Tuesday, 1 August 2023

Tatasusila dihutan

Coretan Miss Daisy

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI

1. Lumut taik kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala² benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa², bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah² bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.

4. Harimau. kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.

6. Kepala air. Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu. - belajar dengan kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda² lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih² putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas itu, akan ada daun hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera  buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.

10. Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.

12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule dan sistemnya la, bukan amalan yang spritual).

1. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak pacak khemah, dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok² rendah dan renek maca. pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yang pokoknya besar².

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga. Kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok² renek (potong je pokok² kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting² pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang sikit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid warna kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.

8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Kredit: Segamat Outdoor World

Wednesday, 12 July 2023

Siapa Mengkarung

UMNO Bukan Parti Mengkarung, Tak Perlu Dalil Untuk Kekal Signifikan

1. UMNO bukan parti mengkarung, yang boleh sesuka hati menukar warna kulit, demi kepentingan politik sendiri. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengegaskan hal demikian dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023. Hal ini adalah berikutan tuduhan sesetengah pihak bahawa kerjasama politik UMNO dalam Kerajaan Perpaduan akan menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera.

2. Sebaliknya, UMNO tetap teguh memegang nilai Islam, Melayu dan Bumiputera di Malaysia, tanpa sekali-kali mengenepikan kepentingan dan hak agama dan kaum yang lain. Malah, UMNO sejak sekian lama sudah menjadi penimbang tara dalam persimpangan politik yang berlaku di negara ini. 

3. Susulan insiden 13 Mei 1969, UMNO menjadi watak penting dalam usaha untuk memberikan terjemahan yang lebih jelas tentang soal perkongsian kuasa dan pengagihan ekonomi negara. Daripada usaha itulah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) digarap oleh Allahyarham Tun Abd Razak untuk menghapuskan segregasi masyarakat mengikut sektor ekonomi yang sebelum ini diamalkan di Tanah Melayu.

4. Kemudian, UMNO turut menjadi watak utama sebagai teras kerjasama dalam Barisan Nasional yang mana keanggotaannya merangkumi parti pelbagai bangsa malah agama, yang pernah mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun sekali lagi, UMNO sebagai peneraju gabungan tersebut, membuktikan bahawa keharmonian boleh wujud dengan meletakkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera di atas, tanpa mengabaikan kepentingan pihak-pihak lain. 

5. Kepentingan UMNO sebagai penengah dalam kancah politik Malaysia terus berlaku sehingga ke hari ini. Dalam usaha UMNO melakukan penyesuaian politik dengan kerjasama-kerjasama politik terkini, UMNO tidak pernah menggadaikan prinsip utama untuk memperjuangkan hak Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini. Buktinya, syarat utama yang diberikan oleh Barisan Nasional sebelum menyertai Kerajaan Perpaduan adalah pembentukan dasar, program dan pendirian kerajaan, hendaklah menjunjung hak keistimewaan Islam, Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Situasi ini nyata berbeza dengan tuduhan bahawa UMNO adalah mengkarung politik. Sebaliknya, mengkarung politik yang sebenar adalah pihak lain yang kerap memainkan dalil-dalil agama untuk menyokong tindakan-tindakan mereka. Anehnya, apabila tindakan mereka berbeza dengan dalil awal yang digunakan, akan hadir pula dalil baharu yang menghalalkan perbuatan baharu mereka.

7. Sebagai contoh, dahulunya pihak tersebut menggunakan isu peruntukan dalam RUU 355 sebagai peluru politik, kononnya mereka mahu lebih mengangkat hak Islam di negara ini, sehingga sanggup mengkafirkan UMNO. Namun setelah mereka memegang tampuk pemerintahan negara sebelum ini, tidak pernah sekalipun RUU 355 ini menjadi agenda dalam pemerintahan mereka.

8. Begitu juga, dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Sebelum ini, mereka menyatakan bahawa tidak ada mudarat pun untuk agama lain menggunakan kalimah suci tersebut. Namun kini, merekalah yang beria-ia mengatakan tidak boleh digunakan. Padahal, pegangan UMNO serta kerajaan hari ini konsisten dengan pandangan Raja-Raja Melayu seperti peruntukan dalam Perlembagaan di mana kalimah-kalimah suci tersebut tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Semenanjung Malaysia.

9. Tohmahan mereka bahawa UMNO mengesampingkan agama juga lari jauh dari realiti. Hakikatnya, UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ini berjaya mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan untuk dana sejumlah RM1.5 billion kepada JAKIM, yang disalurkan kepada pelbagai institusi Islam, termasuk peruntukan RM150 juta untuk melaksanakan Dasar Tahfiz Negara. Usah dilupa juga program Maahad Tahfiz TVET dan Ulul Albab di MRSM. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO dalam menjaga keistimewaan Islam di Malaysia.

10. Dalam isu pembelaan orang Melayu dan Bumiputera pula, sumbangan UMNO cukup besar. Cetusan idea untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, MARA, FELDA, Petronas, UKM dan UiTM, adalah merupakan gagasan besar UMNO dalam melakukan rekayasa kejuruteraan sosial. Kesemua ini menjadi bukti bahawa UMNO tidak pernah mengesampingkan agenda pembangunan Melayu, malah sentiasa meletakkan kepentingan Melayu dalam pembangunan ekonomi nasional.

11. Walau apa pun tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada parti keramat ini, di akhirnya tiada siapa mampu menidakkan jasa serta sumbangan UMNO terhadap pembelaan Islam, Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Malah, dalam evolusi UMNO untuk menyesuaikan diri dengan kancah politik semasa, UMNO tidak sesekali menjadi parti mengkarung yang berpura-pura dan hanya menunggang dalil untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Saturday, 8 July 2023

Harga Telur tak boleh jaga, macamana nak jaga negara


Tulisan Najib Razak

Saudara RotiKaya,

Terima kasih atas peringatan pada apa yang saya pernah cakap pada tahun 2019.

Memang benar bahawa kalau harga telur pun tak boleh kawal maka bagaimana nak kawal kerajaan?

Seperti dalam artikel tahun 2019 yang kamu kongsi, harga telur gred AAA naik 59.2% ke 43 sen sebiji dan telur gred C naik 67% ke 40sen pada ketika itu - jauh lebih tinggi berbanding masa kerajaan BN dahulu sebelum PRU14.

Tapi bandingkan dengan harga siling ketika ini iaitu 45sen bagi telur gred AAA (kenaikan 2 sen atau 4.6% berbanding tahun 2019) dan 41sen bagi telur gred C (naik 1 sen atau 2.5%).
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=263068

Perlu juga ingat bahawa tahun 2019 itu tak ada pandemik, tak ada gangguan ke atas rantaian bekalan dunia dan harga dedak tak melambung tinggi.

Inflasi dunia juga tak melonjak tinggi pada tahun 2019 seperti hari ini di mana inflasi UK dan USA merupakan paling tinggi sejak 40 tahun lalu akibat pandemik dan perang Rusia-Ukraine.

Saya pasti korang tahu bezakan kenaikan 59.2% ke 67% pada tahun 2019 dengan kenaikan 2.5% ke 4.6% tahun ini berbanding 2019?

Perlu ingat bahawa sejak April 2021, saya sudah memberi amaran bahawa kaedah kerajaan untuk hanya kawal harga tanpa menyelesaikan harga asas iaitu kenaikan mendadak kos pengeluaran hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga sebab tiada siapa yang akan menternak jika terpaksa menjual pada harga di bawah kos.

Dan masa itu juga saya telah saran kerajaan beri subsidi kepada pengeluar ayam.
https://www.edisi9.com.my/2021/04/najib-kata-kawal-harga-ayam-tidak-selesai-masalah-pokok/

Namun kerajaan tidak hirau saranan saya sehingga benar-benar berlaku kekurangan bekalan.

Tapi saya tak pernah henti bersuara sebab ayam dan telur merupakan sumber protein utama Rakyat Malaysia.

Bulan Sept 2021, saya suarakan lagi kebimbangan saya tentang salah langkah kerajaan:
https://malaysiagazette.com/2021/09/22/kawalan-harga-ayam-kaedah-lama-najib/

Bulan Nov 2021: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/22/kawal-harga-tak-selesai-masalah-kata-najib-susulan-harga-ayam-telur-naik/

Bulan Feb 2022: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-ayam-telur-entah-dah-berapa-kali-saya-beri-amaran-najib-345804

Bulan Mei 2022: https://www.samudera.my/3-solusi-bekalan-ayam-najib-razak/

Akhirnya pada minggu lepas, kerajaan ikut juga dengan saranan saya untuk menetapkan harga siling DENGAN subsidi kerajaan pada harga di atas kos pengeluaran supaya harganya munasabah dan kekurangan bekalan tidak akan berlaku lagi.

Sebab itu, beza harga telur gred hari ini tak lebih 5% berbanding harga tahun 2019 seperti posting kamu biarpun 3 tahun sudah berlalu dan pandemik dunia memberi cabaran besar.

Tapi sekiranya posting Rotikaya adalah untuk mengecam BN hari ini, saya perlu ingatkan bahawa saya sudah banyak memberi saranan dan amaran.

Dan sekiranya, menteri ekonomi paling kanan (PPBM), menteri MITI (PPBM), Menteri ekonomi (PPBM), menteri kewangan (lantikan PPBM), menteri perladangan (ex-PPBM) dan Menteri pertanian dan industri makanan (PPBM) tak mahu dengar sepanjang tempoh itu, apa yang saya boleh buat sebab kuasa berhubung ekonomi dan harga makanan ada pada mereka.

Posting rotikaya: https://www.facebook.com/rotikaya/posts/pfbid05Asmnu9qcQfS9VGPW4c84aFU9f8RjknFzYHeXjxw1TfaNwnqaBJTD82stvfrkJn7l


Siapa merosakkan Negara


Pelik kenapa perbelanjaan kerajaan ketika zaman penyamun/pencuri dan orang yang kononnya tak pandai jaga ekonomi boleh dikawal begitu rapi sehingga defisit boleh turun 9 tahun berturut dan nisbah hutang kepada KDNK boleh turun ke 50% dengan jumlah kenaikan hutang RM380b dalam tempoh 9 tahun.

Tetapi kenapa pula perbelanjaan kerajaan boleh naik mendadak pula ketika zaman bukan penyamun/pencuri dan orang yang kononnya pandai jaga ekonomi sehingga defisit dan nisbah hutang turut mencanak naik sehingga hutang boleh tambah RM460b dalam tempoh 5 tahun sahaja?

Kewangan negara bukan rosak bila dirompak, disamun, dicuri atau disalah urus oleh Najib ke?

Kenapa jauh lagi rosak selepas Najib?

Bagaimana FELDA dan FGV berkembang


Dulu, kamu jual sebidang tanah milik kamu dengan harga RM45,500.

Sekarang, kamu beli balik tanah tersebut termasuk bonus 3 bidang tanah lebih kecil dengan harga RM14,000. Tanah itu juga telah diratakan dan disiapkan dengan infrastruktur.

Jadi, adakah kamu rugi atau untung dengan senario di atas?

Ini yang sebenarnya berlaku dengan IPO FGV pada tahun 2012.

Pada ketika harga minyak sawit melebihi RM3,000 dan Bursa Malaysia adalah hot, Felda dibayar RM6 bilion selepas menjual 1.33 bilion saham sedia ada dalam FGV (tetapi masih pegang baki kepentingan 33.7%) manakala FGV mendapat dana sebanyak RM4.9 bilion dengan menjual saham baharu untuk tujuan membeli syarikat baharu dan penananam semula berskala besar.

Tetapi selepas itu, harga saham turun tidak lama lagi sebab harga minyak sawit turun ke sekitar RM1,800 ke RM2,200 satu tan untuk tempoh memanjang bersama dengan trend harga komoditi masa itu.

Dengan dana RM4.9 bilion baharu itu, FGV juga telah membeli 6 buah syarikat sawit dalam dan luar negara termasuk Pontian Plantations, Asia Plantations dan ladang-ladang sawit Sabah dari syarikat Golden Land.

Hari ini, harga saham FGV cuma RM1.40 yang disenarai di Bursa Saham yang merupakan pasaran saham paling corot dalam dunia dalam tempoh 5 tahun selepas PRU14.

Pada harga ini, jumlah nilai keseluruhan 100% FGV adalah RM5.02 bilion.

FELDA hanya perlu bayar RM1.86 bilion untuk beli balik jumlah saham 1.33b saham yang mereka jual pada nilai RM6b pada tahun 2012.

Bukan itu sahaja, jumlah keluasan tanah milik FGV yang dibeli balik adalah lebih besar berbanding tahun 2012.

Tambahan pula, usia pokok kawasan tertanam FGV juga adalah jauh lebih muda dan prime berbanding tahun 2012 selepas FGV melakukan penanaman semula berskala besar.

Jadi, FELDA sebenarnya mendapat manfaat besar dari penyenaraian FGV pada tahun 2012 biarpun harga saham turun.

Peneroka-peneroka yang meminjam untuk melabur dalam saham FGV juga tidak rugi sebab dibayar gantirugi oleh FELDA selepas harga saham FGV turun. Malah peneroka turut pernah menerima bonus cash berpuluh ribu Ringgit setiap keluarga ketika FGV disenaraikan.

Yang rugi adalah pelabur asing dan pelabur tempatan termasuk KWSP dan Tabung Haji tetapi perlu ingat bahawa dalam tempoh itu juga prestasi KWSP dan Tabung Haji secara keseluruhan adalah sangat baik dan juga mendapat keuntungan besar dari penyenaraian IHH berhad pada tahun 2012 juga.

Selain mengambil kesempatan share market yang hot serta harga sawit yang tinggi ketika itu, Najib pernah jelaskan beberapa kali selepas PRU14 kenapa dia senaraikan FGV pada tahun 2012.

Dia kata masalah terbesar FELDA masa itu ialah pokok tua dan peneroka tua. Sebab itu, FELDA senaraikan FGV untuk menyelesaikan kedua-dua masalah ini. Masa itu, lebih 50% pokok-pokok FELDA dan peneroka melebihi usia 20% dan tidak lagi produktif. Semakin tua, semakin tidak berhasil.

Malah Tan Sri Lim Kit Siang pun pernah sebut masalah FELDA pada tahun 2009.

"Over 50% of the trees in Felda plantations need to be replanted. That translates into higher costs."
https://blog.limkitsiang.com/2012/07/02/felda-listing-a-house-of-lies/

FGV akan tanggung keperluan dana untuk penanaman semula tanah-tanah milik FELDA yang dipajak ke FGV.

FELDA pula akan guna dana dari IPO itu untuk memodenkan skim FELDA untuk menarik generasi kedua dan ketiga untuk terus tinggal di sana serta untuk memberi pinjaman kepada peneroka bagi penananam semula tanah-tanah milik peneroka dan juga untuk membina rumah kedua atau tujuan pendidikan anak-anak.

Kebanyakan matlamat-matlamat yang dijelaskan Najib adalah tercapai.

Jika dia tak buat masa itu, mungkin FELDA sudah tidak wujud hari ini atau dalam masa 10 tahun lagi.

Najib tak jahanamkan FELDA seperti dijaja propaganda mereka tetapi telah selamatkan FELDA.

Saya akan ulas tentang pinjaman peneroka nanti.

Cc : Lim Sian See

Tuesday, 27 June 2023

Bisnes hari ini


BISNES KEDAI MAKAN ZAMAN SEKARANG
1. Susah susah susah.. customer takder duit, barang harga mahal …semua benda tak laku… ye??

2. Bukan kedai makan jer…. Apa meniaga pun diaorang kata susah sekarang ni… nak jual buku pun dah tak laku, apatah lagi ebook…

3. Tapi

4. Tahun 2016 dulu pun susah… kata sebab ada GST

5. Tahun 2007 dulu pun susah, kata ekonomi jatuh 

6. Tahun 1997 punya susah, boleh jual kereta buy 2 kancil free 1….masa tu saya berangan kalau ada duit boleh jual balik kancil free tu

7. Tapi, 2021/22 semua orang bisnes kencang… akak Suhasnida Ismail cakap jual kepala keta api pun laku… apatah lagi kari kepala ikan 40 hari

8. Tahun 2014 pun bisnes dashat… FBads tengah mudah

9. Tahun 2003 pun best, masa tu dah start keluar bisnes viral pelik pelik… tetiba ada lak bisnes sewakan padang futsal

10. Punya hebat bisnes masa tu, boleh buat orang datang bayar RM 120 sejam untuk sewa padang futsal pukul 4 pagi… saya salah sorang penjaga padang futsal tu

11. Lah …. Mcm tu la bisnes rupanya… mmg sentiasa ada putaran

12. Time ok , time tak ok

13. Sama je sekarang dan dulu

14. Dari zaman dulu dulu lagi

15. Zaman Nabi Yusuf, Baginda tafsirkan mimpi Raja yang akan ada zaman makmur tujuh tahun, dan kemarau tujuh tahun.

16. Ada tulis dalam Quran hal ni, sampai akhirnya Nabi Yusuf menjaga perbendaharaan Mesir ketika itu, menyimpan hasil didalam gudang… Mesir power gila masa ni, negara lain semua out

17. Masa zaman kemarau, semua negara sebelah datang nak minta beli hasil

18. Mcm tu la citer nya… apa points yang saya nak sampaikan…  

19. Pertama, dah la fikir dunia yang dah lepas… sales yang semalam takder tetap takder… lagi difikir lagi murung dan jadi penyakit hati nama depression

20. Kedua, susun semula bisnes kita… cut cost, restructure atau tutup kejap

21. Jangan dirisau rezeki esok, Allah Maha Pemberi Rezeki. Jgn mengadu kat manusia nanti kecewa, mengadu kat Allah terus… senang citer…. Ada bantuan tiba nanti

22. Ketiga, lepas ni… saya rasa kita ni usahawan dah kena betul betul plan… saya rasa ekonomi akan berkembang semula … lagi sebulan dua or setahun dua

23. Masa tu jangan la kita rasa kebal yang bisnes akan kekal selamanya

24. Susun atur, mekanisma kewangan dan operasi syarikat utk hadap zaman best dan zaman sukar

25. Always percaya next cycle kejatuhan is just around the corner.. Allah boleh bagi dan tarik rezeki 

26. Point 21 sampai 25 saya sebenarnya nak pesan kat diri sendiri .. heheheh… 

27. Saya rasa cash reserve bukan semata mata key utk sustain, tapi flexible costing dan management structure yang boleh adapt dgn situasi semasa

28. Sebab fikir balik zaman Nabi Yusuf tu, negara lain bukan takder duit… diaorang takder hasil makanan sedangkan di Mesir , Nabi Yusuf dan buat catuan awal dan simpan… 

29. So bila kemarau, negara lain yg ada duit (emas dan perak) pun tetap tak leh survive, kena datang mesir beli gandum dan makanan lain

30. Kalau Nabi Yusuf simpan emas awal awal, time kemarau pun apa tak jadi . 

31. Sebab tu saya rasa bukan cash reserve sahaja yang penting. Sustainable and flexible planning ikut keperluan 

32. Fuhh best betul, banyak ilmu kita  boleh belajar dari Quran rupanya

33. Benda mcm ni pun ada cerita dalam Quran… cuma saya je tak rajin baca… 

34. Harap saya rajin baca lepas ni

35. Apa pun, Always ingat dan yakin kan diri… bukan kita buat makan sedap atau marketing power yang buat  kedai makan jadi power

36. Allah bagi sedap, Allah bagi marketing jadi… Allah bagi rezeki jualan pada kita Hamba nya

37. 😁😁😁… saja la tulis topik ni bagi sejuk sket hati korang… hehe

38. Saya menulis pasal dunia F&B semasa dan perkongsian pengalaman saya sendiri bangunkan Chicken Royale. Meh la follow wall saya utk content cenggini lagi. 

P/s Best pula tengok keta masuk hutan camni 🤭

#nazdaim
#BisnesJugaDakwah

Friday, 23 June 2023

Usaha Najib dalam tempoh 100 hari

Azwan Hamzah

Awak dakwa dua tahun pertama pentadbiran DS Najib "so so sahaja". Really? 

Urusan dan Usaha DSN dalam 100 hari pertama sebagai PM. 100 hari ya, tak payah tunggu dua tahun. 

Kesejahteraan Rakyat.

i. Memperkenalkan Konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

ii. Melakukan tinjauan mesra untuk mengetahui denyut nadi rakyat. Kawasan-kawasan yang telah dilawati ialah Vista Angkasa, Kg. Kerinchi, Jalan Petaling, Puduraya, Brickfields, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Pasar Kraf Kota Kinabalu, Pasar Besar Kota Kinabalu, Kg. Bintawa, Kuching, Pasar Malam Sibu dan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

iii. Mengarahkan satu kajian menyeluruh dilakukan untuk menangani isu kenaikan tol yang membebankan rakyat.

iv. Mengumumkan kerajaan akan mengambil alih Sabah Medical Centre dengan harga RM280 juta untuk menampung keperluan rakyat Sabah yang meningkat di hospital-hospital kerajaan.

v. Mengarahkan langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

vi. Mengarahkan supaya pembinaan kawasan letak kereta yang baru dibina di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

vii. Mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segera.

viii. Meminta agensi kerajaan yang terlibat memperbaiki kemudahan di Puduraya demi keselesaan penumpang.

ix. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang dikhususkan kepada para pelajar yang paling cemerlang di negara ini tanpa mengira kaum.

Hak Asasi dan Kebebasan Media.

i. Membebaskan 13 tahanan ISA pada hari menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri.

ii. Menarik balik penggantungan penerbitan akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan.

iii. Mengumumkan akan mengkaji ISA
iv. Membebaskan 13 lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk para pemimpin Hindraf.

v. Media diberi kebebasan membuat liputan tetapi hendaklah adil dan bertanggungjawab.

Ekonomi dan Kewangan.

i. Melakukan liberalisasi ke atas 27 subsektor perkhidmatan.

ii. Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan.

iii. Mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM60 bilion.

iv. Melancarkan laman web pakej rangsangan ekonomi untuk membolehkan rakyat memantau pelaksanaan projek.

v. Mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan pengeluaran lesen kepada para peniaga kecil dan penjaja.

vi. Menubuhkan Majlis Ekonomi Negara yang akan mencari jalan untuk membentuk modal ekonomi baru yang berteraskan inovasi dan nilai tinggi.

vii. Meminta bank terus mengeluarkan pinjaman kepada peniaga agar perniagaan mereka tidak terjejas pada masa sekarang.

viii. Menubuhkan Danajamin yang akan menyokong kerjasama dalam pasaran modal.

ix. Melaksanakan deregulation ke atas garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).

x. Menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal awal RM500 juta sebagai institusi pelaburan baru dalam negara.

xi. Melancarkan Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) ke arah menjadikan Felda sebagai sebuah syarikat multinasional dalam bidang multi-crop di peringkat antarabangsa
Pemodenan Dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam.

i. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua menteri, timbalan menteri dan semua sektor kerajaan.

ii. Modenisasi perkhidmatan awam dengan melaksanakan dasar pintu terbuka, multi point entry dan cross fertilization bagi membolehkan lebih ramai tenaga kerja terbaik di sektor swasta dapat diserap dalam perkhidmatan awam. Kakitangan kerajaan juga dibenarkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dengan mendapat latihan bekerja di GLC.

iii. Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan perlu diringkaskan, tidak meleret-leret dan tidak terlalu memakan masa yang panjang.

iv. Menjadikan Bidang Keputusan Utama Nasional (KRA) sebagai kaedah baru dalam pentadbiran kerajaan untuk memacu negara ke tahap lebih berjaya. Ia akan digabungkan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

v. Mengumumkan KPI dan KRA akan dijadikan asas untuk melonjakkan kecekapan perkhidmatan awam
vi. Memperkenalkan sambutan Hari Inovasi menggantikan Hari Q (Kualiti) yang telah diperkenalkan sejak tahun 1987.

vii. Anggota awam kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred lantikan akan dinaikkan pangkat (176,066 orang).

viii. Menggubal dua skim baru dan naik taraf 8 skim perkhidmatan (20,637) bermula 1 Julai 2009.

Sosial.

i. Menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai Gedung Makanan Negara.

ii. Mengumumkan peningkatan peruntukan pembiayaan perumahan bagi generasi kedua Felda.

iii. Mengkaji penubuhan skim pencen pekerja swasta dan tabung pemberhentian pekerja bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan.

iv. Mencadangkan penubuhan Baitulmal Kebangsaan dan memperkasakan Baitulmal negeri.

v. Skop dan peranan PEMUDAH diperluaskan termasuk melibatkan hal perumahan, jenayah dan pengangkutan.

Pembangunan Baru.

i. Mencadangkan agar kajian dilakukan terhadap pembangunan tenaga nuklear dan sumber tenaga baru di negara ini berasaskan teknologi hijau.

ii. Meminta kajian dilakukan terhadap cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bertujuan melonjakkan pembangunan di timur Johor khasnya dan Wilayah Pantai Timur amnya.

Dasar Luar.

i. Melakukan lawatan rasmi ke China
ii. Melakukan kunjungan hormat ke atas pemimpin negara-negara jiran terdekat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Mampukah Anwar dan Rafizi

Anwar dan Rafizi akan lebih dari Najib kalau diberi tempoh yang sama. Itu yang mamat PH sound aku!

Aku jawap balik dalam tempoh 7 bulan 2009-2010 Najib jadi PM apa yg Najib berjaya buat.

1. Beli kumpulan Parkway dari singapura iaitu sebuah syarikat berkaitan hospital, teknologi perubatan dan ubat-ubatan.

2. Defisit fiskalnya dikurangkan daripada 7.4 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun 2010 wahal pada penghujung tahun 2009, adalah tahun yang mencabar dengan pelbagai isu seperti krisis ekonomi yang paling berbanding tahun2 sebelumnya dan pemanasan global yang mengancam negara di dunia. 

Ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus sejak dari 2008. Tetapi Najib berjaya atasi.

Sedangkan zaman PMX rakyat tak ada kuasa membeli kerana ringgit jatuh, saham jatuh, pelaburan lari malah Anwar dan Rafizi hilang punca tak tahu apa nak buat.

3. Membawa masuk pelaburan permulaan RM214 juta untuk menempatkan semula dan mewujudkan loji fabrikasi wafer oleh syarikat Jerman, LFoundry di taman High-Tech Kulim. Sedangkan waktu time PMX pelaburan lari keluar.

4. Jumlah keseluruhan yg Najib berjaya menarik pelaburan asing yang besar - RM22.1 bilion tahun lalu dalam persekitaran yang sangat kompetitif, selain mencatatkan pertumbuhan negara. Nak banding dgn Anwar sampai sekarang apa pun tak ada. Nasib baik ada satu hasil perancangan Najib pada 2017. Nak harap hasil Anwar Rafizi sesen pun belum masuk.

5. Mydin melabur dalam 14 cawangan baru dalam tempoh tiga tahun bernilai kira-kira RM1 bilion sementara 208 bilik hotel dan 160 unit kediaman akan diuruskan oleh ST.Regis. lihat bagaimana Najib atur ekonomi domestik sedang zaman PMX syarikat2 besar bungkus.

6. Zaman Najib berjaya buay keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang hingga 9.5 peratus, meskipun ekonomi dunia hanya berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus ketika itu dan pulih pun setakat 4.8 peratus. 

Anwar? Hendak bangga dengan 5.6 peratus itu pun sebab saki baki hasil perancangan Najib sejak 2010 yg tak sempat dijual PH22. Kalau tak ada benda tu jgn  mimpi la. 

Jadi jangan cakap Anwar Rafizi hebat kalau diberi tempoh yang sama. Semua itu kencing sahaja. Kalau tak, kau orang nak percaya manusia yg berjaya kencing 32 juta rakyat dari pembangkang sampai jadi kerajaan masih nak kencing lagi.  

kredit : Mohd Fadzil

Monday, 19 June 2023

Budak Despatch Dapat PHD


BUDAK DESPATCH DAPAT PHD

BAB 1
Pada tahun 1998 -- seorang remaja berusia sekitar 19 tahun datang ke Kuala Lumpur dari kampungnya di Bukit Rambai, Melaka.

Saya kenal remaja ini sebagai budak rantau dari keluarga miskin yang mencari ruang bermain bolasepak di Kuala Lumpur.

Dia menumpang di rumah bujang rakan-rakan bolasepaknya dan sesekali melepak di kabin Blok 12, Flat Sri Pulau Pinang.

Kami bermain bolasepak saban petang -- sesekali saya bertindak sebagai penolong pengurus membawa kelab kecil Ranggi United beraksi di Liga 3 Kuala Lumpur.

Satu hari remaja yang juga pemain "import" kelab kecil ini datang ke rumah saya.

"Bang... ada seluar dan kemeja opis tak, esok ada interview desptach. Kawan cakap kalau saya pergi ada peluang dapat kerja."

Saya memiliki banyak pakaian pejabat kerana sejak 1994 hingga 1996 itulah pakaian harian ketika bekerja di Utusan Melayu.

Sejak 1996 -- apabila mula bekerja di Astro saya dibenarkan memakai jeans asalkan kemas dengan kemeja.

Jadi saya berikan pada anak muda ini memilih apa yang diperlukan. Seingat saya -- Azam memilih beberapa seluar Giordano dan kemeja Durban.

Kami terus berkawan dan bermain bolasepak setiap petang hingga saya berpindah ke Shah Alam kerana menyertai ntv7 pada 1999.

BAB 2
Pada 2015 -- saya dijemput Jabatan Perdana Menteri menyertai perjalanan menyampaikan penjelasan isu semasa di 13 buah universiti di Ocenia.

Enam di New Zealand dan tujuh di Australia. Perjalanan yang jadualnya sangat padat. Terbang dari bandar ke bandar setiap 24 jam dengan sesi ceramah dan soal jawab bersama pelajar Malaysia.

Akhirnya, saya tiba di University of Queenland (UoQ) di Brisbane, Australia dan menyampaikan siri pandangan saya mengenai pertembungan idea antara Barat dan Asia. 

Seterusnya menjawab isu "hangat" berdasarkan fakta kewartawanan mengenai Tragedi MH370 yang berlaku pada 8 Mac 2014.

BAB 3
Usai ceramah di UoQ - seorang pemuda berjambang dan bersongkok meluru pada saya dan memanggil:
"Bang... ingat saya tak?"

Saya terkedu. Siapa lelaki ini antara kerumunan hampir 150 pelajar Malaysia?

Saya diam dan hanya tersenyum. Lelaki ini memeluk saya dan berkata:
"Abang dulu ada bagi saya pakaian masa nak interview despatch. Saya Azam, budak Melaka yang main bola di Sri Pulau Pinang".

Saya merenggangkan pelukan. Melihat lelaki berjambang ini dan baru terasa betapa cepat waktu berganjak setelah 17 tahun (1998-2015) tidak melihatnya.

Cuma saya terfikir: "Dia di Australia kutip epal atau kutip anggur. Jauh dari KL ke Queenland?"

Tapi, saya bertanya dengan sopan: "Apa kau buat sini Zam?"

"Saya buat PHD bang. Doakan saya lulus ya... ni tahun akhir."

Saya terdiam. Saya teringat budak kurus seluar bersaiz 31 yang duduk di ruang tamu rumah saya.

Rumah flat kecil Sri Pulang Pinang dan dia memilih beberapa pasang seluar dan baju yang sesuai untuk dipakai menghadiri "interview despatch".

Hari itu (tarikh foto dirakam) dia berdiri di depan saya sebagai pelajar PHD Sains Sukan di UoQ.

Kami berpelukan. Sekarang saya akan ingat dua perkara.

Satu: Semangatnya ketika berlari di padang bola. 
Kedua: Ayahnya telah memberikan dia nama yang selayaknya.

Azam bererti Tekad.

BAB 4
Disember 2021 -- ketika sedang rancak strim jualan Levis 501; admin menyampaikan pesan dalam komen:

"Ada orang nama Azam kirim salam. Terima kasih bagi seluar dan baju masa dia interview despatch."

Terus saya teringat Dr. Azam. 

Secara live saya bertanya: Azam, kau masih pakai saiz 31 kah? Ambil yang cantik ini dan abang belanja RM150 saja".

BAB 5
(Terhutang budi Kisah Azam).

Sejak kembali dari New Zealand dan Australia pada 2015, saya sering menyampaikan ceramah kepada pelajar universiti. 

Cerita si Azam budak Melaka datang ke KL dan menumpang bermain bolasepak selalu jadi petikan dalam sesi perkongsian saya.

Saya kongsikan kisah keazaman seorang remaja yang mahu mendapatkan kerja despatch dan berakhir sebagai pemegang PHD UoQ.

Dari universiti tempatan sampai ke universiti di Turki, Mesir, Jordan dan Syria kisah ini selalu saya ceritakan.

Dari pelajar tahfiz Quran sampai ke calon doktor perubatan.

BAB AKHIR
Manusia bermula dengan apa yang ada. Bezanya dengan apa yang ada itulah -- manusia berusaha membina masa depannya. 

Apa yang ada bukan semestinya wang dan harta.

Aset utama ialah keazaman.

Dr Azam ialah kisah keazaman seorang budak kampung asal Bukit Rambai yang mahukan kejayaan. Dia berusaha dan berusaha sehingga berjaya memilikinya.

Selamat Maju Jaya Dr. Azam. 

Hidup adalah perjuangan bagi mereka yang hatinya adalah sebilah pedang yang sentiasa terhunus mendepani cabaran kehidupan.

(Foto 2015 di UoQ, Brisbane, Australia)

Sunday, 18 June 2023

Coretan Seorang Pejuang

Coretan Seorang Pejuang!
Melayu.

Dulu Aku Pernah Bertanya Kepada Emak aku, "Kenapa Mak Masih Undi BN Madey Walaupun Apa Yg Dia Dah Buat Kat Family Kita?"
Emak Aku Jawab "Walaupun Apa Yg Dia Dah Buat Kat Kita,Itu Dia Yg Akan Menjawab Di Masyar Nti.Emak Undi Bukan Utk Dia Saja,Tp Utk UMNO."
Aku Masa Tu Baru 20an... Org Muda Dizaman Yg x Kisah Pasal Politik.Tak Faham Hanya Anggukkan Saja.
Emak Aku Ckp "Selagi Ada Nyawa Mak,Mak Tetap Sokong UMNO.Mcm Tu Jugak Dgn Nenek.Undi Kami Utk Parti"
Sekarang Baru Aku Faham Apa Itu Erti "KESETIAAN PADA UMNO"

UMNO Bukanlah Agama
UMNO Bukanlah Individu
UMNO Bukanlah Pegangan Hidup
UMNO Bukanlah Prinsip Hidup
UMNO Bukanlah Bangsa

Tp UMNO Adalah Perjuangan Org2 Melayu Yg Memperjuangkan Dan Mempertahankan Survival Bangsa Melayu.Bukan Demi Seorang Individu,Bukan Demi Wang Ringgit. Tp Demi Maruah.

Aku Bukannya Bangsa Johor
Aku Bukannya Bangsa Malaysia
Tp Aku Adalah Bangsa Melayu Yg Bertuhankan Allah,BerRajakan Melayu Dan Berjuang Demi Melayu.

Sekarang Aku Teruskan PERJUANGAN DAN KESETIAAN Arwah Abah,Emak,Nenek Dan Atuk Aku. Walaupun Sekali Air Bah,Pasir Akan Berubah.Tp Aku Tetap UMNO.

Harap Rakan2 Lain Jgn Goyah Dan Terus Setia Bersama UMNO.Kita Bangkit,Kita Bina Semua UMNO. Pinjamkan Semangat Pemimpin Kita Tunku Abdul Rahman,Tun Razak,Tun Hussein Onn Yg Tak Putus Asa Berjuang Membebaskan Malaya Dari Penjajahan Inggeris Yg Beratus Tahun.Jgn Biarkan Pengorbanan Nenek Moyang Kita Akan Berakhir Dgn Sia-Sia.Bangkitlah Berjuang Kerna Melayu Akan Terbela....Insha Allah...

Usah Dilayan Parti Serpihan UMNO - PKR,PPBM,PEJUANG,..Matlamat Kita Jaga Rumah Kita Jaga warisan KIta kerna Beliau ( Anak Muda ) Adalah Penyambung Wadah Perjuangan UMNO seterusnya..

Ikhlas Coritan Aku... Yang pasti Dulu Kini Dan Selamanya UMNO 💪💪💪💪💪💯

PAU 2023..Selamat bersidang.

Monday, 29 May 2023

Diri sendiri jadi Doktor

Dokter Terbaik di Dunia

Hal yang paling sederhana, murni, dan alami dari kita dapat kendalikan adalah dokter terbaik untuk kesehatan dan kesejahteraan kita, yaitu diri sendiri.
6 dokter terbaik yang mudah kita temui supaya tubuh kita tetap sehat, yaitu :

✅ ketenangan jiwa dan kesabaran.
Seperti yang disampaikan oleh bapak Kedokteran modern Ibnu Sina. "Kepanikan adalah separuh penyakit, ketenangan adalah separuh obat, dan kesabaran adalah permulaan kesembuhan.” 

✅Matahari
Berjemur di pagi hari dapat meningkatkan imun tubuh, meningkatkan produksi vitamin D, memperbaiki kualitas tidur, hingga mencegah depresi.

✅Istirahat
Istirahat dan tidur merupakan salah satu kebutuhan dasar manusia selain makan dan bernapas.
Istirahat dan tidur yang cukup dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh, meningkatkan daya ingat, suasana hati, konsentrasi dan produktivitas, serta menjaga kesehatan jantung.

✅Olahraga
Olahraga merupakan salah satu cara paling praktis dan sederhana untuk menjaga kesehatan tubuh.
Dengan rutin berolahraga dan aktif bergerak, tubuh dapat lebih bugar dan kesehatan pun akan tetap terjaga.

✅Makanan sehat
Makanan sehat yang seimbang yaitu terdiri dari karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan mineral.
Dengan memperhatikan apa yang kita konsumsi maka dapat membantu untuk menyehatkan tubuh.

✅Air putih
Minum air putih yang cukup setiap harinya dapat memberikan manfaat seperti tubuh tetap terhidrasi, membersihkan racun, menjaga kesehatan sendi dan tulang, menjaga kesehatan pencernaan dan kulit, hingga meningkatkan stamina.

✅Mencintai diri sendiri
Karena mencintai tubuh dan kesehatan diri sama saja dengan bertanggung jawab atas tubuh dan kesehatan diri sendiri.
Dan hal itu, dapat membantu mengurangi hal buruk terjadi pada keadaan kesehatan kita.

Jagalah kesehatan selagi masih ada kesempatan❗

Thursday, 25 May 2023

Depa Benci Najib Pasai Pa?

Apakah alasan-alasan bagi depa benci Najib Razak?
Depa benci apa ? 
——————————————————

1. Najib penyebab ekonomi jatuh.

Terbukti setelah Najib, ekonomi tidak putih, dan Ringgit-USD jauh lagi teruk daripada sebelum 2018.

Kerajaan Tun M, Muhyiddin pula rajin jual dan atau belanja pendapatan aset-aset yang dikumpul sewaktu zaman Najib seperti IHH, Khazanah.

So depa benci apa ? 

2. Najib hilangkan “ anak “ kemegahan Malaysia - Proton

Terbukti kerjasama Proton-Geely(China) membawa hasil yang berbuah : X50, X70 dan kini hybrid X90.
Tempahan kereta kena tunggu setengah tahun.

So depa benci apa ?

3. Najib menyebabkan negara Bankrap 

Sewaktu Najib, hutang negara adalah 686 Billion. Sangat sihat berlandaskan ratio KDNK(GDP). Lepastu diaorang main akaun jadi Trillion ( majoriti negara di dunia ini tak pakai akaun diaorang tu).

Kini dah Betul-Betul mencecah 1 Trillion sebab diaorang pakai duit macam duit bapa mereka. Negara masih sihat kerana asas ekonomi yang dibina zaman Najib.

So depa benci apa ? 

4. Najib jual negara  

Mereka tuduh Najib jual negara dengan projek-projek seperti IWF, Pengerang, Bandar Malaysia, TRX dan sebagainya kepada pelabur khususnya China.

Kini depa pula pandai claim kredit MOU pelaburan China daripada Najib ( yang mulakan) yang mereka tuduh jual negara.   

So depa benci apa ? 

5. Najib Laksana GST

Mereka tak hapuskan GST, hanya ganti balik dengan SST yang tidak telus dan menyebabkan ramai orang tamak dapat mengelakkan cukai secara tidak jujur.

Harga barang bukan sahaja tidak turun, malah naik. Pula menteri diaorang sekarang “ tidak menafikan “ kemungkinan laksana GST.

So depa benci apa ? 

6. Najib buang duit buat HSR ( keretapi kelajuan tinggi)

Sekarang depa pula nak bina balik HSR ni.

So depa benci apa ? 

AKHIRNYA

7. penyelewengan SRC dan 1MDB

Kalau kena pasang Peguam Negara belah diri, campurtangan perlantikan kehakiman, sembunyi bukti-bukti, lantik KP SPRM orang politik, percepatkan kes, masa semata-mata untuk sabitkan dia, bagi saya ini adalah kotor dan adalah usaha-usaha untuk fitnah. 

duit penyelewengan SRC digunakan atas “ orang lain” seperti diplomatik, Yayasan amal, umat-umat menunaikan ibadah Umrah, anak-anak yatim, dan sebagainya, bukan bagi Keluarga untuk beli rolls Royce atau rumah mewah.

So depa benci apa ?

Saturday, 20 May 2023

Coretan Saiful Bahari Baharom

Saya fikir banyak benda mengenai negara kita yang tidak betul dan harus di rombak jika kita mahu negara ini melonjak ke hadapan.

Antara legasi peninggalan Dr Mahathir PM4 yang saya berpendapat paling toksik dan paling meranapkan negara adalah model ekonomi yang memberatkan kaum kapitalis dan kayangan dan rakyat marhein di anggap sebagai suatu blok yang boleh di manipulasi untuk memenuhi kantung golongan ini.

Amalan "rent-seeking economy" ini terlalu berleluasa - setiap ahli politik dan pengikutnya mencari jalan untuk mendapat "rent seeking opportunities". Sebagai contoh, jumlah rent-seeking opportunities yang terbuka semasa pandemik Covid pun di rebut-rebut antara mereka, dari  golongan warna kuning sampailah yang sokong (bodek) kerajaan yang memerintah ketika itu.

Negara ini bagaikan di reka struktur untuk kemudahan golongan ini - bukannya untuk rakyat jelata. Untuk mereka semua di mudahkan, dari sumber harta kekayaan, gelaran dan kesenangan hidup. Nak letak kereta terpampang di pintu utama? No problem. Cuba kita letak kereta kita. Awal-awal dah kena halau. Berapa anak-anak ahli politik bergelar Datuk? Bapak Datuk Seri, anak dua orang Datuk. What rubbish is this? 

Mereka juga mendapat layanan istimewa dari pihak-pihak berkuasa, dari jabatan-jabatan kerajaan, dalam semua perkara. Dalam aplikasi undang-undang pun ada double standard. Bukan saya tidak tahu.. kalau anak raja, anak Tan Sri, senyap-senyap lepas...

Malah, terdapat terlalu ramai pengusaha perniagaan juga fikir begini.. mengidam dapat kontrak konsesi dari Kerajaan, perah duit rakyat 50 tahun, 80 tahun. Ini semua dapat ilham dari mana? Dari idea konsesi toll Dr Mahathir.

Kalau ikutkan model ekonomi Dr Mahathir sepenuhnya, dalam bentuk originalnya, celik-celik mata, dari pam jamban hinggalah nak makan nasi, semuanya duit mengalir keluar dari poket berjuta rakyat ke poket 50-60? bangsawan dan kroni. Setiap hari, duit kita keluar sampai kita mati, duit yang kita perolehi dari kederat peluh kita sendiri dan bukan duit dari tender nego yang kita dapat sebab kita bukan anak Tun Whatever, anak Bekas Menteri Whatever. 

Mungkin rakyat marhein tidak tahu tetapi hampir saban hari, setiap minggu itu sudah pasti, DS Najib di datangi oleh golongan bangsawan dan kapitalis ini, sama ada secara peribadi atau menghantar wakil warna kuning, meminta deal itu, deal ini. Non-stop. Tak cukup-cukup.

Rakyat biasa, rakyat marhein perah otak, perah kederat untuk cari nafkah. Mereka? Tak habis-habis menempek duit Treasury. Yang bayar cukai siapa? Kita. 

Sebab itu saya faham mengapa rakyat marhein kawasan bandar tolak kerajaan UMNO. Katakanlah seorang penghantar makanan Grab.. dia lihat dengan matanya sendiri anak menteri bawa kereta Ferrari. Tak sakit hati?

Menantu Perdana Menteri pun ambil kesempatan nak supply itu dan ini. 

Saudara-mara in-law Perdana Menteri pun dapat kontrak macam-macam.

Sampaikan gerai PWTC waktu PAU pun habis isteri seorang menteri/penasihat sapu. Siapa nak niaga, sewa atas tangan dia.

Jika saya mohon AP import tepung, ingat dapat? Ehh, kontrak bawak masuk telur dari India, siapa dapat? 

Benda-benda macam ini telah terlalu lama berleluasan. 

Malaysia adalah sebuah negara yang amalkan demokrasi, political democracy but not economic democracy.

In terms of economy, ekonomi kita masih di dalam zaman feudal, di dominasi oleh golongan bangsawan dan konco-konco towkay mereka.

PMX nak sangat jadi hero populis rakyat? Inilah satu-satunya yang dia boleh buat untuk betul-betul menjadi pahlawan rakyat.

Thursday, 18 May 2023

Kisah Azlin dan Nik Faisal

1. Najib bergantung kepada setiausaha sulit prinsipnya, Allahyarham Datuk Azlin untuk menguruskan akaunnya.

 2. Azlin kemudiannya merekrut Nik Faisal untuk berurusan dengan bank dan kemudian diberi mandat untuk menguruskan akaun Najib.

 3. Penyata bank tidak pernah diberikan kepada Najib tetapi setiap kali Najib ingin menyemak baki akaunnya, dia akan bertanya kepada Azlin dan Azlin kemudiannya akan bertanya kepada Nik Faisal yang menyimpan penyata bank tersebut.

 3. Pendakwaraya mengatakan tiada bukti sama ada Nik Faisal atau Azlin mengambil wang.

 4. Hakim Nazlan sendiri dengan jelas menulis dalam penghakiman bertulisnya untuk SRC (halaman 555), dan saya memetik "tidak ada cadangan bahawa individu penyangak ini (termasuk Nik Faisal dan bosnya Azlin) telah mendapat manfaat daripada dakwaan manipulasi akaun peribadi tertuduh.

 Ini kemudiannya digunakan oleh Nazlan sebagai alasan untuk menolak salah satu pembelaan utama Najib - bahawa orang lain termasuk Nik Faisal dan Azlin telah menyembunyikan status sebenar akaun banknya dan memanipulasi akaunnya.

 5. Sejak awal 2021, Najib berulang kali memfailkan ke mahkamah untuk meminta butiran akaun Nik Faisal diberikan kepadanya.  Mahkamah berulang kali menolak permintaannya kerana mereka mendakwa ia adalah "ekspedisi memancing"

 Najib juga telah memfailkan beberapa kali bahawa pegawai kerajaan (termasuk Azlin) dan pegawai 1MDB telah dibayar oleh Jho Low tetapi AGC dan mahkamah tidak mengendahkan permintaan Najib.

 6. Pada 19 Nov 2021, SPRM mengeluarkan kenyataan MENGESAHKAN Singapura telah memulangkan AS$864,813.27 (RM4 juta) dalam akaun Nik Faisal kepada Malaysia.
 https://www.thevibes.com/articles/news/47612/macc-returns-rm20.5-bil-in-1mdb-assets-to-malaysian-govt

 7. Tidak sampai 2 minggu kemudian pada 2hb Dis 2021 selepas SPRM mengesahkan perkara ini, Najib segera meminta Mahkamah Rayuan memasukkan pengesahan ini bahawa Nik Faisal telah menerima wang.

 8. Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak Najib daripada mengemukakan bukti baharu ini dengan mengatakan ia tidak relevan.

 9. Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bahawa Najib bersalah.

 10. Pada Mac 2022 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Najib, ia juga didedahkan dalam perbicaraan AS bekas eksekutif Goldman Sachs Roger Ng bahawa Azlin juga telah dibayar hampir AS$1 juta (RM4.6 juta) oleh Jho Low.
 https://www.theedgemarkets.com/article/roger-ng-fraud-trial-new-york-plunderers-1mdb-who-stole-more-us3-bil?fbclid=IwAR2hovZ-7A0ScGRLzQiMsvbqo1zWknrNjWXSw5SNi_Pwz4

 11. Mahkamah Persekutuan juga menolak permintaan Najib untuk menambah bukti bahawa Azlin dan Nik Faisal telah dibayar wang oleh Jho Low - maklumat yang secara langsung membuktikan penghakiman Hakim Nazlan adalah salah.

 Jadi bagaimana ini adil?

 Anda tidak pernah mendedahkan kepada Najib bahawa Azlin dan Nik Faisal telah dibayar wang oleh Jho Low.  Malah, di mahkamah DPP mengatakan tiada bukti Azlin dan Nik Faisal mengambil wang.

 Anda meminta bukti bahawa hakim mahkamah tinggi dengan sifar pengalaman dalam kes jenayah adalah salah dalam penghakimannya.

 Najib minta kamu beri dia akses kepada maklumat tertentu untuk dapatkan bukti, kamu tolak.

 Kemudian SPRM dan perbicaraan Roger Ng di Amerika Syarikat mengesahkan bukti sedemikian.

 Dan Najib serahkan bukti baru ini kepada mahkamah, anda tolak.

 Kemudian anda mendapati dia bersalah.
 
 Nota sampingan:

 Nik Faizal dan Azlin dibayar gaji kerajaan untuk bekerja untuk Najib.

 Tetapi mereka dibayar sebanyak RM5 juta setiap seorang oleh Jho Low - jauh melebihi gaji kerajaan mereka.

 Jadi siapa bos sebenar Nik Faizal dan Azlin ?

 Najib atau Jho Low?

Ñajib masih di perlukan

*Bismillah : Najib Bakal Jadi Rebutan ?*

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Saya pernah menulis untuk mengingatkan PMX dan Kerajaan Perpaduan bahawa *Pengampunan Di Raja* buat DS Najib Tun Razak akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Pada hemat saya, DS Najib mampu memberikan kestabilan politik dan ini penting bagi Kerajaan Perpaduan tatkala ini.

Tanpa kestabilan politik, Kerajaan Perpaduan tidak akan berupaya untuk memulihkan keadaan ekonomi rakyat dan negara ini.

Selain dari menjadi nilai tambah politik kepada Kerajaan Perpaduan, DS Najib juga mampu menarik para pelabur asing ke negara ini.

Tatkala ini kita sangat memerlukan pelaburan asing @ Foreign Direct Investment @ FDI untuk merancakkan kembali aktiviti ekonomi.

Hubungan rapat DS Najib dengan China juga akan memberi kelebihan kepada negara dari segi geo politik dan geo strategi.

Ini kerana sebagaimana yang telah diketahui ramai, dunia sedang terbelah dua. Antara yang menyokong Blok NATO yang diketuai oleh Amerika dan Blok BRICS yang dipimpin oleh China dan Rusia.

Sekiranya DS Anwar lambat bertindak dalam isu *Pengampunan Di Raja* DS Najib, jangan terperanjat sekiranya blok di sebelah sana yang diketuai oleh Tun M akan berusaha untuk meminang DS Najib.

Dalam *real politic* segalanya adalah mungkin. Apatah lagi kalau ianya membabitkan Tun M.

Perisytiharan perang terhadap rasuah oleh DS Anwar mengancam empayar kewangan Tun M dan Tun Daim.

Sudah pasti Tun M dan Tun Daim akan melakukan apa sahaja demi mempertahankan kepentingan mereka.

Kalau Tun M boleh berdamai dengan DS Anwar dan Lim Kit Siang untuk menumbangkan DS Najib pada PRU 14, tidak mustahil beliau akan berkerjasama dengan DS Najib pada kali ini untuk menumbangkan DS Anwar pula.

DS Najib pada waktu ini bukan lagi merupakan musuh nombor satu Tun M dan bukan lagi ancaman kepada beliau.

DS Najib bukan lagi PM Malaysia atau Presiden UMNO dan bukan juga seorang Ahli Parlimen Malaysia.

Musuh nombor satu Tun M pada ketika ini adalah DS Anwar Ibrahim.

Ura-ura yang mengatakan bahawa Tun M akan menyertai PAS seharusnya tidak memeranjatkan para penganalisa politik di Malaysia.

PAS lebih sesuai dan lebih strategik untuk dijadikan platform politik utama Tun M berbanding parti PUTRA.

Percaturan-percaturan seperti ini yang harus difahami oleh para penyokong DS Anwar yang tidak mahu DS Najib diberikan *Pengampunan Di Raja.*

Mereka masih begitu naif dengan *real politic* mungkin kerana terlalu lama jadi pembangkang atau pemimpin NGO.

Mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa pada akhirnya, *politic is about survival of the fittest* bagi para elit politik.

Dan dalam keadaan darurat ekonomi dan politik seperti yang sedang kita alami pada hari ini, segalanya adalah mungkin dan segalanya adalah harus.

*Think correctly and act accordingly.*

Buat apa sahaja yang perlu dibuat dan bukannya buat apa yang kita suka.

Dalam keadaan hutang negara yang sudah berjumlah RM 1.5 trillion dan dengan belanjawan defisit selama 25 tahun dan dengan krisis ekonomi global yang masih jauh dari pemulihannya, *ordinary measure definitely is not the answer.*

Kita perlukan suatu kaedah yang luar biasa untuk menangani suasana yang luar biasa seperti hari ini.

DS Najib wajar diberikan *Pengampunan Di Raja* kerana beliau jelas telah dinafikan haknya untuk mendapat pembicaraan yang adil.

1MDB hanyalah alat yang dicipta dan direkayasa serta digunakan untuk menumbangkan DS Najib kerana beliau dilihat lebih pro kepada China berbanding Amerika.

Kini segalanya terserah kepada DS Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia. Hanya beliau yang berhak untuk menasihati YDPA dan Majlis Raja-raja Melayu.

Manakala saya hanya berupaya untuk terus mengingatkan semua pihak apa yang harus dilakukan dalam suasana seperti hari ini.

*Al Fakir Ilallah*
- Dato' Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas.
4 Mei 2023

Monday, 15 May 2023

.Negara bakal tergolek

Negara bergerak ke kiri lagi. Negara bakal bergolak?

Ada dua perkara polisi sebelum ini yang mana menunjukkan negara telah bergerak ke kiri. Satu dasar budaya negara dirombak tanpa konsultasi awam. Tiba2 sahaja dimaklumkan ia sudah berubah dan kita ada dasar baru.

Kedua penghapusan hukuman mandatori mati (death penalty). Kita telah luluskan untuk hapuskan semua hukuman mandatori mati termasuk bagi kesalahan membunuh yang berniat dan dirancang. (Murder of first degree). Keluarga ‘mangsa pula tidak dirujuk secara keseluruhan. Kita terikut2 naratif barat HAM. (Lihat posting sebelum).

Yang pertama berlaku waktu zaman PN. Keduanya berlaku pada zaman kerajaan perpaduan (UG). Kedua2 perubahan polisi ini bermula dari kerajaan PH sekitar 2018. Saya tak tahu bagaimana polisi ini diteruskan walaupun kerajaan silih berganti. 

Tiba2 hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman penarikan balik kes Jill Ireland. Kes ini berkenaan penggunaan Kalimah Allah yang amat sensitif. Sebelum ini kes Kalimah Allah telah ditentukan oleh mahkamah persekutuan dalam kes Titular. Kalimah Allah dalam mahkamah persekutuan telah diberi maksud tuhan yang disembah oleh orang Islam. Penyalahgunaannya boleh menggugat ketenteraman awam. Saya tidak faham kenapa kes mahkamah tinggi Jill Ireland ini tidak mengikuti kes mahkamah persekutuan yang tertinggi malah bertentangan. Mahkamah tinggi ini boleh pula memutuskan bahawa penggunaan Kalimah Allah tidak menggangu ketenteraman awam. Yang menarik Affidavit syahredzan, dr azmi dan Aziz Bari dirujuk menunjukkan sebahagian muslim tiada masalah. Jadi bilamana mahkamah memihak kepada Jill Ireland ketika itu, kita dikhabarkan bahawa terdapat kekhilafan hakim dan kerajaan akan membuat rayuan ke peringkat seterusnya. Sebab itu kes ini ditunggu2 penyelesaiannya. 

Entah apa terjadi kita dikejutkan hari ini bahawa rayuan tidak akan dibuat. Tak tahu apa alasannya tetapi saya difahamkan akibat tekanan politik. Sejak 2018 kita lihat pelbagai kes ditarik balik tanpa dimaklum alasannya. Keadaan ini sungguh tidak memuaskan. Ini menimbulkan persepsi campurtangan politik dalam beberapa kes.

Apabila kes ini tidak dirayu bermakna Jill Ireland dan orang lain boleh menggunakan Kalimah Allah untuk tidak merujuk kepada tuhan orang Islam. Arahan menteri berkenaan perkara ini pula menyalahi. Bahaya keputusan ini. Ia seperti perubahan dasar budaya negara dan hukuman mandatori mati yang akan mengubah nilai budaya kita. Cuma ini lebih sensitif dan terkesan bagi umat Islam. Ramai umat Islam tidak mahu mengikuti amalan negara jiran kerana kita mempunyai nilai budaya dan amalan agama yang berlainan. 

Kerajaan perlu perjelaskan. Perlu ada akauntabiliti. Apa yang berlaku tidak patut berlaku. Kes sepatutnya diteruskan.

Tuesday, 9 May 2023

Komen Umi Hafilda Ali tentang filem Anwar

nak buat filem cite betul betul jgn konar konar tunjuk yg suci debu je..yg buruk yg hitam yg payau or kena kan org zalimi org pun kena tunjuk jugak.baru real..biar penonton buat penilaian lepas tu .sapa fighter n pejuang yg sebenarnya.takat tapis sana tapis sini apa barang daa apa kelazz daa..BE REAL IN ALL ASPECT OF LIFE..JGN GEBANG N BERLAKUN BANYAK SGT .ORG DAH MUAL..

Bab kat Restoran Sri Melayu tak nak cite ke.adengan tawar menawar upahan dajal cecah jutaan ringgit supaya uha tarik balik lapuran n tutup mulut n larikan diri ke london supaya tidak di buru wartawan..mujur lah uha ni ada sikap degil yg amat bila tau kita di pihak yg benar..SESEN PUN AKU TAK AMBIK N TAK MAU DUIT HARAM DUIT RASUAH..NAUZUBILAH MINZALIK.N MEMILIH UNTUK DICEKUP DLM MASA 48 JAM KALAU TIDAK MAU TUNDUK KPD ARAHAN N TEKANAN.sapa barua yg di hantar masa tu..kiah joyah nak tau tak?..SAPA LAGI KALAU BUKAN DATUK SG CHEE HUA  YB KAPIT SARAWAK KETIKA ITU N JEMIN KEKASIH AWAL N AKHIRNYA KETIKA ITU.JEMIN SANGGUP BUANG MAK BUANG SEDARA MASA TU KERANA KASIH JEMIN KPD AL JURB JEMIN TURUTKAN. LAA NI BERGADUH SAKAN NOO..TU LAH TUHAN NAK TUNJUK BUAT LAGI NAYA KAT AKU JEMIN OII NUAR OII..JGN NAYA ORG KECIK..ALLAH MAHA BERKUASA. ALLAH IS WATCHING KAN MERENGKOK 6 TAHUN DI PENJARA KERANA DERA AKU SALAH GUNA KUASA KPD AKU CEKUP AKU BAGAI..KAN SEJARAH MAHKAMAH DAH MEMBUKTIKAN SI POLAN BERSALAH..SO TAK PAYAH PUSING PUSING KATA KONSPIRASI LAH UPAH LAH BAGAI..itu semua auta kamu..yg mengupah tu kamu suka rasuah org..gertak org bila tak nak ikut cakap..cukup cukup lah menipu ummah n Allah berpuluh tahun..Allah pun dah bagi kifarah maximum pun..tobat tobat je lah..rumah kata pergi n kubur kata MARI MARI MARI JOIN THE CLUB HANTU RAYA....

Itu blm lagi adengan adengan lain yg lebih ngerii..panjang kalau nak cite. tunggu pulak UHA BUAT FILEM YA .TAK DE KONAR KONAR TAK DE TAPIS TAPIS ..SEMUA REAL NANTI..YG BAIK YG BURUK PUN KITA TUNJUK..BIAR RAKYAT YG MENILAI YG MANA HAK YG MANA BATIL YG MANA KEBENARAN YG MANA KEPALSUAN.letih lah tengok org menipu berpuluh tahun n berlakun drama bersiri yg tak habis habis tiada kesudahan.agak agak lah kok ya pun nak menipu..berjuta dah tau pun the real truth. CUMA DEPA TAK DE TELO JE NAK KEDEPAN..depa berani cakap belakang je or terpaksa fake cium tangan bila berdepan....depa tak sanggup kena cekup puluhan polis kena dera setengah mati mcm uha kena naik mahkamah 100 hari nak lawan lagi 13 lawyer paling mahal paling ternama dlm negara ketika itu mcm Karpal Singh..Gubachan singh..fernando..dll.uha relax je tak pakai 1 pun lawyer untuk mempertahan kan diri dari segala fitnah dajal..kita di pihak yg benar pakai lawyer benda..cakap je lah yg benar tak payah dramatik tak payah create story tak payah menipu tak payah fitnah org tak payah konar konar..

ALLAH BERSAMA ORG YG BENAR..PASTI KEMENANGAN DTG KPD KITA WALAUPUN 13 LAWYER JANTAN LAWAN 1 POMPUAN TETAP 1 POMPUAN TU YG MENANG..HABIS UHA TEPIS SATU SATU MCM PANGLIMA GARANG DGN JAYANYA..HA HA..3 JAM JE UHA MAMPU MEMATAHKAN SETIAP HUJAH SERANGAN TANPA IHSAN DARI PIHAK LAWAN..semuanya pertolongan dari Allah swt n jutaan para malaikat..amal kan BACAAN AYATUL KURSI 170 x yakni bersamaan dgn jumlah hurufnya dgn sekali duduk iaitu dari MAGHRIB SAMPAI SOLAT ISYAK JGN BANGUN..TERUS KAN BACAAN AYATUL KURSI ITU YG AKAN MENGAMBIL MASA 1 JAM SETENGAH DGN PENUH KHUSUK N TAWADUK SAMBIL MERAYU LAH PD ALLAH  APA SAHAJA HAJAT N PERTOLONGAN YG KITA HARAP KAN DRP ALLAH SWT..KETAJAMANNYA MENGATASI MATA PEDANG..MUSUH AKAN TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI TIDAK KIRA DIA PEGANG JAWATAN TERTINGGI SEKALI PUN..INGAT LAH ALLAH  MAHA BERKUASA AKAN SETIAP SESUATU..BUKAN MANUSIA..

Ayatul kursi yg meliputi 7 petala langit n 7 petala bumi is too powerful..dgn syarat kita di pihak yg benar..jgn pulak kita persendakan bala menanti.amalan ini sgt bagus untuk apa saja tujuan ..rezeki melimpah or even untuk sakit yg teruk ambik air letak garam sedikit n baca kan ayatul kursi n berdoa n minum n sapu wajah n buat mandi..wajah pun berseri awet muda dgn cahaya ayatul kursi..tubuh pun sihat tak de penyakit..sakit teruk pun pasti pulih especially kalau kena sihir..KALAM.ALLAH MAHA AGUNG..MUKJIZATNYA SUBHANALLAH MASHAALLAH..YAKIN LAH DGN KEBESARAN N KEKUASAAN ALLAH SWT .AMIN

Perihal Pentaksub Najib

Aku bukanlah pentaksub kepada DS Najib Razak, bukan seperti segelintir puak yg begitu taksub, taat dan wala' membuta tuli kepada pimpinan mereka, yg sanggup ia kan apa saja yg keluar dari mulut pemimpin pujaan mereka... Keyakinan aku kepada DS Najib Razak berasas berdasarkan pemahaman aku tentang apa sebenarnya yg berlaku, ditambah dgn pelbagai perkara yg tak sepatutnya berlaku sepanjang proses perbicaraan kes beliau...

Sebab tu, secara prinsipnya, mudah, aku tentu akan boleh terima dan redho jika memang ditakdirkan DS Najib bersalah dan wajar menerima hukuman, dgn syarat, perbicaraan yg berlangsung ke atas DS Najib mestilah memenuhi semua aspek asas dalam menegakkan keadilan seperti yg disenaraikan di bawah... Semua yg ada di bawah sememangnya sudah sedia wujud dan diaplikasikan dlm sistem perundangan di Malaysia, cuma kenapa ia dinafikan apabila kes melibatkan DS Najib...

Beri peluang kepada DS Najib untuk dapatkan hak keadilan, biar rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bahawa DS Najib sudahpun mendapat hak tersebut tanpa ada yg boleh dipertikaikan lagi... Rakyat Malaysia tidak ada masalah menanti keadilan itu terserlah walaupun ia memerlukan proses perbicaraan itu diulang semula dari awal, daripada kita izinkan seseorang itu dihukum dalam keadaan tidak tertegak prinsip keadilan hingga ia menzalimi individu yg dihukum...

Tak sepatutnya ada pihak termasuk dari kjaan sendiri yg berasa takut seandainya DS Najib perlu dibicarakan semula... Jika benar DS Najib bersalah, walaupun perbicaraan sudahpun diadakan mengikut cara dan prosedur yg sepatutnya, maka tentunya DS Najib akan tetap didapati bersalah... Cuma yg mungkin patut berasa bimbang sekiranya memang benar wujud konspirasi dan percaturan politik tertentu sehingga berlaku penyalahgunaan kuasa untuk kenakan DS Najib, maka apabila ia dibicarakan semula, dikhuatiri kecurangan yg cuba mereka sembunyikan selama ini akhirnya terbongkar dan barangkali ia bakal menyelamatkan DS Najib dari terus dihukum...

Apapun, samada DS Najib ini benar2 bersalah atau telah dianiaya, hakikatnya, DS Najib sudahpun menerima hukuman penjara... Benarkan lah beliau mendapat hak pengampunan supaya beliau boleh menegakkan hak untuk dapatkan keadilan... Tidakkah kita berasa berdosa membiarkan DS Najib berada lebih lama di penjara dan akhirnya terbukti memang beliau telah dizalimi, sedangkan beliau telah terima hukuman yg tidak selayaknya...

Fair trial:
1. Independent MACC/PRDM investigates
2. Independent AG charges in court. 
3. Top judges uses automated system to randomly select judge to hear the case
4. The accused engages lawyers using his own funds to defend him in court
5. Independent DPPs provide all evidence to the accused's lawyers.
6. People who took more money than accused are charged
7. All individuals who committed wrongdoings are charged in court

In Najib's SRC trial:
1. Mahathir changes MACC and PDRM heads
2. Mahathir appoints pro-PH lawyer as AG
3. Mahathir breaches JAC 2009 act to change top judges.
4. Newly appointed top judges manually selects and replaces judge 
5. Mahathir freezes the accused funds
6. Mahathir charges the accused's lawyers
7. Mahathir appoints private lawyers as DPP who then withholds key evidence from case 
8. People who took more money than accused are made prosecution witnesses 
9. All who committed wrongdoing are not charged. Only Najib is charged.

#kerajaanmadani 
#KerajaanPerpaduan

Monday, 8 May 2023

Jho Low

Ada juga usaha hari ini untuk membawa Jho Low pulang.

TETAPI, memandangkan saya ada mengikuti kes2 DSN dan DSR. Saya agak skeptikal.

Begini.

Yang pertamanya.

Bagaimana dengan hal-hal yang tertangguh di dalam negara hari ini?

Yang agak "straightforward" tapi masih tertangguh.

1. Laporan SPRM akan Hakim Nazlan

Menteri Undang2 sendiri sudah sahkan laporan bertarikh 21 Februari lalu mendapati Mohd Nazlan melanggari peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009.

Ini sepatutnya "a straight forward's action". 

Iya, Ketua Hakim mengatakan yang beliau perlu dirujuk sebelum siasatan dilaksanakan.

Tetapi adakah itu bermakna laporan SPRM tidak sah?

Sewajarnya ini patut diperjelaskan kerana ini melibatkan intergriti badan kehakiman negara.

2. Dokumen "bocor" - Laporan Ambank 

Yang ni pun satu.

Sehingga hari ini menyepi.

Laporan Kes Ambank dari SPRM yang tular ini mendakwa akan hubungan baik Cheah Teck Kuang dan TS Dr Zeti.

Laporan yang sama juga mendedahkan transaksi ke dalam akaun Dato Dr Tawfiq, suami kepada TS Dr Zeti.

Laporan Ambank juga melaporkan bahawa BNM telah dimaklumkan sebelum RM2.6 Bilion masuk dan BNM beri kebenaran untuk kemasukan duit. 

Sahih ke tak laporan ni? Sekiranya sahih, ini jelas2 dapat membersihkan nama DS Najib.

Jangan lupa, usul DSN untuk dapatkan dokumen berkenaan syarikat yang diurus keluarga Zeti dan Jho Low kekal ditolak oleh Mahkamah Rayuan, kemudiannya rayuan DSN kekal ditolak dan hari ini DSN hanya boleh bergantung pada badan pengampunan.

Mind you, usul DSN ini ditolak ketika zaman PH 2.0.

Cukuplah dua ini dahulu untuk perkara tertangguh.

Jadi, sampai bila hendak tertangguh?

Yang keduanya. 

Memandangkan kes 1MDB sedang dibicara.

Saya nampak kepulangan Casey Tang seperti "the right timing".

Dan juga usaha bawa pulang Jho Low ni, sekiranya berjaya dibawa balik, adakah beliau dan Casey Tang pasti akan didakwa?

Atau adakah mereka sekadar duduk di kandang saksi seperti eksekutif-eksekutif di 1MDB yang boleh tandatangan perjanjian tanpa periksa, pegawai bank yang terang-terangan melanggar Akta BAFIA, dan juga seperti Rizal Mansor?

Yang sainnya orang lain.
Yang mintak duitnya orang lain.
Yang langgar akta banknya orang lain.

Tapi yang disabit akhirnya adalah DSN. 

Jadi, kalau itulah kemungkinannya, elok lagi lah kalau Jho Low kekal di luar negara.

Apa-apa pun kita hanya mampu tunggu dan lihat sahaja. 

🙃

Sunday, 7 May 2023

Komen Ridhuan Tee tentang Tun M

ISU SEMBELIHAN BABI DENGAN 'BISMILLAH' & LARANG ISTERI BERTUDUNG: RIDHUAN TEE TEGUR DR MAHATHIR

YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, maafkan saya jika artikel ini menyinggung Tun. Saya sangat menghormati Tun, apatah lagi Tun adalah ketua saya dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), selaku Yang Di-Pertua (YDP), manakala saya adalah salah seorang Naib YDP.

Paling kurang, kita akan bertemu lima kali dalam setahun untuk bermesyuarat. Saya akan duduk bersebelahan dengan Tun. Saya sedar, saya bukan siapa-siapa berbanding Tun. Tetapi izinkan saya bercakap sedikit pandangan mengenai artikel berkaitan sembelihan babi dengan nama Tahun.

Memang tidak akan berlaku atau tidak pernah berlaku, ada orang Islam akan menyembelih babi, apatah lagi menggunakan nama Tuhan atau membaca Bismillah. Usahkan sembelih, pegang pun tidak tergamak, apatah lagi menternak.

Ketika Tun mempengerusikan mesyuarat Perkim, sudah menjadi kebiasaan Tun akan memulakannya dengan ucapan aluan. Ada kalanya kami sebagai ahli mesyuarat ingin menegurkan beberapa perkara berkaitan dengan Islam yang dilontarkan, tetapi kami diamkan sahaja kerana kami amat menghormati Tun.

Misalnya, dalam mesyuarat Perkim yang lalu Tun ada berkata, kenapa Tun tidak benarkan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) tidak memakai tudung. Tun merujuk kepada surah An-Nisa bahawa wanita yang berumur (tua) tidak perlu memakai tudung atau menutup aurat.

Sebagai mualaf, jawapan yang Tun lontarkan itu menimbulkan tanda tanya, tetapi kami diamkan sahaja. Tertanya-tanya pula, kenapa ketika Tun Dr Siti Hasmah masih muda, tidak ditudungkan? Tun mungkin boleh bertanya kepada mufti yang agak terbuka seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut. Mungkin saya sebagai mualaf tidak layak untuk menjawab.

Jika begitu keadaannya, tidak perlu orang tua menutup aurat (memakai telekung atau tudung) ketika solat atau mengerjakan umrah dan haji, atas alasan sudah tua. Saya tidak tahu bagaimana Tun menafsirkan ayat ini. Mungkin Tun boleh bertanya kepada Wan Azizah, ketua PKR, bertanya kenapa beliau masih bertudung sedangkan beliau sudah tua. Mungkin suami Wan Azizah, saudara Anwar Ibrahim ada jawapannya.

Perbandingan menyembelih babi dengan bacaan bismillah, dan membandingkan duit haram yang dicuri (1MDB), bagi mengerjakan umrah dan haji, saya fikir agak keterlaluan dan ekstrem atau tidak sepatutnya dilakukan kerana melibatkan dua isu berlainan.

Kes 1MDB sehingga kini tiada negara yang berani membawa ke Mahkamah Antarabangsa. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sendiri menafikan. Begitu juga kerajaan Arab Saudi. Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan 1MDB dan diakui oleh YAB Perdana Menteri. Tetapi janganlah melebih-lebihkan cerita.

Kebimbangan saya jika kes 1MDB ada unsur tokok tambah sehingga menjadi fitnah dan rekayasa cerita semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan negara sedia ada. Maka dosanya lebih berat daripada memakan daging babi yang disembelih. Dalam dunia hari ini pelbagai cara mampu dilakukan untuk membenarkan rekayasa cerita seperti 1MDB.

Kalau dilihat fakta kes 1MDB sama seperti kes tuduhan kerajaan pimpinan Saddam Hussin menyembunyikan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) bagi membenarkan kerajaan pimpinan AS melakukan penjajahan ke atas negara tersebut. Mungkin Tun sudah lupa kisah tersebut yang berlaku tahun 1990-an. Lihat apa yang berlaku ke atas Iraq hari ini.

Kita tidak mahu negara yang pernah dibina Tun suatu masa dulu dimusnahkan angkara kes 1MDB yang sudah diakui sebagai satu kesilapan dan saya sendiri tidak pasti kesahihan penghujungnya. Insya-Allah, jika ada kesedaran yang tinggi, tidak mustahil berakhir dengan baik. Justeru, muhasabahlah Tun. Lihatlah masa akan datang dengan hati yang terbuka.

Jasa yang Tun tinggalkan memang tidak dapat dilupakan oleh generasi saya yang pada waktu itu masih belajar di universiti.

Tidak ada masalah untuk Tun memberi pandangan dan mengkritik kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Orang seperti Tun perlu ada supaya berlakunya ‘check and balance’. Tidak semua yang dilakukan oleh pimpinan hari ini semuanya baik.

Saya mohon, jangan dibuat perbandingan babi sembelih menggunakan kalimah Allah dengan duit curi. Cukuplah babi dengan duit curi. Tidak perlulah ditambah dengan sembelihan babi dengan kalimah Bismillah. Hodoh sangat rupanya.

Sama juga isu jika orang bukan Islam memberi sedekah kepada fakir miskin untuk menunaikan umrah atau haji. Boleh atau tidak? Perlukah kita bertanya kepada bukan Islam tersebut, wang diberikan itu haram ke tidak. Wang hasil jual beli babi atau bukan?

Babi tersebut disembelih guna nama Tuhan ke tidak? Tidak perlulah dikaitkan dengan nama Tuhan, semua orang tahu, babi tidak disembelih kerana sifatnya sedemikian. Apatah nak dikaitkan dengan sembelihan dengan nama Tuhan dan orang Islam

Pada saya, penerima itu tidak bersalah dalam menerima wang tersebut berbanding dengan pemberi atau mereka yang bersedekah. Sepatutnya pemberi yang berasa bersalah atau berdosa sama ada wajar atau tidak tindakan tersebut dilakukan.

Saya fikir perbandingan ini agak keterlaluan. Pertama, babi adalah binatang yang haram dimakan dan diternak oleh umat Islam, meskipun kita perlu menghormati babi sebagai makhluk ciptaan AllahSWT. Jadi, membaca nama Tuhan ketika sembelih babi sukar untuk diterima.

Kedua, babi adalah binatang yang sukar disembelih kerana tidak mempunyai tengkuk. Jika adapun tengkuk, ia terlalu pendek. Sebab itu penyembelihan babi dilakukan oleh penternak dengan cara menyucuk lehernya. Mungkin sebab itu juga babi diharamkan makan.

Ketiga, saya memang tidak nafikan haramnya babi. Jika dibanding dengan haramnya rasuah, rasuah lebih berat haramnya. Dalam maksud, makan rasuah lebih hina daripada makan babi. Begitu juga perbuatan mencuri wang rakyat lebih haram daripada makan babi.

Jika tidak ada pilihan antara keduanya, saya lebih rela makan babi. Apapun, saya tidak pernah mendengar mereka yang menyembelih babi, makan rasuah, mencuri wang rakyat, dan bermain judi memulakan dengan kalimah Bismillah.

Keempat, saya tidak fikir ada halangan untuk orang bukan aliran agama bercakap soal agama. Saya pun bukan aliran agama. Tetapi saya masih boleh bercakap. Tiada siapa menghalang selagi apa yang saya cakapkan masih dalam ruang lingkup kefahaman agama.

Tetapi perlu diingat, ilmu ini sangat luas. Perlukan kepada pengkhususan. Berbanding dengan orang agama, sudah tentu kefahaman mereka lebih lagi daripada kita sebab mereka mengkhusus. Sama juga seperti Tun, seorang yang berilmu dalam bidang perubatan.

Saya sangat menghormatinya kerana itu adalah kepakaran Tun. Dalam maksud, bidang ilmu ini ada kepakaran. Selaku ahli akademik, saya amat menghormati.

Begitu juga bidang agama Islam. Keperluan kepada pengkhususan amat diperlukan, seperti ilmu tauhid, akidah, syariah, usuludin, termasuk juga ilmu-ilmu moden seperti kenderaan bermotor. Semua perlukan kepada kepakaran, hormati lah kepakaran tersebut.

Keempat, soal berserban dan berjubah hari ini orang bukan agama pun juga ada memakainya. Tidak kurang juga orang agama yang tidak berserban dan berjubah. Ikut cita rasa masing-masing. Pokoknya kita jangan memandang rendah atau mempunyai persepsi buruk terhadap cita rasa mereka. Biarkanlah selagi tidak menghalang kualiti dan produktiviti.

Saya tidak fikir kita dinasihat supaya dengar sahajalah ajaran dan syarahan yang disampaikan oleh orang yang layak, iaitu orang agama yang terlatih dan berpelajaran agama walaupun setakat pondok di kampung. Orang agama pun pada masa kini tidak mahu memandai-mandai dalam perkara di luar bidangnya, terutama dalam bidang teknikal.

Masyarakat hari ini jauh lebih baik kefahaman Islamnya, pemahaman fundamental mereka tinggi.

Saya tidak tahu apa yang berlaku sewaktu proses pemakaman jenazah Almarhum Tunku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang telah mangkat pada 30 April 1934, ketika ayahandanya masih lagi bergelar Sultan, yang dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Menurut Tun, jenazah dimuat di atas sebuah kereta yang ditarik dengan dua tali oleh beberapa orang atas alasan haram memuat jenazah di atas kereta bermotor. Sebabnya ialah kerana motor adalah buatan orang kafir.

Saya tidak pasti sama ada benar atau tidak pemahaman seperti itu. Mungkin kerabat diraja tersebut boleh tampil menjelaskan akan kesahihannya. Jika pun berlaku, mungkin pada zaman dan ketika itu. Tetapi saya yakin, tidak ada lagi pemahaman seperti itu pada masa kini.

Setelah saya kira, maknanya ketika itu Tun masih berusia 9 tahun, darjah tiga lah kalau ikut masa kini. Apakah ketika itu, Tun benar-benar dapat memahami situasi pemakaman yang berlaku atau sekadar mendengar cerita orang. Cerita seperti ini amat menggusarkan saya akan tujuan cerita ini dibangkitkan.

Jika Tun masih ragu, sila rujuk Mufti Perlis, bolehkah kanak-kanak usia 9 tahun diterima kata-katanya. Mereka yang berkata ketika itu yang mungkin didengari Tun ketika usia 9 tahun bolehkah dipercayai autoriti ilmunya.

Jika berlaku pun, saya tidak fikir kefahaman sedemikian masih wujud lagi pada hari ini. Jika ada mungkin jenazah selepas ini perlu menggunakan kereta Proton yang Tun sediakan dahulu. Itupun enjinnya menggunakan teknologi dari Jepun.

Akhirnya, saya mungkin celupar dan melanggari adat menegur budaya Melayu tetapi sudah sampai masanya kita bersangka baik kepada semua pakar yang ada. Saling memberi sumbangan antara satu sama lain. Saya merayu dan memohon kepada Tun, supaya elakkanlah membuat perbandingan yang sedemikian ekstrem.

Rakyat marhaen termasuk saya amat menghormati Tun sebagai negarawan dan juga sebagai pemimpin PERKIM. Saya bimbang sekiranya Tun terus memberikan pandangan sedemikian, kepercayaan dan keyakinan mereka semakin pudar.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Wednesday, 3 May 2023

Cara berdoa yang sebenarnya

TUKAR CARA BERDOA 

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

🍀FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

🍀FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

🍀FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

🍀FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

🍀FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

🍀FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'

Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Kredit : Tanyalah ustaz via Hasmah Solan
.

Sunday, 30 April 2023

Fitnah Anwar terhadap Najib

Saya nak jawab dua fitnah yang dilempar Anwar pada saya semalam.

Tohmahan 1:  Bahawa saya tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan saya dan isteri.

Eh... Saya dah BANYAK KALI jelaskan.

Malah kes-kes ini sudah diputuskan dalam mahkamah bahawa ianya bukan dari sumber 1MDB atau sumber haram. Saya dah menang dua kali kes mahkamah berhubung isu ini.

Malah hakim kata pihak pendakwaan sendiri juga kata ianya merupakan hadiah peribadi 

"“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah."

"8 Nov 2021: Kerajaan gagal lucut hak barangan mewah milik Najib, Rosmah"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/08/kerajaan-gagal-lucut-hak-barangan-mewah-milik-najib-rosmah/

Dana yang disita sebaik sahaja PRU14 berakhir pula adalah dana PRU14 UMNO. Pihak polis ada setiap butiran siapa yang sumbang termasuk pengakuan dari penyumbang. 

Sebab itu, hakim membuat keputusan untuk serahkan kembali pada kami.

Ianya wang UMNO - bukan wang saya.

"20 Mei 2021:  Kerajaan gagal lucut hak wang RM114 juta milik Najib, UMNO"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818822/kerajaan-gagal-lucut-hak-wang-rm114-juta-milik-najib-umno

Siapa kata saya tak jelaskan? 

Bukan sahaja saya sudah jelaskan tapi TIGA hakim sudah jelaskan untuk saya.

Tohmahan 2: Rakyat terpaksa tanggung hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion.

Ini satu lagi fitnah. 

Berapa sen Anwar sebagai Rakyat sudah bayar untuk jelaskan hutang 1MDB tersebut?

Kenapa dalam masa 22 bulan rejim gagalkrasi PH, mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini?

Malah dalam tempoh PH jadi kerajaan, hutang negara naik RM106.2 bilion dari RM686.8 bilion pada akhir 2017 sebelum PRU14 ke RM793 bilion pada akhir tahun 2019.

Pada masa yang sama, PH juga jarah hampir RM104 bilion dari rizab tunai RM176 bilion (yang dinaikkan masa saya dari RM30 bilion) Petronas.

Nilai aset bersih Khazanah pula  jatuh RM24.5 bilion dari RM116.1 bilion (yang dinaikkan masa saya PM dan pengerusi Khazanah dari RM33.7 bilion) pada akhir 2017 ke RM91.6 bilion pada akhir tahun 2019 sebab korang banyak menjual aset-aset negara dibina saya.

Angkara PH sebanyak RM106b + RM104b + RM24.5b itu lebih rendah banding hutang 1MDB RM32b ke, Nuar?

Saya juga mahu memperingatkan Anwar bahawa sebelum tahun 2012, kamu sudah banyak kali bangkitkan isu kerugian RM19 bilion SETIAP TAHUN yang ditanggung Petronas dan TNB akibat perjanjian-perjanjian Penjana Elektrik Bebas (IPP) yang ditinggalkan masa KAMU dan Mahathir memerintah. 

"Anwar menjelaskan bahawa sewaktu berada dalam kerajaan, beliau telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Ani Arope bahawa kumpulan IPP telah memaksa TNB membeli harga elektrik yang terlalu mahal.

Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali mendesak kerajaan supaya menghentikan pemberian subsidi RM19 bilion setahun kepada IPP sebelum menghapuskan subsidi petrol, diesel dan gula untuk rakyat."
https://www.roketkini.com/2011/05/30/kepada-yang-kaya-subsidi-itu-namanya-insentif/

Kenapa selepas tahun 2012, korang tak bangkitkan isu ini?

Sebab kita telah menggunakan 1MDB pada tahun 2011 untuk membeli semua IPP-IPP tersebut dan selepas itu perjanjian-perjanjian berat sebelah itu telah diperbetulkan melalui open tender yang pertama sekali dibuat untuk pembelian elektrik.

Sehingga para penganalisis kata "No more sweetheart deals for IPP"

Jika RM19 bilion dijimat setahun maka dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2012 ke 2017 sebelum PRU14 sahaja, ktia sudah jimat hampir RM100 bilion.

Sebab itu rizab tunai Petronas naik begitu laju dari RM30 bilion ke RM176 bilion pada masa PRU14 sebelum dijarah korang.

Pada masa yang sama, Tenaga Nasional yang pernah rugi memanjang sebelum tahun 2012 mula mencatat keuntungan besar dan membayar dividen yang besar kepada tabung-tabung simpanan Rakyat seperti KWSP, TH, PNB, KWAP.

Sebab itu juga harga saham TNB naik dari RM5 ke sekitar RM15 sebelum PRU14.

Kenapa pulak Anwar tak mahu memperakui perkara ini?

Penjimatan RM100b ataupun rizab tunai RM176b Petronas yang ditinggalkan kami untuk kamu jarah itu lebih rendah banding hutang 1MDB RM32b ke, Nuar?

Kenapa tak mahu berterima kasih pada Najib dan puji Najib sebab dah jimat RM100 bilion bagi negara dari masalah yang ditinggalkan zaman KAMU dan Mahathir?

Apa lagi yang kami dapat dari hutang 1MDB RM32 bilion itu?

1) 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH:  Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952

1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH:  Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952

2) Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara?

Kita tanya PM ke-7:

"Perdana menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.

“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.

17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
https://selangorkini.my/2019/12/projek-bandar-malaysia-bukti-kerjasama-baik-malaysia-china/

3) Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?

Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab:

12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets, beckons investors to take part in development
https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take

Lagipun hutang 1MDB RM32 bilion ini bukan semua nak dijelaskan sekarang. 

Hutang ini adalah sampai tahun 2038 - iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan hutang dengan sepenuhnya serta menjana keuntungan besar bagi negara?

Tang mana yang Rakyat tanggung hutang RM32 bilion itu?

Saya juga nak tanya Anwar.

Setiap sen yang didakkwa hilang dari 1MDB adalah dijamin atau dihantar kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC.

Dan mereka juga mengaku pegawai-pegawai tertinggi mereka sudah berkomplot dengan Jho Low untuk mempergunakan dana tersebut.

Sebab itu, kerajaan BN dahulu sudah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada tahun 2017.

Supaya syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.

Tetapi sebaik sahaja PH menang PRU14, mereka membatalkan perjanjian tersebut sebab tidak mahu Rakyat tahu bahawa Najib sebenarnya sudah selesaikan masalah kehilangan dana 1MDB.

Sehingga hari ini, satu sen pun tidak pernah dipulangkan oleh IPIC.

Akibat kerajaan Abu Dhabi dan UAE marah dengan kita akibat pembatalan perjanjian penyelesaian serta pendedahan rakaman telefon Putera Mahkota mereka oleh pihak SPRM masa PH, satu sen pelaburan asing dari mereka tidak pernah masuk ke Malaysia sejak PRU14.

Sebaliknya, kerajaan UAE telah melabur lebih RM200 bilion ke negara jiran Indonesia.

Kenapa Anwar tak mahu bangkitkan isu ini?

Perjanjian penyelesaian antara dua negara yang membabitkan pulangan dana kepada Malaysia sehingga US$7 bilion tak penting ke bagi kamu?

Dan sekiranya Najib adalah mastermind 1MDB dan telah curi dana 1MDB, kenapa pula syarikat-syarikat seperti Goldman Sachs bayar gantirugi RM16 bilion pada Malaysia, Ambank bayar RM2.83 bilion, KPMG dan Deloittes bayar ratusan juta Ringgit kepada Malaysia?

Najib yang curi tapi pihak lain (bukan Rakyat) yang bayar ganti rugi berpuluh bilion ke?

Sebab itu, tang mana yang Rakyat bayar hutang 1MDB? Sila buktikan.

Hutang RM32b kamu nampak tapi penjimatan IPP serta pembinaan aset negara oleh 1MDB, Nuar buat-buat tak nampak pulak.

Posting Anwar semalam. Bantu saya tanya pada dia. Tuntut dia komen: https://www.facebook.com/100044147303672/posts/462350365246536/?d=n