
23 Manfaat Halba Untuk Kesihatan Dan Untuk Kurus Juga
Hai korang ! kali ni aku nak share dengan korang rahsia dan 23 kebaikkan HALBA . Korang tahu tak halba tu apa ? aku tahu halba ni masa kakak biras aku masak nasi dagang . Mulanya aku ingat halba ni pedas rupanya tak .
Pastu ada jugak orang buat nasi lemak halba . Dan kakak biras aku pun rebus halba dan minum airnya untuk meningkatkan pengeluaran susu . Aku minum jugak tapi demi kurus , itu jerlah alasan yang aku ada .
Kalau korang nak tahu , aku campur segelas air halba ni dengan 2 sudu besar ACV….paduuuu beb rasanya !! tak caya cuba sendiri .
Ikutkan entry ni dah lama tapi lupa nak publish . Pastu aku dah lupa dari mana aku dapat posting ni . So kalau korang kenal dan tahu sapa empunya penulisan ni bolehlah komen supaya aku dapat kreditkan pada penulis asal .
Tapi memang aku sendiri akan buat seperti yang dicadangkan penulis . Halba pun dah beli sepeket . Aku harap misi turunkan berat badan 2018 akan berjaya dengan sempurna .

Selamat membaca semua , semoga kita dapt manfaat dari apa yang beliau kongsikan .
Antara Kelebihan & Khasiat Teh Halba Dari Kajian Perubatan
Daun dan biji halba merupakan rempah herba perubatan yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk memelihara & merawat pelbagai masalah kesihatan seperti ketidakhadaman makanan, simptom tinggi kolesterol, menurunkan panas badan, meningkat pengeluaran susu ibu, menguatkan tenaga seksual, melebatkan rambut, menyembuh jerawat & banyak lagi.
Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb
- Mencuci perut
- Mencuci darah kotor *mencantikkan struktur kulit dari dalam
- Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah *merawat penyakit kencing manis.
- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
- Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
- Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
- Membantu masalah kegemukan *mengurangkan berat badan
- Menguatkan fungsi jantung
- Merawat masalah sembelit & buasir
- Melancarkan perjalanan darah
- Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid )
- Melegakan masalah sakit kepala / migraine
- Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim *ikhtiar utk mereka yang ingin hamil
- Mengetatkan & meremajakan rahim
- Menghilangkan lendir & sakit tekak
- Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
- Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
- Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
- Memperbanyakkan air susu ibu
- Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
- Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
- Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
- Memelihara keanjalan kulit *awet muda secara semulajadi
Cara Penyediaan Teh Halba
- Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
- Masukkan 1 sudu besar biji halba ke dalam periuk tadi
- Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar
- Setelah suam, tapis & tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima ( boleh diganti dengan perahan lemon juice atau abaikan jika tiada )
- Kacau & minum 3 kali sehari ( before breakfast, lunch and dinner)

Jika u all rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari ( sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan asal ( menurut kata penulis asal “this what i did when i was overweight in year 2010” )

Ramai yang tanya, “boleh ke nak minum teh halba tanpa cuka epal atau lemon juice?” ya bisa aja buk . Teh halba boleh diminum begitu saje , kalau nak manis boleh masukkan sedikit madu atau brown sugar tanpa campuran cuka buah-buahan , khasiatnya tetap anggun ! ngerti ya kalian , bagus deih .
You all boleh amalkan resepi teh halba & teh jintan manis secara berselang-seli , kedua-duanya sangat baik untuk memantapkan organ dalaman tubuh . InsyaAllah
