Sunday, 30 April 2023

Fitnah Anwar terhadap Najib

Saya nak jawab dua fitnah yang dilempar Anwar pada saya semalam.

Tohmahan 1:  Bahawa saya tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan saya dan isteri.

Eh... Saya dah BANYAK KALI jelaskan.

Malah kes-kes ini sudah diputuskan dalam mahkamah bahawa ianya bukan dari sumber 1MDB atau sumber haram. Saya dah menang dua kali kes mahkamah berhubung isu ini.

Malah hakim kata pihak pendakwaan sendiri juga kata ianya merupakan hadiah peribadi 

"“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah."

"8 Nov 2021: Kerajaan gagal lucut hak barangan mewah milik Najib, Rosmah"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/08/kerajaan-gagal-lucut-hak-barangan-mewah-milik-najib-rosmah/

Dana yang disita sebaik sahaja PRU14 berakhir pula adalah dana PRU14 UMNO. Pihak polis ada setiap butiran siapa yang sumbang termasuk pengakuan dari penyumbang. 

Sebab itu, hakim membuat keputusan untuk serahkan kembali pada kami.

Ianya wang UMNO - bukan wang saya.

"20 Mei 2021:  Kerajaan gagal lucut hak wang RM114 juta milik Najib, UMNO"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818822/kerajaan-gagal-lucut-hak-wang-rm114-juta-milik-najib-umno

Siapa kata saya tak jelaskan? 

Bukan sahaja saya sudah jelaskan tapi TIGA hakim sudah jelaskan untuk saya.

Tohmahan 2: Rakyat terpaksa tanggung hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion.

Ini satu lagi fitnah. 

Berapa sen Anwar sebagai Rakyat sudah bayar untuk jelaskan hutang 1MDB tersebut?

Kenapa dalam masa 22 bulan rejim gagalkrasi PH, mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini?

Malah dalam tempoh PH jadi kerajaan, hutang negara naik RM106.2 bilion dari RM686.8 bilion pada akhir 2017 sebelum PRU14 ke RM793 bilion pada akhir tahun 2019.

Pada masa yang sama, PH juga jarah hampir RM104 bilion dari rizab tunai RM176 bilion (yang dinaikkan masa saya dari RM30 bilion) Petronas.

Nilai aset bersih Khazanah pula  jatuh RM24.5 bilion dari RM116.1 bilion (yang dinaikkan masa saya PM dan pengerusi Khazanah dari RM33.7 bilion) pada akhir 2017 ke RM91.6 bilion pada akhir tahun 2019 sebab korang banyak menjual aset-aset negara dibina saya.

Angkara PH sebanyak RM106b + RM104b + RM24.5b itu lebih rendah banding hutang 1MDB RM32b ke, Nuar?

Saya juga mahu memperingatkan Anwar bahawa sebelum tahun 2012, kamu sudah banyak kali bangkitkan isu kerugian RM19 bilion SETIAP TAHUN yang ditanggung Petronas dan TNB akibat perjanjian-perjanjian Penjana Elektrik Bebas (IPP) yang ditinggalkan masa KAMU dan Mahathir memerintah. 

"Anwar menjelaskan bahawa sewaktu berada dalam kerajaan, beliau telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Ani Arope bahawa kumpulan IPP telah memaksa TNB membeli harga elektrik yang terlalu mahal.

Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali mendesak kerajaan supaya menghentikan pemberian subsidi RM19 bilion setahun kepada IPP sebelum menghapuskan subsidi petrol, diesel dan gula untuk rakyat."
https://www.roketkini.com/2011/05/30/kepada-yang-kaya-subsidi-itu-namanya-insentif/

Kenapa selepas tahun 2012, korang tak bangkitkan isu ini?

Sebab kita telah menggunakan 1MDB pada tahun 2011 untuk membeli semua IPP-IPP tersebut dan selepas itu perjanjian-perjanjian berat sebelah itu telah diperbetulkan melalui open tender yang pertama sekali dibuat untuk pembelian elektrik.

Sehingga para penganalisis kata "No more sweetheart deals for IPP"

Jika RM19 bilion dijimat setahun maka dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2012 ke 2017 sebelum PRU14 sahaja, ktia sudah jimat hampir RM100 bilion.

Sebab itu rizab tunai Petronas naik begitu laju dari RM30 bilion ke RM176 bilion pada masa PRU14 sebelum dijarah korang.

Pada masa yang sama, Tenaga Nasional yang pernah rugi memanjang sebelum tahun 2012 mula mencatat keuntungan besar dan membayar dividen yang besar kepada tabung-tabung simpanan Rakyat seperti KWSP, TH, PNB, KWAP.

Sebab itu juga harga saham TNB naik dari RM5 ke sekitar RM15 sebelum PRU14.

Kenapa pulak Anwar tak mahu memperakui perkara ini?

Penjimatan RM100b ataupun rizab tunai RM176b Petronas yang ditinggalkan kami untuk kamu jarah itu lebih rendah banding hutang 1MDB RM32b ke, Nuar?

Kenapa tak mahu berterima kasih pada Najib dan puji Najib sebab dah jimat RM100 bilion bagi negara dari masalah yang ditinggalkan zaman KAMU dan Mahathir?

Apa lagi yang kami dapat dari hutang 1MDB RM32 bilion itu?

1) 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH:  Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952

1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH:  Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?

Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952

2) Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara?

Kita tanya PM ke-7:

"Perdana menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.

“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.

17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
https://selangorkini.my/2019/12/projek-bandar-malaysia-bukti-kerjasama-baik-malaysia-china/

3) Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?

Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab:

12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets, beckons investors to take part in development
https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take

Lagipun hutang 1MDB RM32 bilion ini bukan semua nak dijelaskan sekarang. 

Hutang ini adalah sampai tahun 2038 - iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan hutang dengan sepenuhnya serta menjana keuntungan besar bagi negara?

Tang mana yang Rakyat tanggung hutang RM32 bilion itu?

Saya juga nak tanya Anwar.

Setiap sen yang didakkwa hilang dari 1MDB adalah dijamin atau dihantar kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC.

Dan mereka juga mengaku pegawai-pegawai tertinggi mereka sudah berkomplot dengan Jho Low untuk mempergunakan dana tersebut.

Sebab itu, kerajaan BN dahulu sudah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada tahun 2017.

Supaya syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.

Tetapi sebaik sahaja PH menang PRU14, mereka membatalkan perjanjian tersebut sebab tidak mahu Rakyat tahu bahawa Najib sebenarnya sudah selesaikan masalah kehilangan dana 1MDB.

Sehingga hari ini, satu sen pun tidak pernah dipulangkan oleh IPIC.

Akibat kerajaan Abu Dhabi dan UAE marah dengan kita akibat pembatalan perjanjian penyelesaian serta pendedahan rakaman telefon Putera Mahkota mereka oleh pihak SPRM masa PH, satu sen pelaburan asing dari mereka tidak pernah masuk ke Malaysia sejak PRU14.

Sebaliknya, kerajaan UAE telah melabur lebih RM200 bilion ke negara jiran Indonesia.

Kenapa Anwar tak mahu bangkitkan isu ini?

Perjanjian penyelesaian antara dua negara yang membabitkan pulangan dana kepada Malaysia sehingga US$7 bilion tak penting ke bagi kamu?

Dan sekiranya Najib adalah mastermind 1MDB dan telah curi dana 1MDB, kenapa pula syarikat-syarikat seperti Goldman Sachs bayar gantirugi RM16 bilion pada Malaysia, Ambank bayar RM2.83 bilion, KPMG dan Deloittes bayar ratusan juta Ringgit kepada Malaysia?

Najib yang curi tapi pihak lain (bukan Rakyat) yang bayar ganti rugi berpuluh bilion ke?

Sebab itu, tang mana yang Rakyat bayar hutang 1MDB? Sila buktikan.

Hutang RM32b kamu nampak tapi penjimatan IPP serta pembinaan aset negara oleh 1MDB, Nuar buat-buat tak nampak pulak.

Posting Anwar semalam. Bantu saya tanya pada dia. Tuntut dia komen: https://www.facebook.com/100044147303672/posts/462350365246536/?d=n

Wednesday, 19 April 2023

Tips beli lemang

Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Anda Tahu 9 Tip Yang Peniaga Ini Kongsi!

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil

Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang

Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak

Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya

Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut

Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab

Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual.

Kredit: Maskulin

#majalahrasa #rasashare #tiplemamg #belilemang

Monday, 10 April 2023

Rumput Sambau


C&P:
Namanya RUMPUT SAMBAU @ RUMPUT DEGIL @ RUMPUT LIAT @ RUMPUT KUCING ..biasa di kampung2...

DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..

Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak kongsi sedikit salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata.

Sebab apa?

Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat-sahabat semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang, nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang..

Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat-sahabat semua selalu pijak.

Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan entah apa lagi nama orang panggil.

Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang dua minggu Insyaallah dia tumbuh balik.

Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai, betul tak?

Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pergi cari benih dan tanam pulak...

Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

๐Ÿ‘‰ AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing-masing.

- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.

- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah.

- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum.

- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati..

- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dah berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.

๐Ÿ‘‰ DAUN.
.
- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup.

- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..

๐Ÿ‘‰ Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..

- Merawat sistem saluran kencing, menyahtoksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.

- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap rasa air kencing terkeluar, boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.

- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah-merah ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah.

- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tunggu kan? Boleh amalkannya.

- Bagi yang ada masalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang? Bukan air pasang tau.

- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila sediakan dengan segelar air rebusan rumput sambau ya. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..

- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut. Insyaallah..

- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.

- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.

Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga tersebar ., Insyaallah
Wallahualam..


Wednesday, 5 April 2023

Sejak bila hak bukan Islam tidak dirai?

Sejak bila hak bukan Islam tidak dirai?

Sedar atau tak, identiti Melayu Islam sudah lama tenggelam

https://ismaweb.net/2023/04/05/sejak-bila-hak-bukan-islam-tidak-dirai/

SEJAK bila bukan Islam dianaktirikan? Sejak bila hak bukan Islam dinafikan? Kenapa perlu bandingkan pemimpin Kemboja jaga orang rakyat Islam? Apa kaitan?

Kita sudah raikan bukan Melayu (bukan Islam) lebih daripada sepatutnya. Keadilan yang diberikan telah lama diberikan.

Cuba pergi kira berapa banyak rumah ibadat bukan Islam, terutama kuil Hindu, tokong dan gereja. Surau masjid tidak sebanyak itu walaupun Islam agama persekutuan.

Cuba pergi kira bangsa mana yang terkaya di Malaysia? Adakah Melayu?

Cuba pergi kira kawasan kebesaran kawasan kubur bukan Melayu berbanding orang Islam sendiri?

Cuba pergi kira rumah mewah di ibu kota seluruh negara?

Cuba pergi tengok ketika bukan Islam menyambut perayaan mereka. Bila tiba Tahun Baharu Cina, negara ini macam negara China.

Bila tiba Krismas, negara ini macam negara Kristian.

Bila tiba Deepavali, negara ini macam negara Hindu.

Bila tiba Thaipusam, negara ini sudah tidak menampakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Di negara India, tidak ada kebebasan perarakan sebegini. Di Negara kita, ketika Thaipusam, berapa banyak tempat seperti Kuala Lumpur, Batu Caves, Sungai Petani, Pulau Pinang dan banyak lagi, banyak jalan utama di tutup, ada yang berhari-hari, hanya memberikan laluan dan meraikan perayaan bangsa minoriti. Adakah hak mereka dinafikan.

Tenggelam habis ibu kota dengan perarakan agama mereka.

Tenggelam habis perarakan maulid dan lain-lain perayaan besar Islam.

Apa semua ini?

Sejak bila hak bukan Islam dinafikan?

Kenapa ada pemimpin berucap sebegini?

Apakah hanya ada segelintir yang tidak mahu bersama dalam perayaan mereka, maka kita dituduh sebagai menafikan hak bukan Islam?

Kita tidak merayakan perayaan mereka, ada sebab. Biarkanlah mereka yang merayakannya. Kita tidak perlu menjadi lebih garpu daripada sudu.

Pergilah kira berapa ramai orang Islam yang murtad?

Cetek sangat pemikiran kita. Jika yang bercakap itu orang marhaen seperti saya tidak mengapa lagi. Tetapi yang bercakap itu pembesar-pembesar.

Sedar atau tidak, identiti Melayu Islam di negara ini sudah lama tenggelam. Identiti bukan Islam semakin menonjol. Apakah itu bermakna lagi, kita tidak raikan bukan Islam?

Nak perkenalkan Jawi sedikit pun tidak berjaya ditentang hebat, akhirnya kita gagal.

Nak menggunakan Jawi pada nama jalan-jalan ditentang hebat seperti dahulu, pun kita gagal.

Apakah sebenarnya maksud seorang pemimpin negara apabila berkata, kita tidak raikan hak bukan Islam (bukan Melayu).

Negara kitalah yang paling meraikan hak bukan Melayu dan bukan Islam.

Realiti yang berlaku di seluruh dunia, hak orang Islamlah yang selalu dimangsakan di negara lain.

Apakah hak umat Islam di negara Hindu India?

Apakah hak umat Islam di negara China?

Sekadar menjadikan Kemboja sebagai contoh, teramat cetek dan naif sekali.

Sekarang baharu kita nampak umat Islam diraikan di Kemboja, sebelum itu bagaimana?

Jangan perlu jauh tengok di Thailand dan Myanmar.

Apakah kita sudah buta dalam melihat kebenaran?

Jangan hanya kerana bukan Melayu yang menjadikan kita dapat berkuasa, maka kita menjadi terlalu apologetik.

Takkan pembesar kita tidak membaca sejarah asal-usul orang Melayu dan negara Melayu.

Orang Melayu hanya ada satu nama negara sahaja iaitu Tanah Melayu yang kini bernama Malaysia.

Dengan Islamnya Melayu, orang Melayu menjadi terlalu baik meraikan orang lain.

Orang Melayu menjadi pemurah menerima pendatang menjadi rakyat negara ini, sehingga bilangan menjadi bertambah ramai.

Jika orang Melayu tidak meraikan, masakan bilangan boleh menjadi begitu banyak.

Apakah kita buta semua ini sehingga masih menyalah Melayu?

Sedarlah wahai pemimpinku. Bercakap benarlah.

Dalam falsafah kita belajar beberapa falasi tidak formal, iaitu hasty generalization, red herring, ad hominem, strawman, appeal to authority, clichรฉ dan wagon.

Nampaknya kesemua falasi ini ada pada pemimpin kita, demi untuk memastikan kuasanya tertegak dan kekal bertakhta.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah