Thursday, 30 December 2021

Provokasi ini khas untuk warga KARAK!!

Provokasi ini khas untuk warga KARAK!!
Peringatan : Post ni panjang, standby la suria sebatang dua sambil membaca.

Posting ni secara umumnya utk kefahaman semua. Tapi secara khususnya sy tujukan untuk warga Karak. Kenapa tak post kat group penduduk sana? Sy punya suka la tuan². Tuan² pulak sibuk. Hahaa takde la, sy dah kena block drpd group komuniti penduduk sana kerana posting sy dianggap provokasi agaknya. Entahlah, lantak laa...

Ok tuan², baru² ni kecoh banjir di Karak disertakan dengan pakej kayu-kayan, lumpur & air 3 dalam 1 yg tak disangka² banyaknya. Maka ramai la yg membuat spekulasi² mengatakan pembalakan adalah punca utama. Mulalah semua sesi kecam-mengecam secara berjemaah. Dah, apa yg salahnya? Tak salah tuan². Apa yg tuan² kata tu betul, cuma ianya kurang tepat & tak meluas. Tak faham? Ok kejap, sy bagi faham. Cucuh suria dulu, baru sedap nak borak..

Dalam group sebelah sana (yg sy kena block tu laaa), semasa sesi hentam²an tu dibuat oleh para netizen, telah bangkit pihak² drpd timbunan² kayu-kayan yg dijadikan isu itu membuat kenyataan penafian berhubung kecaman² tersebut. Pd mulanya sorang dua VIP je yg bangkit, tp sebab hamlau² & macai² dibawah ni nampak VIP yg tampil utk beri penafian, jadi mereka pun jadi berkobar² & semakin berani la. Nak² pulak geng² penafian ni bukak isu saman-menyaman & mahkamah, makin mendabik dada la puak² dorang yg macai² ni. Ok kejap, bagi dorang sedap dulu..

Yang tuan² pun 1, yg terlalu jumud sgt pemikiran tu dah kenapa? Nampak kayu, isu balak je la yg tuan² nampak? Bila geng² sana minta bukti, tuan² bagi gambar kayu-kayan yg dah pecah² apa semua. Mana gambar balak yg berpotong? Bukan xde, ada tapi tak cukup dijadikan sebagai bukti. Sikit sangat balak berpotongnya. Tu belum lagi dorang minta bukti hitam putih yg mengatakan mereka membalak kat sana pd tuan², mana nak cari ya tuan²? Ehh tampil pula hero mereka, dengan secebis foto google earth yg ditandakan sendiri berdasarkan pemerhatian & aras penanda kecetekan akal beliau. Beliau mengatakan bencana tersebut berpunca drpd bukit² & gunung² di dalam kawasan hutan simpan. Bukan dari kawasan dorang. Hahahaa ni lawak, sy tau tuan² semua pun turut ketawa masa baca tu kan? Jap, apa yg dia kata tu ada betulnya. Apa yg betulnya? Landslide berpunca dari bukit² & gunung² di dalam hutan simpan. Ni je yg betul. Yg lain, semua salah. Kejap ehh, suria ni kalau tak berhisap, dia padam sendiri. Nak cucuh jap..

Ok sambung balik. Dia kata taburan hujan yg luarbiasa telah menyebabkan tanah runtuh yg membawa kayu-kayan & lumpur drpd bukit² & gunung² dikawasan hutan simpan. Inilah punca utama banjir kali ini. Ni semua betul tuan². Masa geografi kat sekolah dulu lagi ada belajar dah. Ok, apa pulak yg tak betul pada pernyataan dia? Yg tak betul adalah dia kata bukan dari kawasan mereka. Untuk pengetahuan tuan², di TSB & tanah belakang JPJ tu ada juga landslide yg berlaku tuan². Tak percaya, pergi la masuk ambik gambar. Tuan² fikir la eh, kalau bukit² yg penuh hutan pun boleh ada tanah runtuh, habis bukit² yg botak tu takde la? Itu kelakar tuan².

Sebenarnya tuan², tuan² semua kena ubah drpd "PEMBALAKAN" kepada "PENEROKAAN HUTAN". Ini baru la konteks yg betul tuan². Semua aktiviti yg mengubah keadaan bentuk muka bumi, flora & fauna di dalam hutan adalah penerokaan hutan. Membalak? Termasuk dalam penerokaan hutan juga. Nampak tak? Kalau tuan² guna yg ni, jangankan hamlau² & macai², VIP² dorang pun senyap sorok muka bawah katil, bontot terkeluar. Hahahaa... Melawak jaa tuan². Sebab apa? Sebab tak perlu bukti hitam putih pun tuan². Tak perlu bukti bergambar. Cukup sekadar ingatan & kenangan bahawa "dulu situ hutan, sekarang dah terang", ni je dah cukup tuan². Kalau tuan² nak kemukakan bukti juga, haa masa ni la tunjuk gambar kayu-kayan & lumpur tu semua. Menggelupur la mereka. Betul, ni je dah cukup. Apa yg boleh mereka cakap utk melepaskan tengkuk mereka? Aktiviti penerokaan mereka mendapat keizinan & kelulusan oleh pihak² yg berkaitan & melalui saluran yg betul. Yeaahhh tuan², secara tak sedar mereka dah mengaku aktiviti penerokaan hutan merekalah punca lumpur & kayu-kayan sampai ke rumah tuan². Tapi, tuan² pun tak boleh nak kata apa dah sebab dah tau pihak² terlibat ni adalah pihak berkuasa yg amalkan rasuah, kroni & lain² perkara negatif yg tuan² boleh bayangkan dengan kepala otak tuan². Dah habis banjir ni, dah habis cuci jalan & rumah apa semua, sama macam tu la habis berlalu isu ni. Senyappp.... Hah, rokok suria pun dah habis. Kejap, cucuh baru. Ada lagi ya tuan². Sabar kejap... 

Dia sebenarnya camni tuan², kalau nak report, mengadu apa semua ni, perlukan bukti, peguam, dan paling penting duit yg banyak tuan². Kalau takde semua ni, jangan harap la tuan² nak menang. Yg ni sy tak cerita pun tuan² dah tau kan? Rugi je sy menaip. Jadi, apa tindakan yg boleh dibuat? Media massa la jawapannya tuan². Viralkan di laman² sosial, panggil media² yg tak berkepentingan politik, masukkan dlm channel² youtube, bagi influencer² buat contents. Gunakan kuasa media ni sepenuhnya tuan². Mungkin makan masa yg agak lama, tapi ianya memberi kesan tuan². Sejarah dah membuktikan yg kerajaan dah berpuluh tahun memerintah pun tumbang sebab dek kuasa media. Cumanya kena istiqomah la nak memviralkan semua ni. Jgn la seminggu dua je pastu senyap. Tak jd apa la tuan². Ibarat sy berborak dengan sependar hanyut je la. Buat habis stok suria sy je melayan tuan². 

Jadi, mari la kita sama² hentam, kecam, viral puak² yg berkuasa tapi yg amalkan rasuah, kroni² apa semua ni. Yg tak fikir pasal cucu-cicit & generasi akan datang. Kita buat mereka sampai jatuh terduduk menyembah lumpur yg mereka sendiri hanyutkan. Kaitkan semua bukti yg ada dengan isu banjir & bantuan sekarang ni. Petik je nama² agensi², jabatan² & kementerian² yg terlibat yg memberi keizinan & kelulusan aktiviti penerokaan hutan pd mereka tanpa mengkaji akibat & kemusnahan yg bakal mereka lakukan utk jangka masa panjang. Tapi, pada yg kata "tak baik buat macam ni, biarlah tuhan saja membalasnya", maka biarkan sajalah post sy ni tenggelam bersama² lumpur & kayu-kayan yg tuan² bersihkan. Hujung tahun depan, kita cuci lagi lumpur² & kayu-kayan ni. Tahun satu lagi pun sama. Sampai la berapa banyak Jamil yg mampos pun, takde berkesudahan semua ni.

Sekian sajalah provokasi daripada sy setakat ini. Rokok suria sy pun dah 2 batang habis sepanjang masa menaip ni. Tinggal sebatang je lagi stok nak berak kejap lagi. Baik tuan², sy berak dulu. Babbhaaiii... 

#sekadarmengeruhkanlagikeadaan
#harum
#gurih
#nikmat

**Gambar sekadar hiasan. Ni kat Zimbabwe tuan². Bukan kat sini.

Saturday, 25 December 2021

Pahlawan Si Bongkok


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,,

SEJARAH SI BONGKOK PAHLAWAN JOHOR

'Pusara Si Bongkok di lereng bukit, di tepi pantai Tanjung Puteri...:

Itu sebahagian dari lirik dalam lagu Tanjung Puteri yang biasa kita dengar.

Siapa sebenarnya Si Bongkok?

Si Bongkok adalah tokoh pejuang kemerdekaan awal yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor sekitar abad ke-19 yang namanya hilang dalam lipatan sejarah yang di tulis oleh penjajah.

Ketika kerajaan Johor tidak lagi diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.

Polemik bermula apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835 dan putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.

Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru).

Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.

Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.

Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.

Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.

Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.

Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut.

Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.

Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.

Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.

Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.

Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau. Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.

Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.

Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya.

Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan.

Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.

Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.

Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.

Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.

Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.

Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.

SELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.

Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahs

Pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.

Penduduk terbabit merahsiakan lokasi mayat di tanam dan tidak menghebohkan pengebumian tersebut kerana khuatir akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok.

Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.

Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan tersebut.

credit Mohd Hanizam Yunus 
Di petik dari buku Si Bongkok Tanjung Puteri karya Abdul Latip Talib.

Banjir di Hulu Langat





APAKAH YG SEBENARNYA BERLAKU DI HULU LANGAT?

Tiga hari berturut ii, saya menjelajah kawasan banjir di Hulu Langat khsusunya di kawasan Sg Lui. Termasuk semalam, kali ketiga saya masuk. Di samping membawa brg ii bantuan dari rakan ii, sy sebenarnya cuba menggunakan deria ke-6 mencari jawapan APA YG SEBENARNYA BERLAKU DI HULU LANGAT pada malam kejadian. Dalam masa yg sama, saya cuba membaca HIKMAH Allah SWT yg ingin diberi kepada kita.

Ini ialah ulasan peribadi saya berdasarkan analisa di atas tanah:

Premis: Saya menolak teori air laut pasang besar kerana Hulu Langat terlalu jauh dengan laut dan aliran air sungai di sini sangat deras. Maksudnya tak membuak kembali ke Hulu Langat.

1. Punca kepala air datangnya dari Sg Peras yang hanya luasnya sekangkang saya shj. Sg ini dalam peta pun tak ada. Sg ini memuntahkan kepala airnya di Simpang Peras. Melihat pada kesan kepala air, Masyaallah. Siapa sangka sungai yg hanya luas sekangkang shj, begitu luas dan banyaknya muntah kepala air. Saya tak tahu dari mana datangnya sisa sisa kayu balak yg begitu banyak. Aliran arus Sg Peras ini mengalir laju kerana ia meneruni cerun bukit. Maka semua rumah ii atau apa sahaja yg ada di laluannya, di musnahkan. Sy tak ada jawapan atau tak jumpa jawapan kenapa kepala air Sg Peras terlalu besar. Hanya Allah SWT yv maha mengetahui.

2. 6 Kepala Air Bergabung. Hujan yang lama, lebat dan berlaku di semua tempat telah menyebabkan berlakunya 6 kepala air di 6 sungai di Hulu Langat. Enam sungai ini ialah Kepala air Sg Lui, Kepala air Sg Peras, Kepala air Sg Bagak/Sg Leweng, Kepala Air Sg Pagar, Kepala air Sg Gabai dan Kepala air Sg Langat. Apabila ia  bergabung, maka berlakulah kedahsyatan yang tidak dapat di bayangkan. Momentum aliran sungai ini menjadi terlalu kuat setelah bertemu atau bergabung. Maka ia menyebabkan air sungai naik dengan terlalu cepat sehingga penduduk tak sempat bertindak dan ia turut melanda ke kawasan yang tak pernah banjir. Maka tragedi ini berlaku dlm mana penduduk langsung tak bersedia. Sila lihat ilustrasi peta.

3. Kekuatan dan momentum aliran air Sg Lui  yg bergabung dgn bbrapa sg yg sy nyatakan di atas, kemudian ya bertemu dengan air Sg Langat yg luas itu. Melihat kesan ditebing kiri dan kanan, pastinya Sg Langat yang mengalir dari Pangsun pada malam itu juga ada kepala air. Sy tak pasti sama ada air Empangan Sg Langat dilepaskan atau tidak pada malam kejadian. Jika ia dilepaskan, maka ia juga turut menyebabkan air yg terlalu banyak. Maka, apa shj yg ada di kiri dan kanan Sg Langat turut musnah.

3. Corak Pembangunan Rumah. Hampir 80% rumah ii atau chalet ii di kawasan Sg Lui dan Sg Langat di bina di tepi ii sungai kerana keindahan sungai ini. Malah ada rumah ii yang tiangnya di tebing sungai. Maka apa sahaja yg ada di kiri dan kanan Sg Lui 
, Sg Gabai, Sg Pagar, Sg. Bagak/ Sg Leweng dan Sg Langat akan di bawa arus yg deras itu. Kedahsyatan aliran sungai inj menjadi lebih melampau kerana aliran sungai yg bengkang bengkuk. Maknanya, arus sungai yg kuat terhalang dek tebing sungai yang bengkang bengkuk, maka ia membuak ke kawasan di kiri dan kanannya. Disinilah kawasan yg paling teruk.

4. Hampir semua dusun durian di tepi sungai dimusnahkan. Batang ii pokok durian bergelimpang di kiri dan kanan sungai. Tumbang dan tercabut dek derasnya arus.

RUMUSAN

1. Kejadian banjir melampau seumpama ini sama sekali tidak di duga dan tak terbayang akan berlaku oleh penduduk ii di sepanjang Sg Lui dan Sg Langat yg telah puluhan tahun tinggal di situ. Kalau berlaku banjir pun hanya melibatkan kawasan Nanding shj. Begitu juga dengan pihak berwajib sama sekali tidak menjangkakannya.

2. Justeru, kita akan mengambil sikap tunggu dan lihat kerana dah puluhan tahun rumah kita tak pernah dilanda banjir. Dan kita mungkin fikir, mustahil air akan sampai ke rumah kita tetapi malam itu, ia sampai. Maka semuanya menjadi sangat cemas dan kelam kabut. Juga tanpa sebarang persediaan. Kenapa nak ada bot kat rumah kerana puluhan tahun air tak pernah sampai kat rumah?

3. Dalam mana mana kejadian bencana yang tak terjangka di dunia ini, pada malam atau masa kejadian, segala-galanya adalah kelam kabut, tak dapat diurus langsung, malah kita tak tahu nak buat apa yg terbaik selain lari menyelamatkan diri. Naik atas bumbung adalah yg terbaik kerana air sudah tinggi.

4. Bantuan Dari Luar. Di mana ii kejadian bencana yg tak terjangka, pada masa kejadian tercetus, lebih ii lagi pada malam yg gelap itu, bantuan dari luar tidak akan sampai pada masa yg genting itu. Melainkan ia datang dari pasukan ii penyelamat yg ada berdekatan atau ada dalam kawasan bencana. 

5. Hakikatnya masih banyak lagi penduduk yg rumah mereka selamat. Tidak terjejas sedikit pun dek rumah mereka tidak berada di laluan kepala air dan mungkin di atas tanah yg lebih tinggi. Sy rumus secara congak, rumah ii yg tak kena ialah 70%. Yg kena banjir ialah 30%. Meninjau keadaan di kawasan yg tak terjejas ini, melihat sikap dan membaca tahap keprihatinan; saya ada banyak ?????. Dlm hal ini sy ingin kongsi kisah dua hari lepas. Rakan sy yg juga mangsa banjir di Sg Lui menelefon mengatakan mereka tak ada makanan utk di makan. Sy agak terkejut kerana meihat berduyuh duyun 4x4 NGO dan org persendirian yg masuk hantar makanan. Tanpa banyak soal, saya dan dua org rakan lagi dengan segera memborong barang makanan di Mydin. Lansung kami terus ke rumah rakan saya. Perjalanan agak jauh kerana kami terpaksa masuk melalui semenyih jln sg lui.
 
Setelah tiba di kawasan perumahan rakan saya; saya rasa sangat kecewa. Sy kata mcm ni:

Sy: Mcm mana hang kata tak ada makanan nak makan. Ni bertimbun beras, bertong sardin org bagi.

Kwn: Kami tak boleh nak masak, katan tak ada.

Sy: Kepala ho….. kau. Kau masaklah pakai api. Tu kayu berlungguk. Letak batu ja jadi tunggu. Takkan tak
boleh masak?

Kwn: Boleh la masak tapi payah la sikit.

Sy: Apa yg payahnya? Tu, ko tengok jiran jiran kau sebelah atas. Semua rumah org berada. Air sikit pun tak kena. Takkan depa tak boleh masak utk jiran ii yg kena musibah. Di mana semangat kejiranan kau orang?

Kwn: Kalau mcm nanti tak pa la. Nanti kami masak. Ni karan tak ada, mlm gelap. Susah juga.

Sy: Yg tu TNB sedang semak main wire, esok depa akan on semua. Nak kena semak takut ada yg kena karan. Guna lilin atau bergelap lah malam ni. Apa susahnya.

Saya tamatkan disini. Sebenarnya dlm hati saya mcm mcm saya cakap cuma tak sampai hati nak lontarkan.

6. Dakwaan ATM Tidak Ada. Saya agak terkejut dengan dakwaan ini kerana saya tahu dan fasih SOP bekas briged yg saya pernah perintah iaitu 11 Briged. Maka secara diam ii saya membuat siasatan di mana pasukan yg dalam std by mood 24/7. Apa yg saya temui, pasukan std by mood 24/7 ini telah diatur gerak ke kawasan paling serius iaitu di kawasan Sri Muda, Shah Alam. Malah mereka telah digerakkan lebih awal dari jangkaan saya. Mereka digerakkan seawal jam 9 malam pada malam kejadian. Maka bantuan ke kawasan Hulu Langat sampai sekitar jam 2 pagi. Malam itu, keadaan arus sangat kuat dan ganas. 

7. Bantuan kepada Mangsa banjir. Rakyat kita sudah sangat pemurah. Bertimbun ii bantuan makanan di bbrapa pusat pengumpulan. Sudah terlalu banyak. Maka kepada NGO NGO yang ingin membantu, sila buat tinjauan terlebih dahulu, supaya kita menghantar barang ii bantuan yg benar ii diperlukan oleh mangsa. Sy berpendapat, pusat ii pengumpulan ini perlu diurus dengan lebih baik. Manakala grab berkeliaran di mana ii shj. Rasa saya tak kan ada yg kebuluran di sinj. 

8. Sisa Banjir. Di mana mana sisa banjir ini ada dan menjadi sampah sarap Yg tak terurus. Semua sampah ii ini dilonggokkan oleh mangsa banjir kerana ingin membersih rumah dan kawasan rumah mereka. Maka tindakan pembersihan sampah sarap inj perlu dilakukan dengan segera dengan skala yg raksasa. Saya tak pasti ini tugas siapa sebenarnya? Kalau tak diuruskan segera,ia akan menyebabkn bau, lalat dan akhirnya penyakit.

9. Kejadian banjjir di Shah Alam, dan ibu kota KL yg bermula lebih awal iaitu pada waktu petang telah memesongkan fokus pasukan penyelamat ke sana. Semua aset di arahkan ke sana. Siapapun tidak menghidu bau malang yg akan berlaku di Hulu Langat.

Saya ingin menutup tulisan ini dengan berkata:

*Gotong royong sangat penting
*Kejiranan sangat penting

Kredit : Pena Celoreng

Tsunami - 17 tahun dulu

Hari ini 17 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh, Indonesia. 

Pada 7.59 pagi itu, gempa bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi, 160 batu dari barat pulau Sumatera, yang berlanjutan selama 10 minit. Ia menghasilkan tsunami yang tenaganya dianggar 2 kali ganda seluruh bom yang digunakan pada Perang Dunia II. 

Tidak sampai 20 minit, gelombang tsunami itu sampai ke pantai Sumatera & menghancurkan wilayah di utara pulau itu, Aceh. Ombaknya tinggi mencecah 80 hingga 100 kaki, melenyapkan seluruh komuniti di situ dalam masa beberapa minit. 

Tsunami deras & serpihan objek yang dibawa bersamanya itu membunuh sekitar 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi Aceh, dengan lebih 500,000 hilang tempat tinggal. 1/3 daripada mangsanya adalah kanak-kanak. 

Tatkala Aceh sedang musnah, gelombang tsunami itu yang bergerak pada kelajuan 800 km/j tiba di Thailand sejam setengah selepas detik gempa, membadai wilayah Phang Nga & Phuket. Ia membunuh hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar. 

Malaysia tidak terkecuali apabila ombak besar turut menyapu negeri pantai barat & membunuh 67 nyawa Paling teruk terkesan adalah Pulau Pinang dengan 52 kematian, 12 di Kedah (khususnya di Langkawi), 2 di Perak & 1 di Selangor. 

Tsunami tersebar ke serata Lautan Hindi & menghentam Sri Lanka, 90 minit selepas gempa. Tidak sekuat di Aceh atau Thailand, tetapi sekitar 30,000 nyawa juga terkorban sebelum sampai ke Chennai, India di mana lebih 10,000 penduduk terbunuh. 

Malah, tsunami merentas sejauh 5,000 batu & sampai ke pantai timur Afrika - 10 maut di Tanzania, 3 di Seychelles & 1 di Kenya. Malah 2 orang turut terkorban di Afrika Selatan, tempat terjauh dari titik gempa yang menerima kesannya. 

Secara keseluruhannya, dianggarkan hampir 228,000 nyawa melayang - sekitar 190,000 disahkan mati dengan 40,000-45,000 hilang/dipercayai maut. Ia antara bencana alam membunuh yang terburuk dalam sejarah yang direkodkan. 

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni

Tuesday, 14 December 2021

Mandi ais boleh legakan sakit otot...

Penggunaan ais mampu menjadi satu terapi dan mempunyai banyak manfaat terutamanya kepada fungsi tubuh badan.

MANDI dengan ais atau air sejuk mungkin kedengaran menyakitkan bagi sesetengah orang.

Tetapi ada yang percaya ia adalah salah satu cara paling mudah dan cepat untuk meredakan kesakitan selepas bersenam.

"Mandi ais telah lama wujud, dan sangat popular," kata Nick Clayton, pengurus program National Strength and Conditioning Association.

Walaupun mandi ais dapat menenangkan otot yang sakit, kaedah ini bukan untuk semua orang - dan boleh jadi tidak berkesan bergantung pada tahap kecergasan anda.

mandi ais 2

Mandi ini dikaitkan dengan kaedah terapi penjagaan kesihatan melalui penggunaan medium air dan ais sebagai bahan utamanya.

Apa itu mandi ais?

Juga disebut rendaman dalam air sejuk, mandian ais adalah bentuk terapi krio yang memerlukan duduk di dalam air sejuk tinggi paras dada anda, selama 10 hingga 15 minit.

Tidak perlu sampai tahap badan menjadi beku untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya - di mana hanya antara 10 hingga 15 darjah celsius sudah memadai.

“Kali pertama anda masuk, ia akan buatkan ada berasa tenang serta boleh menarik nafas lega.

Ia agak sukar pada mulanya, tetapi selepas 5 hingga 10 minit ia menjadi lebih mudah, terutamanya jika anda menjaga kadar pernafasan dan kekal tenang," kata Clayton.

mandi ais 1

Mandi ais disyorkan untuk mendapatkan kesegaran tubuh badan.

Bagaimanakah mandi ais berfungsi?

Mandi ais dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan kadar pemulihan dengan mengubah cara darah dan cecair lain mengalir dalam badan anda.

Apabila anda duduk di dalam air sejuk, saluran darah anda menyempit kemudian salur ini terbuka kembali setelah selesai mandi.

Proses ini membantu membuang sisa metabolik selepas bersenam, kata Clayton.

Ini telah dibuktikan dengan limfa iaitu cecair jernih yang terdiri daripada sel darah putih dan cecair dari usus anda, jelasnya.

Walaupun jantung anda sentiasa mengepam darah ke seluruh badan, kelenjar limfa anda tidak mempunyai pam.

Mandi ais mampu mengecut dan membuka saluran ini secara manual, membantu cecair bertakung dalam kelenjar limfa anda bergerak ke seluruh badan.

Peningkatan aliran darah juga membanjiri sel anda dengan nutrien dan oksigen dan secara teorinya membantu badan anda pulih, tambah Clayton.

mandi ais 6

Manfaat utama mandi ais dapat mengurangkan tahap keradangan tisu selepas bersukan.

Selain itu, Reinold dan Clayton percaya mandi ais membantu anda untuk keadaan atau masalah yang lain.

"Dari sudut mental, anda melatih badan anda untuk terdedah kepada tekanan dan rangsangan yang berbeza, serta menjadikan anda lebih tahan dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran di masa depan," kata Clayton.

Adakah mandi ais mengurangkan keradangan?

Sesetengah kajian mencadangkan mandi ais ini boleh mengurangkan kesakitan pada otot selepas bersenam.

Ia mendapati bahawa mandi ais dan urutan adalah yang paling baik dalam mengurangkan keradangan serta mengurangkan sakit otot dan keletihan.

Bolehkah mandi ais meningkatkan prestasi sukan?

Mandi ais selepas permainan tidak akan menjadikan anda seorang atlet yang lebih baik.

Tetapi mandi ais boleh meningkatkan prestasi jika anda melakukannya sebelum bersenam pada hari yang panas dan lembap.

Jika anda melakukan perlumbaan merentas desa, mandi ais sebelum perlumbaan dapat mengurangkan kesan terhadap haba atau kepanasan melampau serta meningkatkan prestasi aktiviti anda," kata Clayton.

Cukup dengan masuk ke dalam tab ais sebelum perlumbaan atau permainan selama kira-kira 20 minit untuk menurunkan suhu badan.

Adakah terdapat sebarang risiko mandi ais?

Clayton berkata orang yang mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular harus mendapatkan nasihat doktor mereka terlebih dahulu.

Berpotensi mendapat penyakit seperti hipotermia jika anda duduk terlalu lama adalah risiko yang kita harus elak ketika mandi ais.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI


Kredit : mstar.com.my

5 Kelebihan Mandi Sebelum Dubuh

Sebenarnya, bangun awal pagi bukan sahaja untuk memudahkan segala urusan kerja dan rutin harian kita, malah ia dituntut dalam agama Islam.

Kajian secara saintifik sendiri menyenaraikan pelbagai manfaat mandi pada awal pagi, antaranya;

Mandi awal pagi boleh menghilangkan rasa mengantuk. 

1. Menghilangkan rasa mengantuk

Terbukti mandi subuh dapat menghilangkan rasa mengantuk selepas bangun tidur. Bahkan ramai mengatakan mandi pada awal pagi membuatkan mereka tidak lagi perlu minum kopi atau teh sebagai penyegar sebelum memulakan aktiviti harian.

Apabila rasa mengantuk hilang, secara automatik semangat dan fokus anda akan meningkat.

2. Menjadikan wajah lebih bersih, segar

Mandi subuh akan membersihkan peluh yang keluar ketika anda tidur, termasuk pada wajah. Ia sekaligus dapat menaikkan seri muka dan tampak lebih segar.

Mandi pada awal pagi menjadikan mood anda lebih baik. 

3. Mencegah pelbagai penyakit

Mandi secara umumnya dapat mencegah diri kita daripada jangkitan atau penyakit terutamanya berkaitan kebersihan tubuh seperti gatal-gatal dan masalah berkaitan kulit.

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti psoriasis dan ekzima, mandi pada waktu subuh antara penawarnya!

4. Memperbaiki mood

Jika rajin, campurkan air kolah anda dengan minyak terapi sewaktu mandi untuk menghilangkan tekanan dan memperbaiki mood anda pada hari itu.

Mandi pada waktu subuh juga sangat bermanfaat buat kaum wanita yang mengalami hormon tidak seimbang akibat datang bulan.



Wednesday, 1 December 2021

Malberi - khasiatnya

KHASIAT POKOK MALBERI

Beberapa hari yang lalu,  sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun  Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa  makan daun ini,  ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai  bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini  Apa tidaknya, dah lama dia  mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang,   karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.

Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini. 

Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.

Sebenarnya  orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu  sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah  dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan. 

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya  lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak  boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi  juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi  khasiat pokok ini. 

Saya turunkan sekali lagi khasiat  pokok malberi ini  iaitu antara lain dapat  membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

👉Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
👉Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
👉Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
👉Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
👉Membantu dalam kehilangan berat badan
👉Mengurangkan keadaan asma yang teruk
👉Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
👉Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
👉Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
👉Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
👉Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
👉Menambahkan tenaga
👉*Meningkatkan produksi susu badan*
👉Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

Nak apa2 info tambahan, pls  google ya

Rujukan dan kredit pada : Nadzir Shafie