™‹πŸ™Š

Kredit Resepi : murni rahmat

Tuesday, 28 March 2023

Najib tidak diberi keadilan

πŸ”΄SPRM telah mengenal pasti 20 individu, termasuk dua pembantu bekas Perdana Menteri yang dikenal pasti memiliki aset di luar negara yang dikaitkan dengan 1MDB.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia bahawa aset tersebut adalah dalam bentuk hartanah, wang tunai, pegangan saham, karya lukisan dan barangan kemas.

Bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner telah menamakan 20 individu tersebut, tambah sumber itu.

Sebenarnya, nama bekas pegawai Najib yang dibayar wang 1MDB oleh Jho Low dan Tim Leissner telah didedahkan ketika perbicaraan Leissner dan Roger Ng di Brooklyn, Amerika Syarikat tahun lepas.

Mereka termasuklah Amhari Nazaruddin (saksi pendakwaan utama dalam kes perbicaraan Najib, Yan Yahaya serta Allahyarham Azlin Alias dan Nik Faisal yang mana kedua-dua penama terakhir itu ditugaskan untuk menguruskan akaun bank Najib.

Perlu diingat juga bahawa peguam Roger Ng pernah mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengatakan bahawa dia dan anak guamnya mempunyai bukti yang boleh membebaskan Najib daripada tindakan mahkamah. 

Bukti itu dikatakan dimiliki oleh bekas jurubank Goldman Sachs, Roger Ng, yang terhalang dari  mendedahkannya kerana terikat kepada satu lagi perintah perlindungan mahkamah US. 
Link: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/04/13/evidence-that-could-clear-najib-is-out-of-reach-despite-court-order/

Najib sebenarnya telah memfailkan permohonan di Mahkamah US bagi memperolehi bukti ini dan telahpun menang di mahkamah yang mengarahkan DOJ (Department of Justice, Amerika) untuk menyerahkan bukti ini tetapi dihalang oleh perintah sekatan DOJ yang seterusnya. Alasan yang digunakan oleh DOJ adalah “dihalang atas kepentingan keselamatan negara".

Najib juga cuba mendapatkan SPRM dan Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan bukti-bukti ini daripada DOJ AS tetapi sekali lagi, percubaan beliau dinafikan.

Harus diingat bahawa penghakiman bertulis Nazlan dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa mereka yang menguruskan akaun Najib telah mendapat manfaat dari segi kewangan dan dengan itu individu-individu berkenaan tidak mempunyai sebab/motif untuk mengelirukan Najib mengenai status sebenar akaun Najib dan transaksinya. 

Ketika rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, DS Najib telah cuba mengemukakan bukti termasuk kenyataan SPRM serta keterangan Mahkamah Leisner yang mengesahkan Nik Faisal dan Datuk Azlin telah menerima jutaan Ringgit dari Jho Low, tetapi ia telah ditolak oleh kedua-dua mahkamah. 
Walaupun buktinya begitu jelas menunjukkan bahawa Nazlan salah dalam penghakimannya kerana mengatakan kedua-dua individu itu tidak menerima ganjaran atau mempunyai motif untuk merahsiakan maklumat akaun dari Najib. 

Kita mempunyai sistem kehakiman yang sangat pelik di mana mereka yang merembat wang dan menyorok/menyimpannya di luar negara untuk kekayaan diri mereka sendiri dilepaskan…malah dijadikan saksi pendakwaan! 

Manakala Najib dijadikan defendan tunggal, dihalang dari memperolehi keterangan/bukti yang memihak kepadanya dan juga tidak dibenarkan mengemukakan bukti yang diperolehinya sendiri  melalui saluran rasmi untuk membela diri dan membuktikan di mahkamah bahawa Nazlan jelas melakukan kesalahan dalam penghakimannya.


Monday, 27 March 2023

PM yang di sayangi Arab Saudi


Tulisan ini agak panjang tetapi penting untuk dinukilkan. 

Perdana Menteri Malaysia yang paling disayangi dan dihormati oleh Arab Saudi adalah DS Najib Razak. 

Ini merupakan fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun. 
Manfaat keakraban DSN dengan kerajaan Arab Saudi ini sungguh besar impak dan jasanya kepada negara kita. 

Setelah DSN menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, Arab Saudi adalah antara negara pertama yang dilawat oleh beliau. 

Beliau mempunyai hubungan yang cukup istimewa dengan Raja Arab Saudi ketika itu, King Abdullah Abdul Aziz. 

Ketika lawatan beliau pada tahun 2009, King Abdullah begitu gembira menyambut Najib. 
Pertemuan yang sepatutnya dijadualkan selama 30 minit telah dilanjutkan oleh baginda menjadi 75 minit. Baginda menzahirkan hasrat supaya kedua-dua negara menjalin hubungan ekonomi yang rapat melalui pelaburan bersama. 

Perhubungan akrab Najib dan baginda tidak pernah putus dan mereka saling menelefon dan menulis warkah sesama mereka. 

Di mata Raja Arab Saudi, Najib adalah pemimpin yang sangat berwibawa, dihormati dan hebat. 
Sehingga Raja Arab Saudi mengurniakan Darjah Kebesaran Tertinggi Kerajaan Arab Saudi iaitu,  ‘King Abdul Aziz Order of Merit‘ (Kelas Pertama) – satu anugerah yang tidak pernah diberi kepada mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum dan selepas DSN! 
Anugerah ini tidak pernah ditarik balik seperti anugerah buruk siku yang lain. πŸ˜‚

Anugerah ini adalah anugerah penghormatan tertinggi negara Arab Saudi yang dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin utama dunia seperti Presiden-presiden Amerika Syarikat, Presiden Russia, Perdana Menteri UK, Presiden China, Perdana Menteri India dan lain-lain. 
Dalam senarai nama-nama hebat dunia itu, ada seorang pemimpin Malaysia bernama Najib Razak. 

Tidak cukup dengan itu, Raja Abdullah telah menghadiahkan sebuah hadiah yang tidak ternilai iaitu sebidang Kain Kiswah yang pernah menutupi Kaabah seberat 170kg! Kain itu pula adalah dari bahagian paling cantik iaitu pintu Kaabah (multazam) yang paling sarat tenunan benang emas dan peraknya! 

DSN telah memanfaatkan keakraban beliau dengan Raja Arab Saudi demi memakmurkan rakyat kita dan negara. 

Pelaburan- pelaburan dari Arab Saudi tidak putus-putus masuk dan jemaah Haji Malaysia menerima manfaat cukup besar apabila DSN boleh dengan selamba mendapatkan kuota haji tambahan setiap kali tibanya musim Haji. 
Ini menjadikan tempoh menunggu rakyat untuk menunaikan Haji dapat dikurangkan. 
Kuota tambahan one off sebanyak 20,000 jemaah haji telah diperolehi dan inilah kuota yang digunakan oleh 1MDB untuk menaja rakyat yang tidak mampu untuk menunaikan haji. 

Ramai juga yang tidak tahu sekitar tahun 2011 ketika berlakunya Arab Spring di Mesir, seramai 7,209 pelajar Malaysia terperangkap di Mesir yang sedang bergolak. 
Semua ruang udara ditutup di Mesir! 

DSN telah memanfaatkan hubungan baik beliau dengan Arab Saudi bagi melakukan operasi menyelamat rakyat Malaysia secara besar-besaran. 

Ia bukan misi yang mudah kerana melibatkan jumlah rakyat yang sebegitu banyak. 
Disebabkan hubungan akrab beliau dengan negara-negara Arab, penerbangan menyelamat Malaysia telah dibenarkan dan pesawat-pesawat komersial telah dibenarkan mendarat bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir yang sudah tidak ada lagi pentadbiran awam berasaskan undang-undang. 

Raja Abdullah membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pun pesawat Malaysia di Jeddah ketika itu. 
Jeddah menjadi tempat penempatan sementara rakyat Malaysia ini sebelum diterbangkan pulang ke Malaysia. 

Malah, Prince Turki Abdullah Al-Saud telah menaja dan membiayai pembayaran 2 pesawat Jumbo Boeing 747 untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur. 

Misi ini telah dilaksanakan dengan cemerlang sehingga tidak ada seorang pun pelajar Malaysia yang menjadi korban kesan huru-hara Arab Spring di Mesir yang menumbangkan Hosni Mubarak ketika itu. 
Majoriti dari mereka balik dan sokong PAS. πŸ˜‚

Atas keakraban itulah King Abdullah telah sudi untuk memberikan derma peribadi bernilai ratusan juta kepada DSN bagi tujuan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri kerana Arab Saudi cukup sayang dan mahukan kerajaan pimpinan DSN terus kekal memerintah bagi tujuan kemakmuran bersama. Baginda menganggap Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh yang tidak ekstrim dan mahukan konsep wasotiyah ini dicontohi oleh negara-negara lain. 

Malah Bekas Menteri Agama DS Jamil Khir yang berada ketika pertemuan DSN bersama Raja Abdullah ini mengatakan bahawa keakraban Raja Abdullah dan DSN adalah rapat dan penuh kasih sayang umpama seorang bapa dan anak. 
Baginda berjalan berpimpinan tangan, beriringan dengan menggengam erat tangan DSN penuh hormat dan kemesraan. 

Demikianlah keakraban DSN dengan King Abdullah. 
Apabila baginda wafat, DSN yang berada di Switzerland untuk World Economic Forum terlalu sedih dan telah menghentikan mesyuarat beliau dan terus berangkat ke Arab Saudi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum. 

Hubungan akrab Najib dengan kerajaan Arab Saudi ini diteruskan lagi di era King Salman. 
King Salman tahu dari Almarhum Abangnya bahawa Najib dan Malaysia adalah rakan karib. 
King Salman menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia yang dilawati baginda setelah menjadi Raja Arab Saudi. 

Sebelum lawatan baginda itu, telah kecoh di Malaysia isu derma 2.6 billion. 
Mahathir dan gerombolannya memainkan isu derma Saudi ini habis-habisan. 
Mahathir malah kata, “Arab gila saja akan beri duit sebanyak itu.” πŸ˜‚

Menteri Luar Arab Saudi telah ditanya berkenaan derma tersebut dan beliau mengesahkan ia adalah derma tulen kerabat Arab Saudi buat Najib. 

Pembangkang berterusan memainkan isu berkenaan dan ia menjadi kecoh di seluruh dunia. 
Mereka mengatakan derma Saudi tersebut hanyalah rekaan dan alasan Najib 

Ditengah-tengah kekecohan itulah King Salman telah datang melawat Malaysia. Beliau salam, memeluk dan mencium DSN. 
Malah gambar selfie legend mereka berdua terhasil ketika lawatan inilah. 

Ia seolah-olah satu jawapan dengan tamparan hebat kepada semua yang mencerca dan memfitnah Najib. Mustahil Arab Saudi bersikap sedemikian sekiranya Najib menipu dengan menjual nama Arab Saudi demi menyelamatkan dirinya dari skandal kewangan. 

Namun raykat tak peduli. Mereka tetap percaya kepada pembohongan-pembohongan Mahathir dan koncu-koncunya. 

Lawatan baginda itu bukan dengan tangan kosong. 
Baginda mengumumkan pelaburan Aramco dimiliki Arab Saudi di Projek Pengerang, Johor bernilai RM 30 billion (USD 7 billion) 

Ini adalah merupakan antara pelaburan yang terbesar sekali dalam sejarah yang Malaysia pernah terima! 
Kesemua wang ini telah selamat diterima oleh Petronas sebelum PRU 14. 

Malaysia mengumumkan pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman (KSCIP) sebagai penghormatan kepada baginda ketika lawatan ini. 

Malangnya semua ini dirosakkan oleh Mahathir dan koncu-koncunya setelah mereka merampas Putrajaya. 

KSCIP telah dibatalkan begitu saja tanpa langsung menghormati Arab Saudi. 

Mahathir cari gado dengan semua orang. 
Malah mengkritik Arab Saudi secara terbuka dan cuba membuat paksi baru negara Islam yang menyisihkan Arab Saudi yang diterajui oleh Turki dan Pakistan. 

Baginda Raja Salman begitu terganggu dengan perbuatan Mahathir menganjurkan Kuala Lumpur Summit 2019 yang membelakangkan Saudi dan menzahirkan rasa tidak gembira beliau melalui panggilan telefon kepada Kerala Tua itu. 

Buat pertama kali juga Malaysia mendapat seorang Menteri Luar Negara paling bangang di dunia. 
Sebagai Menteri Luar dia patut menjaga hubungan diplomatik apatah pula dengan sebuah negara Islam yang kaya seperti Arab Saudi. 

Saifuddin Abdullah boleh upload di Twitter dengan merujuk kepada Saudi, “Ada negara yg tidak saya sukai kerajaannya, tapi
terpaksa dilawati juga, 1 kerana urusan agama,
dan 1 lagi kerana urusan negara.” 

Malah Saifuddin boleh melakukan provokasi kepada Menteri Luar Arab Saudi dengan meminta dalil ayat Quran yang mengatakan Arab Saudi adalah pusat dunia Islam melalui ciapan di Twitter. πŸ˜‚

Tak cukup dengan semua perbuatan diplomatik bangsat sebegini, Malaysia di era Kerala telah menarik semula pasukan tentera Malaysia yang sedang membantu Saudi menyekat serangan Syiah Houthi di Yaman yang mengancam keselamatan Mekah dan Madinah di tengah-tengah kemuncak peperangan! 
Lari dari medan perang ini adalah perbuatan khianat terbesar! Apatah pula adanya ancaman nyata ke atas dua Tanah Suci umat Islam di muka bumi ini. 
Ayatollah Mat Sabu cukup laju menarik semula penglibatan Malaysia. Suka betul dia sambil dia menjilat Iran. 🀣

Kesemua onar yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia pasca kejatuhan Najib ini menjejaskan Malaysia di mata Arab Saudi. 
Mereka sudah tidak lagi rapat dengan kita dan kita hilang segala keistimewaan yang dibina Najib. 

Kerana itulah tidak ada Perdana Menteri lain yang dimuliakan oleh Kerajaan Arab Saudi seperti Najib. Di hati mereka Malaysia telah mati dengan jatuhnya Najib. 

Midin yang mengambil alih dari Mahathir telah membuat kunjungan ke Arab Saudi. 
Kerana Hishamuddin mengiringi Muhyiddin dan kerana Hishamuddin ada hubungan yang baik dengan Putera Mohammad bin Salman MBS (kerana beliau adalah Menteri Pertahanan Malaysia era Najib yang menyokong Saudi menyekat serangan Syiah Houthi di Yaman), maka Hisham telah membuat panggilan kepada MBS dan MBS kebetulan berada di lapangan terbang pada waktu itu bagi menyambut ketibaan Raja Jordan dan Putera Mahkota Bahrain. 
Menyambut Muhyiddin tidak ada dalam jadual asal MBS. Bila Hisham call baginda pun layankan je la sebab dah alang-alang ada di sana. 

Namun pertemuan maya dengan King Salman tidak terjadi walau Hisham mengumumkan akan ada pertemuan maya dengan baginda. 
Video call kejap 2 minit pun baginda tak sudi. πŸ˜‚

Penyu lagi la langsung tak dilayan. 
Simpan Hj Hadi jadi Duta Timur Tengah bertaraf menteri pun tak guna. Baik lantik tunggul kayu. 
Langsung takde hasil dalam memulihkan hubungan dengan Arab Saudi. 🀣

Dan kini Bang Non pun menerima nasib yang serupa. 
Kerana Arab Saudi mungkin masih beranggapan bahawa Anwar adalah mewakili PH yang merupakan pakatan asal yang telah memusnahkan hubungan Malaysia dan Saudi. 

Melihat keadaan sekarang ini, ianya akan memakan masa yang amat lama untuk Arab Saudi kembali harmoni dan akrab dengan kita. 
Kepercayaan mereka telah kita khianati dan madu yang diberi mereka dibalas dengan tuba. 

Hanya ada seorang insan saja yang boleh memulihkan semula hubungan Malaysia dan Arab Saudi seperti sedia kala. 
Namun insan itu berada di penjara. 

Semoga Allah bebaskan DSN pada Jumaat ini. Amin. 

Rujukan: 
1. https://editormalaysia.com/3307/
2. https://www.arabnews.com/node/889566/%7B%7B
3. http://teganuku.blogspot.com/2011/02/misi-selamat-pelajar-malaysia-demi.html?m=1
4. https://malaysiagazette.com/2020/02/11/raja-abdullah-pegang-tangan-najib-sambil-berjalan-jamil-khir/
5. https://asia.nikkei.com/Politics/International-relations/Mahathir-s-Muslim-summit-turns-Malaysia-Saudi-ties-bitter
6. https://www.google.com.my/amp/s/www.nst.com.my/amp/news/nation/2018/09/414253/behave-top-diplomat-saifuddin-told-over-reckless-tweet
7. https://malaysiagazette.com/2019/12/22/kenyataan-menteri-luar-provokatif-boleh-jejas-diplomatik-kata-annuar/
8. https://www.beritaharian.sg/dunia/putera-mahkota-saudi-sambut-muhyiddin-tanpa-dijadual

DRB

Puspakom 100% milik DRB-Hicom. 

55.9% DRB-Hicom milik Etika Abadi Sdn Bhd.

90% Etika Abadi Sdn Bhd milik Syed Mokhtar Albukhrary. 

Sykt2 bawah DRB-Hicom

1. PROTON Holdings Berhad - Major shareholder of Proton

2. DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd - defence vehicles

3. Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd (ACM) - Authorised dealer for Isuzu Malaysia Sdn Bhd

4. USF-HICOM (Malaysia) Sdn Bhd - Distributor for Mahindra and Can-AM

5. DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd

6. HICOM Diecastings Sdn Bhd incorporated 1985 - Casting and Machining

7. Scott & English Malaysia Sdn Bhd

8. POS Malaysia - Malaysia's national post services provider
Puspakom Sdn Bhd - Vehicle inspection center

9. DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (dahulu dikenali sebagai International College of Automotive Malaysia) (ICAM) - Kolej Automotif

10. DRB-HICOM Environmental Services Sdn Bhd

11. Glenmarie Cove Development Sdn Bhd

12. Comtrac Sdn Bhd

13. Bank Muamalat Malaysia

14. Proton Edar Sdn Bhd - wholly owned subsidiary of PROTON Holdings Bhd

15. Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) equity of 81% - Motorcycle Manufacture and related components

16. Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS)- Distribution of MODENAS motorcycle
Edaran Otomobil Nasional Bhd- equity of 79.05%

17. EON Automart Sdn Bhd - Authorised dealer for Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd

18. Euromobil Sdn Bhd - wholly owned subsidiary of EON Bhd - importer and distributor of Audi

19. HICOM AUTO Sdn Bhd - Direct subsidiary of EON Bhd - Authorised dealer for Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd

20. Honda (Malaysia) Sdn Bhd - equity of 34%

21. Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd - equity of 48%, EON Bhd

22. Isuzu HICOM Malaysia - Assembly of lights/heavy duty trucks, bus and passenger cars - equity of 49%

23. Isuzu Malaysia Sdn Bhd - equity of 49%

24. Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd - equity of 40%

25. Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn Bhd - Motorcycle Engines & Components

26. HICOM-HONDA Manufacturing Malaysia Sdn Bhd - equity of 48% - 

27. HICOM-TECK SEE Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd - equity of 51% - Manufacturer of automotive plastics components

28. HICOM-YAMAHA Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd - equity of 48% - Manufacturer of YAMAHA motorcycle engines and components, incorporated 1983

29. HICOM-Potenza Sport Cars Sdn Bhd - direct subsidiary of PROTON

30. Oriental Summit Industries Sdn Bhd - equity 70% - Metal Stamping

31. PHN Industry Sdn Bhd - Metal Stamping

32. Uniasia General Insurance - Strategic partnership with United Overseas Bank Group

33. Alam Flora Sdn Bhd - Waste Management & Public Areas Cleansing - 97.37%

34. Konsortium Logistik Berhad - Logistics, Warehousing, Distribution, Automotive, Freight Forwarding & Haulage Services - 61.6%

35. Pos Aviation (Inflight Catering, Cargo & Logistic service (Fomerly knows as KL Airport Service SDN.BHD)

36. HICOM-Chevrolet Sdn Bhd - ekuiti 49%

Baru aku tahu Malaysia ni ada 1 melayu bumiputera yang sangat pandai berniaga. πŸ˜‚


Sunday, 12 March 2023

Tuntutan Khairat Kematian

*KHAIRAT KEMATIAN YG BOLEH DITUNTUT OLEH WARIS SIMATI MENGIKUT KELAYAKANNYA*

*1. KHAIRIAH MASJID*
■ Sekitar RM 500 – RM 5,000
■ Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

*2. Tabung Haji*
■ RM 1,500
■ Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di Tabung Haji

*3. PERKESO*
■ RM 2,000
■ Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

*4.  KWSP*
■ RM 2,500
■ Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

*5. Pembayar ZAKAT*
■ RM 3,000 [MAIWP] bergantung kepada negeri masing-masing
■ Syarat: Pembayar zakat

*6. Bantuan Mengurus Jenazah JPA*
■ RM 3,000
■ Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

*7.  BANK RAKYAT*
■ RM 3,000
■ Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

*8. MAYBANK*
■ RM 1,000
■ Syarat: Akaun Individu sahaja

*9. ASNB*
■ RM 200 – RM 2,000
■ Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

*10. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)*
■ RM 1,000
■ Syarat: Skim Khairat Kematian (SKK) layak bagi Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja
■ dituntut di kaunter BSN yang terdekat

*11. SKIM TAKAFUL*
■ RM 2,000 – RM 5,000
■ Syarat: si mati pencarum takaful

*12. PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI*
■ RM 500 – RM 5,000
■ Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi

*13. PENCEN (Kakitangan Awam)*
■ RM 3,000

*14. Pemegang Kad Kredit Islamic*
■ RM 500 – RM 2,000 bergantung kepada kad
■ Pelan perlidungan takaful percuma + khairat kematian

*15. Khairat Kematian pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) asal Sarawak*
■ Sebanyak RM3,000
■ Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
■ Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
■Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak

*16. LAIN-LAIN*
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.

Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. 

Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

*Macam mana nak tuntut?*

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian.

*PERINGATAN* 

Jangan ditangguh kerana permohonan bagi khairat kematian ini ada tempoh waktu.

Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.

Yang tidak ada insuran/takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar.

Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti. 

Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita..😭😭😭 AllahuAkbar