Monday, 31 October 2022

Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Amalan zikir membawa ketenangan hati. Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya, ketahuilah bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia. Suhanallah.

Zikir Hari Isnin

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.

Bergambar - Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Hari Selasa

ALLAH HUMMA SOLLIA’LA SYAIIDINA MUHAMMAD WAA’LAA AALII SYAIIDINA MUHAMMAD.

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullah s.a.w. di dunia dan di akhirat.

Bergambar - Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Hari Rabu

ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Setiap kali dibaca zikir ini, menghilangkan satu titik hitam di dlm hati dan Allah beri keampunan kpd hambaNya.

Zikir Hari Khamis

SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL ‘AZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Allah ampunkan dosa sebanyak buih di laut, satu kali sebut, tumbuh satu pohon syurga utk kita di Taman Syurga

Zikir Hari Jumaat

LAA ILA HA ILLALLAH

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya.

Zikir Hari Sabtu

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa hidup kita.

Zikir Hari Ahad

LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

Zikir Harian Isnin Hingga Ahad, 

1001 Contoh

Saturday, 29 October 2022

Berdamailah setiap malam

AJAL YANG TAK DISANGKA

“Biasalah isteri kadang-kadang merajuk kan,” kata dia sambil kesat air mata. Aku yang tadi boleh lagi membentuk senyum dah mula rasa berat bibir. Tak mampu membalas aku cuma mengangguk tanda setuju.

Dia sambung, “malam tu pula dia panggil saya tidur sebelah dia. Saya yang rasa berat perasaan nak ikut cakap suami. Saya buat keras tak nak.

Saya sibukkan diri main telefon dan mesej dengan kakak saya. Bercerita pasal suami saya lah. Tak sangka esoknya dia meninggal.”

Lagi banyak air jernih jatuh daripada mata dia. Disapunya kain tuala kecil ke mata kiri dan kanan. Keringkan air mata yang mengalir tak sudah. Makin disapu, makin banyak yang keluar.

Mungkin terkilan sangat dia tak layan suami betul-betul malam sebelum tu.

“Tak sangka ustaz, saya memang tak sangka suami nak pergi secepat ini,” diulang dekat 3-4 kali sepanjang kami bersembang hal kematian suami dia.

Puan ini saya kenal melalui seorang kawan. Dia sungguh nak tahu tentang pembahagian harta. Jadi bawa jumpa dengan saya. Banyak benda bersembang sampai akhirnya dia cerita hal tadi.

Benar kawan-kawan, kita ini selalunya rasa akan hidup lama lagi. Bermasam muka hari ini dengan pasangan, kita biar berlarutan 2,3 hari. Bahkan ada yang sampai berminggu-minggu tak bercakap. Walhal duduk serumah.

Kadang masing-masing tak nak mengalah. Menunggu-nunggu dipujuk. Kalau suami tak pujuk, isteri terus simpan muncung mulut. Biar panjang berjela.

Suami pun sama, kalau isteri tak pujuk punya lah sibuk main game tak sudah. Konon tak ada apa, tapi dalam hati merayu-rayu.

Bertahan-tahan akhirnya lewat malam tertidur. Esok pagi bangun terkejar-kejar urusan nak pergi kerja pula. Kalau sempat bersalaman lah, kalau tak sempat main lambai-lambai begitu sahaja. Mata tak bertentang langsung. Masih pertahan ego sendiri.

Takdir Tuhan salah seorang meninggal. Tuhan ambil dahulu. Tak balik dah rumah lepas keluar pergi kerja pagi tadi.

Allahu.

Tinggal lah seorang sendirian. Waktu ini apa pun dah tak boleh. Nak patah balik masa jangan harap. Meratiblah perkataan maaf berjuta kali sekali pun, dah tak sampai ke deria pendengaran pasangan kita. Ini yang banyak berlaku.

Kawan-kawan yang dikasihi;

Pertahankan ego ni tak akan ke mana. Lebih lagi dalam hidup rumahtangga. Dengan pasangan kita lah lebih lagi untuk kita mudah beralah dan mengalah.

Sebelum tidur setiap malam, berdamailah. Minta maaf dan memberi maaf. Itu lebih baik buat kita dan pasangan.

Bukan untuk orang lain, untuk jiwa yang kita mengaku separuh hidup kita juga.

Sebelum segalanya tinggal kenangan, kalian bina lah kenangan yang indah. Yang menjadi realiti. Bukan cuma dalam mimpi bila kita tinggal sendiri nanti.

Begitulah.

Kredit kepada penulis Firdaus Mokhtar

Wednesday, 26 October 2022

Persediaan jika ada kematian

Simpan mesej ni.. Sebagai pedoman 
Andai ada kematian d rmh kita.

1) cal ambulans.  Doctor akan sah kan kematian.  akan bg bberapa surat/borang utk d bawa buat laporan ke balai polis.
2) cal org surau/jiran yg tdekat
3) bawa document yg d bg doctor td. ic si mati.  sijil lahir.  segala surat perubatan jika ada ke balai polis utk buat laporan.  
4)  Ingat .  bahagi kan tugas.   Apabila d sah kan oleh doktor ttang kematian.  sebelum hadir nya jiran2. 
1) letak jenazah   atas tilam.  kaki ke arah kiblat. muka mengadap kiblat
2)chek seluar/ pampers jika ada tberak tkencing.  jika ada cuci dulu. 
3) salin seluar baju yg bersih. 
4) cari perca kain bersih .  Buat bberapa tali.  
sedia kan minyak zaitun/baby oil.  mula kan dr muka.  urut pelan2 muka. rapat kan mulut n ikat dr dagu ke kepala.  
5) urut mata pelan2 ..rapat kan.  jika x rapat.  letak duit syiling 50sen d kelopak. bl dah rapat.  keluar kan duit tu.  
6) tangan siku..urut pelan2 .  kiam kan elok2.  ikat kan kemas2.  
7) punggung peha rapat kan elok2. urut pelan2
😎 lutut rapat kan  elok2.  ikat tali.  
9) betis rapat kan. ikat tali
10) pegelangan kaki urut ..dgan minyak rapat kan n ikat kemas2.  
11) 2 ibu jari d rapat kan n ikat kan.  
12) ambik kain tudung bawal putih jarang.  tutup bahagian muka
13) ambik kain batik panjang.   tutup keseluruhan nya.
5) siap kan dlm beg .  kain batik panjang 4 helai.  towel satu. 
6) Daun pandan sepokok. d bersih kan d kerat2. buh dlm plastik. 
6)  sebelum kedatangan jiran2 .  anak2 yg lain mesti tutup aib.  dgan cepat2 bersihkan rmh.  
7) Bila jenazah n rmh dah ready semua.  sementara tunggu urusan yg seterusnya. Cuba ambik kesempatan brehat  .  makan minum secukup nya .  

[Tujuan urut. supaya segala sendi2 tetap lembut sehingga memudah kan waktu nak mandi/kapan.
l Buat pelan2.  sambil sedekah al fatihah.  ni kerana jenazah yg tcabut nyawa nya ..dlm keadaan perit sakit.  
semoga bmafaat utk semua. 

Kredit : Ana Mahabu

Wednesday, 5 October 2022

Kita berada dalam kubur lebih lama

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini..untuk selesa di alam kubur..

Amalkan 4 perkara ini:

1 - Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3 - Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. 

4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar

Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik.
Aamiin ♥️

Monday, 3 October 2022

Isu Buku Tommy

KALAU NAMA BEKAS PEGUAM NEGARA TAUFIK ATAU TAHIR PUN WAJAR DISIASAT

Rafizi Ramli dakwa UMNO sengaja main sentimen perkauman berkaitan isu siasatan terhadap Tommy Thomas.

Untuk ingatan, ini antara isu berbangkit dalam buku beliau dan dakwaan yang dibuat:

1. Menggambarkan bahawa Allahyarham Tun Razak mendalangi insiden paling hitam 13 Mei 1969.

2. Tommy Thomas berpengaruh dan lantikan hakim dibuat berdasarkan cadangan beliau ‘yang arif dengan semua Hakim Mahkamah Persekutuan’

3. Kematian Allahyarham Muhammad Adib diakibatkan oleh kenderaan bomba dan bukan kerana dipukul seperti yang telah didedahkan oleh Mahkamah Koroner.

Kalau hendak tuduh main sentimen perkauman, Tommy Thomas lebih sesuai dituduh buat perkara tersebut.

Tetapi keputusan Kerajaan untuk menyiasat Tommy Thomas dan respon UMNO kepada keputusan itu, tiada kena mengena dengan perkauman. 

Dakwaan Tommy Thomas menimbulkan tanda soal mengenai integriti dan ketelusan institusi Peguam Negara di bawah kepimpinan Tommy Thomas.

Rafizi minta siasatan terhadap kapal LCS kerana perkara tersebut melibatkan integriti dan ketelusan sesebuah Kerajaan. Kerajaan telah mendedahkan beberapa laporan penting kepada umum.

Jadi apa salahnya apabila UMNO bangkitkan perkembangan mengenai siasatan pasukan petugas terhadap Tommy Thomas? Adakah Rafizi merasakan bahawa integriti dan ketelusan dituntut hanya apabila Barisan Nasional terlibat?

Siasatan akan dijalankan antaranya dibawah Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 124(I) Kanun Keseksaan - Penyebaran Laporan Palsu, dan Seksyen 23 Akta SPRM Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Mungkin Rafizi cuba reka persepsi bahawa UMNO bangkitkan isu ini kerana Tommy Thomas bukan Melayu. Ingin ditegaskan, kalau nama dia Taufik, Talib, Tahir dan dia tulis buku sama, pun patut disiasat.

Ini soal integriti dan ketelusan bukan perkauman.

#SambungYangTergendala

Sistem pendidikan

*Fikir sejenak....*

Rakan2 semua, cuba kaji sejarah. 
1. 1998 seorang Timb. Menteri Pendidikan bangsa cina mencadangkan supaya PMR bukan jadi penentu naik ke Ting 4. Naik T4 secara "automic promotion". Budak2 MELAYU melompat "kegirangan". Tak payah lulus pun boleh naik darjah. 
Akibatnya, PMR dapat SEMUA E pun naik ke Ting 4. 

2. 1999 Timb. Menteri Pendidikan cina yg sama mencadangkan agar  BM sahaja diperlukan utk LULUS SPM. Sekali lagi budak2 melayu melompat "keseronokan"  dan rasa sangat bertuah. Pengetua2 pun seronok - Results SPM 100% setiap tahun. PPD dan JPN tak.bising pasal percentage lulus sbb Lulus BM, maka Lulus SPM.
Akibatnya, berlambak2 budak Melayu lulus tapi gagal mata pelajaran lain dan melepak, merempit dan jadi pekerja kilang lepas SPM.
Bilangan anak melayu yg masuk ke aliran sains merosot. Bangsa lain sedar cepat, mereka tidak leka.

3. Tahun 2002 ada wakil rakyat cina cadangkan agar yuran PMR dan yuran SPM dimansuhkan. PM ke-5 masa tu setuju.
Akibatnya, yuran pemeriksa kertas soalan PMR dan SPM tak naik2. Tiada insentif. LPM kaku...nak beli mesin OMR pun tak ada upaya. Kebocoran kertas soalan berleluasa.
Results melambung2 hebat.
Akhirnya LPM tukarkan PMR kpd PBS? PT3? School-based assessment yg diurus oleh guru2 dan tak.perlu dibayar.
Anak2 melayu "berseronok" lagi. PMR mula tiada harga.

4.  Tahun 2000 Kertas 3 utk Bio/ Kimia/ Fizik diperkenalkan. Anak2. Science dan Math di perkenalkan. Anak2 Melayu sangkut. Bangsa lain tetap di hadapan.

5.  Lepas tu diperkenalkan calculator. Cuba check bila dan siapa bawa usul ini? Siapa menterinya?? Anak melayu seronok sebab tak payah buat kira2 secara congak. Tak payah press otak.... 

6.  Sekarang, isu hp pulak dibawa. Anak2 melayu "meraung2 bersorak". Check siapa menteri2 dalam education kita.

Saya berada selama 30 tahun dalam LPM - dapat melihat data mentah results anak2 melayu selepas sesuatu POLISI dibuat. memang menyedihkan. Kita si SBP tak nampak benda2 macam ni sbb kita dapat yg " creme de la creme". Tak ramai guru kita yg jadi KETUA PEMERIKSA Subjek2 Sains di LPM.  

Ketua Pemeriksa Maths, Kimia, Fizik dan Add Maths Biasanya di pegang oleh orang cina. Mereka beri feedback kpd menteri mereka. Menteri mereka buat strategi bagaimana nak lemahkan orang melayu agar pemimpin2 melayu yang lahir lemah dan tiada idea dan mudah dipulas. 

Saya mengikuti sejarah perubahan2 dalam sistem pendidikan ini sejak saya jadi guru lagi. Setiap kali, kesannya merugikan orang Melayu. Kita mudah digula2kan dengan keseronokan dan keselesaan.
MELAYU MUDAH LUPA.. memang betul.

Sekarang ujian penilaian UPSR dgn PMR Pula DIMANSUHKAN. Bagaimana kita nak menilai  Pencapaian anak2 Melayu peringkat Rendah. Menteri Melayu tapi tahap pemikiran ikut bangsa cina utk membodohkan lagi bangsa Melayu. 

SAYA MENCADANGKAN, KALAU NAK FIGHT BENDA NI MESTI PAKAI DATA YG KONKRIT, BUKAN SENTIMEN. KAJI SEJARAH, BUKAN SEKADAR APA YG KITA RASA PATUT DAN APA YG KITA INGIN.  MUNGKIN KENA BUAT KAJIAN IMPAK DI SEKOLAH2 KITA - TAK.PAYAH SEKOLAH HARIAN. DAPATKAN INPUT DARI GURU2 PEMERIKSA KERTAS. SEEK AUDIENCE DGN MENTERI. PROTES TANPA DATA TAK KUKUH. 

Perkara ini bukan pasal handphone. Ini berkaitan dengan "SURVIVAL BANGSA MELAYU".

Dalam tempoh 40 tahun, saya terus melihat bagaimana bangsa ku diPERKOTAK-KATIKKAN tanpa disedari.
Inilah yg dikatakan "ethnic cleansing" melalui pendidikan.

Kamaliah.

KAJI KESAN SESUATU POLISI  MENGIKUT KAUM. GUNA DATA. 
Jangan terkejut, bangsa kitalah yg paling ghairah menyokong polisi tersebut dan kemudian yg paling kuat melalak apabila nasi dah menjadi bubur.

WAJIB SHARE

Sunday, 2 October 2022

Tolak Khalid Samad di Shah Alam

RAKYAT TIDAK AKAN LUPA BAGAIMANA PAKATAN HARAPAN MENIPU "MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI".

Khalid Samad boleh kata ianya naratif basi tetapi Rakyat tidak akan lupa bahawa derita dibawah pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

(Sebenarnya Khalid cakap macam itu sebab nak sedapkan diri dan risau akan peningkatan sokongan rakyat kepada BN.)

Mari saya senaraikan kegagalan PH selama 22 bulan.

Antara kegagalan Kerajaan PH ketika itu adalah:-

1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN.

2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.

3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019.

4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia.

5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.

6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019

7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.

8. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.

9. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg

10. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei.

11. Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019.

12. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.

13. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019.

14. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.

15. Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018.

16. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.

17. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.

18. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.

19. Pemindahan Khazanah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri

20. Penjualan pegangan 0.66 peratus Khazanah dalam bank yang kedua terbesar di Malaysia iaitu CIMB

21. Keengganan kerajaan Pakatan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyemak semula rangkaian kompleks GLCs yang berpotensi membawa kepada amalan ‘penaungan selektif’.

22. Langkah menerima bekas ahli parlimen UMNO secara besar-besaran menimbulkan kecurigaan terhadap komitmen PM terhadap agenda reformasi institusi.

23. Pelantikan Ronald Kiandee yang menyertai Parti Bersatu sebagai Pengerusi PAC sebelum digantikan menimbulkan persoalan mengenai komitmen Pakatan kepada reformasi.

24. Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR) digesa diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen, selari janji ke-16 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dirangka ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

25. Projek ECRL dikurangkan RM21 bilion melalui perubahan jajaran dan jumlah stesen, tidak dikurangkan RM30 bilion seperti mana dakwaan hutang 1MDB dahulu.

26. Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan kekalkan kontrak rundingan terus kepada IWH-CREC, bercanggah dengan prinsip tender terbuka Pakatan.

27. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan, malah saiz kakitangan awam juga ingin dikurangkan

28. Kecurigaan melampau kepada kesetiaan penjawat awam.

29. Pengakuan Tun Daim bahawa ramai Menteri lantikan Tun M berpatah arang berkerat rotan dengan birokrat dan PTD, mengakibatkan dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan kucar-kacir.

30. Kepakaran birokrat dan PTD kurang dimanfaatkan, sebaliknya nasihat mereka dipinggirkan dek kegopohan Menteri lantikan Tun M melakukan perubahan semata-mata demi dilihat melakukan perubahan tanpa pertimbangan pakar.

31. Isu sijil akademik palsu dan cubaan menutup pembohongan oleh sebahagian menteri.

32. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini.

33. Tiada fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya). Terperangkap dengan pemikiran ekonomi abad ke-20

34. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara di luar negara.

35. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain?

36. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura

37. ‘U-Turn ECRL’, sekejap batal, sekejap tidak, telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China untuk tempoh 10 bulan lamanya.

38. ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar.

39. MRT2 perlu dirunding kembali susulan penerusan projek Bandar Malaysia. Satu lagi ‘U-turn’.

40. Amalan ‘bulldozer’ rang undang-undang di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan.

41. Soalan pertama Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa kerajaan PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas pada bulan Oktober lalu bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH? Jika ia prejudis, mengapa PH boleh keluarkan kenyataan mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu dedahkan dokumen perjanjian itu?

42. Soalan kedua Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa tiada satu pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagihkan wang itu kepada pihak-pihak yang lain? Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh pihak IPIC.

43. Soalan ketiga Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020?

44. Soalan keempat Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?

45. Kos jutaan ringgit selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi

46. Kerajaan lebih memfokus kepada kereta nasional ke-3 berbanding membangunkan pengangkutan awam moden untuk Greater KL dan negeri-negeri lain.

47. Tidak cukup dengan Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai, kini fokus pula kepada usaha untuk kembalikan perlumbaan mahal F1 ke Malaysia.

48. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, sedangkan telah ‘memerah’ RM80 bilion daripada Petronas untuk tahun 2018 sahaja.

49. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan

50. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat

51. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik

52. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak ditangani dengan cermat

53. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud

54. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang dilapor Rafizi

55. Tiada penjelasan mantap dalam penyelesaian kes Banglo Lim Guan Eng

56. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas, tetapi kini sunyi sepi

57. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik Penasihat PM, hingga kini kes sunyi sepi

58. Lemah dalam menyiasat laporan mendakwa syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang setuju untuk memberi 10% kepentingan dalam syarikat mereka kepada seorang menteri DAP untuk menerima projek mega yang akhirnya akan bernilai berpuluh bilion. Pemimpin DAP berjanji untuk menganugerahkan projek berbilion ringgit ini kepada syarikat konsesi terbabit sebelum tender yang kononnya tender terbuka dilaksanakan.

59. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun & China, rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci Bon Samurai dan Bon Panda.

60. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan Pakatan hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab.

61. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’ seharusnya disalurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah

62. Keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta dengan jujur, bukannya dengan manipulasi definisi istilah aset tertentu.

63. Kewujudan golongan ‘establishment’ di balik tabir yang terlalu berpengaruh mendobrak fabrik institusi tradisi Melayu-Islam di Malaysia.

64. Jabatan Perangkaan Negara telah mengeluarkan Indeks Pelopor (IP) yang dikumpul untuk bulan Disember 2018, memantau prestasi ekonomi ke hadapan dan adalah petunjuk bagi keadaan ekonomi pada jangkamasa yang akan datang ataupun “leading indicator”, menunjukkan indeks ini telah susut bagi tempoh 7 dari 8 bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei sehingga Disember berbanding indeks yang semakin naik sebelum itu. Ini menunjukkan angka negatif untuk 6 bulan berturut-turut.

65. SST telah menyebabkan kos naik 10 peratus.

66. Pemansuhan GST telah menyebabkan kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion pendapatan.

67. SST tidak mampu mengelakkan ketirisan dan penipuan cukai.

68. Peruntukan kepada Kementerian Kewangan melonjak dengan berganda daripada RM38.1 bilion pada 2018 kepada RM68.4 bilion dalam bajet 2019 sedangkan kementerian-kementerian lain seperti Pertanian, Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, dan Perumahan dikurangkan.

69. Menteri menuduh kerjasama PAS-UMNO sebagai ‘perang ke atas bukan Melayu dan bukan Islam’.

70. Menteri Kewangan tiada sijil akauntan bertauliah (chartered accountant) dari Australia.

71. Keputusan berkenaan cermin kenderaan gelap tidak dirunding dengan pihak berkuasa yang lain seperti polis.

72. Silap besar sifatkan matrikulasi sebagai ‘pintu belakang’ untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera masuk universiti.

73. Dahulu sifatkan pekerjaan pemandu Grab dan Uber serta 3D sebagai ‘tidak membanggakan’, kini menyeru anak-anak muda memilih sektor 3D dan jangan memilih kerja.

74. Menyerang isu hutang kerajaan negeri Kelantan dengan amat tidak matang, terlalu emosional dan tidak rasional sama sekali.

75. Menyerang isu hutang kerajaan negeri Pahang dengan amat tidak matang, terlalu emosional dan tidak rasional sama sekali.

76. Menyerang Tengku Mahkota Johor sebagai ‘budak kecil yang bodoh’.

77. Menyuruh Tengku Mahkota Johor tutup mulut.

78. Khazanah luluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu akan tuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.

79. Menteri Pertahanan tidak cekap atasi isu sujud di atas batu Karbala – boleh dilapik kain seperti mana pemimpin lain lakukan, atau tidak perlu solat di belakang Imam Syiah sama sekali.

80. Menteri Kewangan Salah titik perpuluhan.

81. Kontroversi penghapusan pencen penjawat awam tidak ditangani dengan cekap

82. Langkah pengurangan kakitangan awam sedang digerakkan.

83. Seruan Menteri Industri Utama supaya minum minyak sawit tidak bijak untuk lonjakkan eksport minyak sawit negara.

84. Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang melampau (dan menghina) iaitu 27 sen sehari

85. Bajet 2019 silap kerana mengunjurkan harga minyak dunia pada tahap US$70 sedangkan hingga Mac 2019 pun harga minyak dunia masih tidak sampai ke tahap seperti yang diunjurkan. Akibatnya “compounded effect” memberi kesan kepada pelaksanaan kerajaan.

86. Retorik penjawat awam ‘membebankan’ sangat kurang cermat dan memberi impak negatif kepada motivasi dan moral jentera pentadbiran negara.

87. Dulu kos projek LRT3 ialah RM9 bilion di bawah BN sebelum Lim Guan Eng naikkan menjadi kos RM31 bilion dan kemudiannya “berjaya” turunkan kos menjadi RM16 bilion.

88. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’

89. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan, malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan.

90. Pelaksanaan Bantuan Sara Hidup (BSH) lebih bermasalah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah sekadar menggunapakai data BR1M

91. Skim insurans B40 (yang kini diberi nama MySalam) menyaksikan kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar (Great Eastern) untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion.

92. Ada cara lebih baik untuk mengumpul dana melalui bon kerajaan, cara REIT PH akan menyebabkan kerajaan rugi besar untuk bertahun-tahun dan cuma akan memanfaatkan sesetengah golongan (kroni) sahaja.

93. Lim Guan Eng umum syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan Ketua Polis Negara ke Turki.

94. Cadangan pemansuhan tol 11 malam hingga 5 pagi yang bercelaru dari segi pengumuman dan meragukan dari segi
ketelusan.

95. Cadangan caj kesesakan agak kurang komprehensif dari segi impak positifnya.

96. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti ‘Higher income tax’

97. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain tax’

98. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’ ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin

99. Insurans wajib masih samar buat golongan B40.

100. FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN.

Sebenarnya ada banyak lagi kegagalan Kerajaan PH semasa mereka memerintah.

Bagaimana rakyat boleh lupa?

Saya harap Shah Alam perlu tolak Khalid Samad di Parlimen 108 pada PRU15 nanti.

#BN #BNSelangor #BNShahAlam #UMNO #UMNOSelangor #UMNOShahAlam

FB : Azhari Shaari

Saturday, 1 October 2022

Dosa2 PH