Saturday, 31 July 2021

Amalan Sheikh Jaber Ali

Amalan yg dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber  

1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi
2) AlMulk sebelum tidur
3) Sadaqah subuh hari2
4) Ayat kursi lepas solat
5) Selawat pada hari jumaat melebihi zikir2 lain.
6) Berwudhu 10min sblm azan, off hp dan berzikir utk siapkan batin sblm solat agar dapat nikmat dlm solat.
7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh.
😎 Seindah2 ibadah - membaca istighfar 10min sblm azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walau olok2. (waktu sahur)
9) Mencari kwn2 soleh utk mendapat shafaat mereka - amalkan وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين " wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin" ertinya: jadikan kami dalam rahmatmu bersama para solihin.
10) Setiap kali masuk masjid  cari Al Quran dan baca walau 1 ayat utk tambah saksi di akhirat.
11) Jika mohon syurga, mohon syurga Firdaus Al A'la..mohon yg paling tertinggi
12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sblm solat dan selepas solat 
13) Rutinkan baca Al-Baqarah setiap hari kerana bawa keberkahan - keluarga bahagia.
14) Solat witir sblm tido ditakuti tak terbangun tahjud utk lakukannya agar menjadi ahli witir.
15) Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji.
16) Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt.
17) Ahlul Quran yg dimasukkan ke dlm neraka sementara utk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka
18) Sunat baca Al Fatihah tanpa bersambung utk tunjukkan adab krn membaca Al Fatihah umpama berdialog dgn Allah
19) Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air utk jadikan ubat - 1x,3x atau 7x
20) Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah
20) Dlm tiap amalan titip pahala utk ibubapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.
21) Kurangkan bicara ttg dunia gantikan dgn zikir supaya hati tenang
22) Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tak sibukkan aib org.
23) Semalas2 sunat qabliah/ba'diah jgn tinggal qabliah subuh kerana martabatnya wajib.
24) Jika ada hajat amalkan حسبنا الله ونعم الوكيل  Hasbunallah Wani'mal Wakil sebanyaknya dan  jaga hubungan dgn Allah pasti makbul.

Jzzk Mazidah Ahmad

Demonstrasi LAWAN

BERFIKIR DAN BERTINDAK RASIONAL

▶️Saya Afif Farhi Othman, bekas pesakit Covid19 tahap 4 mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang menganjurkan perhimpunan jalanan hari ini ketika negara sedang bertarung melawan pandemik Covid19.

▶️Meskipun kita merasakan kerajaan pada hari ini gagal di dalam mengurus tadbir negara dalam keadaan baik. Namun, ianya bukan alasan untuk kita keruhkan keadaan dengan kegilaan tindakan.

▶️Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap pemimpin-pemimpin yang menyertainya mahupun pihak penganjur kerena perhimpunan ini ternyata membahayakan orang lain dan menjadi faktor peningkatan kadar jangkitan kes Covid19.

▶️Sebagai pemimpin, bimbinglah rakyat untuk menyelesaikan masalah bukannya menambahkan masalah. Jangan heret rakyat turun ke jalanan hanya demi memenuhi nafsu serakah ingin kembali berkuasa.

▶️Sebagai rakyat, berfikirlah dan bertindaklah secara rasional. Jangan hanya menjadi mangsa pihak berkepentingan. Perhimpunan seperti ini tidak menyelesaikan masalah bahkan mendedahkan diri dan keluarga kepada musibah.

“Keputusan yang baik adalah natijah daripada pemikiran dan tindakan yang rasional.”

Afif Farhi Othman
Exco Pergerakan Pemuda UMNO

#Covid19Survivor #KitaJagaKita #RasionalSebuahPemikiran

Kelebihan mencintai Al-Quran

Kelebihan Mencintai Al Quran
.
1. Tidak nyanyuk sampai tua.
.
2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.
.
3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.
.
4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.
.
5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.
.
6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
.
7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.
.
Kredit:Ustaz Abdullah Mahmood


Friday, 30 July 2021

Persoalan Kerajaan PN

Satu persoalanan yang tidak pernah dan amat sukar dijawab oleh kerajaan PN ialah ordinan-ordinan Darurat dijadualkan tamat pada 1 Ogos.

Jadi kenapa kerajaan tergesa-gesa untuk umum ianya sudah backdated batal 10 hari lebih awal pada 21 Julai?

Beza 10 hari ini amat penting ke sehingga menjadi isu amat besar yang membawa kepada kemurkaan YDP Agong dan tercetusnya krisis perlembagaan?

Dan sekiranya Darurat berjaya melawan Covid, kenapa tergesa-gesa nak batal ordinan-ordinan 10 hari lebih awal pada ketika kes Covid lebih 17k dengan kematian 200 nyawa sehari?

Jadi, kenapa pula kerajaan cetuskan kontroversi dan krisis perlembagaan hanya sebab tempoh 10 hari ini? 

Sebab kerajaan PN nak elak undian berlaku dalam parlimen kerana bimbang takde majoriti dan bakal tumbang.

Pernahkah wujudnya dalam sejarah sebuah kerajaan yang fobia dengan sebarang undian dalam parlimen?

Jika benar tak ada majoriti maka kerajaan hari ini sudah lumpuh.

Sebarang usul termasuk bajet tidak akan berjaya diluluskan dalam parlimen.

Dan jika krisis perlembagaan berterusan, ianya menjadi tanda tanya jika sebarang urusan dan perlantikan penting kerajaan akan mendapat perkenan YDP Agong.

Rasanya, kerajaan PN lebih rela menjadi sebuah kerajaan lumpuh yang tidak dapat dan tidak berupaya untuk jaga Rakyat dan negara asalkan mereka kekal berkuasa.

Lumpuh, gagal segagalnya dan derhaka tak penting bagi mereka.

Wednesday, 28 July 2021

Resepi Maruku

Resepi Murukku

Bahan-bahan:

300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangrai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangarai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus -
250ml santan cair - air ni boleh letak sikit2 shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai

Cara-cara:

1. tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur
2. satukan bahan-bahan kering .. gaul sebati .. masukkan marjerin cair dan telor n santan cair gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan ..
3. panaskan minyak masak..sebelum pusingkan adunan ramas2 dulu daun kari masuk dlm minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti..n pusing adunan .. dah kekuningan boleh angkat ..

selamat mencuba

Sumber resepi : Kak Aye

Tuesday, 27 July 2021

Anak Muda Bangkit

Faktor Kenapa PH PN gagal Lantik doktor Kontrak zaman Najib kepada Jawatan Tetap

Pada 2016 dalam bajet 2017, DS Najib umumkan untuk bawa masuk doktor muda secara kontrak bagi yang gagal dapat kerja di mana-mana hospital swasta.

Hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, boleh menjalani housemanship secara kontrak.

Ketika itu kerajaan mengalami kekangan jawatan tetap doktor yang penuh, sebab itu dalam bajet yang sama Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM4.5 bilion juga diperuntukkan bagi operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada.

Manakala dalam bajet 2016 DSN antara projek yang akan dilaksanakan adalah:

Pertama: Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan di Cyberjaya;

Kedua: Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, yang bernilai 848 juta ringgit pada Oktober 2016;

Ketiga: Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang;

Keempat: 260 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian, berserta kuarters di seluruh negara;

Kelima: 52 juta ringgit bagi operasi 328 klinik 1Malaysia sedia ada, dan pembukaan 33 klinik 1Malaysia baharu;

Dengan siap semua fasiliti ini maka doktor berjawatan kontrak boleh diserapkan ke jawatan penuh dalam tempoh 2 tahun kerana peningkatan peluang jawatan tetap yang bertambah.

Tapi masalahnya apabila PH ambil alih kerajaan, apa yang jadi PH menutup sebanyak 34 buah Klinik 1Malaysia atau nama baharunya Klinik Komuniti kerana masalah kos tidak efektif.

Kemudian PH menutup Pusat Hemodialisis Mawar Hospital di Seremban yang memberi kesusahan kepada pesakit terus mendapatkan rawatan terbabit.

Kemudian PH menjual Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) di Kuala Lumpur pada nilai RM1.02 bilion secara tunai. Iaitu PCMC dimiliki secara strategik oleh Khazanah pada 2018, bagi membina sektor perkhidmatan kesihatan di Malaysia dan untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti di rantau ini.

Kemudian Guan Eng PH jual Semua hospital swasta di bawah IHH Berhad telah dijual kepada Jepun. 

Itu belum cerita pelbagai projek yang dibatal kerana dendam hendak jatuhkan DSN.

Jika semua fasiliti dan aset hospital hak milik Kerajaan dijual kepada pihak lain, bagaimana  kerajaan mampu sedia jawatan tetap kepada doktor baru?

Sebab itu ketika Covid19 melanda kerajaan kekurangan katil dan kakitangan doktor kerana kebanyakan aset hospital dan klinik  dijual atau ditutup oleh PH dan PN yang asal usul dari PH.

Apatah ekonomi jatuh dan kekangan kewangan negara sejak zaman PH hingga PN menjadi amat mustahil untuk kerajaan membiayai doktor tetap yang baru.

Itu bezanya rancangan jangka panjang DS Najib bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan baru doktor pakar supaya kembali bekerja di Malaysia malah menyediakan jaminan kemampuan rakyat mengjaga kesihatan rakyat terutama bila datang wabak C19.

Sekarang kat parlimen hari ini PH dan PN bertekak tuduh satu  sama lain gagal ambil doktor kontrak ditukarkan ke jawatan tetap. Padahal merekalah punca hal ini berlaku kerana nak sangat hapuskan GST.

Tangan-tangan yang mengundi tolak DS Najib GST sekarang boleh faham tak apa impak suka percaya fitnah bulat-bulat? Bila aku cakap  tangan-tangan yang mengundi tolak DS Najib termasuklah 80% Doktor dan jururawat hospital ketika itu. 

Kerdit :MyMdFadzil

Nilai

Moga dapat pengajaran dari kisah ini. 

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Credit : Mohamad Faidzal via Jipilli Saikar

Prosedur Data dan Sains - Shahril Hamdan

MENGAPA AHLI PARLIMEN PH MINTA MENTERI KETEPIKAN PROSEDUR DATA DAN SAINS?

Saya berpandangan sesiapa yang bukan doktor, jauh dari pakar perubatan penyakit - eloklah akur kepada pakar. Tak semua perkara ahli politik perlu berebut mendahului pakar.

Dalam hal meluluskan penggunaan sesuatu ubat, eloklah juga akur kepada sistem kelulusan yang telah terbina dan ditambahbaik selama berpuluh tahun.

Adakah Ivermectin berkesan untuk merawat Covid? Semestinya saya tidak tahu. Hanya data dan pakar perubatan dalam bidang yang tahu mentafsir data wajar membuat rumusan dan pendirian.

Yang kita tahu,

1) Pakar perubatan ada pandangan berbeza tentang potensi Ivermectin setakat ini, tetapi majoriti besar setuju bahawa data belum mencukupi untuk suatu tahap keyakinan penggunaan tanpa kesan sampingan yang serius.

2) Apatah lagi, andai selamat untuk menggunakan untuk tujuan rawatan Covid sekalipun, belum ada kesepakatan saintifik tentang soalan asas penggunaan, misalnya:
- apa dos yang betul?
- bila waktu sesuai digunakan kepada pesakit? Sebagai pencegah? Sewaktu tahap 1? Tahap 2? Tahap 4?
- berapa lama rawatan?
Ini semua soalan asas yang penting untuk ada jawapan hakiki dan mutlak. Sekali lagi yang boleh menjawab soalan-soalan ini bukan ahli politik, tetapi pakar perubatan dalam bidang yang sepatutnya.

3) Di Malaysia, ujian klinikal sedang dilaksanakan oleh KKM dan akan berakhir bulan depan. Keputusan ujian tersebut akan dibentangkan bulan 9 nanti.

4) Ada beberapa negara telah mencuba penggunaan Ivermectin untuk Covid, tetapi jauh lebih banyak yang belum bersedia meluluskan. Yang sering dirujuk adalah India. Tetapi Kerajaan India juga baru-baru ini telah memberhentikan penggunaan Ivermectin untuk merawat Covid. 

5) Kelulusan di Malaysia akan melalui prosedur NPRA di bawah KKM. NPRA tidak akan meluluskan produk tanpa perincian yang mendalam.

Dalam group WhatsApp, Facebook, mungkin terbaca teori ini dan itu. Itulah realiti media sosial hari ini.

Tetapi sesiapa pun yang menjadi Kerajaan, pentadbir sistem perubatan Malaysia tidak boleh buat keputusan mengikut teori dan andaian, ataupun populariti hasil desakan ahli politik. 

Sebaliknya, mesti buat keputusan dan kelulusan mengikut prosedur, data dan sains. Ini bukan bab SOP PKP, pakej ekonomi dan lain-lain yang lebih terbuka untuk dipertikai. Ini soal ubat yang hendak diluluskan untuk digunakan keatas rakyat.

Saya kira ramai yang boleh terima rasional ini. 

Tetapi dalam kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan hari ini, nampak mereka menolak rasional asas ini. Sebaliknya dalam keghairahan menyerang Menteri Kesihatan dalam Dewan, mereka (Kota Raja, Shah Alam, Sg Buloh, Sg. Petani, Bayan Baru, Selayang, Batu) berperilaku tidak bertanggungjawab sewaktu ditonton rakyat dengan mendesak agar Ivermectin digunakan segera, dan agar Menteri "bypass" atau "overrule" prosedur dan NPRA.

Ada implikasi besar apabila Ahli Parlimen yang bukan doktor, bukan pakar, tetapi berpengaruh di mata rakyat, bertindak sebegini. Sehingga sanggup mendesak agar Menteri menggunakan "kuasa eksekutif" untuk mengetepikan prosedur yang dibina untuk memelihara keselamatan rakyat tak kira siapa yang jadi Menteri.

Dalam erti kata lain, menolak sistem dan prosedur kelulusan, menolak peranan penjawat awam dan pakar perubatan yang tidak terikat pun dengan mana-mana parti politik.

Diakui, bekas Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad tidak terikut rentak ini tadi. Diharapkan beliau boleh main peranan mendidik rakan-rakannya dalam PH untuk sama bertanggungjawab. Jikapun seronok menghentam di Parlimen, tak semua yang nampak bulat itu mesti ditendang.

Air Sirap Sedap

Resepi Air Sirap Mak Su

Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su.

Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu.

Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.

Air sirap je pun!

Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi.

Bahan-bahannya seperti berikut,

1 Kg gula pasir
1 Sudu besar jintan manis
1 Sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya

Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.

Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.

Ditambah pula dengan wangian daun pandan.

Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan.

Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air.

Selamat mencuba!

Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.

Sumber : Azizah Zainudin - MAHN

Sunday, 25 July 2021

Kisah Raub

***KENAPA RAUB DAN KAWASAN SEKITARNYA SANGAT BERHARGA KEPADA PENGGANAS KOMUNIS DARI UNIT PENGEMPUR KE-6 (UPK 6)?***

PERINGATAN:

1. Hanya baca sahaja, jangan bertanya apa-apa kerana saya mungkin tak sempat nak jawab.
2. Jangan kaitkan dengan sesiapapun, jangan politikkan kerana ini hanyalah bacaan utk pengetahuan sahaja.

Pertamanya, data overloaded atau terlalu banyak yang saya nak tulis sehingga tak tahu nak mula di mana dan nak cerita yang mana dulu. Ini ialah masalah besar kepada penulis.

Keduanya, perkongsian saya ini tidak berkait dengan isu ceroboh tanah secara haram di Pahang khususnya di Raub. 

Ketiga, apabila saya sebut RAUB, bermakna seluruh kawasan di sekelilingnya. Raub terletak antara Banjaran Titiwangsa dengan Banjaran Gunung Benum. Di Raub terdapat 9 buah kampung baru Cina dibawah Rancangan Brigs iaitu penempatan semula orang cina yang di syaki dan dikenal pasti menjadi tali barut atau sumber bantuan logistik kepada pengganas komunis. Kapasiti penduduk ialah 63.3% bumi, 30% cina, 6.4 % India dan .3% lain-lain. Raub ada 29 kawasan penempatan kalau tak silap saya. dan antara penempatan yang sering timbul dalam diari operasi tentera ialah Sg Ruan, Sang Lee, Sg Chaalit, Sg Lui, Sempalit, Cheroh, Tras, Batu Talam dan Dong. Raub ada satu parlimen dan 3 DUN.

UNIT PENGEMPUR KE-6 (UPK 6), PARTI KOMUNIS MALAYA

UPK 6 diketuai oleh Cheong Chor atau Cheung Thian. Beliau ialah Cina dari tanah besar China. Di lahirkan di Daerah Fan Yeun, China. Nanti sebelum settle kisah ni, saya akan storykan profile Cheung Chor ni secara detail kerana dia ialah orang yang bertanggungjawab menubuhkan UPK 6 atas arahan dari Chin Peng. Dan dia juga bertanggungjawab atas perajurit-perajurit tanah air yang terkorban dan tercedera ketika menjalankaan tugas operasi di hutan Pahang.

UPK 6 di bahagikan kepada 6 kumpulan iaitu kumpulan markas atau HQ, Pasukan Kerja Bersenjata Ke 5(PKB 5), Pasukan Kerja Bersenjata Ke 7 (PKB 7), Pasukan Kerja Bersenjata Ke 9 (PKB 9), Pasukan Kerja Bersenjata Ke 15 (PKB 15),  dan Pasukan Kerja Bersenjata Karak/Triang (PKB Karak). Apa ke mende UPK atau PKB ni? Ok, UPK ialah Unit Pengempur iaitu kumpulan perang atau unit mengganas pengganas komunis. Kalau dalam ATM, UPK ni macam pasukan infantri la, macam askar Melayu, Macam pasukan renjer. Manakala Pasukan Kerja Bersenjata ialah unit kecil perang mereka yang pergi buat kerja serang hendap kepada pasukan keselamatan, mengacau penduduk, membakar kampung, memusnahkan tanaman dan binatang. PKB ni di bahagikan mengikut KTJ atau AO. Sebelum saya terlupa, UPK 6 ialah kumpulan paling gedebe atau paling ganas yang Parti Komunis Malaya ada. Atau paling berjaya. UPK 6 juga ialah unit yang paling akhir berjaya dimusnahkan.

1. KUMPULAN MARKAS UPK 6

Kumpulan ini di ketuai oleh Cheung Chor sendiri. Mempunyai 39 orang anggota yang terdiri daripada 25 lelaki dan 14 perempuan. Kebanyakaannya ialah pasangan suami isteri. Daripada jumlah 39 orang anggota ini, 30 daripadanya berasal dari RAUB dan paling ramai dari Kg Baru Sg Ruan, 6 orang dari perak dan 3 anggota dari Selangor. Walaupun saya ada data yang sangat rinci mengenai 29 orang ni yang mana saya kumpul atas usaha saya sendiri tetapi saya tak nak citer setiap anggota ini dari kampung mana, rumah no berapa, no IC berapa, nanti panjang berjela. Kita citer yang cantik cantik je. Melihat kepada komposisi asal 39 anggota ini, maka kita akan secara automatik mendapat jawapan kenapa RAUB sangat penting kepada pengganas komunis UPK 6. Kerana depa semua dari sini. 

2. PKB Ke 5 (KTJ: Sg Penjuring, Bentong dan Bkt Tinggi)

Mempunyai 11 orang anggota yang mana 9 anggota dari Kg Baru Sg Ruan dan 2 anggota lagi dari Selangor.

3. PKB Ke 7

Di anggotai oleh 9 anggota yang mana 7 orang dari RAUB dan 2 orang dari Perak.

4. PKB Ke 9 (KTJ: Sg Ruan, Klau)

Dianggotai oleh 6 orang yang semuanya berasal dari Kg Baru Sg Ruan.

5. PKB Ke 15 (KTJ: Kuala Kerau, Kerdau dan Lanchang)

Hanya mempunyai 4 anggota sahaja yang mana 2 orang dari Kerdau dan 2 orang lagi dari Perak.

6. PKB KARAK/TRIANG

Dianggotai oleh 8 anggota. 7 orang  dari Pahang ( 1 orang dari Sg Ruan, 5 orang dari Triang, seorang dari Kuala Lips dan seorang lagi dari Melaka.

FAKTOR-FAKTOR KEPENTINGAN RAUB KEPADA PENGGANAS KOMUNIS UPK 6

1.  Ahli Ramai Dari Raub. Melihat kepada statistik keanggotaan dan asal usul mereka, yang mana UPK 6 mempunyai seramai 77 orang anggota, dan 61 daripadanya berasal dari Pahang khususnya RAUB. Bermakana 79% anggota pengganas komunis UPK 6 berasal dari RAUB. 

2.  Kembali ke Kampung Halaman. Selepas menyerah diri pada Dis 1989, hampir semua pengganas komunis dalam UPK 6 ni memilih untuk kembali ke Raub kerana mereka ada rumah di kampung-kampung baru dan anak cucu mereka masih menetap di situ. 

3. Kawasan Operasi (KTJ). Dulu, iaitu tahun 70an dan 80an, Raub ialah kawasan hutan. Di sekeliling Pekan Raub ialah hutan. Bermakna, kawasan disekeliling Pekan Raub ialah kawasan operasi pengganas komunis dari UPK 6. Mereka berlari di belakang rumah iaitu hutan. Bermakna kawasan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi dengan perjuangan mereka. 

4.  Kebun Getah Haram dan Ladang Sayur Haram. Semasa operasi dulu, kami seringkali terjumpa kebun sayur haram di tengah hutan, kebun getah haram yang bersebelahan dengan hutan dan kebun durian haram di kawasan Sang Lee. Oleh kerana lokasi kebun sayur, kebun getah dan kebun durian haram ini bersebelahan dengan hutan, maka ia menjadi sumber bantuan logistik yang sangat banyak dan mudah. Kutipan bulanan di buat di kalangan pekebun yang mana wang kutipan ini diletakkan di pondok-pondok getah, dangau derian, pondok di kebun sayur atau di masukkan dalam mana-mana pot susu getah yang telah di tetapkan. Maka bermakna, mereka memang sudah biasa dengan kawasan ini dan mempunyai ramai rangkaian bantuan.

SIAPAKAH CHEUNG CHOR?

Saya rasa agak perlu untuk mengisahkan siapakah Cheung Chor kerana di dalam kisah ini kertana anda akan mendapat jawapan kenapa ada agaak ramai anggota komunis dari Perak di hutan Pahang dalam UPK 6.

Pada awalnya, Cheung Chor tidak mengetuai UPK 6 dan belum pun ditubuhkan lagi. Sebaik sahaja tiba di Tanah Melayu dari China pada tahun 1969, Cheung Chor di arahkan oleh Chin Peng untuk menyusup masuk ke Ayer Kala, Perak dengan tujuan menubuhkan unit Min Yuen dan selepas itu menyusup pula ke Tanah Hitam. Pada awal tahun 1972, Cheung Chor telah di serang hendap oleh pasukan Tiger Platoon tentera dan dia lari ke selatan Thailand. Berdasarkan tindakan semasa di serang hendap, Cheung Chor sedar bahawa anggota baru seramai 37 orang yang bersama beliau masih muda, tidak terlatih dan tidak mempunyai pengalaman. Maka dia mula melatih anggotanya di selatan Thailand.

Pada awal Mac  1972, Cheung Chor membawa anggotanya yang sudah di latih ke Kem Por Lah, Ayer kala. Di sini Chin Peng mengarahkan beliau menubuhkan Unit Pengempur Ke-5. Maka pada bulan Apr 1972, dengan rasminya Cheung Chor menubuhkan UPK 5 dan dia sebagai ketua. KTJ UKP 5 melibatkan 14 kawasan iaitu Ayer Kala, Air Bah, Pos Piah, Legap, Jalong, Sg Siput, Tanah Hitam, Lenggong, Ringlet, Bidor, Gopeng, Keramat Pulai, Keledang Saiong dan Tanjung Rambutan. 

Pada Jun 1973, sejumlah 42 orang pengganas komunis telah datang bergabung dengan kumpulan Cheung Chor di Kem Landak, Lasah. Kumpulan ini di ketuai oleh Nam Yat. Sebaik sahaja bergabung, kumpulan besar pengganas komunis ini di arahkan oleh markas pusat untuk berpindah kawasan dari Kem Landak ke Tanah Hitam. Berdasarkan rancangan asal Chin Peng; Cheung Chor akan terus mengetuai UPK 5 di Perak dan Nam Yat akan membawa sebahagian anggota dan bergerak ke Pahang bagi menubuhkan UPK 6. Tetapi Nam Yat merayu kepada Chin Peng agar beliau kekal di Perak kerana beliau tidak mampu untuk meredah hutan ke Pahang kerana dia sudah tua dan mengalami sakit lutut. Dia tidak boleh berjalan jauh. 

Chin Peng bersetuju dengan rayuan Nam Yat. Maka hanya Cheung Chor dan anggotanya sahaja yang terus bergerak ke Pahang. Cheung Chor memilih laluan melalui Cameron Highland dan setelah tiba di Cameron Highland, Cheung Chor membina dua buah kem sementara di banjaran Cameron Highland. Sejak itu, dia mula melatihkan anggotanya dengan kawasan yang baru.

Pada bulan Mei 1973, Chin Peng sudah tidak sabar menunggu dan meminta Cheung Chor dengan segera menubuhkan UPK 6. Justeru pada 1 Okt 1973, dengan rasminya Cheung Chor menubuhkan UPK 6. Pada masa itu Cheung Chor mempunyai 56 anggotaa. Setelah UPK 6 ditubuhkan, Chin Peng memberi kawasan Barat Pahang kepada Cheung Chor iaitu UPK 6. Oleh kerana KTJ baru ini mempunyai banyak penempatan orang asli, maka Cheung Chor menggunakan perkampungan orang asli bagi mengembangkan UPK 6 khususnya di Jerkoh. Tetapi usaha Cheung Chor ini gagal dan dia tidak berjaya mendapat kader baru walaupun seorang. Setelah itu Cheung Chor membuat keputusan bagi memecahkan kumpulannya kepada tiga kumpulan kecil.

1. Kumpulan 1 seramai 34 orang ialah kumpulan beliau yang ia sendiri ketuai. Kumpulan ini kemudiannya bergerak ke KTJ baru di Cheroh, Raub.

2. Kumpulan 2 seramai 8 orang yang diketuai oleh Ah Kang atau Ah Seng yang diarahkan untuk menjalankan tugas Min Yuen di kawasan Jerkoh. (Nota: Ah Kang atau Ah Seng ini berjaya di tangkap oleh Platun Harimau. Sila rujuk Buku Platun Harimau Misi 2 di shopee.com.my/penaceloreng). 

3. Kumpulan 3 seramai 14 orang yang diketuai oleh Ah Tak yang di beri KTJ di kawasan Jerantut.

Setelah lima tahun bergerak di kawasan mengikut kumpulan masing-masing, Cheung Chor berjaya merekrutkan anggota baru sehingga berjumlah 170 orang yang hampir kesemuanya datang dari kampung baru di Raub. Cheung Chor berasa sangat selesa dengan kawasan Raub kerana mereka mempunyai rangkaian bantuan logistik yang sangat baik. Tindakan Cheung Chor yang mengembangkan keanggotaannya ke kawasan yang mempunyai populasi penduduk cina yang ramai sangat berjaya di Raub. 

Pada tahun 1981, Cheung Chor telah membuat lawatan ke Unit Pengempur Ke-8 di utara kedah. Dan pada ketika lawatan inilah berlaku Serang Hendap Kg Lalang atau Serang Hendap Ulu Legong. Catatan tidak rasmi dan ada yang mengatakan Cheung Chor turut terlibat dalam merancang serang hendap yang paling sadis dan zalim ini. [Kisah serang hendap ini di ceritakan satu persatu dalam Novel Perang - Serang Hendap Kg Lalang. Boleh dapatkan di shopee.com.my/penaceloreng].

Pendekkan citer, pada tahun 1986, kumpulan Cheung Chor telah beberapa kali bertembung dan disergap oleh Platun Harimau dari batalion 2 Askar Melayu dan batalion 8 Askar Melayu. Ramai anggotanya yang berjaya ditembak mati dan ditangkap sama ada cedera ringan atau pun parah. Sehingga akhir tahun 1986, pasukan Cheung Chor hanya tinggal 97 orang sahaja. Serangan Platun Harimau dari Batalion 2 Askar Melayu ke atas kem utama Cheung Chor di Kem Gajah atau Elephant Camp telah menyebabkan Cheung Chor hilang strategi. [Untuk mengetahui kisah serangan Kem Gajah dengan rinci, sila baca buku Platun Harimau Misi 1 dalam Misi Hutang Darah di Bayar Darah. Buku ini boleh di beli melalui Shopee.com.my/penaceloreng]. Penemuan gudang atau food dump pakaian dan bahan makanan di Kem Gajah telah merosakan rancangan Cheung Chor. Ini kerana food dump di Kem Gajah adalah untuk masa depan.

Lantaran serangan itu, Cheung Chor dan kumpulannya lari melalui Sg Rogol dan terus bergerak kem alternatif iaitu Tiger Camp. Platun Harimau bertindak menjejak jalan lari Cheung Chor dan akhirnya Kem Tiger di temui oleh UCIS dari Batalion 8 Askar Melayu dan mereka menyerang kem tersebut. 

Apabila dua buah kem besar dan paling selamat berjaya digempur oleh pasukan tentera, Cheung Chor tahu bahawa ada anggotanya yang telah membocorkan rahsia. Lantaran itu, Cheung Chor memilih beberapa anggota yang boleh di percayai dan lari ke sebuah kem lama di kawasan Karak. Walau baaimanapun, semasa dalam pergerakkan itu, kumpulaan Cheung Chor telah bertempur dengan UCIS dari Batalion 1 Renjer. Sejak itu, Cheung Chor tidak lagi percaya kepada mana-manapun anggotanya. Dia akhirnya lari ke Kuala Kubu Baru. Di Kuala Kubu Baru beliau pergi menemui kontak lama beliau bagi membantu beliau melarikan diri. Tanpa beliau sedar, setiap gerak gerinya di Kuala Kubu Bharu sedang diperhatikan olah mataa anak harimau (baca buku Platun Harimau Misi 2 - Hingga ke Lubang Cacing). 

Cheung Chor seterusnya memohon sahabatnya agar membantu beliau lari balik ke Fan Yuen, China. Dalam proses itu, Cheung Chor telah bergerak ke Kuala Lumpur dan pergi ke Lorong Hj Taib 5 untuk bertemu dengan agen atau talibarut beliau. Sementara menunggu urusan passport dan tiket kapal terbangnya di siapkan, Cheung Chor memilih untuk menginap di sebuah hotel (nama di rahsiakan kerana hotel itu masih wujud) di jalan TA Rahman.

Dan akhirnya pada 2 Mac 1988, Cheung Chor di tangkap di belakang SOGO oleh satu pasukan yang tidak pasti dari mana kerana tidak dikenali. Saya difahamkan, entah betul entah tidak,  pada 9 Mac 1988, seorang lagi Cheung Chor di tangkap di kawasan yang berdekatan juga.

Adakah Cheung Chor mempunyai bayang-bayang? Pastikan anda memiliki buku Platun Harimau Misi 3 - Jatuh ke Tanah Jua. Buku ini belum terbit dan akan terbit. Harap bersabar.

Saya harap anda menemui dan mendapat jawapan kenapa RAUB sangat penting kepada pengganas komunis dari Unit Penggempur Ke 6. Saya harap, catatan ini tidak mengecewakan anda.

Saturday, 24 July 2021

Khasiat Terung Pipit ( Buah Rimbang)

KESIHATAN

Khasiat Terung Pipit Pada Tubuh Manusia. Menguatkan Saraf Mata Dan Awet Muda


Khasiat Terung Pipit Pada Tubuh Manusia. Menguatkan Saraf Mata Dan Awet Muda

Kecil buahnya tapi khasiatnya menakjubkan. Inilah dia terung pipit atau nama saintifiknya Solanum Torvum dan merupakan keluarga terdekat terung.

Selain rasanya yang sedap, terdapat banyak khasiat untuk kesihatan yang anda perlu tahu:

  1. Terbaik untuk mengurangkan berat badan- Terung pipit kaya dengan serat dan salah satu kebaikan serat adalah terbaik untuk menghilangkan berat badan berlebihan. Tambahan lagi terung pipit sangat rendah tahap kalorinya.
  2. Bagus untuk jantung- Kajian menunjukkan yang terung pipit kaya dengan mineral yang penting dan salah satunya adalah potassium. Potassium mengawal jumlah sodium di dalam darah yang sememangnya bagus untuk jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  3. Mengubati anemia- Selain potassium, zat besi dan zink adalah dua jenis mineral yang ditemui dalam terung pipit. Individu yang mengalami anemia mempunyai kekurangan zat besi dan zink.
  4. Mengurangkan risiko diabetis- Terung pipit sangat bagus dalam mengawal tahap gula dalam darah.
  5. Terbaik untuk otak- Mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak kerana tekstur dan baunya yang sedikit berbau namun terung pipit dikatakan salah satu makanan super untuk otak.
  6. Bagus untuk kulit- Terung pipit mempunyai vitamin C dan E yang sememangnya merupakan antioksidan yang penting dalam meningkatkan pengeluaran kolagen supaya kulit kekal sihat dan muda.
  7. Mengandungi ejen antibakteria- Ini sebablah terung pipit digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat cirit birit dan pelbagai lagi jangkitan di perut.
  8. Rawatan semulajadi untuk gout- Terung pipit mempunyai bahan anti keradanfan yang dapat mencuci asid urik keluar dari tubuh badan. Jadi ia mampu untuk mengurangkan kesan gout.
  9. Mempertingkatkan aliran darah- Kerana kaya dengan mineral penting, terung pipit sangat berkhasiat dalam mempertingkatkan aliran darah. Aliran darah yang bagus dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubub dengan lebih baik.
  10. Rawatan tradisional untuk batuk-Terung pipit dimasak sup untuk melegakan batuk dan selesema.
  11. Mengelakkan masalah buah pinggang- Kajian menunjukkan dengan memakan terung pipit dapat mengurangkan risiko masalah buah pinggang. Namun kajian tambahan perlu dilakukan untuk menyokong kenyataan ini.
  12. Mempertingkatkan kitaran menstruasi- Memakan terung pipit dikatakan dan terbukti dapat mempertingkatkan kitaran menstruasi bagi kaum wanita.
  13. Bagus untuk kehamilan-Terung pipit bagus diambil oleh ibu hamil kerana kaya dengan kandungan folate. Folate sangat penting dalam perkembangan fetus.

terung pipit atau nama saintifiknya Solanum torvum merupakan sejenis ulam yang banyak terdapat di hutan tropika. Antara khasiat yang terdapat pada terung pipit adalah seperti air 89g, protein 2g, lemak 0.1g, karbohidrat 8g, serat 1.0g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08mg dan vitamin C 80mg.

Menurut kajian, buah terung pipit mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini mampu meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berlarutan. Akarnya pula dapat merawat retak kulit pada tumit kaki, caranya ambil akar dan ditumbuk lalu ditempelkan pada tumit kaki yang pecah.

Ramai yang tidak tahu, terung pipit sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang amat baik untuk kesihatan. Antara kebaikan terung pipit adalah boleh meredahkan sakit kepala, mengubati sengal-sengal badan, merawat sakit cirit-birit dan jangkitan taun.

Terung pipit juga mampu mengurangkan demam panas, pitam dan sawan, caranya dengan merebus akarnya lalu airnya diminum. Manfaat lain bagi terung pipit ialah mampu menurunkan tekanan darah tinggi, selain itu akarnya sangat baik untuk menghilangkan gatal akibat darah kotor (bukan darah haid).

Bagi pesakit kencing manis, akarnya dicuci bersih lalu dijemur. Selepas akarnya kering, rebus akarnya lebih kurang segengam dengan 5 gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya menjadi 2 gelas. Minum setiap malam sebelum tidur dan waktu pagi. Insyahallah berkesan dengan izin Allah.

Terung pipit juga di gunakan untuk merawat masalah batuk, kahak dan mukus. Selain itu amalan memakan terung pipit mampu menguatkan saraf mata serta rawatan ulser mulut dan perut.

Air rebusan terung pipit boleh di jadikan sebagai minuman untuk mencuci darah kotor dan meredahkan sakit perut akibat salah makan atau cirit-birit.

Tahukah anda, rajin makan ulam, badan akan menjadi sihat dan sentiasa kelihatan awet muda

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa please share dan tinggalkan komen anda dibawah. Sekian terima kasih.

Sumber: dailysihat dan myinfoberita     



Friday, 23 July 2021

Sayangi ibubapa

RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK SAYANG.... 

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

_*1.* Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet._

_*2.* Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan._

_*3.* Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput._

_*4.* Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain._

_*Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan.* Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu._

_Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka._

_*Yang mereka perlukan, antaranya ialah :*_

_*1.* Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak._

_*2.* Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak._

_*3.* Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak._

_*4.* Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa._

_*5.* Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa._

_Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia._

_"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."_

_*Ingatlah...* hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita._

_*Wallahu a'lam...*_
Copy teks
#Senafas Ke Barzakh.

FB : Huda Abdullah
Sumber Zana AlieyAmirul

Kisah Sejarah Melayu : Perang Kastilan

PERANG KASTILAN: MELAYU MENUMPASKAN SEPANYOL.

FB- KISAH SEJARAH MELAYU

Pada zaman Sultan Abdul Kahar, Brunei berjaya meluaskan jajahan takluk sehingga ke seluruh pelusuk pulau Borneo, Palawan, Sulu, Balayan, Mindoro, Bonbon, Balabak, Balambangan, Bangi, Mantanai dan Luzon/Lesung. Dengan pesatnya pembangunan dan perdagangan di Brunei maka semakin ramai para pedagang Brunei yang berdagang keluar sambil menyebarkan agama Islam sehingga ke kepulauan Filipina. Pada masa tersebut Brunei dikenali sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal di sebelah timur Laut Cina Selatan selepas Aceh.

Ketika Ferdinand Magellan mula-mula sampai di Borneo mereka tidak berani untuk mengusik Brunei yang dilihat sebagai kerajaan yang sangat kuat, sebaliknya mengalihkan pandangan mereka ke pulau Luzon. Kedatangan Sepanyol di rantau ini dilihat sebagai satu misi keagamaan untuk menyebarkan ajaran Kristian. Gereja Katolik memainkan peranan yang besar dalam ekspedisi mereka. Dalam usaha menyebarkan ajaran Kristian inilah mereka melihat Brunei sebagai penghalang yang paling besar.

Punca kepada konflik diantara Sepanyol dan Brunei bermula atas sepucuk surat yang ditulis oleh Dr Francisco de Sande untuk Sultan. Antara kandungan surat ini adalah ia mendesak Sultan Saiful Rijal supaya tidak menghantar pendakwah-pendakwah Islam ke kepulauan Filipina dan Borneo lagi dan membenarkan paderi katolik masuk menyebarkan Christian di Brunei. Kandungan surat tersebut turut MENGHINA AGAMA ISLAM dengan mengatakan bahawa agama Islam adalah AGAMA SESAT YANG JAHAT dan agama Kristian adalah agama yang sebenar.

Sultan Saiful Rijal amat marah lalu mengoyak-ngoyakkan surat tersebut. Bagi Sultan Saiful Rijal, penghinaan pihak Sepanyol terhadap agama Islam adalah sesuatu yang amat biadap. Jika kita membaca penulisan dari sejarawan barat tentang perkara ini akan kita dapati bahawa mereka menggambarkan yang Sultan Saiful Rijal bertindak agressif tanpa sebab musabab yang munasabah. Sebaliknya kita tahu mengapa Sultan begitu marah dengan Sepanyol, ia adalah kerana Sepanyol dengan terang-terangan MENGHINA ISLAM.

Selain itu tindakan Sepanyol menyerang kerajaan kaum muslimin di Filipina seperti di Luzon, Sulu dan Cebu adalah suatu penghinaan terhadap kedaulatan Brunei sendiri. Hal ini kerana keluarga diraja Sulu dan Luzon adalah bersaudara dengan Brunei iaitu Raja Sulaiman di Kota Selurong (Manila sekarang) dan Raja Lakandula di Kota Tundun. Raja Sulaiman mempertahankan Kota Selurong atau Manila dengan hebat namun baginda syahid pada 3 Jun 1571. De Legazpi berjaya menduduki Manila dan mengisytiharkan Manila sebagai pusat pemerintahan Sepanyol di timur. Keturunan Raja Sulaiman beberapa kali cuba menawan kembali Manila tetapi tidak berjaya. Bermula dari situ, maka satu persatu wilayah Islam di Filipina dihapuskan.

Pada Mac 1578, Dr. Francisco De Sande Kapten Sepanyol di Manila bertolak ke Brunei dengan 40 kapal perang. Ia sampai ke perairan Brunei dan mengutuskan surat kepada Sultan Saiful Rijal meminta baginda menerima pederi Kristian. Baginda tidak menerimanya dan tidak mahu mengalah kepada musuh Islam. Pada 14 April 1578 de Sande melanggar Brunei. Dengan serta merta armada Brunei membedil kapal-kapal perang Brunei yang sebanyak 50 buah.

Askar-askar Brunei yang tidak bersedia tidak dapat berbuat apa-apa apabila armada mereka hangus dan tentera Sepanyol menyerang kampong air. Istana Sultan akhirnya dapat ditawan dan semua harta benda Sultan dan penduduk dijarah mereka. Namun Sultan dan para pengikutnya berundur ke Jerudong. Setelah ke Jerudong Sultan kemudian berpindah pula ke Pulau Raja. Bendahara Sakam yang mengiringi Sultan kemudian kembali ke Brunei dan menghimpunkan pahlawan-pahlawan Islam.

Catatan barat ada menyebut bahawa mudahnya serangan terhadap Brunei oleh Sepanyol adalah disebabkan oleh pembelotan dua orang pembesar Brunei yang tidak berpuas hati dengan Sultan. Pada 1578, Pengeran Bendaraha Sakam memimpin serangan ke Brunei dengan lebih daripada 1000 orang pahlawan. De Sande dapat dikalahkan dan lari meninggalkan Brunei. Pasukannya dikejar sehingga ke Nausung (Sabah).

Dalam catatan pihak Sepanyol tidak disebut langsung mengenai serangan balas yang dilakukan oleh Bendahara Sakam sebaliknya tentera Sepanyol dikatakan terpaksa meninggalkan Brunei kerana mereka mendapat penyakit taun dan cirit-birit sehinggakan ramai diantara tentera mereka mati. Persoalannya adakah pihak Sepanyol sengaja menutup kisah sebenar kerana malu akan kekalahan mereka di tangan kaum yang dianggap mereka tidak bertamadun? Atau mereka memang mati cirit-birit? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda fikirkan.

Sebelum mereka meninggalkan Brunei pihak Sepanyol yang marah dan geram dengan sengaja membakar Masjid agung Brunei. Mereka turut memusnahkan Makam Sultan Bolkiah. Banyak harta rakyat dan Sultan diambil. Pada 4 Mac 1579 Sepanyol datang lagi diketuai oleh Kapten Don Juan Arce de Sadornil. Namun akhirnya mereka berundur kerana melihat pertahanan Brunei yang terlalu kuat. Brunei kali ini memang telah bersedia dengan angkatan mereka. Hal ini menggerunkan Sepanyol. Sepanyol silap di dalam menilai orang Melayu Brunei. Padanya orang Brunei selemah orang Luzon dan Visayas yang setelah ditawan terus dapat menerima telunjuk Sepanyol dan agama Kristian. Brunei tetap mengekalkan Islamnya tetapi Manila hanya tinggal sejarah.

Pada tahun 1586 kerajaan Sepanyol serta ahli-ahli penasihat kerajaannya telah mengutuk tindakan yang dilakukan oleh De Sande. Kerajaan Sepanyol telah mengarahkan agar segala harta benda, kapal-kapal dan senjata-senjata api yang dirampas semasa penyerangan Brunei dipulangkan kembali kepada kerajaan Brunei dan satu dekri telah dikeluarkan agar De Sande berserta konco-konconya membayar ganti rugi. 

Hal ini bermaksud kerajaan Sepanyol mengiktiraf kedaulatan kerajaan Brunei dan takut sekiranya permusuhan dengan Brunei akan merugikan mereka kelak. Hal ini dapat dibuktikan apabila beberapa tahun kemudian satu delegasi secara aman dari Sepanyol di Manila telah dihantar ke Brunei bagi membincangkan hal ehwal perdagangan.

Nampaknya mereka memang takut kalau orang Melayu Brunei bangkit menyerang mereka. Bagi saya orang Sepanyol lebih bodoh dan gopoh dari orang British yang lebih licik dan bijak untuk menawan dan meracun pemikiran orang Melayu dengan tipu helah. Mereka sangka orang Melayu kita selemah orang-orang asli di Amerika selatan seperti Mayan, Aztec dan Inca? 

Walau segah manapun Piramid, Istana dan bangunan kuil-kuil yang dibina oleh Raja-raja Mesoamerica namun mereka tumbang dengan mudah kepada Sepanyol dan menjadi hamba di bumi sendiri. Begitu juga dengan kerajaan Islam di Al Andalus yang lenyap dan tinggal sejarah sahaja setelah dibantai Sepanyol. 

Tetapi kita Bangsa Melayu masih punya institusi beraja yang berdaulat sehingga hari ini. Jadi jagalah kedaulatan institusi tersebut. Ianya payung bagi bangsa kita. Daulat Tuanku! Sekian wallah hu a’lam.

IKUTI KUMPULAN - KISAH SEJARAH MELAYU

Jangan tinggalkan amalan ini.

Kita diakhir zaman, tingkatkan amal ibadah.


Semoga bermanfaat

Credit : TweetIslamic

Gerakan Setia Johor

TMJ seru Raja-raja perlu bersuara demi rakyat dan negara.

1. Semua maklum bahawa negara ini menggabungkan institusi Raja dengan institusi rakyat berasaskan konsep Raja Berperlembagaan dan konsep sistem Demokrasi Berparlimen. Fakta ini tidak ada siapa yang boleh sangkal. 

2. Namun sebelum terbentuknya sistem berperlembagaan moden ini, Raja berfungsi sebagai tonggak utama berpusatnya segala kuasa mahupun arahan perundangan. Walau pun kini kita berpegang kepada perlembangaan yang baharu, peranan Raja juga amat penting dan berfungsi dengan baik. Malah ia turut menggambarkan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja induk kuasa dalam sistem pemerintahan negara.

3. Secara tidak langsung, ia berkait rapat dengan kenyataan terbaharu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang menyeru dan menyarankan agar Raja-Raja memainkan peranan, bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan Negara.

4. Sebelum ini kita sering lihat apabila kerabat DiRaja menasihati atau bersuara tentang hal ehwal politik negara acap kali digesa supaya jangan masuk campur. Namun pada hari ini, kepincangan dalam sistem politik negara semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.

5. Sehinggakan dalam keadaan negara berdepan dengan ujian besar seperti pandemik Covid-19, masih sahaja berpolitik. Bagaimana dengan nasib dan kepentingan rakyat jika perkara ini berterusan tanpa penghujung?

6. Oleh itu, hal ini tidak boleh dibiarkan sahaja kerana pada akhirnya rakyat juga menjadi mangsa ketamakan dan gila kuasa oleh sesetengah pihak. Jadi mutakhir ini, sangat tidak wajar dan tidak relevan jika kita berpendapat bahawa kerabat DiRaja tidak boleh masuk campur dalam hal ehwal politik negara. 

7. Ya sudah jelas dalam perlembagaan termaktub bahawa konsep Raja Berperlembagaan mengehadkan kuasa dan peranan Raja-Raja Melayu.

8. Namun setidak-tidaknya bertegas dan memberi teguran kepada ahli-ahli Parlimen mahupun ADUN yang terlalu selesa duduk dikerusi sehingga kepentingan rakyat terabai. Lebih utama lagi,  tunjukkan peranan untuk menasihati ahli-ahli Parlimen dan ADUN supaya hentikan tabiat lompat parti yang memburukan lagi keadaan politik negara.

9. Kerana aktiviti lompat parti inilah menyebabkan lebih banyak penubuhan parti-parti baharu yang tidak mendatangkan apa-apa fungsi pun sebenarnya. Keadaan ini tidak ubah seperti cendawan tubuh selepas hujan. Kesannya ia akan semakin memecahkan rakyat dan ummah. 

10. Talian hayat rakyat dalam keadaan sekarang hanya bergantung kepada Raja-Raja Melayu untuk bersuara mengingatkan kepada semua ahli politik demi kepentingan rakyat dan negara.  Jika tidak, ahli politik terus selesa dan nasib rakyat dipejudikan seperti biasa. 

11. Tuntasnya, Institusi Raja dapat dilihat dengan jelas dan nyata termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. 10 peratus iaitu 19 dari 183 perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perkara-perkara berkaitan Raja yang berperanan penting dalam struktur kerajaan dan struktur Negara Bangsa.

12. Ini menunjukkan peranan Raja-Raja Melayu cukup besar dalam memastikan kestabilan negara dan juga menjaga kepentingan rakyat kerana rakyat ketika ini memerlukan penjagaan dan hala tuju yang jelas.

Sekian.

Kisah Sejarah Melayu : Tamatnya daulat langkat angkara komunis

TAMATNYA DAULAT LANGKAT ANGKARA KOMUNIS 

FB- KISAH SEJARAH MELAYU

Revolusi Sosial 9 Mac 1946

Kesultanan Langkat runtuh bersamaan dengan meletusnya Revolusi Sosial yang didokongi oleh pihak komunis pada tahun 1946. Pada ketika itu ramai keluarga Kesultanan Langkat yang terbunuh, termasuk Tengku Amir Hamzah, penyair Angkatan Pujangga Baru dan bangsawan Kesultanan Langkat. Isteri-isteri mereka juga ditangkap dan ditawan, ditempatkan di kawasan yang berpisah. Dua orang puteri Sultan Mahmud Abdul Jalil Rakhmat Shah diperkosa pada malam jatuhnya Istana Darul Aman, 9 Mac 1946.

Istana Darul Aman, Langkat dibakar, akan tetapi Sultan Mahmud Abdul Jalil Rakhmat Shah tidak dibunuh sebaliknya ditangkap dan diasingkan ke Batang Serangan hingga kemudian Belanda membebaskan baginda pada bulan Julai 1947.

Setelah Sultan Mahmud Abdul Jalil Rakhmat Shah wafat pada tahun 1948, para Sultan Langkat kehilangan kekuasaan politiknya dan hanya bertakhta sebagai Pemangku Adat dan Kepala Keluarga Kerajaan.

Photo 2 :

Anak gadis Sultan melutut selamat datang kepada Queen Wilhelmina  Belanda... tapi ini tak menyedihkan.. lebih menyedihkan.. anak gadis Sultan ini di rogol dan dibunuh oleh pihak komunis... Qoute "Berita yang paling ironis adalah pemerkosaan dua orang putri Sultan Mahmud Abdul Jalil Rakhmat Shah pada malam jatuhnya Istana Darul Aman, 9 Mac 1946"

IKUTI KUMPULAN - KISAH SEJARAH MELAYU

Revolusi Melayu Baru
Lajnah Sejarah & Tradisi Gerakan PENA Malaysia

Thursday, 22 July 2021

Kisah Sejarah Melayu : 10 jenis pengkhianatan

10 CONTOH SIRI PENGKHIANATAN JIHAD DI ALAM MELAYU

Oleh: KISAH SEJARAH MELAYU

Dalam sesuatu perjuangan, kebiasaannya akan berlaku pengkhianatan. Apa yang lebih memeritkan bagi seorang pejuang ialah apabila perjuangannya dikhianati oleh saudara yang seagama dan sebangsa dengannya sendiri.

Berikut adalah sebahagian dari contoh pengkhianatan yang pernah berlaku dalam sejarah perjuangan jihad menentang penjajah di Alam Melayu :-

1) Semasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, terdapat beberapa orang pembesar Kesultanan Melaka yang membocorkan rahsia pertahanan Melaka kepada Portugis. Mereka juga menghulurkan bantuan-bantuan lain kepada Portugis.

2) Ketika Sultan Iskandar Muda merancang untuk melancarkan serangan secara besar-besaran ke atas Portugis di Melaka pada tahun 1629, salah seorang menantu Sultan Iskandar Muda sendiri telah membelot. Beliau secara senyap telah pergi ke Melaka untuk memberitahu Portugis tentang rancangan serangan Aceh itu.

3) Pada tahun 1629 itu juga, ketika angkatan tentera Aceh hampir berjaya merampas Kota Melaka dari Portugis di mana angkatan tentera Aceh berjaya mengepong tentera Portugis yang terperangkap dalam kubu A Famosa itu selama lima bulan sehingga menyebabkan Portugis kebuluran, terdapat sejumlah orang-orang Melayu yang menghulurkan bantuan kepada Portugis dengan menyerang angkatan tentera Aceh. Malah ada yang melaporkan kejadian ini kepada Portugis di Goa dengan harapan agar diutuskan bantuan ke atas Portugis di Melaka.

4) Ketika Sultan Agung memimpin Perang Mataram-Belanda pada tahun 1628, terdapat beberapa orang pembesarnya yang membelot. Antaranya ialah Temenggung Danudirjo dan Panglima Manduretno. Mereka telah membocorkan maklumat-maklumat sulit angkatan tentera Mataram kepada Belanda.

5) Ketika berlangsungnya perang antara Kesultanan Banten dan Belanda pada tahun 1681, Sultan Abu al-Fath Abdul Fattah atau Sultan Ageng Tirtayasa telah dikhianati oleh anaknya sendiri iaitu Pangeran Gusti atau Sultan Haji di mana Sultan Haji telah bekerjasama dengan Belanda untuk menentang ayahnya.

6) Pada tahun 1784, ketika Raja Haji Fisabilillah dari Riau dan Sultan Ibrahim dari Selangor hampir berjaya merampas Kota Melaka dari Belanda di mana angkatan tentera Riau-Selangor berjaya mengepung Kota Melaka, maka beberapa orang raja dari kerajaan-kerajaan di Alam Melayu dan angkatan tentera mereka datang menghulurkan bantuan kepada Belanda.

7) Ketika Diponegoro memimpin perang jihad menentang Belanda dalam Perang Jawa pada tahun 1825-1830, beberapa bangsawan tempatan telah menjadi mata-mata Belanda bagi menewaskan angkatan perang Diponegoro.

😎 Ketika berlakunya Perang Paderi antara golongan ulama Minang dan Belanda sekitar tahun 1832, salah seorang ulama pemimpin Perang Paderi yang bernama Tuanku Rao telah ditangkap dan dibunuh oleh Belanda akibat dikhianati oleh Nakhoda Langkap.

9) Menurut At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Tengku Ya'akob iaitu Raja Muda Kedah bersama para pengikutnya telah mengkhianati Kerajaan Kedah di mana beliau dan para pengikutnya telah mengadap Raja Ligor iaitu Chao Phya Nongkon Sri Tamrat lalu membocorkan rahsia pertahanan Kerajaan Kedah kepada Raja Ligor itu. Tengku Ya'akob juga telah mengemukakan kepada Raja Ligor itu beberapa cara yang mudah untuk menakluki Kerajaan Kedah. Oleh itu, Siam pun dapat menakluki Kedah melalui Ligor dalam Perang Kedah-Siam 1821- 1842.

10) Ketika perang Belanda-Aceh tahun 1873-1904, seorang pembesar Kesultanan Aceh yang berjawatan Syahbandar iaitu Panglima Tibang dan Tengku Muhammad Ariffin, bangsawan Bengkulu yang juga merupakan suami kepada anak saudara Sultan Aceh telah bekerjasama dengan Belanda dalam usaha menakluki Kerajaan Aceh Darussalam.

Pejuang mati, pengkhianat juga mati. Bezanya adalah pejuang mati dengan mulia dan pengkhianat mati dengan hina.

IKUTI KUMPULAN - KISAH SEJARAH MELAYU
DrHasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu

Tips Rajin Mengerjakan Solat

TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1 - Ketika datang azan, bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2 - Ketika datang azan, bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3 - Malulah kepada Allah, jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4 - Malulah pada diri sendiri, jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5 - Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6 - Harus tetap menunaikan solat, agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa. 

Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.

Aamiin ❤

Kisah Sejarah Melayu - Bentuk dan Seni Bina Kapal

BENTUK DAN SENIBINA KAPAL ALAM MELAYU

FB- KISAH SEJARAH MELAYU

Gambar adalah ilustrasi dan dokumentasi tentang rekabentuk dan senibina kapal dari Alam Melayu oleh Rafael Monleón (1840-1900), dalam Historia De La Navigación, sumber dari Muzium Ketenteraan Sepanyol, Barcelona.

Perpustakaan Negara Malaysia semasa 2017 telah mengesan sehingga lebih 20,000 manuskrip di seluruh dunia dan hanya 4,884 naskah asal dalam simpanan.

15,000 manuskrip lama Melayu masih bertebaran di luar negara. Semua manuskrip ini berkisar tentang pelbagai disiplin ilmu; sejarah, kesusasteraan, persenjataan, ilmu masakan, undang-undang dan adat, perubatan tradisional, kitab agama, petua dan azimat, kitab-kitab ramalan, ilmu hutan dan alam haiwan dan sebagainya.

Umum mengetahui di Eropah, British Museum dan British Library menyimpan banyak manuskrip dari Alam Melayu, malah Universiti Leiden di Belanda juga memiliki arkib yang penuh dengan manuskrip-manuskrip lama ini.

Bahkan di seluruh Eropah, terutamanya di negara-negara bekas penjajah Alam Melayu seperti Portugis dan Sepanyol juga kedapatan tinggalan warisan, mungkin juga manuskrip penting yang boleh menceritakan lebih lanjut tentang keberdaan ketamadunan di Alam Melayu.

Semasa ke Rio pada 2014, sempat melawat Muzium Kebangsaan Brazil malah sempat juga membelek-belek tinggalan sejarah penjajahan Portugis di Brazil dan di seluruh dunia, termasuk bahan pameran yang boleh dijejak sejarah dan pengkisahannya tentang 'Malaca Portuguesa' atau Portuguese Malacca. (Melaka jajahan Portugis).

Malangnya, muzium di Rio de Jeneiro itu kini telah 90% terbakar sekitar tahun lepas. Turut musnah dalam kebakaran besar tersebut termasuklah bahan pameran tertutup dan yang dikatakan belum pernah dipertontonkan. 

Ini termasuklah bahan atau mungkin rampasan 'Portuguese Conquistador' ini dari jajahan mereka ketika Portugis pernah menjadi kuasa besar dunia sekitar kurun ke-15 hingga kurun ke-17.

Aku pasti, ada bahan, manuskrip atau rampasan perang dari Melaka turut musnah di dalam kebakaran tersebut. Lebih menyedihkan kerana tidak ramai dari kita melihatnya jauh sekali berkesempatan membuat sebarang kajian ke atasnya.

Sudahlah dirampas dan direnggut haknya dari kita, ia musnah pula dalam targedi.

Jika begini teliti sekali lukisan dan catatan kolonial dan penjajah tentang salah satu keistimewaan Melayu iaitu pembinaan kapal dan ilmu kelautan, siapa tahu manuskrip apa yang masih menjerit-jerit meminta untuk dikaji tentang sejarah Melayu di tanahnya sendiri dan di seluruh dunia.

Ikuti - KISAH SEJARAH MELAYU
Cc: Khairul Ashraf Muhammad
Nusantara historical

Peranan vaksin

1. Semalam saya ada mendengar penerangan yang sangat jelas dan padu daripada Pakar Virologi yang berpengalaman lebih 30 tahun, Dr Sazaly Abu Bakar mengenai Covid-19 dan kaedah menanganinya.

2. Beliau memulakan penerangannya dengan membetulkan salah faham kita mengenai angka-angka kes yang ditakut-takutkan kepada kita saban hari.

3. Formulanya mudah. Kita jangan tengok angka jangkitan tapi kita tengok angka kematian. Setakat ini, angka kematian di Malaysia tidak sampai 1% dan memang boleh dikurangkan lagi apabila kita mencapai herd immunity iaitu sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia telah mendapat vaksin.

4. Kemudian, beliau menerangkan pula peranan vaksin. Beliau terus terang menyebut, vaksin bukan ubat kebal. Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan sistem imun supaya badan kita menjadi harmoni dengan virus. Maksudnya, badan kita telah mengenali virus itu dan hidup aman damai dengannya.

5. Virus ini sebenarnya makhluk Allah yang mempunyai misi dan visi untuk membiak sebanyak-banyaknya. Dalam proses ia meluaskan wilayahnya, maka ia menumpang duduk di dalam tubuh manusia. Virus bukan mahu membunuh manusia tetapi oleh sebab tubuh manusia tidak kuat untuk menerima kedatangan virus, maka tubuh manusia terbinasa.

6. Jika kita lihat dalam carta, hampir 99% pesakit dapat sembuh dengan sendiri selepas dijangkiti. Ini menunjukkan bahawa badan mereka telah berdamai dengan virus tersebut dalam situasi menang - menang. "Hang bagi aku parking kat badan hang, hang takkan  dibinasakan."

7. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai sistem pertahanan yang kuat, virus ini akan menjajah badan mereka.

8. Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan antibodi supaya virus tidak menjajah. Virus tetap akan masuk ke dalam badan manusia sebagai pelancong atau pemastautin tetap tetapi mereka tidak boleh menjajah jika menteri pertahanan kita kuat.

9. Ada orang pertikai, "Dah vaksin pun masih dijangkiti. Acaner?" Ya, jangkit tetap berjangkit. Tapi, risiko kematian dapat dikurangkan. Anda boleh lihat di England. Selepas 80% rakyat divaksin, SOP telah dilonggarkan sehingga mereka dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium. Akibatnya, peratus jangkitan telah meningkat. Tapi, peratus kematian rendah berbanding sebelum rakyat England mencapai 80% divaksin.

10. Berbeza dengan Indonesia, kadar vaksinasi hanya 50% dan mereka mahu bebas seperti orang England. Peratusan kes maut banyak kerana mereka belum mencapai 80% seperti England. Malaysia lagilah rendah kadar vaksinasi. Kita belum mampu bebas seperti kebanyakan rakyat Eropah.

11.  Pun begitu, kerajaan sedang berusaha untuk mencapai 80% paling lewat pada penghujung Oktober ini. Lagi 3 bulan gais! Dan dijangkakan pada bulan November, insyaAllah kita boleh merentas negeri. Horey!

12. Eh, jap jap! "Jika kita telah divaksin, adakah kita masih menjangkiti orang lain?"

Ya! Jika kita telah divaksin, kita masih mampu menjangkiti orang lain. Akan tetapi, jika orang yang menerima jangkitan daripada kita itu adalah mereka yang telah divaksin, insyaAllah, antibodi dalam badannya akan melawan virus tersebut.

13. Cuma yang kita risaukan, jika kita menjangkiti mereka yang tidak divaksin dan tidak mempunyai sistem antibodi yang kuat. Contohnya mak ayah kita tak vaksin. Kita dah lengkap 2 dos, kerajaan kata, "Okey, hang boleh balik kampung."

Kita pun horey balik kampung peluk cium orang tua di kampung. Mak ayah kita belum vaksin dan mempunyai penyakit kronik pula. Allahu. Ini yang kita risaukan.

(Alhamdulillah, mak ayah saya dah vaksin. Semoga Allah pelihara kita semua)

14. Tak lupa, Dr Sazaly ada mengingatkan, supaya kita mengamalkan gaya hidup sihat: mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti kecergasan. Inilah sebenarnya vaksin natural yang menjadi menteri pertahahan dalam tubuh kita.

Khairy Tajudin
Status ini ditaip sambil berjalan (work out). 🤭

anda boleh share, tak perlu keizinan

Kisah Tengku Adnan Tengku Mansor

Alhamdulillah… dengan rasa kerdil dan rendah diri saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Julai telah membatalkan sabitan dan hukuman penjara serta bebas dari tuduhan rasuah. Kepada Allah SWT saya berserah dan saya amat menghargai sokongan orang ramai yang mengikuti kes saya. 

Namun malangnya, masih ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini khususnya mantan Perdana Menteri Ke-4 & ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dikatanya saya terlepas dari hukuman kerana bersekongkol dengan PM ke-8 hari ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Aduhai Tun... Sungguh menggelikan hati sebenarnya kerana Tun M sendiri sepatutnya amat kenal siapa saya. Bukankah Tun yang telah menjerumuskan saya dalam kancah politik... menarik saya untuk menceburi politik negara sedangkan saya ketika itu lebih selesa dalam bidang perniagaan. Alasan Tun adalah untuk saya berada dalam UMNO demi membantu perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara. Lillahi Taala saya letakkan diri saya untuk agama, bangsa dan tanah air sehinggalah hari ini biarpun Tun sendiri menongkah arus dan merosakkan semuanya... jati diri saya masih lagi ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi ‘Alif Ba Ta’ – Agama, bangsa, tanah air. 

Persoalan kenapa saya diheret ke mahkamah memang bukan lagi rahsia. Saya adalah antara mangsa pendakwaan terpilih apabila enggan mengikut arahan dari Tun. Bukan sekali pelawaan yang bertukar jadi pujukan dan kemudian arahan untuk saya meninggalkan UMNO serta menyertai ‘pengkhianat’ bangsa. Akhirnya ugutan sekiranya saya enggan tunduk bertukar menjadi realiti apabila saya didakwa di mahkamah atas alasan yang diada-adakan. Saya bukanlah lembu yang dicucuk hidung kerana jati diri dan maruah saya adalah tersemat untuk agama, bangsa dan tanah air yang telah saya ikrarkan. 

Saya didakwa dengan tuduhan rasuah bernilai RM2 juta yang tentunya bagi orang yang mengenali saya, waima Tun sendiri tahu bahawa nilai wang itu terlalu kecil. Malah sewaktu saya dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM tahun 2000, saya telah mengsiytiharkan nilai aset saya berjumlah RM980 juta ketika itu sehingga Tun sendiri terkejut. 

Memang, bukan nilai harta yang jadi perhatian, kerana nilai aset saya menyusut selepas penglibatan aktif saya dalam politik lantaran saya yang lebih gemar menggunakan wang sendiri daripada menjarah wang parti atau kerajaan. Itu bukan saya yang menggunakan jawatan untuk menambah harta sebagaimana yang Tun manfaatkan kuasa kepada barisan anak-anak Tun dengan limpahan jawatan dan kontrak pelbagai hinggakan mereka kaya raya.

Barangkali pandai mereka berniaga sehinggakan menjadi bilionair... tapi sebenarnya kerana Tun yang menjadi proksi sedangkan insan lain malah bangsa sendiri melarat untuk bangkit dari bawah yang kemudiannya Tun anggap Melayu pemalas dan hanya tahu mengharap ‘tongkat’. 

Sepanjang Tun berkuasa kembali dan sehingga ke hari ini, Tun masih gelarkan saya pencuri, penyangak, penyamun hanya kerana saya enggan menjadi ‘budak suruhan’ Tun khususnya meninggalkan UMNO. Tun jaja dan burukkan nama saya. Saya dipalit fitnah, dihimpit dengan macam-macam kesusahan, ditekan dan dimalukan dengan pendakwaan rasuah. Tak apa... saya redha kerana yakin pada Allah... biarpun saya melalui ruang yang panjang... sesi perbicaraan, naik turun mahkamah sepanjang tiga tahun tetapi saya tidak akan alah. 

Saya tahu... andainya saya memilih bersama parti Tun, jawatan menteri telah sedia ada untuk saya malah kes pendakwaan saya dimahkamah juga tentu akan digugurkan sekelip mata. Bukankah itu yang berlaku dalam pentadbiran Tun melalui kerajaan PH apabila membela pemimpin Dap pada 3 Sept 2018 dengan Mahkamah Tinggi umum melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri P. Pinang Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah sedangkan perbicaraan kes itu sedang berjalan dengan 25 saksi sudah dipanggil memberikan keterangan. 

Begitu sahaja kerajaan PH gugurkan kes Guan Eng yang kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan. Hal yang sama dalam kes mahkamah Rafizi Ramli, Tian Chua, Siti Kassim, YB Thomas Su MP Kampar, R. Sivarasa MP Sungai Buloh dan N. Surendan mantan MP Padang Serai. 

‘The rule of law’ menjadi ‘law of the jungle’ dalam pentadbiran PH namun saya masih akur kerana yakin kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan tetap akan terserlah. 

Sungguh, pada awalnya selepas keputusan dibacakan, ada terdetik untuk saya mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun, serta dua ahli Parlimen Dap yang terlibat di samping bekas AG Tommy Thomas dan Gopal Sri Ram selain sebuah NGO yang menggunakan nama persatuan penduduk kerana telah mempalit lumpur di muka saya dan keluarga... sebab mereka banyak usaha perniagaan saya terjejas yang bukan saja dalam negara malah diperingkat antarabangsa juga terkesan… tapi kemudian, demi Allah SWT, saya redha dan laluan yang tertulis dalam hidup ini saya ambil sebagai perjuangan untuk parti saya yang berjihad demi agama, bangsa dan tanah air.

Moga apa yang berlaku ini jadi inspirasi buat anak muda untuk akur dan berjuang dengan ikhlas. Sebagaimana saya terbaca tentang bekas menteri muda yang didakwa kerana pertuduhan pecah amanah. Inilah nilai yang ada apabila tersalah pilih, gemar menggunakan jalan pintas sedangkan bekas menteri muda ini terkenal hasil daripada pendidikan yang dilahirkan oleh kepimpinan UMNO/BN... waima diangkat menjadi ikon 1Malaysia oleh kerajaan BN tapi memilih untuk membangkang. 

Hari ini, dalam keadaan kita masih berperang dengan musuh tak kelihatan yang saban hari ratusan kematian berlaku, marilah sorot kembali bagaimana keadaannya apabila kita gagal merancang, gagal mentadbir, gagal mengawal dan yang utama... gagal memilih kerajaan sehinggakan kerajaan BN yang kukuh diruntuhkan hanya kerana fitnah. 

Beringatlah bahawa bahana fitnah mampu memusnahkan, merosakkan malah menjerumuskan kita dalam kehancuran... Moga Allah SWT lindungi kita dari wabak penyakit COVID-19 dan negara kita kembali aman sejahtera pada masa hadapan. Wallahuahlam.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

#BersatuBersetiaBerkhidmat #UMNOSebuahPerjuangan #UmnoDuluKiniSelamanya #IniKampungKita #PatuhiSopCovid19 #umnodihatiku #umnobersamarakyat #umnoputrajaya

Tuesday, 20 July 2021

Apa punca kami bercerai.

Aku buat tajuk dulu.

Aku kerja di Jabatan Kerajaan. Dia sangat cemburu. Dia mintak nama2 perempuan yang bekerja satu opis dengan aku. Aku tidak tahu apa muslihat dia. Rupanya dia tulis surat kepada nama2 yang aku berikan. Dalamnya tertulis sesuatu berupa ugutan "Jangan nak menggatal dengan laki aku". Surat itu di tunjukkan oleh seorang kakak yang bertugas sebagai jurutaip. Menurutnya, ada 5 orang lagi menerima surat seperti itu. Patutlah aku rasakan macam ada tak kena, bila mereka buat acuh tak acuh kat aku. 

Kedua, dia sanggup menghalau adikku. Masa tu adikku duduk dengan aku. Adikku bercadang nak cari kerja disekitar Cheras. Aku duduk di Cheras Baru. Orang baru nak cari kerja tentulah bukan senang, perlu beberapa hari baru dapat kerja. Hari ketiga aku balik kerja, aku heran adikku takde dirumah. Aku tanya bini aku mana dia, dia cakap tak tau. Masa dulu mana ada henfon. Aku tunggulah hujung minggu untuk baluk kampung, kot2 adikku balik kampung. Bini aku tak ikut. Aku balik sorang, masa tu naik bas Foh Hup dari Puduraya.

Masa aku di kampung, aku tanya mak ada tak ayin balik. Mak kata ada. Saya tanya mana dia. Mak cakap dia dah dapat keje kat Kilang Kotak hanya 6 kilometer dari rumah. Semasa bekerja, tragedi menimpa adikku hingga 3 jari tangan kanannya putus terkena mesin. Hanya tinggal ibu jari dan jari telunjuk. Dia di masukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia memerlukan banyak darah. Jadi aku, arwah angah dan arwah maklang yang mendermakan darah. Dekat 2 bulan dia duduk di wad dan ayahlah yang rajin melawatnya semasa di wad. Selepas dibenarkan keluar doktor bagi cuti tambahan sebulan lagi. Sambil dikehendaki ke Hospital untuk tujuan pemeriksaan dan fisio.

Selepas dia pulih, dia diterima kerja semula dan menerima pampasan dari Perkeso. Dengan duit itu bolehlah dia beli motor dan ambil lesen kereta dan PSV. Dia masih dibolehkan bekerja ditempat yang sama. Tapi dia tidak lagi mengendalikan mesin seperti sebelumnya. Dia diberikan kepercayaan untuk memandu van kilang membawa pekerja. Begitulah tugasnya.

Aku lupa nak bagitau, sebab dia keluar dari rumah aku.

Najib dah cuba bantu kerajaan PN

Najib hanya tahu troll? Najib hasut kerajaan?

Jom  baca ini:

𝗡𝗢 𝟭: Feb 2020: Najib suruh kerajaan PH halang pelawat asing dari negara China serta merta. Akibatnya terlambat dan gelombang pertama Covid bermula.

Apa yang pemimpin-pemimpin politik lain buat masa itu? Goyang telur?

𝗡𝗢 2: Mac 2020: Najib saran gunakan kaedah cash is king dan kekayaan negara RM2 trilion dibina dan ditinggalkan kerajaan BN bawah Najib untuk bantu Rakyat dan selamatkan ekonomi negara semasa PKP 1.0 dibuat. Akhirnya kerajaan PN ikut dan pemberian BPN/BPR bermula.

Pemimpin-pemimpin parti lain ada bersuara masa itu? Berapa ringgit haram kekayaan negara yang dibina dan ditinggalkan mereka?

𝗡𝗢 3:  Mac 2020: Najib suruh benarkan pengeluaran dari akaun 2 KWSP dan moratorium pinjaman diberi, Akhirnya i-Lestari dilancarkan dan moratorium pinjaman diberi.

Pemimpin parti kamu tak nampak bayang pun masa itu. Pernah mereka saran tak?

𝗡𝗢 4: Mac 2020: Najib suruh letak harga lantai bagi harga petrol apabila harga minyak dunia menjunam sehingga jadi negatif agar inflasi tidak meletop apabila harga minyak memulih.

Kerajaan PN tak hirau cadangan ini. Akibatnya kadar inflasi sekarang meroket naik dan menyeksa rakyat pada masa pendapatan kita berkurang akibat PKP tak henti-henti.

Siapa pemimpin lain yang terfikir benda ini? Ada?

𝗡𝗢 5: April/Julai 2020: Najib suruh kerajaan segera bawa usul untuk naikkan had hutang kerajaan dari 55% ke kadar lebih tinggi supaya ada ruang untuk membantu Rakyat apabila diperlukan. Kerajaan PN ikut saranan ini pada Ogos 2020.

Pemimpin-pemimpin lain cuma pandang sahaja sebab tak faham benda-benda cam ini.

𝗡𝗢 6: Julai 2020: Najib bidas kerajaan yang tukar syarat kuarantin mandatori bagi pelawat asing dari pusat kuarantin kerajaan ke kuarantin kendiri di kediaman kerana mahu jimat kos.

Setelah kluster Sivangangga melibatkan penduduk Malaysia yang pulang dari India langgar kuarantin kendiri, Kerajaan akhirnya akur dengan saranan Najib dan kuarantin kendiri pelawat asing di rumah tidak lagi dibenarkan. Sudah terlambat.

Di mana suara-suara pemimpin korang masa itu?

𝗡𝗢 7:  Julai 2020: Najib (dan Musa Aman) bidas Shafie bubarkan DUN Sabah untuk buat PRN Sabah. Najib kata tiada keperluan sebegini.

Pemimpin-pemimpin parti lain sokong PRN Sabah pula. Akhirnya Covid semakin naik.

𝗡𝗢 8: Oktober 2020: Najib beri amaran bahawa kuarantin kendiri hanya 3 hari saja bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah adalah amat berisiko dan berbahaya. Najib pilih kuarantin 14 hari walaupun diwajibkan 3 hari sahaja.

Seminggu selepas itu, kerajaan aku tersilap dan naikkan tempoh kuarantin ke 14 hari tetapi sudah terlambat setelah Covid di bawa balik dari PRN Sabah ke semenanjung.

Pemimpin-pemimpin lain membisu sahaja.

𝗡𝗢 9:  Oktober 2020: Najib saran kerajaan sekat rentas negeri selepas PRN Sabah ketika kes baharu cuma sekitar 400. Bahagian besar kes adalah di Sabah selepas PRN Sabah dan Kedah (kluster Sivagangga dan penjara Alor Setar). 

Tapi kerajaan tak layan dan hanya sekat rentas negeri pada awal November apabila kes baharu sudah mula sampai 1,000. Paling pelik ialah sekatan ini ditarik balik sepenuhnya pada 7 Disember setelah kes baharu cecah 1,600 sehari.

Pemimpin lain mana pernah peka dengan ini?

𝗡𝗢 10: Oktober 2020: Najib suruh kerajaan menetapkan dasar untuk asingkan banduan dan orang kena tahan baru selama 14 hari sebelum di pindah ke penjara dan depoh tahanan imigresen yang sesak. 

Kerajaan amalkan dasar ini pada bulan Februari setelah hampir semua penjara dan depoh imigresen menjadi kluster Covid besar. Paling sedih ialah Covid juga menjangkit warden dan pekerja imigresen yang kemudiannya sebarkan ke dalam komuniti.

Abah kau pernah fikir perkara-perkara seperti ini tak walaupun dia pernah menjawat Menteri KDN.

𝗡𝗢 11:  Oktober 2020: Najib cadang dan tuntut pengeluaran one-off dari akaun 1 KWSP. Akhirnya kerajaan terpaksa buat 4 bulan kemudian setelah menerima jutaan makian. Berjuta-juta rakyat berterima kasih pada Najib.

Korang? Syarat puteri Gunung Ledang dibilangnya. Siap kecam Najib. Akhirnya cubaan claim kredit tanpa berterima kasih pada Najib oleh pemimpin kerajaan PN diketawakan netizen.

𝗡𝗢 12: Disember 2020: Setelah jumlah kes Covid cecah 100k, Najib suruh kerajaan bertindak segera untuk hentikan gelombang ini sebelum menjadi lebih parah. Kerajaan tunggu hingga 13 Januari untuk buat Darurat dan PKP separuh masak.

Peminpin lain mana ada kisah Covid cecah 100k? Tak dengar siapa dalam kerajaan yang peduli pun masa itu.

𝗡𝗢 13: Disember 2020: Entah berapa kali Najib bidas dan beri amaran bahawa langkah kerajaan kurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 14 hari ke 7 hari akan membawa kepada varian mutasi Covid lebih bahaya dan akan membawa tragedi untuk negara.

Kerjaan tak layan selama 5 bulan. Akhirnya kerajaan buat juga pada bulan April tapi sudah terlambat setelah sekurang-kurangnya 3 varian baru berjaya masuk untuk mengganas warga Malaysia.

Hanya Najib seorang sahaja yang pernah nampak risiko amat besar ini. Tak pernah Nabeel nampak mana-mana pemimpin parti PN atau PH lain yang pernah sebut perkara ini pun.

𝗡𝗢 14:  Januari 2021: Najib bidas kerajaan PN buat PKP 2.0 secara separuh masak dengan banyak kelonggaran sebab ianya akan membawa kepada penderitaan berpanjangan dan PKP 3.0 tak lama kemudian.

Akhirnya terbukti Najib betul dan PKP 3.0 terpaksa dibuat hanya 1 1 1/2 bulan selepas PKP 2.0 tamat. 

Akibat tidak dengar Najib, kerajaan PN menyusahkan seluruh Rakyat Malaysia dan membawa kepada lebih 2,000 nyawa terkorban secara sia-sia.

Tiada seorang pun pemimpin dari mana-mana parti selain UMNO pernah bekap Najib apabila dia berkali-kali beri amaran PKP separuh masa ini akan membawa kepada malapetaka.

Yang Najib dapat pula ialah kecaman dari parti PAS bahawa Najib cuma mahu troll untuk dapat likes. PPBM pula kata Najib tiada moral standing untuk memberi nasihat. Haprak betul.

𝗡𝗢 15:  Februari 2021: Najib beri amaran bahawa sekolah fizikal perlu ditangguh sehingga keadaan Covid terkawal. 

Kerajaan PN pula buka semula sekolah pada awal bulan Mac apabila kes Covid lebih tinggi berbanding ketika PKP 2.0 bermula. Akhirnya 64,000 murid dijangkit Covid, puluhan kluster pendidikan tercetus dan Covid merebak ke masyarakat melalui kanak-kanak dan ibubapa mereka.

Tak pernah sekali pun pemimpin-pemimpin parti PN pernah mengaku kesalahan sgt besar ini sampai sekarang.

𝗡𝗢 16:  Mei 2021: Najib berkali-kali kata suruh kerajaan jangan ulang kesilapan PKP 2.0 semasa membuat PKP 3.0 tapi ada kerajaan kisah? 

Tidak. dibiarkan sahaja PKP separuh masak selama sebulan sehingga Covid Malaysia berganda lebih teruk berbanding India, menjadi top 10 covid dalam dunia dan juara Covid ASEAN. Lebih 1,200 nyawa terkorban akibat Covid pada bulan Mei sahaja, 98 orang hari ini dengan 9,000 lebih kes baru.

Kepada Jkom dan haters...silalah bertaubat. Jangan fitnah Najib lagi sebab idea beliau memang top notch dan sekiranya saranan beliau diguna pakai oleh kerajaan, Covid kita tak kritikal hari in, ekonomi sudah memulih dan mungkin kita sudah dibenarkan rentas negeri untuk balik kampung pada Raya lalu.

Malulah sikit korang.

Malu apa bossku?

Credit : Nabeel Naqieu