Monday, 29 May 2023

Diri sendiri jadi Doktor

Dokter Terbaik di Dunia

Hal yang paling sederhana, murni, dan alami dari kita dapat kendalikan adalah dokter terbaik untuk kesehatan dan kesejahteraan kita, yaitu diri sendiri.
6 dokter terbaik yang mudah kita temui supaya tubuh kita tetap sehat, yaitu :

✅ ketenangan jiwa dan kesabaran.
Seperti yang disampaikan oleh bapak Kedokteran modern Ibnu Sina. "Kepanikan adalah separuh penyakit, ketenangan adalah separuh obat, dan kesabaran adalah permulaan kesembuhan.” 

✅Matahari
Berjemur di pagi hari dapat meningkatkan imun tubuh, meningkatkan produksi vitamin D, memperbaiki kualitas tidur, hingga mencegah depresi.

✅Istirahat
Istirahat dan tidur merupakan salah satu kebutuhan dasar manusia selain makan dan bernapas.
Istirahat dan tidur yang cukup dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh, meningkatkan daya ingat, suasana hati, konsentrasi dan produktivitas, serta menjaga kesehatan jantung.

✅Olahraga
Olahraga merupakan salah satu cara paling praktis dan sederhana untuk menjaga kesehatan tubuh.
Dengan rutin berolahraga dan aktif bergerak, tubuh dapat lebih bugar dan kesehatan pun akan tetap terjaga.

✅Makanan sehat
Makanan sehat yang seimbang yaitu terdiri dari karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan mineral.
Dengan memperhatikan apa yang kita konsumsi maka dapat membantu untuk menyehatkan tubuh.

✅Air putih
Minum air putih yang cukup setiap harinya dapat memberikan manfaat seperti tubuh tetap terhidrasi, membersihkan racun, menjaga kesehatan sendi dan tulang, menjaga kesehatan pencernaan dan kulit, hingga meningkatkan stamina.

✅Mencintai diri sendiri
Karena mencintai tubuh dan kesehatan diri sama saja dengan bertanggung jawab atas tubuh dan kesehatan diri sendiri.
Dan hal itu, dapat membantu mengurangi hal buruk terjadi pada keadaan kesehatan kita.

Jagalah kesehatan selagi masih ada kesempatan❗

Thursday, 25 May 2023

Depa Benci Najib Pasai Pa?

Apakah alasan-alasan bagi depa benci Najib Razak?
Depa benci apa ? 
——————————————————

1. Najib penyebab ekonomi jatuh.

Terbukti setelah Najib, ekonomi tidak putih, dan Ringgit-USD jauh lagi teruk daripada sebelum 2018.

Kerajaan Tun M, Muhyiddin pula rajin jual dan atau belanja pendapatan aset-aset yang dikumpul sewaktu zaman Najib seperti IHH, Khazanah.

So depa benci apa ? 

2. Najib hilangkan “ anak “ kemegahan Malaysia - Proton

Terbukti kerjasama Proton-Geely(China) membawa hasil yang berbuah : X50, X70 dan kini hybrid X90.
Tempahan kereta kena tunggu setengah tahun.

So depa benci apa ?

3. Najib menyebabkan negara Bankrap 

Sewaktu Najib, hutang negara adalah 686 Billion. Sangat sihat berlandaskan ratio KDNK(GDP). Lepastu diaorang main akaun jadi Trillion ( majoriti negara di dunia ini tak pakai akaun diaorang tu).

Kini dah Betul-Betul mencecah 1 Trillion sebab diaorang pakai duit macam duit bapa mereka. Negara masih sihat kerana asas ekonomi yang dibina zaman Najib.

So depa benci apa ? 

4. Najib jual negara  

Mereka tuduh Najib jual negara dengan projek-projek seperti IWF, Pengerang, Bandar Malaysia, TRX dan sebagainya kepada pelabur khususnya China.

Kini depa pula pandai claim kredit MOU pelaburan China daripada Najib ( yang mulakan) yang mereka tuduh jual negara.   

So depa benci apa ? 

5. Najib Laksana GST

Mereka tak hapuskan GST, hanya ganti balik dengan SST yang tidak telus dan menyebabkan ramai orang tamak dapat mengelakkan cukai secara tidak jujur.

Harga barang bukan sahaja tidak turun, malah naik. Pula menteri diaorang sekarang “ tidak menafikan “ kemungkinan laksana GST.

So depa benci apa ? 

6. Najib buang duit buat HSR ( keretapi kelajuan tinggi)

Sekarang depa pula nak bina balik HSR ni.

So depa benci apa ? 

AKHIRNYA

7. penyelewengan SRC dan 1MDB

Kalau kena pasang Peguam Negara belah diri, campurtangan perlantikan kehakiman, sembunyi bukti-bukti, lantik KP SPRM orang politik, percepatkan kes, masa semata-mata untuk sabitkan dia, bagi saya ini adalah kotor dan adalah usaha-usaha untuk fitnah. 

duit penyelewengan SRC digunakan atas “ orang lain” seperti diplomatik, Yayasan amal, umat-umat menunaikan ibadah Umrah, anak-anak yatim, dan sebagainya, bukan bagi Keluarga untuk beli rolls Royce atau rumah mewah.

So depa benci apa ?

Saturday, 20 May 2023

Coretan Saiful Bahari Baharom

Saya fikir banyak benda mengenai negara kita yang tidak betul dan harus di rombak jika kita mahu negara ini melonjak ke hadapan.

Antara legasi peninggalan Dr Mahathir PM4 yang saya berpendapat paling toksik dan paling meranapkan negara adalah model ekonomi yang memberatkan kaum kapitalis dan kayangan dan rakyat marhein di anggap sebagai suatu blok yang boleh di manipulasi untuk memenuhi kantung golongan ini.

Amalan "rent-seeking economy" ini terlalu berleluasa - setiap ahli politik dan pengikutnya mencari jalan untuk mendapat "rent seeking opportunities". Sebagai contoh, jumlah rent-seeking opportunities yang terbuka semasa pandemik Covid pun di rebut-rebut antara mereka, dari  golongan warna kuning sampailah yang sokong (bodek) kerajaan yang memerintah ketika itu.

Negara ini bagaikan di reka struktur untuk kemudahan golongan ini - bukannya untuk rakyat jelata. Untuk mereka semua di mudahkan, dari sumber harta kekayaan, gelaran dan kesenangan hidup. Nak letak kereta terpampang di pintu utama? No problem. Cuba kita letak kereta kita. Awal-awal dah kena halau. Berapa anak-anak ahli politik bergelar Datuk? Bapak Datuk Seri, anak dua orang Datuk. What rubbish is this? 

Mereka juga mendapat layanan istimewa dari pihak-pihak berkuasa, dari jabatan-jabatan kerajaan, dalam semua perkara. Dalam aplikasi undang-undang pun ada double standard. Bukan saya tidak tahu.. kalau anak raja, anak Tan Sri, senyap-senyap lepas...

Malah, terdapat terlalu ramai pengusaha perniagaan juga fikir begini.. mengidam dapat kontrak konsesi dari Kerajaan, perah duit rakyat 50 tahun, 80 tahun. Ini semua dapat ilham dari mana? Dari idea konsesi toll Dr Mahathir.

Kalau ikutkan model ekonomi Dr Mahathir sepenuhnya, dalam bentuk originalnya, celik-celik mata, dari pam jamban hinggalah nak makan nasi, semuanya duit mengalir keluar dari poket berjuta rakyat ke poket 50-60? bangsawan dan kroni. Setiap hari, duit kita keluar sampai kita mati, duit yang kita perolehi dari kederat peluh kita sendiri dan bukan duit dari tender nego yang kita dapat sebab kita bukan anak Tun Whatever, anak Bekas Menteri Whatever. 

Mungkin rakyat marhein tidak tahu tetapi hampir saban hari, setiap minggu itu sudah pasti, DS Najib di datangi oleh golongan bangsawan dan kapitalis ini, sama ada secara peribadi atau menghantar wakil warna kuning, meminta deal itu, deal ini. Non-stop. Tak cukup-cukup.

Rakyat biasa, rakyat marhein perah otak, perah kederat untuk cari nafkah. Mereka? Tak habis-habis menempek duit Treasury. Yang bayar cukai siapa? Kita. 

Sebab itu saya faham mengapa rakyat marhein kawasan bandar tolak kerajaan UMNO. Katakanlah seorang penghantar makanan Grab.. dia lihat dengan matanya sendiri anak menteri bawa kereta Ferrari. Tak sakit hati?

Menantu Perdana Menteri pun ambil kesempatan nak supply itu dan ini. 

Saudara-mara in-law Perdana Menteri pun dapat kontrak macam-macam.

Sampaikan gerai PWTC waktu PAU pun habis isteri seorang menteri/penasihat sapu. Siapa nak niaga, sewa atas tangan dia.

Jika saya mohon AP import tepung, ingat dapat? Ehh, kontrak bawak masuk telur dari India, siapa dapat? 

Benda-benda macam ini telah terlalu lama berleluasan. 

Malaysia adalah sebuah negara yang amalkan demokrasi, political democracy but not economic democracy.

In terms of economy, ekonomi kita masih di dalam zaman feudal, di dominasi oleh golongan bangsawan dan konco-konco towkay mereka.

PMX nak sangat jadi hero populis rakyat? Inilah satu-satunya yang dia boleh buat untuk betul-betul menjadi pahlawan rakyat.

Thursday, 18 May 2023

Kisah Azlin dan Nik Faisal

1. Najib bergantung kepada setiausaha sulit prinsipnya, Allahyarham Datuk Azlin untuk menguruskan akaunnya.

 2. Azlin kemudiannya merekrut Nik Faisal untuk berurusan dengan bank dan kemudian diberi mandat untuk menguruskan akaun Najib.

 3. Penyata bank tidak pernah diberikan kepada Najib tetapi setiap kali Najib ingin menyemak baki akaunnya, dia akan bertanya kepada Azlin dan Azlin kemudiannya akan bertanya kepada Nik Faisal yang menyimpan penyata bank tersebut.

 3. Pendakwaraya mengatakan tiada bukti sama ada Nik Faisal atau Azlin mengambil wang.

 4. Hakim Nazlan sendiri dengan jelas menulis dalam penghakiman bertulisnya untuk SRC (halaman 555), dan saya memetik "tidak ada cadangan bahawa individu penyangak ini (termasuk Nik Faisal dan bosnya Azlin) telah mendapat manfaat daripada dakwaan manipulasi akaun peribadi tertuduh.

 Ini kemudiannya digunakan oleh Nazlan sebagai alasan untuk menolak salah satu pembelaan utama Najib - bahawa orang lain termasuk Nik Faisal dan Azlin telah menyembunyikan status sebenar akaun banknya dan memanipulasi akaunnya.

 5. Sejak awal 2021, Najib berulang kali memfailkan ke mahkamah untuk meminta butiran akaun Nik Faisal diberikan kepadanya.  Mahkamah berulang kali menolak permintaannya kerana mereka mendakwa ia adalah "ekspedisi memancing"

 Najib juga telah memfailkan beberapa kali bahawa pegawai kerajaan (termasuk Azlin) dan pegawai 1MDB telah dibayar oleh Jho Low tetapi AGC dan mahkamah tidak mengendahkan permintaan Najib.

 6. Pada 19 Nov 2021, SPRM mengeluarkan kenyataan MENGESAHKAN Singapura telah memulangkan AS$864,813.27 (RM4 juta) dalam akaun Nik Faisal kepada Malaysia.
 https://www.thevibes.com/articles/news/47612/macc-returns-rm20.5-bil-in-1mdb-assets-to-malaysian-govt

 7. Tidak sampai 2 minggu kemudian pada 2hb Dis 2021 selepas SPRM mengesahkan perkara ini, Najib segera meminta Mahkamah Rayuan memasukkan pengesahan ini bahawa Nik Faisal telah menerima wang.

 8. Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak Najib daripada mengemukakan bukti baharu ini dengan mengatakan ia tidak relevan.

 9. Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bahawa Najib bersalah.

 10. Pada Mac 2022 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Najib, ia juga didedahkan dalam perbicaraan AS bekas eksekutif Goldman Sachs Roger Ng bahawa Azlin juga telah dibayar hampir AS$1 juta (RM4.6 juta) oleh Jho Low.
 https://www.theedgemarkets.com/article/roger-ng-fraud-trial-new-york-plunderers-1mdb-who-stole-more-us3-bil?fbclid=IwAR2hovZ-7A0ScGRLzQiMsvbqo1zWknrNjWXSw5SNi_Pwz4

 11. Mahkamah Persekutuan juga menolak permintaan Najib untuk menambah bukti bahawa Azlin dan Nik Faisal telah dibayar wang oleh Jho Low - maklumat yang secara langsung membuktikan penghakiman Hakim Nazlan adalah salah.

 Jadi bagaimana ini adil?

 Anda tidak pernah mendedahkan kepada Najib bahawa Azlin dan Nik Faisal telah dibayar wang oleh Jho Low.  Malah, di mahkamah DPP mengatakan tiada bukti Azlin dan Nik Faisal mengambil wang.

 Anda meminta bukti bahawa hakim mahkamah tinggi dengan sifar pengalaman dalam kes jenayah adalah salah dalam penghakimannya.

 Najib minta kamu beri dia akses kepada maklumat tertentu untuk dapatkan bukti, kamu tolak.

 Kemudian SPRM dan perbicaraan Roger Ng di Amerika Syarikat mengesahkan bukti sedemikian.

 Dan Najib serahkan bukti baru ini kepada mahkamah, anda tolak.

 Kemudian anda mendapati dia bersalah.
 
 Nota sampingan:

 Nik Faizal dan Azlin dibayar gaji kerajaan untuk bekerja untuk Najib.

 Tetapi mereka dibayar sebanyak RM5 juta setiap seorang oleh Jho Low - jauh melebihi gaji kerajaan mereka.

 Jadi siapa bos sebenar Nik Faizal dan Azlin ?

 Najib atau Jho Low?

Ñajib masih di perlukan

*Bismillah : Najib Bakal Jadi Rebutan ?*

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Saya pernah menulis untuk mengingatkan PMX dan Kerajaan Perpaduan bahawa *Pengampunan Di Raja* buat DS Najib Tun Razak akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Pada hemat saya, DS Najib mampu memberikan kestabilan politik dan ini penting bagi Kerajaan Perpaduan tatkala ini.

Tanpa kestabilan politik, Kerajaan Perpaduan tidak akan berupaya untuk memulihkan keadaan ekonomi rakyat dan negara ini.

Selain dari menjadi nilai tambah politik kepada Kerajaan Perpaduan, DS Najib juga mampu menarik para pelabur asing ke negara ini.

Tatkala ini kita sangat memerlukan pelaburan asing @ Foreign Direct Investment @ FDI untuk merancakkan kembali aktiviti ekonomi.

Hubungan rapat DS Najib dengan China juga akan memberi kelebihan kepada negara dari segi geo politik dan geo strategi.

Ini kerana sebagaimana yang telah diketahui ramai, dunia sedang terbelah dua. Antara yang menyokong Blok NATO yang diketuai oleh Amerika dan Blok BRICS yang dipimpin oleh China dan Rusia.

Sekiranya DS Anwar lambat bertindak dalam isu *Pengampunan Di Raja* DS Najib, jangan terperanjat sekiranya blok di sebelah sana yang diketuai oleh Tun M akan berusaha untuk meminang DS Najib.

Dalam *real politic* segalanya adalah mungkin. Apatah lagi kalau ianya membabitkan Tun M.

Perisytiharan perang terhadap rasuah oleh DS Anwar mengancam empayar kewangan Tun M dan Tun Daim.

Sudah pasti Tun M dan Tun Daim akan melakukan apa sahaja demi mempertahankan kepentingan mereka.

Kalau Tun M boleh berdamai dengan DS Anwar dan Lim Kit Siang untuk menumbangkan DS Najib pada PRU 14, tidak mustahil beliau akan berkerjasama dengan DS Najib pada kali ini untuk menumbangkan DS Anwar pula.

DS Najib pada waktu ini bukan lagi merupakan musuh nombor satu Tun M dan bukan lagi ancaman kepada beliau.

DS Najib bukan lagi PM Malaysia atau Presiden UMNO dan bukan juga seorang Ahli Parlimen Malaysia.

Musuh nombor satu Tun M pada ketika ini adalah DS Anwar Ibrahim.

Ura-ura yang mengatakan bahawa Tun M akan menyertai PAS seharusnya tidak memeranjatkan para penganalisa politik di Malaysia.

PAS lebih sesuai dan lebih strategik untuk dijadikan platform politik utama Tun M berbanding parti PUTRA.

Percaturan-percaturan seperti ini yang harus difahami oleh para penyokong DS Anwar yang tidak mahu DS Najib diberikan *Pengampunan Di Raja.*

Mereka masih begitu naif dengan *real politic* mungkin kerana terlalu lama jadi pembangkang atau pemimpin NGO.

Mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa pada akhirnya, *politic is about survival of the fittest* bagi para elit politik.

Dan dalam keadaan darurat ekonomi dan politik seperti yang sedang kita alami pada hari ini, segalanya adalah mungkin dan segalanya adalah harus.

*Think correctly and act accordingly.*

Buat apa sahaja yang perlu dibuat dan bukannya buat apa yang kita suka.

Dalam keadaan hutang negara yang sudah berjumlah RM 1.5 trillion dan dengan belanjawan defisit selama 25 tahun dan dengan krisis ekonomi global yang masih jauh dari pemulihannya, *ordinary measure definitely is not the answer.*

Kita perlukan suatu kaedah yang luar biasa untuk menangani suasana yang luar biasa seperti hari ini.

DS Najib wajar diberikan *Pengampunan Di Raja* kerana beliau jelas telah dinafikan haknya untuk mendapat pembicaraan yang adil.

1MDB hanyalah alat yang dicipta dan direkayasa serta digunakan untuk menumbangkan DS Najib kerana beliau dilihat lebih pro kepada China berbanding Amerika.

Kini segalanya terserah kepada DS Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia. Hanya beliau yang berhak untuk menasihati YDPA dan Majlis Raja-raja Melayu.

Manakala saya hanya berupaya untuk terus mengingatkan semua pihak apa yang harus dilakukan dalam suasana seperti hari ini.

*Al Fakir Ilallah*
- Dato' Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas.
4 Mei 2023

Monday, 15 May 2023

.Negara bakal tergolek

Negara bergerak ke kiri lagi. Negara bakal bergolak?

Ada dua perkara polisi sebelum ini yang mana menunjukkan negara telah bergerak ke kiri. Satu dasar budaya negara dirombak tanpa konsultasi awam. Tiba2 sahaja dimaklumkan ia sudah berubah dan kita ada dasar baru.

Kedua penghapusan hukuman mandatori mati (death penalty). Kita telah luluskan untuk hapuskan semua hukuman mandatori mati termasuk bagi kesalahan membunuh yang berniat dan dirancang. (Murder of first degree). Keluarga ‘mangsa pula tidak dirujuk secara keseluruhan. Kita terikut2 naratif barat HAM. (Lihat posting sebelum).

Yang pertama berlaku waktu zaman PN. Keduanya berlaku pada zaman kerajaan perpaduan (UG). Kedua2 perubahan polisi ini bermula dari kerajaan PH sekitar 2018. Saya tak tahu bagaimana polisi ini diteruskan walaupun kerajaan silih berganti. 

Tiba2 hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman penarikan balik kes Jill Ireland. Kes ini berkenaan penggunaan Kalimah Allah yang amat sensitif. Sebelum ini kes Kalimah Allah telah ditentukan oleh mahkamah persekutuan dalam kes Titular. Kalimah Allah dalam mahkamah persekutuan telah diberi maksud tuhan yang disembah oleh orang Islam. Penyalahgunaannya boleh menggugat ketenteraman awam. Saya tidak faham kenapa kes mahkamah tinggi Jill Ireland ini tidak mengikuti kes mahkamah persekutuan yang tertinggi malah bertentangan. Mahkamah tinggi ini boleh pula memutuskan bahawa penggunaan Kalimah Allah tidak menggangu ketenteraman awam. Yang menarik Affidavit syahredzan, dr azmi dan Aziz Bari dirujuk menunjukkan sebahagian muslim tiada masalah. Jadi bilamana mahkamah memihak kepada Jill Ireland ketika itu, kita dikhabarkan bahawa terdapat kekhilafan hakim dan kerajaan akan membuat rayuan ke peringkat seterusnya. Sebab itu kes ini ditunggu2 penyelesaiannya. 

Entah apa terjadi kita dikejutkan hari ini bahawa rayuan tidak akan dibuat. Tak tahu apa alasannya tetapi saya difahamkan akibat tekanan politik. Sejak 2018 kita lihat pelbagai kes ditarik balik tanpa dimaklum alasannya. Keadaan ini sungguh tidak memuaskan. Ini menimbulkan persepsi campurtangan politik dalam beberapa kes.

Apabila kes ini tidak dirayu bermakna Jill Ireland dan orang lain boleh menggunakan Kalimah Allah untuk tidak merujuk kepada tuhan orang Islam. Arahan menteri berkenaan perkara ini pula menyalahi. Bahaya keputusan ini. Ia seperti perubahan dasar budaya negara dan hukuman mandatori mati yang akan mengubah nilai budaya kita. Cuma ini lebih sensitif dan terkesan bagi umat Islam. Ramai umat Islam tidak mahu mengikuti amalan negara jiran kerana kita mempunyai nilai budaya dan amalan agama yang berlainan. 

Kerajaan perlu perjelaskan. Perlu ada akauntabiliti. Apa yang berlaku tidak patut berlaku. Kes sepatutnya diteruskan.

Tuesday, 9 May 2023

Komen Umi Hafilda Ali tentang filem Anwar

nak buat filem cite betul betul jgn konar konar tunjuk yg suci debu je..yg buruk yg hitam yg payau or kena kan org zalimi org pun kena tunjuk jugak.baru real..biar penonton buat penilaian lepas tu .sapa fighter n pejuang yg sebenarnya.takat tapis sana tapis sini apa barang daa apa kelazz daa..BE REAL IN ALL ASPECT OF LIFE..JGN GEBANG N BERLAKUN BANYAK SGT .ORG DAH MUAL..

Bab kat Restoran Sri Melayu tak nak cite ke.adengan tawar menawar upahan dajal cecah jutaan ringgit supaya uha tarik balik lapuran n tutup mulut n larikan diri ke london supaya tidak di buru wartawan..mujur lah uha ni ada sikap degil yg amat bila tau kita di pihak yg benar..SESEN PUN AKU TAK AMBIK N TAK MAU DUIT HARAM DUIT RASUAH..NAUZUBILAH MINZALIK.N MEMILIH UNTUK DICEKUP DLM MASA 48 JAM KALAU TIDAK MAU TUNDUK KPD ARAHAN N TEKANAN.sapa barua yg di hantar masa tu..kiah joyah nak tau tak?..SAPA LAGI KALAU BUKAN DATUK SG CHEE HUA  YB KAPIT SARAWAK KETIKA ITU N JEMIN KEKASIH AWAL N AKHIRNYA KETIKA ITU.JEMIN SANGGUP BUANG MAK BUANG SEDARA MASA TU KERANA KASIH JEMIN KPD AL JURB JEMIN TURUTKAN. LAA NI BERGADUH SAKAN NOO..TU LAH TUHAN NAK TUNJUK BUAT LAGI NAYA KAT AKU JEMIN OII NUAR OII..JGN NAYA ORG KECIK..ALLAH MAHA BERKUASA. ALLAH IS WATCHING KAN MERENGKOK 6 TAHUN DI PENJARA KERANA DERA AKU SALAH GUNA KUASA KPD AKU CEKUP AKU BAGAI..KAN SEJARAH MAHKAMAH DAH MEMBUKTIKAN SI POLAN BERSALAH..SO TAK PAYAH PUSING PUSING KATA KONSPIRASI LAH UPAH LAH BAGAI..itu semua auta kamu..yg mengupah tu kamu suka rasuah org..gertak org bila tak nak ikut cakap..cukup cukup lah menipu ummah n Allah berpuluh tahun..Allah pun dah bagi kifarah maximum pun..tobat tobat je lah..rumah kata pergi n kubur kata MARI MARI MARI JOIN THE CLUB HANTU RAYA....

Itu blm lagi adengan adengan lain yg lebih ngerii..panjang kalau nak cite. tunggu pulak UHA BUAT FILEM YA .TAK DE KONAR KONAR TAK DE TAPIS TAPIS ..SEMUA REAL NANTI..YG BAIK YG BURUK PUN KITA TUNJUK..BIAR RAKYAT YG MENILAI YG MANA HAK YG MANA BATIL YG MANA KEBENARAN YG MANA KEPALSUAN.letih lah tengok org menipu berpuluh tahun n berlakun drama bersiri yg tak habis habis tiada kesudahan.agak agak lah kok ya pun nak menipu..berjuta dah tau pun the real truth. CUMA DEPA TAK DE TELO JE NAK KEDEPAN..depa berani cakap belakang je or terpaksa fake cium tangan bila berdepan....depa tak sanggup kena cekup puluhan polis kena dera setengah mati mcm uha kena naik mahkamah 100 hari nak lawan lagi 13 lawyer paling mahal paling ternama dlm negara ketika itu mcm Karpal Singh..Gubachan singh..fernando..dll.uha relax je tak pakai 1 pun lawyer untuk mempertahan kan diri dari segala fitnah dajal..kita di pihak yg benar pakai lawyer benda..cakap je lah yg benar tak payah dramatik tak payah create story tak payah menipu tak payah fitnah org tak payah konar konar..

ALLAH BERSAMA ORG YG BENAR..PASTI KEMENANGAN DTG KPD KITA WALAUPUN 13 LAWYER JANTAN LAWAN 1 POMPUAN TETAP 1 POMPUAN TU YG MENANG..HABIS UHA TEPIS SATU SATU MCM PANGLIMA GARANG DGN JAYANYA..HA HA..3 JAM JE UHA MAMPU MEMATAHKAN SETIAP HUJAH SERANGAN TANPA IHSAN DARI PIHAK LAWAN..semuanya pertolongan dari Allah swt n jutaan para malaikat..amal kan BACAAN AYATUL KURSI 170 x yakni bersamaan dgn jumlah hurufnya dgn sekali duduk iaitu dari MAGHRIB SAMPAI SOLAT ISYAK JGN BANGUN..TERUS KAN BACAAN AYATUL KURSI ITU YG AKAN MENGAMBIL MASA 1 JAM SETENGAH DGN PENUH KHUSUK N TAWADUK SAMBIL MERAYU LAH PD ALLAH  APA SAHAJA HAJAT N PERTOLONGAN YG KITA HARAP KAN DRP ALLAH SWT..KETAJAMANNYA MENGATASI MATA PEDANG..MUSUH AKAN TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI TIDAK KIRA DIA PEGANG JAWATAN TERTINGGI SEKALI PUN..INGAT LAH ALLAH  MAHA BERKUASA AKAN SETIAP SESUATU..BUKAN MANUSIA..

Ayatul kursi yg meliputi 7 petala langit n 7 petala bumi is too powerful..dgn syarat kita di pihak yg benar..jgn pulak kita persendakan bala menanti.amalan ini sgt bagus untuk apa saja tujuan ..rezeki melimpah or even untuk sakit yg teruk ambik air letak garam sedikit n baca kan ayatul kursi n berdoa n minum n sapu wajah n buat mandi..wajah pun berseri awet muda dgn cahaya ayatul kursi..tubuh pun sihat tak de penyakit..sakit teruk pun pasti pulih especially kalau kena sihir..KALAM.ALLAH MAHA AGUNG..MUKJIZATNYA SUBHANALLAH MASHAALLAH..YAKIN LAH DGN KEBESARAN N KEKUASAAN ALLAH SWT .AMIN

Perihal Pentaksub Najib

Aku bukanlah pentaksub kepada DS Najib Razak, bukan seperti segelintir puak yg begitu taksub, taat dan wala' membuta tuli kepada pimpinan mereka, yg sanggup ia kan apa saja yg keluar dari mulut pemimpin pujaan mereka... Keyakinan aku kepada DS Najib Razak berasas berdasarkan pemahaman aku tentang apa sebenarnya yg berlaku, ditambah dgn pelbagai perkara yg tak sepatutnya berlaku sepanjang proses perbicaraan kes beliau...

Sebab tu, secara prinsipnya, mudah, aku tentu akan boleh terima dan redho jika memang ditakdirkan DS Najib bersalah dan wajar menerima hukuman, dgn syarat, perbicaraan yg berlangsung ke atas DS Najib mestilah memenuhi semua aspek asas dalam menegakkan keadilan seperti yg disenaraikan di bawah... Semua yg ada di bawah sememangnya sudah sedia wujud dan diaplikasikan dlm sistem perundangan di Malaysia, cuma kenapa ia dinafikan apabila kes melibatkan DS Najib...

Beri peluang kepada DS Najib untuk dapatkan hak keadilan, biar rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bahawa DS Najib sudahpun mendapat hak tersebut tanpa ada yg boleh dipertikaikan lagi... Rakyat Malaysia tidak ada masalah menanti keadilan itu terserlah walaupun ia memerlukan proses perbicaraan itu diulang semula dari awal, daripada kita izinkan seseorang itu dihukum dalam keadaan tidak tertegak prinsip keadilan hingga ia menzalimi individu yg dihukum...

Tak sepatutnya ada pihak termasuk dari kjaan sendiri yg berasa takut seandainya DS Najib perlu dibicarakan semula... Jika benar DS Najib bersalah, walaupun perbicaraan sudahpun diadakan mengikut cara dan prosedur yg sepatutnya, maka tentunya DS Najib akan tetap didapati bersalah... Cuma yg mungkin patut berasa bimbang sekiranya memang benar wujud konspirasi dan percaturan politik tertentu sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa untuk kenakan DS Najib, maka apabila ia dibicarakan semula, dikhuatiri kecurangan yg cuba mereka sembunyikan selama ini akhirnya terbongkar dan barangkali ia bakal menyelamatkan DS Najib dari terus dihukum...

Apapun, samada DS Najib ini benar2 bersalah atau telah dianiaya, hakikatnya, DS Najib sudahpun menerima hukuman penjara... Benarkan lah beliau mendapat hak pengampunan supaya beliau boleh menegakkan hak untuk dapatkan keadilan... Tidakkah kita berasa berdosa membiarkan DS Najib berada lebih lama di penjara dan akhirnya terbukti memang beliau telah dizalimi, sedangkan beliau telah terima hukuman yg tidak selayaknya...

Fair trial:
1. Independent MACC/PRDM investigates
2. Independent AG charges in court. 
3. Top judges uses automated system to randomly select judge to hear the case
4. The accused engages lawyers using his own funds to defend him in court
5. Independent DPPs provide all evidence to the accused's lawyers.
6. People who took more money than accused are charged
7. All individuals who committed wrongdoings are charged in court

In Najib's SRC trial:
1. Mahathir changes MACC and PDRM heads
2. Mahathir appoints pro-PH lawyer as AG
3. Mahathir breaches JAC 2009 act to change top judges.
4. Newly appointed top judges manually selects and replaces judge 
5. Mahathir freezes the accused funds
6. Mahathir charges the accused's lawyers
7. Mahathir appoints private lawyers as DPP who then withholds key evidence from case 
8. People who took more money than accused are made prosecution witnesses 
9. All who committed wrongdoing are not charged. Only Najib is charged.

#kerajaanmadani 
#KerajaanPerpaduan

Monday, 8 May 2023

Jho Low

Ada juga usaha hari ini untuk membawa Jho Low pulang.

TETAPI, memandangkan saya ada mengikuti kes2 DSN dan DSR. Saya agak skeptikal.

Begini.

Yang pertamanya.

Bagaimana dengan hal-hal yang tertangguh di dalam negara hari ini?

Yang agak "straightforward" tapi masih tertangguh.

1. Laporan SPRM akan Hakim Nazlan

Menteri Undang2 sendiri sudah sahkan laporan bertarikh 21 Februari lalu mendapati Mohd Nazlan melanggari peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009.

Ini sepatutnya "a straight forward's action". 

Iya, Ketua Hakim mengatakan yang beliau perlu dirujuk sebelum siasatan dilaksanakan.

Tetapi adakah itu bermakna laporan SPRM tidak sah?

Sewajarnya ini patut diperjelaskan kerana ini melibatkan intergriti badan kehakiman negara.

2. Dokumen "bocor" - Laporan Ambank 

Yang ni pun satu.

Sehingga hari ini menyepi.

Laporan Kes Ambank dari SPRM yang tular ini mendakwa akan hubungan baik Cheah Teck Kuang dan TS Dr Zeti.

Laporan yang sama juga mendedahkan transaksi ke dalam akaun Dato Dr Tawfiq, suami kepada TS Dr Zeti.

Laporan Ambank juga melaporkan bahawa BNM telah dimaklumkan sebelum RM2.6 Bilion masuk dan BNM beri kebenaran untuk kemasukan duit. 

Sahih ke tak laporan ni? Sekiranya sahih, ini jelas2 dapat membersihkan nama DS Najib.

Jangan lupa, usul DSN untuk dapatkan dokumen berkenaan syarikat yang diurus keluarga Zeti dan Jho Low kekal ditolak oleh Mahkamah Rayuan, kemudiannya rayuan DSN kekal ditolak dan hari ini DSN hanya boleh bergantung pada badan pengampunan.

Mind you, usul DSN ini ditolak ketika zaman PH 2.0.

Cukuplah dua ini dahulu untuk perkara tertangguh.

Jadi, sampai bila hendak tertangguh?

Yang keduanya. 

Memandangkan kes 1MDB sedang dibicara.

Saya nampak kepulangan Casey Tang seperti "the right timing".

Dan juga usaha bawa pulang Jho Low ni, sekiranya berjaya dibawa balik, adakah beliau dan Casey Tang pasti akan didakwa?

Atau adakah mereka sekadar duduk di kandang saksi seperti eksekutif-eksekutif di 1MDB yang boleh tandatangan perjanjian tanpa periksa, pegawai bank yang terang-terangan melanggar Akta BAFIA, dan juga seperti Rizal Mansor?

Yang sainnya orang lain.
Yang mintak duitnya orang lain.
Yang langgar akta banknya orang lain.

Tapi yang disabit akhirnya adalah DSN. 

Jadi, kalau itulah kemungkinannya, elok lagi lah kalau Jho Low kekal di luar negara.

Apa-apa pun kita hanya mampu tunggu dan lihat sahaja. 

🙃

Sunday, 7 May 2023

Komen Ridhuan Tee tentang Tun M

ISU SEMBELIHAN BABI DENGAN 'BISMILLAH' & LARANG ISTERI BERTUDUNG: RIDHUAN TEE TEGUR DR MAHATHIR

YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, maafkan saya jika artikel ini menyinggung Tun. Saya sangat menghormati Tun, apatah lagi Tun adalah ketua saya dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), selaku Yang Di-Pertua (YDP), manakala saya adalah salah seorang Naib YDP.

Paling kurang, kita akan bertemu lima kali dalam setahun untuk bermesyuarat. Saya akan duduk bersebelahan dengan Tun. Saya sedar, saya bukan siapa-siapa berbanding Tun. Tetapi izinkan saya bercakap sedikit pandangan mengenai artikel berkaitan sembelihan babi dengan nama Tahun.

Memang tidak akan berlaku atau tidak pernah berlaku, ada orang Islam akan menyembelih babi, apatah lagi menggunakan nama Tuhan atau membaca Bismillah. Usahkan sembelih, pegang pun tidak tergamak, apatah lagi menternak.

Ketika Tun mempengerusikan mesyuarat Perkim, sudah menjadi kebiasaan Tun akan memulakannya dengan ucapan aluan. Ada kalanya kami sebagai ahli mesyuarat ingin menegurkan beberapa perkara berkaitan dengan Islam yang dilontarkan, tetapi kami diamkan sahaja kerana kami amat menghormati Tun.

Misalnya, dalam mesyuarat Perkim yang lalu Tun ada berkata, kenapa Tun tidak benarkan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) tidak memakai tudung. Tun merujuk kepada surah An-Nisa bahawa wanita yang berumur (tua) tidak perlu memakai tudung atau menutup aurat.

Sebagai mualaf, jawapan yang Tun lontarkan itu menimbulkan tanda tanya, tetapi kami diamkan sahaja. Tertanya-tanya pula, kenapa ketika Tun Dr Siti Hasmah masih muda, tidak ditudungkan? Tun mungkin boleh bertanya kepada mufti yang agak terbuka seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut. Mungkin saya sebagai mualaf tidak layak untuk menjawab.

Jika begitu keadaannya, tidak perlu orang tua menutup aurat (memakai telekung atau tudung) ketika solat atau mengerjakan umrah dan haji, atas alasan sudah tua. Saya tidak tahu bagaimana Tun menafsirkan ayat ini. Mungkin Tun boleh bertanya kepada Wan Azizah, ketua PKR, bertanya kenapa beliau masih bertudung sedangkan beliau sudah tua. Mungkin suami Wan Azizah, saudara Anwar Ibrahim ada jawapannya.

Perbandingan menyembelih babi dengan bacaan bismillah, dan membandingkan duit haram yang dicuri (1MDB), bagi mengerjakan umrah dan haji, saya fikir agak keterlaluan dan ekstrem atau tidak sepatutnya dilakukan kerana melibatkan dua isu berlainan.

Kes 1MDB sehingga kini tiada negara yang berani membawa ke Mahkamah Antarabangsa. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sendiri menafikan. Begitu juga kerajaan Arab Saudi. Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan 1MDB dan diakui oleh YAB Perdana Menteri. Tetapi janganlah melebih-lebihkan cerita.

Kebimbangan saya jika kes 1MDB ada unsur tokok tambah sehingga menjadi fitnah dan rekayasa cerita semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan negara sedia ada. Maka dosanya lebih berat daripada memakan daging babi yang disembelih. Dalam dunia hari ini pelbagai cara mampu dilakukan untuk membenarkan rekayasa cerita seperti 1MDB.

Kalau dilihat fakta kes 1MDB sama seperti kes tuduhan kerajaan pimpinan Saddam Hussin menyembunyikan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) bagi membenarkan kerajaan pimpinan AS melakukan penjajahan ke atas negara tersebut. Mungkin Tun sudah lupa kisah tersebut yang berlaku tahun 1990-an. Lihat apa yang berlaku ke atas Iraq hari ini.

Kita tidak mahu negara yang pernah dibina Tun suatu masa dulu dimusnahkan angkara kes 1MDB yang sudah diakui sebagai satu kesilapan dan saya sendiri tidak pasti kesahihan penghujungnya. Insya-Allah, jika ada kesedaran yang tinggi, tidak mustahil berakhir dengan baik. Justeru, muhasabahlah Tun. Lihatlah masa akan datang dengan hati yang terbuka.

Jasa yang Tun tinggalkan memang tidak dapat dilupakan oleh generasi saya yang pada waktu itu masih belajar di universiti.

Tidak ada masalah untuk Tun memberi pandangan dan mengkritik kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Orang seperti Tun perlu ada supaya berlakunya ‘check and balance’. Tidak semua yang dilakukan oleh pimpinan hari ini semuanya baik.

Saya mohon, jangan dibuat perbandingan babi sembelih menggunakan kalimah Allah dengan duit curi. Cukuplah babi dengan duit curi. Tidak perlulah ditambah dengan sembelihan babi dengan kalimah Bismillah. Hodoh sangat rupanya.

Sama juga isu jika orang bukan Islam memberi sedekah kepada fakir miskin untuk menunaikan umrah atau haji. Boleh atau tidak? Perlukah kita bertanya kepada bukan Islam tersebut, wang diberikan itu haram ke tidak. Wang hasil jual beli babi atau bukan?

Babi tersebut disembelih guna nama Tuhan ke tidak? Tidak perlulah dikaitkan dengan nama Tuhan, semua orang tahu, babi tidak disembelih kerana sifatnya sedemikian. Apatah nak dikaitkan dengan sembelihan dengan nama Tuhan dan orang Islam

Pada saya, penerima itu tidak bersalah dalam menerima wang tersebut berbanding dengan pemberi atau mereka yang bersedekah. Sepatutnya pemberi yang berasa bersalah atau berdosa sama ada wajar atau tidak tindakan tersebut dilakukan.

Saya fikir perbandingan ini agak keterlaluan. Pertama, babi adalah binatang yang haram dimakan dan diternak oleh umat Islam, meskipun kita perlu menghormati babi sebagai makhluk ciptaan AllahSWT. Jadi, membaca nama Tuhan ketika sembelih babi sukar untuk diterima.

Kedua, babi adalah binatang yang sukar disembelih kerana tidak mempunyai tengkuk. Jika adapun tengkuk, ia terlalu pendek. Sebab itu penyembelihan babi dilakukan oleh penternak dengan cara menyucuk lehernya. Mungkin sebab itu juga babi diharamkan makan.

Ketiga, saya memang tidak nafikan haramnya babi. Jika dibanding dengan haramnya rasuah, rasuah lebih berat haramnya. Dalam maksud, makan rasuah lebih hina daripada makan babi. Begitu juga perbuatan mencuri wang rakyat lebih haram daripada makan babi.

Jika tidak ada pilihan antara keduanya, saya lebih rela makan babi. Apapun, saya tidak pernah mendengar mereka yang menyembelih babi, makan rasuah, mencuri wang rakyat, dan bermain judi memulakan dengan kalimah Bismillah.

Keempat, saya tidak fikir ada halangan untuk orang bukan aliran agama bercakap soal agama. Saya pun bukan aliran agama. Tetapi saya masih boleh bercakap. Tiada siapa menghalang selagi apa yang saya cakapkan masih dalam ruang lingkup kefahaman agama.

Tetapi perlu diingat, ilmu ini sangat luas. Perlukan kepada pengkhususan. Berbanding dengan orang agama, sudah tentu kefahaman mereka lebih lagi daripada kita sebab mereka mengkhusus. Sama juga seperti Tun, seorang yang berilmu dalam bidang perubatan.

Saya sangat menghormatinya kerana itu adalah kepakaran Tun. Dalam maksud, bidang ilmu ini ada kepakaran. Selaku ahli akademik, saya amat menghormati.

Begitu juga bidang agama Islam. Keperluan kepada pengkhususan amat diperlukan, seperti ilmu tauhid, akidah, syariah, usuludin, termasuk juga ilmu-ilmu moden seperti kenderaan bermotor. Semua perlukan kepada kepakaran, hormati lah kepakaran tersebut.

Keempat, soal berserban dan berjubah hari ini orang bukan agama pun juga ada memakainya. Tidak kurang juga orang agama yang tidak berserban dan berjubah. Ikut cita rasa masing-masing. Pokoknya kita jangan memandang rendah atau mempunyai persepsi buruk terhadap cita rasa mereka. Biarkanlah selagi tidak menghalang kualiti dan produktiviti.

Saya tidak fikir kita dinasihat supaya dengar sahajalah ajaran dan syarahan yang disampaikan oleh orang yang layak, iaitu orang agama yang terlatih dan berpelajaran agama walaupun setakat pondok di kampung. Orang agama pun pada masa kini tidak mahu memandai-mandai dalam perkara di luar bidangnya, terutama dalam bidang teknikal.

Masyarakat hari ini jauh lebih baik kefahaman Islamnya, pemahaman fundamental mereka tinggi.

Saya tidak tahu apa yang berlaku sewaktu proses pemakaman jenazah Almarhum Tunku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang telah mangkat pada 30 April 1934, ketika ayahandanya masih lagi bergelar Sultan, yang dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Menurut Tun, jenazah dimuat di atas sebuah kereta yang ditarik dengan dua tali oleh beberapa orang atas alasan haram memuat jenazah di atas kereta bermotor. Sebabnya ialah kerana motor adalah buatan orang kafir.

Saya tidak pasti sama ada benar atau tidak pemahaman seperti itu. Mungkin kerabat diraja tersebut boleh tampil menjelaskan akan kesahihannya. Jika pun berlaku, mungkin pada zaman dan ketika itu. Tetapi saya yakin, tidak ada lagi pemahaman seperti itu pada masa kini.

Setelah saya kira, maknanya ketika itu Tun masih berusia 9 tahun, darjah tiga lah kalau ikut masa kini. Apakah ketika itu, Tun benar-benar dapat memahami situasi pemakaman yang berlaku atau sekadar mendengar cerita orang. Cerita seperti ini amat menggusarkan saya akan tujuan cerita ini dibangkitkan.

Jika Tun masih ragu, sila rujuk Mufti Perlis, bolehkah kanak-kanak usia 9 tahun diterima kata-katanya. Mereka yang berkata ketika itu yang mungkin didengari Tun ketika usia 9 tahun bolehkah dipercayai autoriti ilmunya.

Jika berlaku pun, saya tidak fikir kefahaman sedemikian masih wujud lagi pada hari ini. Jika ada mungkin jenazah selepas ini perlu menggunakan kereta Proton yang Tun sediakan dahulu. Itupun enjinnya menggunakan teknologi dari Jepun.

Akhirnya, saya mungkin celupar dan melanggari adat menegur budaya Melayu tetapi sudah sampai masanya kita bersangka baik kepada semua pakar yang ada. Saling memberi sumbangan antara satu sama lain. Saya merayu dan memohon kepada Tun, supaya elakkanlah membuat perbandingan yang sedemikian ekstrem.

Rakyat marhaen termasuk saya amat menghormati Tun sebagai negarawan dan juga sebagai pemimpin PERKIM. Saya bimbang sekiranya Tun terus memberikan pandangan sedemikian, kepercayaan dan keyakinan mereka semakin pudar.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Wednesday, 3 May 2023

Cara berdoa yang sebenarnya

TUKAR CARA BERDOA 

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

🍀FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

🍀FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

🍀FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

🍀FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

🍀FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

🍀FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'

Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Kredit : Tanyalah ustaz via Hasmah Solan
.