Monday, 18 March 2024

Allah sayang kita

#copypaste

Setiap kali ramadan,

Kisah ini selalu menyegarkan jiwa dan iman.

Saya menerima satu pm dari seorang wanita.

Panjang kisahnya bersama suami sepanjang 10 tahun menjadi peniaga ni.

"Maaf ustaz. Saya dah minta izin suami nak kongsi cerita kami. Kami tak tahu nak kata macamana. Perasaan yang kami berdua tak pernah rasa sepanjang ramadan ni"

"Oh boleh. Silakan puan"

Sepasang suami isteri. Ada dua orang anak. Mereka ni peniaga ramadan. Maksudnya, datang je ramadan memang target mereka ada berniaga. 

Hidup dan mati memang di tumpukan sehabisnya untuk ramadan. Setiap kali datang ramadan, duit. Duit dan duit dalam kepala. Itu sahaja. Lain mereka tak ambil kira.

Puasa ke, terawikh, ibadah, memang tunggang langgang. Rasa ok, buat. Penat, memang mereka tinggal. Allahu. Masa puan ni cerita, sambi beberapa kali dia berhenti. Sebak katanya. Malu dengan Tuhan.

Tahun lepas, untungnya tak seberapa.

Tahun ni mereka cuba lagi. Tahun-tahun sebelumnya memang padu. Jualan bukan puluhan ribu. Masih ada sampai setengah juta juga. 

Perancangan, stok dan semua mereka "all out" tahun ni. Pinjam sana, pinjam sini. Target memang tahun ni nak simpan banyak lagi. Nak untung lebih lagi. 

Namun dari awal ramadan, satu persatu masalah datang. Bermula dari stok yang tak dapat disiapkan suplier, ada barang yang dah sampai pada pelanggan salah order. Yang tak sempurna pun ada. Oh ya. Mereka berniaga baju-baju raya kanak-kanak dan busana muslimah.

Pening kepala! Serabut!

Hubungan sebagai suami isteri mula renggang. Bergaduh setiap hari. Anak-anak terabai sampai hantar ke orang lain suruh jaga sepanjang ramadan ni. 

Semakin hari, perniagaan mereka makin teruk. Ramadan makin penghujung. Tiba-tiba PKP pulak ni. Lagilah mereka down. Semua tapak kena bersihkan. Stok melambak. Yang hal order salah, yang sampai baju ada koyak sana sini, yang pilihan warna salah lagi.

Satu hari, tiba-tiba puan ini rasa lain.

Rasa down yang datang, bersama rasa berdosa. Menangis dia sepanjang malam.

"Akhirnya ustaz, saya datang kepada suami. Saya ajak suami bangun malam. Saya minta maaf dengannya. Saya kata pada suami, jomlah kita solat. Kita isi ramadan ni. Kita dah teruk ni"

Dan, sepanjang 10 tahun mereka berniaga, itulah kali pertama mereka berdua solat berjemaah.

Habis solat malam tu, mereka baca Al-Quran pula. Basah setiap mukasurat dengan airmata mereka. Puan ni cerita, suami dia sampai tutup Al Quran dan meraung.

Rasa berdosa yang tak tahu nak cerita.

Minta ampun pada Allah bagai nak gila!

"Ustaz, pertama kali kami sahur sama. Saya turun masak. Saya hidangkan makanan pada suami. Saya dan suami rasa, indahnya ramadan saat tu. Kami solat subuh. Lepas subuh, kami terus ambil anak-anak. Kesian anak-anak"

Dan, bermula dari malam semalam, sampailah waktu berbuka, tidak ada ruang yang kosong pada mereka.

Mereka isi dengan sebanyaknya. Mereka tebus dosa. Pergi rumah anak yatim, belanja berbuka dan berbuka sama. 

"Ustaz, satu hari tiba-tiba suami dapat panggilan. Dari sebuah yayasan. Ustaz tahu mereka nak apa? Mereka perlukan 500 helai baju kanak-kanak dan 250 helai baju muslimah untuk ibu-ibu tunggal. Suami terduduk masa tu. Saya peluk suami. Kami menangis. Kami berlari cari Al Quran dan cium. Kami malu dengan Allah. Kami malu dengan Allah. Kami buat sehari ni je ibadah, macam ni Allah balas"

Kalian,

Berniaga itu, urusannya benar dengan manusia. Namun jual beli nya adalah dengan Allah.

Saya tak tahu nak kata macamana bila baca semua kisah dari puan ni.

Satu persatu airmata menitis membayangkan betapa begitu sekali Allah melayani hamba-hambaNya yang berdosa.

Saat Tuhan ambil sekejap dunia mereka, Tuhan pulangkan semula dengan penuh kasih sayang. Hingga hambaNya terasa benar kasih Tuhan itu.

Hari ini, kesakitan apa yang kita tak rasa.

Semuanya kita rasa. Satu persatu Allah ambil dari kita. Terduduk dan terdiam kita buntu tak tahu. Tak terlafaz dengan apa jua pun bila Allah uji kita begini.

Namun, benar.

Kasih sayang Allah itu ada dalam setiap penderitaan dan kesakitan. Allah sedang panggil hati kita. Allah mahukan hati kita itu sebenarnya. Sebab tu Allah tarik dunia ni sementara.

Wahai Allah,

Hati kami di ramadan ini, Kau rasakanlah dengan rasa kasih dan sayang. Terimalah ibadah kami. Jangan Kau biarkan kami dalam dosa. Sungguh, Engkaulah pemimpin sejati. Engkaulah pembela kami. Engkaulah penyelesai masalah kami.

Allah..

Allah..

#sweeterapi

Kredit kepada Abu Hurairah Roslan

Wednesday, 13 March 2024

Kuah Kacang

KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

Untuk juadah Hujung Minggu

》600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar

》4 biji buah keras
》1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
》1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
》20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
》5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
》3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
》20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
》3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
》3 cm lengkuas
》1/2 inc belacan bakar

Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan

Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih

Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

》1 cawan gula Melaka atau gula kabung
》1/2 cawan minyak untuk menumis
》1/2 cawan santan
》1 batang serai ~ di titik
》40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
》Garam dan gula secukup rasa
》Air secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
》Air lebihan perapan daging

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik

Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak

Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.

Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.

Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan

Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.

Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

Monday, 11 March 2024

Najib nugak terbaik

DULU: Cukai GST 6% bebankan Rakyat

KINI: Cukai SST 10%+8%, LVGT 10%, DST 8%, CGT 10%, HVGT 10% tidak bebankan Rakyat
-------
DULU: Lynas bahayakan kesihatan Rakyat, bakal mutasikan Rakyat

KINI: Lynas adalah pelaburan penting yang akan memanfaatkan industri high-tech Malaysia
-------
DULU: Pertumbuhan KDNK 5.9% bermakna ekonomi Malaysia lemah

KINI: Pertumbuhan KDNK 3.7% bermakna ekonomi Malaysia mantap
-------
DULU: Ringgit pada nilai RM3.96 (sebelum PRU14) sangat lemah, bermakna dunia sudah hilang keyakinan terhadap Malaysia

KINI: Ringgit pada nilai RM4.80 tidak gambarkan keadaan sebenar Malaysia
-------
DULU: Hutang negara pada RM686.8b (nisbah hutang 50%) bermakna Malaysia sudah bankrap

KINI: Hutang negara pada RM1.2 trilion (nisbah 64.3%) bermakna hutang masih terkawal, negara tak bankrap
-------
DULU: Perbelanjaan tahunan kerajaan masa Najib pada RM220b ke RM260b setahun bermakna Najib sangat boros dan berlakunya banyak ketirisan.

KINI: Perbelanjaan tahunan kerajaan pada RM390b setahun tidak boros dan tiada ketirisan
-------
DULU: Tabung Haji dalam bahaya sebab disamun Najib 

KINI: Tabung Haji bayar Hibah rendah memanjang, harga Haji semakin naik, kuota Haji berkurang bermakna TH telah diselamatkan
-------
DULU: Hutang RM8b bermakna FELDA sudah disamun Najib 

KINI: Hutang RM15b FELDA tidak bermakna FELDA disamun sesiapa
-------
DULU: Dividen tinggi memanjang LTAT yang tidak pernah jatuh ke defisit bermakna Najib telah gagalkan tentera

KINI: Dividen rendah memanjang LTAT sehingga LTAT jatuh ke defisit sejak tahun 2020 tidak bermakna kerajaan telah gagalkan tentera
-------
DULU: Bantuan BR1M yang tidak wujud sebelum ianya diperkenalkan dan dinaikkan 4 kali ganda dari RM500 ke RM2,000 dalam tempoh 8 tahun bermakna Najib rasuah pengundi

KINI: Bantuan tunai yang tidak naik malah jatuh bagi kategori tertentu bermakna kerajaan ikhlas untuk bantu Rakyat.
-------
DULU: Najib sangat kejam sebab mahu tarik subsidi pukal

KINI: Kerajaan tak kejam sebab mahu tarik subsidi pukal kerana ini adalah langkah adil untuk selamatkan kewangan kerajaan
-------
Bukan begitu?

Saturday, 9 March 2024

Kebesaran Allah

*Tadi ustaz tanya...*

_Kenapa kita suka jalan² makan angin? Kadang² sampai perabih duit, perabih masa, perabih tenaga._

_Kenapa kita suka panjat gunung, turun bukit? Kadang² tiga hari baru sampai puncak. Sangup pikul beban berkilo kilo beratnya. Redah hutan, kongsi darah dengan pacat._

Ringan aje masing² jawab..

_"Melihat kebesaran Tuhan."_

Berubah muka ustaz.

_Ok._

Selamba ustaz balas.

_"Lepas balik tengok kebesaran Tuhan, mesti ada perubahan. Mesti ada peningkatan iman. Sila jawab dengan jujur."_

_"Solat yg kita dirikan semakin kusyuk, atau sekadar solat je?"_

_"Solat berjemaah bagi yang lelaki, atau bersendirian?"_

_"Solat awal waktu, atau hujung nak habis waktu baru solat?"_

_"Aurat macam mana pulak?. Terpelihara atau makin sendat?"_

_"Kita banyak buka Al Quran, atau masih sibuk dengan hp?"_

_"Muzik menjadi halwa telinga, atau kita sibuk dengar kelas tadabbur nak paham Al Quran?"_

Memang Allah perintah kita lihat kebesaranNya.

_Kenapa Allah suruh kita lihat ke langit?_

_Allah suruh kita perhati kejadian siang dan malam._

_Allah suruh kita lihat turun naik matahari dan bulan._

_Allah suruh perhatikan burung yg berterbangan._

_Pendek kata, Allah permudahkan kita melihat kebesaranNya agar iman meningkat. Cuma perlu mendonggakkan kepala. Tak payah susah² naik kapal terbang, panjat gunung siang malam dalam hutan._

_Melancong atau panjat gunung tak salah._

*Yang salah, mengindahkan kehendak nafsu sendiri dengan mengaitkan Tuhan..*

_Nak tipu sapa?_

_Nak tipu Allah?_

Krik Krik Krik.. Ngan aku sekali dok gigil badan..

Sapa kenal Ustaz Muein? 

Leher memasing dah macam leher kura². Slow² kepala masuk cengkerang. Walhal aku belajar online je kat FB Ghulam Al Dakwah. Bukan duduk dalam kelas pun.

Kuat aura ustaz.

Macam kena soal depan-depan.

#sampaikandarikuwalausatuayat
#SebarkanSalamKitaBersaudara
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah