Friday, 26 August 2022

Luahan hati Nizar Najib

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sahabat-sahabat FB dan media sosial,

Saya dan ahli keluarga amat dukacita dengan keputusan mahkamah semalam. Ayahanda Najib Razak telah cuba sedaya upaya untuk membela diri di mahkamah namun keputusan jelas dan langsung tidak memihak kepada beliau. Mereka yang mengikuti dengan dekat kes ini boleh membuat kesimpulan masing-masing.

Berat ujian dan dugaannya kali ini buat Saya dan keluarga. Namun, kita perlu yakin akan ketentuan dan perancangan Allah SWT yang Maha Esa, Maha Berkuasa. Usaha untuk membela dan membantu Ayahanda tetap akan diteruskan. 

Saya dan sahabat-sahabat boleh mengambil iktibar daripada kebangkitan Ayahanda sejurus selepas PRU14. Walaupun ketika itu ada yang menganggap Ayahanda sudah tidak relevan dan ditinggalkan ramai orang, beliau masih mampu bangkit semula dengan fenomena Bossku serta pergerakan media sosial yang padu. 

Dengan semangat juang yang tinggi ini beliau dapat membantu jentera Barisan Nasional serta UMNO menang  dan menawan semula kerusi mahupun negeri di siri-siri Pilihanraya kecil (PRK) dan Pilihanraya Negeri (PRN).

Semasa mentadbir, beliau dikenali sebagai seorang yang banyak membantu masyarakat umum di semua lapisan, tanpa mengira warna kulit dan kaum. Begitu banyak program dan inisiatif dilaksanakan untuk rakyat jelata dan B40.

Dengan kesempatan ini Saya dan keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang hadir di mahkamah dan yang berdoa serta bersolat hajat dari jauh. Ramai yang menghantar mesej dorongan dan sokongan melalui saluran whatssap dan media sosial.

Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kalian semua.

Saya dan keluarga sudah tentu memerlukan sedikit masa untuk menerima realiti peristiwa sedih ini. 

Sama-samalah kita doakan Ayahanda Najib Razak sentiasa selamat dan di bawah perlindungan Allah SWT.

Terima kasih

Rintihan Hati Najib

22 Ogos

Pada ketika mesej saya ini disiarkan, nasib saya sudah pun ditentukan.

Saya mungkin tidak ada peluang lagi meluahkan isi hati kepada semua.

Mungkin ini sahaja yang dapat saya tinggalkan.

Satu perjalanan yang amat sukar buat saya dan keluarga beberapa tahun ini, dan lebih mencabar pada masa akan datang.

Saya hanya mohon doakan segala urusan dipermudahkan.

Dunia politik ini ada yang kata licik dengan penganiayaan, kejam, bermusuhan, keikhlasan dibalas pengkhianatan dan penghinaan.

Saya sendiri telah melihat dan mengalami kesemua ini sehingga kini.

Mungkin inilah perjalanan yang ditakdirkan di dunia buat saya.

Saya mula aktif dalam dunia politik dan perkhidmatan awam pada tahun 1976. Ke hari ini, 46 tahun lamanya.

Memimpin Malaysia hampir 10 tahun. 

Ada yang kata naik tidak memijak lawan, jatuh tidak mengheret kawan.

I guess in politics, you should never be a gentleman. But that's my personality, how can I be someone I am not?

Sepanjang masa ini saya hanya mahu berikan usaha terbaik saya.

All I wanted to do was give my best and do what I could.

Menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan pemimpin lama kepada saya.

Mengharungi beberapa krisis kewangan.

Menggandakan saiz ekonomi kita dari RM700 bilion ke RM1.4 trilion.

Membina aset negara dengan peningkatan nilai aset Khazanah ke tahap RM116 bilion dari RM33 bilion. 

Hampir 4 kali ganda.

Mengukuhkan aset Tabung Haji dari RM21 bilion ke RM74 bilion. 

Lebih 3 kali ganda.

Membawa aset KWSP dari RM300 bilion ke RM800 bilion. 

Hampir 3 kali ganda.

Memastikan rizab Petronas meningkat dari RM30 bilion kepada RM176 bilion. 

Hampir 6 kali ganda.

Menaikkan jumlah kekayaan negara dari RM800 bilion ke lebih RM2 trilion.

Memberikan hibah dan dividen tertinggi buat pencarum KWSP, Tabung Haji dan ASB secara konsisten sepanjang tempoh saya PM.

Dengan adil dan saksama, menyediakan bantuan kebajikan dengan pemberian tunai langsung dan meningkatkan kadarnya, meluaskan kelayakan tahun demi tahun.

Membantu perkhidmatan awam dengan kemudahan, kenaikan, pendapatan, dan ganjaran setiap tahun.

Mendahulukan rakyat dengan Klinik 1Malaysia, UTC, perumahan rakyat, kuota Haji, SL1M.

Dari nelayan ke pekebun kecil, keluarga berpendapatan rendah ke bujang, anak-anak bersekolah, pelajar-pelajar IPT dan TVET, anak muda yang impikan rumah mampu milik, kepada keperluan pengangkutan awam dan pemodenan infrastruktur.

Sama ada lebuhraya tanpa tol atau perkhidmatan keretapi moden menghubungkan seluruh Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Tidak pernah meninggalkan rakyat.

I was only interested in doing my job, giving my best.

Malah membela kelangsungan hidup rakyat pada masa terdesak dan amat memerlukan dengan penyediaan Skim Insurans Pekerjaan, dan berjuang mendapatkan pengeluaran KWSP i-sinar, i-Lestari, i-Citra.

Tidak pernah meninggalkan rakyat.

Tidak mengapa jika tiada yang menghargai.

It is ok if no one appreciates these.

Such is life after all.

Saya ikhlas memimpin Malaysia.

I gave my best, I tried my best.

Tidak mengapa jika tiada yang menghargai.

Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Hanya Allah SWT yang memahami pengorbanan saya sepanjang perjalanan ini.

Memikul bahtera UMNO dan Barisan Nasional, berjuta-juta ahlinya, mengurus parti dan menampung keperluan.

Dari pusat ke bahagian ke cawangan dan ke akar umbi, yang akhirnya ke tangan rakyat, meringankan beban yang ada.

Merakyatkan kerajaan dan memberikan segala yang ada kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Ke pengorbanan peribadi saya - masa dan keluarga, dari fajar subuh hingga ke senja mentari.

Kini berhadapan dengan dugaan yang berat menguji saya dan keluarga.

Saya hadapi.

Mungkin ..... inilah harga pengorbanannya.

Thursday, 25 August 2022

Nasihat kepada mereka yang yakin ada kehidupan selepas mati;

Nasihat kepada mereka yang yakin ada kehidupan selepas mati;

1. Berhentilah solat sendirian. Usahalah berada di Masjid atau surau apabila azan dilaungkan.

2. Bacalah Al Quran setiap hari siang atau malam menurut kemampuan yang penting istiqamah meskipun hanya satu muka surat.

3. Tunaikan solat sunat  Tahajjud walaupun sekadar dua rakaat pendek. 

4. Berhenti menonton drama-drama, filem-filem kecuali yang memiliki nilai ilmiah dan intelektual yang patuh syariah. Ingatlah, alam kubur itu sangat dahsyat. Jadi, hargailah masa kita yang sangat mahal dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah selepas kita mati.

5. Berhenti melepak di kedai-kedai kopi tanpa sebab.

6. Ambil berat tentang kesihatan dan sentiasa aktif bersukan, riadhah sekalipun dengan berjalan-jalan dan naik turun tangga. Sakit dapat menghalang ibadah. Amalkan puasa sunat.

7. Hadirilah kuliah Dhuha, Zuhur, Maghrib dan Subuh untuk menambah ilmu akhirat dan mendengar nasihat tentang kehidupan alam barzakh dan selepas dibangkitkan dari kubur. Kita kena stand by daripada sekadar sebab mati datang tepat pada masanya (kita tak tahu bila).

8. Pastikan sumber pendapatan kita halal, bukan rasuah atau hasil penipuan dan lain-lain yang haram.

9. Rajin-rajinlah ziarahi kubur-kubur dan bertafakkur tentang kematian dan hisab akhirat. 

10. Banyakkan diam, kurangkan pertengkaran dan perdebatan dan habiskan masa yang selebihnya untuk membaiki hati. Kita semua bakal ahli kubur.

11. Berkawan dan bergaul rapat dengan orang alim dan soleh. Jauhilah mereka yang asyik mengajak kepada hiburan, shoping dan perkara-perkara lagha/sia-sia.

12. Pelajari ilmu bacaan Al-Quran yang betul secara berguru dan dalami ilmu Tauhid (ilmu sifat 20 untuk mengenal Allah), fiqh ibadat yang betul menurut mazhab imam kita Asy-Syafi'ie dan ilmu Tasawuf untuk memperbaiki hati.

13. Jauhi ajaran sesat lagi menyesatkan seperti fahaman wahabi, syiah, hizbut tahrir, ayah pin dll. 

"MENYESAL DI DUNIA BERGUNA, MENYESAL DI AKHIRAT TAK BERGUNA"

والله أعلم ..

Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.


SAYA ingin menyatakan kepada Mahkamah Yang Mulia ini mengenai kedudukan saya dalam permohonan rayuan ini. Walaupun saya adalah pemohonnya, tetapi pada waktu yang sama berasa was-was. Sepanjang minggu lalu, saya telah melihat dari kandang tertuduh betapa peluang saya dalam rayuan ini perlahan-lahan pudar. Bukan kerana kurang merit tetapi kerana saya tidak lagi diwakili.

Walaupun Mahkamah Yang Mulia ini tidak membenarkan peguam saya menarik diri, pada hakikatnya saya memang tidak diwakili. Saya percaya bahawa tidak pernah ada satu peristiwa pun dalam sejarah perundangan Malaysia di mana peguam dalam perbicaraan jenayah atau rayuan telah dihalang daripada menarik diri daripada mewakili anak guamnya dalam apa keadaan pun. Malah kes yang dipetik oleh Dato Sitham pada hari Jumaat lalu tidak menjurus ke arah ini! Sedangkan kes-kes yang dikemukakannya kepada mahkamah menunjukkan wujud tren berterusan penangguhan dalam prosiding membabitkantertuduh, sebelum tindakan drastik sedemikian diambil oleh mahkamah.

Dalam kes saya, ini adalah kali pertama saya menukar peguam atas sebab munasabah yang akan saya huraikan sebentar lagi. Ini juga adalah permintaan pertama saya bagi memohon penangguhan 4 bulan sahaja, tidak seperti kes lain di mana penangguhan kira-kira 70 kali dibenarkan oleh mahkamah negara ini. Pada penghujung pernyataan ini, saya ingin menyatakan sesuatu tentang apa yang sama faham mengenai undang-undang berhubung perlantikan peguam baru, serta keadaan yang mendorong kepada permohonan penangguhan.

Saya mengambil sepenuh tanggungjawab dengan keputusan mengenai pembelaan saya. Saya berpendapat ia adalah keputusan yang tepat pada masa itu berdasarkan nasihat peguamcara dan peguam luar yang tidak terbabit dengan kes ini.

Nampaknya mahkamah membuat tafsiran buruk terhadap saya bila mana jika perayu lain yang sama situasinya dengan saya, sama sekali tidak boleh bergantung kepada nasihat peguamnya tetapi sebaliknya dihukum tanpa mendapat perbicaraan yang adil mengikut undang-undang yang ada. Saya juga tidak pernah diberi peluang untuk memperjelaskan kes sendiri dan tidak pernah pula ditanya punca saya diheret ke sini. Walaupun tertuduh disebut sebagai orang paling penting dalam apa jua kes di mahkamah jenayah, namun saya entah bagaimana merasa dianiaya dan tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Yang Arif, saya harap kenyataan saya ini tidak menyinggung sesiapa kerana inilah yang saya rasa. Sebagai tertuduh dan perayu di akhir perbicaraan ini, saya merasakan seluruh kuasa perundangan negara digunakan terhadap saya secara tidak adil dan berat sebelah.

Yang Arif, sebelum saya teruskan, apa yang ingin saya sebut ini sudah pun didedahkan kepada media sebelum ini, bukan kerana saya ingin membuat rayuan dan mendapat simpati umum, tetapi saya hanya inginkan ia diketahui orang awam dan pada waktu yang sama menunggu peluang menyebutnya di mahkamah, jika ianya diragui.

Dengan izin juga, Yang Arif,
Peguam saya sebelum ini, Shafee & Co berjaya mewakili saya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sepanjang empat tahun lalu, tanpa menimbulkan sebarang keraguan, dan itulah sebabnya mereka kekal sebagai peguam saya dalam perbicaraan lain.

Tetapi di sebalik usaha mereka, saya kalah dalam kedua-dua perbicaraan dan rayuan di Mahkamah Rayuan, bukan kerana pembelaan saya tidak mempunyai merit tetapi ditolak mentah-mentah oleh mahkamah. Saya dan peguam terdahulu terpaksa menerima keputusan bahawa pihak peguambela tidak dipanggil pada perbicaraan untuk semua pertuduhan atas alasan mereka mengemukakan pembelaan yang longgar.

Atas hakikat inilah saya merasakan kes ini memasuki perspektif baru, dan membawa masuk hujah pembelaan yang dirasakan akan mendapat jaminan mahkamah bagi membolehkan rayuan terakhir ini diluluskan, tetapi malangnya ia juga tidak berhasil. Ini penting kerana ia melibatkan hidup saya, tidak lebih dari itu.

Rancangan awal ialah mendapatkan khidmat Jonathan Laidlaw QC untuk bekerjasama dengan Shafee & Co. iaitu Tan Sri Shafee dan Harvey. QC mengemukakan hujah yang bernas, menyebabkan saya yakin ia akan memberi kesan positif kepada kes ini. Lagipun, Chambers and Partners menyifatkan mereka sebagai peguambela terbaik di UK dan di kalangan negara Komanwel bagi kes-kes jenayah yang membabitkan penipuan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan jenayah kolar putih selama 4 tahun berturut-turut.

Perlu diingat bahawa QC sudah bersedia bagi permohonan rayuan saya bermula 15 Ogos 2022 yang lalu. Yuran untuk perkhidmatan mereka sudah pun dibayar. Ini sepatutnya memberi mesej kepada mahkamah betapa seriusnya saya agar proses rayuan dilanjutkan kepada 15 haribulan.

Penemuan bukti baru yang mengaitkan Hakim Nazlan menghendaki kami melantik peguam baharu untuk menilainya secara bebas dan adil di mahkamah yang mulia ini.

Malangnya, Mahkamah Tinggi menolak tawaran QC untuk hadir sebagai peguam saya pada 21 Julai 2022. Saya benar-benar kecewa kerana ini secara langsung membantutkan persediaan QC menjelang proses rayuan.

Dengan penolakan Mahkamah Tinggi dan dengan permohonan rayuan ini dipercepatkan, saya tidak boleh menghadapi risiko penolakan QC dikekalkan semasa rayuan di Mahkamah Persekutuan oleh kerana saya tiada peguam tambahan yang pada masa itu dianggap penting untuk berhujah secara bebas, iaitu berkenaan Hakim Nazlan.

Secara perbandingan kes saya dengan kes Anwar lbrahim, boleh dikatakan rayuan saya mengambil masa lebih cepat. Anwar mengambil masa tujuh tahun dengan lebih 70 penangguhan untuk sampai ke peringkat ini. Kes SRC telah mengambil masa 4 tahun, dua tahun daripadanya terjejas oleh pandemik dengan melalui tujuh prosiding lain membabitkan jenayah dan sivil terhadap saya. Seperti yang telah saya sebut, saya juga tidak pernah meminta penangguhan dalam rayuan ini kecuali dalam soal pertukaran peguambela.

Secara tegasnya, ingin saya katakan bahawa bukanlah niat saya semata-mata untuk melengah-lengahkan proses mahkamah tetapi kerana permohonan QC Jonathan Laidlaw tidak begitu kukuh berdasarkan bantahan pihak pendakwaan dan Majlis Peguam, yang akhirnya permohonan itu ditolak tidak sampai sebulan sebelum tarikh rayuan didengar. Bantahan pihak pendakwa dan Majlis Peguam adalah sangat tidak masuk akal kerana alasan QC mesti memiliki kelayakan Bahasa Malaysia, satu perkara yang diatasi oleh Mahkamah Persekutuan sendiri dalam kes Geoffrey Robertson QC.

Perkara ini penting untuk menunjukkan bagaimana kedua-dua badan ini berusaha keras untuk melucutkan saya daripada peguam bertauliah sebelum saya sampai ke Mahkamah Persekutuan pada 15 Ogos. Mana-mana pasukan baharu dengan hujah baharu memerlukan masa untuk membaca Rekod Rayuan yang panjang lebar, penyerahan bertulis, permohonan dan lain-lain.

Saya tidak malu untuk mengatakan yang saya terdesak, seperti mana juga mereka yang terbabit dalam kes ini. Saya fikir apa yang saya putuskan selama ini akan meningkatkan peluang kes rayuan ini.

Yang Arif, keputusan saya menyebabkan saya tidak lagi diwakili peguam. Walaupun Tn Haji Hisyam datang dengan niat yang baik, beliau tidak dapat mewakili saya dengan berkesan kerana beliau tidak pernah mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan, atau membaca kertas pertuduhan, dan saya memberhentikan beliau dan peguamcara pada 18 Ogos 2022 seperti yang telah dijelaskan oleh Tn Haji bagi pihaknya bahawa mereka tidak bersedia untuk mempertikaikan rayuan, dalam keadaan mereka tidak bersedia sepenuhnya. Secara seriusnya Yang Arif, boleh saya bertanya kepada Mahkamah ini, adakah saya patut dipersalahkan dan dihukum kerana bergantung kepada nasihat peguam cara dan peguam bela saya sendiri?

Memandangkan keputusan Yang Arif minggu lepas, saya telah menilai beberapa peguam sebagai alternatif, tetapi dengan mengambil kira keputusan dan alasan Mahkamah Yang Mulia ini pada hari Selasa lepas (16 Ogos 2022), tiada siapa yang boleh atau sudi mewakili saya, kecuali masa yang mencukupi diberikan oleh mahkamah seperti yang diminta oleh Tn. Hj. Hisyam.

Malah peguam dan peguamcara saya sebelum ini tidak dapat atau bersedia untuk mengambil semula kes ini tanpa cukup masa diperuntukkan kepada mereka, iaitu sekurang-kurangnya 2 bulan bagi menyediakan apa jua dokumen yang mencukupi. Mereka boleh membuat persiapan ini dalam masa 2 bulan kerana mereka turut terlibat di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Tn Haji Hisyam sebaliknya, bersama-sama peguamcaranya yang benar-benar baru dalam kes itu, memerlukan sekurang-kurangnya 4 bulan untuk membuat persediaan.

Perlu saya ulangi bahawa saya tidak diwakili peguam dan tidak tahu apa yang perlu dibuat selanjutnya. Jika diberi masa sekurang-kurangnya 2 bulan, saya yakin saya boleh mengumpulkan satu pasukan untuk mewakili saya, mungkin dengan gabungan peguam saya sebelum ini dan Hj. Hisyam. Dalam gabungan yang dicadangkan itu, mungkin Tn. Hj. Hisyam boleh membantu mempercepatkan persediaan Shafee & Co. dalam tempoh 2 bulan itu.

Yang Amat Arif, pada hari Isnin Tn Haji Hisyam berkata pendengaran kes ini ibarat satu pertandingan. Tetapi sekarang ini seolah-olah saya telah diketepikan daripada pertandingan, pertandingan yang menafikan hak perundangan serta keadilan buat saya.

Dalam keadaan biasa, peguam saya pada peringkat ini akan mengemukakan banyak hujah tetapi tidak pada hari ini. Saya tidak boleh menyalahkan Tuan Haji dalam hal ini dan usaha beliau untuk mengemukakan beberapa perkara baru akan dianggap menyalahi undang-undang kerana peguam perlu menyebut SEMUA aspek pembelaan yang ada, sudah tentulah bukan satu atau dua daripada lebih 90 fakta pembelaan yang ada. Peguam saya sebelum ini, Tan Sri Shafee dan Harvey Singh menarik perhatian saya semasa menyediakan rayuan ini bahawa terdapat sekurang-kurangnya 40 alasan berbeza dalam 90 fakta pembelaan Petisyen Rayuan, di mana rayuan saya mengenai mana-mana satu perkara daripada 40 itu boleh membebaskan saya daripada pertuduhan.

Bagaimana mana-mana peguam bertanggungjawab boleh mengambil hanya 2 atau 3 daripada 90 hujah pembelaan dapat membela saya? Mahkamah Yang Mulia ini nampaknya terlalu mengambil berat tentang masa yang diperuntukkan untuk rayuan ini dengan menganggap sebarang penangguhan akan menyusahkan Mahkamah dan pihak Pendakwa. Tetapi, pastinya Yang Arif, berdasarkan apa yang saya katakan dan apa yang akan saya katakan kemudian, perlukan kita nafi dan korbankan keadilan ini?

Oleh itu, saya memohon agar diberikan lebih masa. Pada peringkat ini, saya meminta dua bulan untuk peguam saya bersedia untuk permohonan rayuan ini. Saya sudah kurang bernasib baik tetapi sekurang-kurangnya biarkan saya hadapi mahkamah dengan pembelaan yang betul dan kukuh.

Hasil daripada apa yang saya minta ialah penangguhan 2 bulan sahaja bagi pendengaran rayuan, dan bukannya hukuman penjara 12 tahun ke atas saya, ataupun pelepasan saya daripada pertuduhan ini. Ini belum lagi denda yang cukup tinggi dikenakan.

Jika masa tidak diberikan Yang Arif, Mahkamah ini akan terbeban dengan tuntutan undang-undang untuk meneliti rekod rayuan (lebih 200 jilid tidak termasuk jilid penghujahan terdahulu). Kepada pihak pendakwa, mereka pastinya akan mengambil lebih banyak masa untuk membuat pertimbangan yang secukupnya sebelum keputusan dibuat. Dalam konteks itu, bukankah pendekatan yang waras dan wajar diberikan kepada lanjutan masa agar ia mencukupi untuk proses rayuan dan pembelaan?

Yang Amat Arif, selain daripada saya memohon masa, saya juga ingin merakamkan bantahan terhadap Yang Amat Arif untuk terus mendengar kes rayuan ini. Saya menyatakan ini dengan setinggi-tinggi penghormatan dan tidak berniat yang tidak baik, tetapi sepanjang minggu lalu, terdapat banyak laporan mengenai sentimen terhadap saya yang diletakkan dalam domain awam oleh suami Yang Amat Arif, Dato Zamani lbrahim. Dalam siaran Facebook tertentu bertarikh 11h Mei 2018, dua hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Dato Zamani lbrahim telah menyatakan pandangannya yang jelas menunjukkan rasa tidak senang dan jijiknya terhadap saya, dan bahawa saya bertanggungjawab secara langsung di atas kemelut 1MDB dan SRC. Itulah yang menjadi subjek rayuan ini.

Pendedahan baru-baru ini menimbulkan persoalan serius tentang kesaksamaan dan kecekapan kebijaksanaan Yang Amat Arif untuk mendengar kes ini. Walaupun saya perhatikan sentimen itu ditimbulkan oleh pasangan suami-isteri, adalah tidak munasabah untuk berfikir bahawa sentimen sedemikian dikongsi dalam rumah tangga. Undang-undang juga mengiktiraf bahawa terdapat hubungan istimewa antara suami dan isteri, yang boleh mempengaruhi keputusan kes rayuan ini. Pastinya kenyataan yang begitu kuat oleh Dato Zamani lbrahim akan dibawa ke perhatian umum dan dikongsikan. Ia banyak mengandungi unsur berat sebelah.

Walaupun Yang Amat Arif mungkin berpandangan bahawa mahkamah adalah bebas daripada politik, jangan lupa bahawa tindakan Ketua Hakim Negara sebelum ini, Tun Richard Malanjum yang meneruskan rayuan SRC pra-perbicaraan saya tanpa sebarang Rekod Rayuan disediakan, kini adalah ahli parti lawan, Pakatan Harapan dan berkempen untuk mereka selepas bersara. Ia amatlah memeranjatkan.

Yang Arif, situasi begini membuatkan saya tidak selesa. Sejak awal pertuduhan, saya ragu-ragu sama ada akan dapat peluang yang adil.

Ia bermula selepas pertuduhan saya dibawa ke hadapan hakim yang dilantik secara rawak oleh sistem komputer anda sendiri. Namun, selepas berita abangnya menjadi ahli UMNO, dan EXCO Pahang, dia secara tiba-tiba dan secara ringkasnya dipindahkan ke mahkamah sivil tanpa sebarang permohonan untuk menarik balik pertuduhan manakala Hakim Nazlan pula dibawa masuk. Kini dia terbabit dalam isu 1MDB ketika berada di Maybank, yang kini menjadi sebahagian daripada kes SRC.

Anehnya, mahkamah ini telah mengatakan bahawa keterangan mengenai Hakim Nazlan tidak ada kaitan dengan pertuduhan terhadap saya. Nampaknya Mahkamah sahaja yang betul. Kami tidak. Walau bagaimanapun, bukti menunjukkan pembabitan Hakim Nazlan yang memburukkan kedudukan saya dalam kes 1MDB, tanpa menyedari ianya mencemarkan penghakiman beliau ke atas saya. Dia berpotensi menjadi saksi dalam kes 1MDB, dan jika dia mengetahuinya lebih awal, dia sepatutnya sudah dipanggil memberi keterangan.

Dengan bantuan beberapa peguam, saya dapati terdapat banyak kes yang dilaporkan di Komanwel dari United Kingdom ke Australia, Malaysia, India dan Jamaica, Afrika Selatan, dan dari negara bukan Komanwel di Amerika Syarikat, dan tinjauan saya menunjukkan bahawa dalam kes saya, Mahkamah ini sepatutnya memberi masa kepada peguambela untuk membuat persediaan yang secukupnya dalam rayuan penting ini. Ia diperhatikan oleh semua pengamal undang-undang dan mahkamah, mengenai bagaimana keputusan mahkamah ini boleh diragui. Ia seperti membelakangkan peraturan yang ada. Dalam kes lama, Chong Fah Hin lawan Pendakwa Raya, keputusan 1949 oleh Hakim Malaya Russell, memutuskan bahawa setiap tertuduh mempunyai hak untuk dibela oleh peguambela dan harus diberi masa yang mencukupi untuk mengarahkan peguamnya.

Di Amerika Syarikat, keputusan Mahkamah Agungnya di Strickland lawan Washington pada 1984, diputuskan bahawa:
“perbicaraan yang adil ialah di mana bukti yang ada dikemukakan kepada tribunal yang saksama untuk penyelesaian isu yang ditakrifkan sebelumnya. Hak untuk mendapatkan peguam memainkan peranan penting dalam sistem kehakiman seperti yang terkandung dalam Pindaan Keenam, memandangkan akses kepada kemahiran dan pengetahuan peguam adalah perlu untuk memberikan pembelaan, diberikan peluang yang mencukupi untuk memenuhi kes pendakwaan, yang berhak mereka perolehi.”

Selanjutnya, di mahkamah yang sama pada tahun 2006 dalam kes Amerika Syarikat lawan Gonzales-Lopez Justice Scalia, seorang tokoh yang sangat dihormati dunia di bidang undang-undang, menyebut:
“Begitu juga dengan Pindaan Keenam mengenai hak kepada pemilihan peguam. Ia memperuntukkan agar perbicaraan bukan sahaja perlu adil, malah jaminan keadilan perlu diberikan – yang membolehkan tertuduh memilih peguambela yang difikirkan terbaik.”

Bagi kes yang sama, ia menyebut peguambela yang kurang cekap dilucutkan khidmatnya berdasarkan Pindaan Ke-6 manakala anak guamnya pula boleh merumuskan bahawa dia tidak mendapat pembelaan yang setimpal.

Dalam kes McGill dalam Mahkamah Rayuan Victoria di Australia pada 1967, penangguhan bagi melantik peguam baharu ada menyebut:
“Faktor-faktor yang membawa kami kepada kesimpulan bahawa keputusan Yang Berhormat adalah tidak munasabah adalah, yang pertama, penangguhan yang diminta adalah singkat; kedua, tidak ada sebab untuk menerima keputusan bahawa penangguhan ini akan memalukan atau menyusahkan sistem kehakiman; ketiga, kekurangan arahan atau persediaan oleh peguam mungkin akan melumpuhkan pembelaan; keempat, penolakan itu mewujudkan situasi yang tidak konsisten dengan keperluan bahawa keadilan sepatutnya dilaksanakan. Adalah penting bagi pentadbiran keadilan bahawa piawaian yang diperlukan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil mengikut undang-undang harus ditegakkan. Salah satu daripada piawaian ini ialah orang yang dituduh mesti diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan pembelaannya.”

Dalam kes besar di Mahkamah Tertinggi Australia, Dietrich yang mempunyai 7 hakim dan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Mason, menyebut:
“Keputusan sama ada untuk memberikan penangguhan atau tidak hendaklah dibuat mengikut budi bicara hakim, dengan meminta sama ada perbicaraan itu berkemungkinan tidak adil jika tertuduh dipaksa tanpa diwakili. Bagi pihak kami, keinginan tertuduh di bawah kesalahan serius mohon diwakili adalah penting sehingga kami menganggap bahawa perbicaraan tanpa pembelaan adalah tidak munasabah. Dalam semua kes jenayah berat yang lain, remedi penangguhan harus diberikan agar representasi boleh diperolehi.”

Terdapat beberapa ratus kes seumpama ini di seluruh dunia. Peguam yang menawarkan maklumat ini secara sukarela untuk saya, memberikannya kepada saya dan saya terperanjat dengan hakikat bahawa prinsip ini begitu kukuh, dan saya berhak menerimanya. Namun pihak Pendakwaan menimbulkan hujah sebaliknya dengan mengatakan perubahan peguam tidak ada kaitan langsung dengan kes saya. Saya kecewa dengan keputusan Puan Yang Arif dalam mengendalikan kes ini. Dua daripada hakim wanita Puan Yang Arif memutuskan dalam kes Yahya Hussein Mohsen AbdulRab lawan Pendakwaraya bahawa peguambela yang tidak cekap tidak berhak mewakili anak guamnya.

Yang Arif telah mengarahkan peguam saya yang tidak bersedia untuk mengemukakan dokumen lengkap rayuan, agar mengemukakan walaupun satu atau dua daripada 90 asas pembelaan kepada mahkamah. Bukankah ini perbuatan sengaja untuk menafikan hak saya bagi mendapatkan pembelaan yang adil? Bukannya salah saya pun! Inikah keadilan sebuah mahkamah teragung sebelum membuat keputusannya? Izinkan saya petik kata-kata Geoffrey Robertson QC: “Adakah keadilan itu satu permainan?”

Akhir sekali, saya memandang berat perkara ini. Setakat tengah hari ini, alasan penghakiman yang bocor yang merekodkan sabitan saya dalam kes rayuan ini telah diedarkan di laman web bernama MalaysiaToday bertarikh 26 Ogos 2022.

Jika alasan ini benar, saya mempersoalkan integriti mahkamah ini kerana SUDAH LEBIH AWAL MENGATUR SABITAN ke atas saya. Sehingga pagi ini mahkamah beranggapan bahawa peguam saya boleh mengemukakan 2 atau 3 perkara seperti yang dicadangkan oleh Ketua Hakim Negara. Bagaimana keputusan mahkamah boleh dimuktamadkan lebih awal? Mahkamah ini perlu memberikan jawapan bukan sahaja kepada saya sekeluarga, malah kepada seluruh negara. Inilah negara yang saya curahkan khidmat bakti, dan saya akan teruskannya.

Ini adalah salahguna kuasa perundangan terbesar jika ianya benar.

Yang Arif, untuk rekod, saya juga mahu pernyataan ini didokumentasi dan diambil kira.

DATO’ SRI NAJIB RAZAK

Tuesday, 23 August 2022

Baca lah Al-Quran

Amalan untuk terlepas seksa kubur !

Jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Ni cara mudah untuk lepaskan diri dari seksa kubur.

Rumah yang dibacakan Al-Quran pada waktu malam, rumahnya bercahaya sehingga dikenali para Malaikat. Jika mati orang yang suka baca Al-Quran, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit dan para Malaikat akan tahu, ohh... mati sudah si pembaca.

Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya. Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah-lembut dengan mayat. Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandikan dan dikafankan serta terus menemani kita di dalam kubur.

Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan Al-Quran.

Azab kubur mula bila mayat tak dapat menjawab soalan² Malaikat. Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak² yang soleh supaya hari² kita indah di dalam kubur.

Masa mayat tu duduk, kita akan sedar, ohh... aku dah mati 😭

Pesanan terakhir dari Ustaz, sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada surah Al-Mulk di dalam dada kita.

InsyaAllah. Amin Allahumma Amin.

Celakalah orang yang tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.

Dalam kubur, Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang dan mendayu. Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga. 

Lepas tu, baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada Malaikat yang akan menyoal.

Friday, 19 August 2022

Nasihat Sifu

Tip pengurusan kewangan dari Sifu. 

Kadangkala dalam Tik-Tok ada short video menemu-ramah jutawan di US meminta nasihat dan tips mengenai kewangan. 

Jarang kita dapat tips demikian dari jutawan di Malaysia. 

Baru-baru ini saya melayari satu page FB lokal mengenai kewangan dan admin telah bertanya satu soalan kepada para sifu kewangan tempatan yang rata-rata berumur 40 ke atas:

“Apakah nasihat kewangan terbaik untuk diberikan kepada mereka yang baru bekerja dan ingin berjaya sebelum umur 40? 

Saya senaraikan beberapa nasihat terbaik dari sifu-sifu kewangan tersebut dan sedikit komen rengkas dari saya. 

1. The first 10 years of your career don't chase money. Chase knowledge and connection. 

Pada 10 tahun pertama jangan fokus cari duit tetapi kejar ilmu kewangan dan networking. 

Siapkan diri dengan berbagai ilmu kewangan dan belajar dari mentor. 

Sebaik mungkin cari ‘connections, networking and cables’. 

2. Buy car only if need be. Buy landed house in KL and sell back when retire to hometown. 

Banyak nasihat sifu agar jangan membeli kereta terlalu awal dan beli ‘landed property’ di KL tetapi bersara di kampong. Ini nasihat seorang sifu yang sudah bersara. 

3. Save as much as possible. Dont spend on car. You can do this when u are financially stable. Don't own any credit card. 

Jimat cermat berbelanja semasa awal pekerjaan dan hanya beli kereta apabila sudah kukuh kewangan. Seboleh-bolehnya jangan guna kad kredit. 

4. Work smart and invest. Be debt free. 

Berhutang jika sangat perlu sahaja. 

5. Find a wife that cooks.

Jika isteri pandai masak, banyak penjimatan jika makan di rumah. Lagipun ianya menyihatkan. 

6. You need to think how to earn more money. Hard work is the key, there is no shortcut. Work until the day when you don’t care about the price of the food in the restaurant, air tickets and hotel fees. Good luck!

Kerja keras untuk berjaya sehingga anda tak perlu memikirkan mengenai harga barangan lagi. 

7. 30% of your pay for need (house and car), 30% of your pay for wants and 30% of your pay for investments and savings, 10% travel. 

30% - bayaran hutang besar rumah dan kereta. 
30% - belanja sara hidup makanan, buku, utiliti dll. 
30% - simpanan dan pelaburan
10% - tabung travel. 

8. Dont spend in "stuff". Invest in income producing assets. 

Cari pelaburan yang akan membuat pendapatan pasif setiap bulan. 

9. I wished they introduced a course on financial & debt introduction and management course in school. Most of us didn't know that as soon as we try to get our 1st job, the capitalism/company will make you go into debt first before you can earn your first paycheck, with the requirement to own a car-so car loan, owning or renting property-so loan/ contract obligations, and then credit cards and the hidden costs, interests, renewal fees that comes with it. All this should be introduced and taught at secondary school level. Its life skills.

Pentingnya pelajaran pengurusan kewangan yang wajib dipelajari dari kecil. 

10. Don't choose your career based on your interest. Choose based on what brings you money. Use that money to fund your passion & interest.

11. Avoid toxic people.

Banyak artikel yang saya sudah tulis mengenai manusia toksik yang perlu dihindarkan dari kehidupan anda. 

12. Before advising what to do, i will advise what NOT TO DO. Don’t put your head inside Forex, GRR schemes (Guaranteed Rental Return), Crypto etc etc. 

13. Don’t buy your first car on loan if you don’t need it. Use credit card with discipline to build credit history. Buy your first property first.

14. Commit into a car loan at the early stage of your career is one of the most unwise decisions you can make that is going to impact your life way bigger than you can imagine. You could’ve invest 1k a month for the next 9 years the money you will have is going to qualify you to a much bigger opportunity. 

Pinjaman kenderaan selama 9 tahun akan memiskinkan anda. 

15. Spend below your means. 

Berbelanja ikut kemampuan. 

16. Don't buy depreciating assets (new car). 

17. Investment diversification. 

Pelbagaikan pelaburan. 

18. Give back (parents, zakat/charity, community, etc). 

Sedeqah. 

19. Don't fall for get rich quick schemes. 

Jangan terjerat dengan skim cepat kaya. 

20. Live within your means, buy what you need, not what you desire. 

Hidup mengikut kemampuan anda dan beli barangan mengikut keperluan bukan ikut nafsu. 

21. Force saving at least rm100 per month. Be it in unit trust, asb or TH. Ignore the deduction when you daily checking your bank account. In your 30s, you will have 12-13k++. 

Kesimpulan. 

Rata-rata sifu kewangan yang telah mempunyai banyak pengalaman sebelum berjaya menasihatkan:

• Jangan beli kereta dengan pinjaman pada awal pekerjaan tetapi tunggu hingga kewangan stabil. 

• Guna sistem 30:30:30:10 dalam bajet kewangan bulanan. 

• Hutang besar seperti rumah guna rule of 36 agar kehidupan tidak sempit dengan hutang. 

• Belajar ilmu kewangan dan dapatkan ‘connections’ semasa zaman muda. 

• Forced savings. 

• Hindarkan diri dari manusia toksik. 

• Berjimat cermat dan cari income pasif. 

Wallahua’llam. 

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: Zainuddin Omar

* Safranbolu Turkiye sebuah Unesco World Heritage site kerana terdapat banyak rumah era Uthmaniah.

Monday, 8 August 2022

Kemelut kapal LCS

Semakin serlah PH punya game. Kalau dulu semasa  PRU14 bolahla korang fitnah. La ni.. we are ready. Tohmahan dan fitnah sekejap ajer di jawab. PAKATAN HARAPAN punya kerja ehhhh UMNO nak di petik jugak. Mana Sabu? Dia Menteri Pertahanan masa PH kan?  Naw elepen fait elepen tau!

7 point Mantap Najib berjaya buktikan kebebalan PKR

Apa punya bebal Pengarah Strategi PKR, Kau orang sengaja tanya kenapa projek LCS terbengkalai kononnya itu point bagus hendak jatuhkan BN dan alihkan perhatian rakyat dari melihat kes Rasuah Lim Guan Eng yang semakin terbongkar pekung DAP.

Soalan Anwar kenapa projek terbengkalai?

Najib bagi 7 point kenapa dan siapa penyebab projek LCS terbengkalai.

1. Projek ini diberi kepada syarikat Boustead milik LTAT - bukan diberi kepada syarikat swasta kroni. Bermaksud LCS bawah kawalan Boustead, LTAT atau TLDM - bukan di bawah kroni atau pihak swasta.

2. Pada tahun 2017, Boustead turut diberi kontrak untuk membina 4 buah kapal Littoral Mission Ships (LMS) kelas Keris bersama syarikat China yang berjaya diselesaikan.dan diserahkan kepada Tentera Laut. Malah keuntungannya telah dimasukkan ke dalam LTAT. Itu menunjukkan BN telah sempurna tugas. 

3. Semasa 22 bulan PH mentadbir negara, tiba-tiba PH sengaja buat itu projek LTS dengan  menubuhkan Jawatan kuasa kira-kira (PAC) bagi projek ini dipengerusikan oleh Wong Kah Woh iaitu ahli parlimen yang juga ketua pemuda DAP. Tanpa menjemput Najib mahu pun Zahid untuk tampil beri keterangan!

4. Tiba-tiba PH bertindak menukar pengerusi LTAT, pengerusi serta boss Boustead dan Panglima Tentera ketika projek LTS masih beroperasi hingga projek telah siap pada tahap 60% dan bukan 78% mengikut kontrak. Itu dinyatakan sendiri oleh Mat Sabu selaku Menteri Pertahanan ketika itu.

5. Mat Sabu dan PH mengambil tindakan drastik menghentikan projek LTS iaitu dibeku pada tahun 2019. Untuk siasatan kononnya.

6. Mat Sabu pada masa itu dengan bangga berkata PH akan sambung balik projek tetapi [ (part text ini aku tambah sikit) bila usia kerajaan DAP itu genap 22 setelah banyak projek BN dijual, dibekukan, ditukar milik tiba-tiba takdir kerajaan DAP tersungkur tergolek dog)]

7. Kemudian Pandemic Covid menimpa pada tahun 2020 dan 2011. Projek akhirnya dibenarkan untuk sambung semula pada bulan April 2022 oleh kerjaan hari ini.

Nampak Najib telah beri fakta jelas siapa punca sebenarnya yang menyebabkan projek LCS gagal! 

Iaitu Mat Sabu perlu dan Wong Kah Woh iaitu ahli parlimen yang juga ketua pemuda DAP yang sepatutnya diheret menjawap apa sebenarnya mereka buat sampai bertindak membeku dan menukar struktur projek LCS yang penting untuk pertahanan negara.

Kalau bukan tangan-tangan gatal ini buat kerja bebal! projek ini sepatutnya telah siap sepenuhnya seperti dijadualkan pada 2022.

Jangan lupa pada masa itu bukan sahaja projek LCS yang kerajaan DAP beku dan gagalkan! ada banyak lagi mereka menangguhkan projek awam mega, termasuk 1. HSR
2. Johor Woodlands RTS Link
3. Projek rel Landasan Berkembar Elektrik.
4. Mengecilkan projek LRT3
5. Membatalkan lima stesen LRT3
6. Membatalkan pembinaan terowong LRT3
7. Mengurangkan gerabak keretapi LRT3
8. Akhirnya LRT3 terbengkalai sehingga BN ambil alih kerajaan.
9. Projek Pengoperasian projek MRT 2 juga telah ditangguhkan PH hingga terbengkalai.
10. Projek PAN Borneo Highway terbengkalai angkara PH yang sepatutnya siap pada 2022.
11. Membatalkan projek Saluran Paip Pelbagai Produk, Saluran Paip Gas Sabah
12. Membatalkan saluran paip menghubungkan Melaka ke loji penapisan dan petrokimia Petronas di Johor.
13. Membatalkan projek Rel Pantai Timur (ECRL).

Dan berpuluh-puluh lagi projek peninggalan BN dibatalkan dan dibekukan kerajaan DAP semata-mata kerana dendam bebal!

Ini membuktikan LCS terbengkalai bukan kerana BN tetapi kerana kebebalan kerajaan DAP mentadbir negara yang tidak tahu membezakan antara peranan bertanggungjawab menjadi kerajaan dengan berpolitik sehingga abaikan tangungjawab.

7 point dihuraikan Najib jelas membuktikan sebenarnya apa sahaja dapat tangan kerajaan DAP semua jadi tikus membaiki labu.

Tiba-tiba Fahmi hendak cantas hujah Najib dengan soalan bodoh “Dia tak pernah terfikir ke, kesemua 10 surat Panglima Tentera Laut itu, kalau diterima dan diambil tindakan awal mungkin tak sampai hangus RM6 bilion macam sekarang. Mungkin dah sampai kapal-kapal LCS yang diperlukan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Duit hangus, kapal tak sampai,”

Sedangkan Fahmi bukan tak ingat 13 projek dibatalkan kerajaan DAP, itu baru sebahagian dari berpuluh-puluh projek, dan kerana semua itu projek zaman BN, DAP jadi gatal tangan nak batal.

Hingga menjadi musibah ekonomi negara merudum, pelaburan dalam lari, pelaburan luar takut hendak masuk. Sampai sekarang negara ekonomi negara hancur akibat langkah pertama kerajaan DAP dibentuk!

Fahmi tak payahlah nak cerita pasal 10 surat bagai! Yang kerajaan DAP dan Mat Sabu hentikan projek dia sengaja tak nak jawap kenapa?

Tapi Najib tak abaikan tentang soalan 10 surat, berkisar tentang LCS dari sudut apa sebenarnya? Dan soalan ini telah jawap sebelum Fahmi bertanya:

Terdapat perbezaan pendapat antara pengerusi BNS yang juga merupakan bekas panglima tentera laut dengan panglima tentera laut baharu yang sedang menjawat masa itu.

Pengerusi BNS cadangkan jenis kapal kelas Gowind yang lebih baharu dan canggih tetapi panglima laut masa itu mahukan jenis kapal kelas Sigma yang berpunca dari tahun 1970an dan lebih terbukti dan telah digunakan oleh tentera Indonesia sebab kurang yakin dengan kelas Gowind yang masa baharu masa itu.

Lain-lain pembeli kelas Gowind termasuk tentera negara Argentina, Mesir, UAE dan Romania - bukan Malaysia sahaja.

Saya menjawat sebagai PM serta Menteri Kewangan pada masa itu dan tidak terlibat dalam pemilihan jenis kapal. Ianya adalah keputusan dan cadangan dari Kementerian Pertahanan.

Jadi bermaksud 10 surat lebih berkisar kepada jenis model apa, cara bagaimana dan siapa hendak buat kapal?

Tetapi yang kerajaan DAP beku projek menjadi jawapan kenapa tak ada kapal siap! Kesimpulannya sudah jelas dijawap dengan terbaik oleh Najib. Cuma Fahmi yang bebal nak faham dan cuba tarik rakyat sekali untuk fitnah terdesak PH mencari populariti menjelang PRU15. #MyMdFadzil

Pemimpin Islam tapi di catur oleh bukan Islam.

APABILA dikatakan orang-orang bukan Islam boleh menguasai dan mencatur kuasa politik negara ini melalui parti DAP, secara langsung anda akan terfikir ia sesuatu yang tidak logik dan tidak masuk akal: bagaimana mereka boleh memerintah negara ini jika kerusi yang ditandingi oleh parti mereka tidak besar berbanding parti lain.

Orang-orang Melayu leka dengan perkara ini, iaitu mereka menganggap orang-orang bukan Islam tidak akan dapat memerintah negara ini. Bagi mereka perkara ini tidak akan terjadi.

Memang benar fakta bahawa kerusi yang ditandingi DAP adalah lebih kecil berbanding parti-parti lain seperti UMNO, PAS atau PKR. Maka ramai orang Melayu mentertawakan ancaman ini. Kononnya ia hanyalah perang saraf Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu supaya terus menyokong kerajaan sedia ada. Orang ramai lebih mempercayai ini sebagai suatu propaganda politik UMNO.

Benarkah ia hanya propaganda? Marilah kita fikirkan lebih mendalam berkenaan hal ini.

Jangan tertipu dengan fakta bahawa kerusi yang ditandingi DAP adalah kecil dan jika sekalipun mereka menang kesemuannya, mereka tidak dapat memerintah negara, kerana politik bukanlah sekadar fakta matematik semata-mata. Matematik juga boleh mengelirukan.

Persoalan baik atau buruk DAP menguasai politik negara ini, bukan persoalan dalam tulisan ini. Ia boleh dibahaskan dalam tulisan lain.

Ya, ramai orang memperlekehkan perkara ini. DAP dapat memerintah Malaysia adalah seperti sebuah mitos moden kepada mereka. Ramai yang tidak mempercayai DAP boleh menguasai politik negara ini jika mereka tidak cuba mempertimbangkan keadaan yang sebenar.

Saya boleh sahaja tunjukkan contoh kepada anda bagaimana negara Israel yang kecil boleh menguasai negara-negara Arab yang mengelilinginya agar anda memahami perkara ini. Tetapi, anda mungkin menyatakan keadaannya tidak sama. Lagi pula anda tidak akan memerah otak anda untuk memahaminya. Bahkan, kenyataan ini seperti retorik semata-mata kerana ia tidak dapat dihubungkaitkan dengan DAP menguasai Malaysia secara satu persatu.

Benar jumlah kerusi yang ditandingi DAP adalah kecil. Tetapi, tidak mustahil mereka boleh memenangi hampir 80-90% kerusi yang ditandingi mereka kerana mereka mendapat sokongan orang-orang bukan Islam yang padu, selain undi daripada orang-orang Melayu yang berfahaman liberal.

Untuk DAP memerintah negara ini adalah sangat mudah sebenarnya, iaitu dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, sudah pasti DAP akan memerintah. Mereka mendapat sokongan padu orang-orang bukan Islam.

Apabila kerajaan baru ditubuhkan, sudah pasti mereka akan mengawal kerajaan baru ini kerana bilangan kerusi mereka adalah besar dalam kalangan pembangkang. Jika kerusi yang dimenangi mereka sedikit sekalipun, bilangan kerusi mereka itu juga penting untuk membentuk kerajaan.

Jadi ditakdirkan pembangkang menang, adalah tidak mustahil DAP adalah majoriti berbanding parti-parti pembangkang yang lain seperti PKR, PPBM dan PAN. Contohnya, dalam keadaan sekarang pun, DAP memiliki kerusi pembangkang yang terbesar. Itu tidak termasuk lagi kerusi PKR yang disandang oleh calon bukan Islam. Sekiranya pembangkang membentuk kerajaan baru, sudah pastilah DAP adalah bahagian yang penting. Tanpa DAP, kerajaan baru tidak akan dapat dibentuk. Ini adalah perkara yang semua orang tahu.

Mereka tidak perlu menjadi perdana Menteri untuk menentukan halatuju dan dasar- dasar kerajaan baru. Mungkin pemimpin DAP tidak akan menjadi Perdana Menteri buat masa sekarang, tetapi untuk mencatur sesebuah negara, mereka tidak perlu menjadi Perdana Menteri.

Anda silap jika fikir diperintah oleh orang bukan Islam itu bermakna Perdana Menteri adalah orang bukan Islam. Tetapi, jika seorang Perdana Menteri itu dicatur oleh orang bukan Islam, itu bermakna negara tersebut sudah diperintah oleh orang bukan Islam. Bagaimana ia terjadi? Seseorang Perdana Menteri yang dilantik daripada gabungan parti yang majoritinya adalah orang-orang bukan Islam, sudah pastilah ia akan terikat atau tunduk kepada orang-orang bukan Islam. Ini adalah perhitungan yang mudah.

Tidak ada gunanya mendakwa negara kita masih diketuai oleh orang Islam jika Perdana Menterinya adalah pemimpin yang dikawal oleh orang-orang bukan Islam. Sebenarnya lebih mudah lagi bagi orang-orang bukan Islam mencatur negara ini jika
Perdana Menteri mereka adalah orang Melayu-Islam. Ia adalah teknik penyamaran, sedangkan Perdana Menteri tersebut sudah dicucuk hidung. Jika tokoh tersebut menyimpang daripada haluan yang ditentukan oleh mereka, tokoh itu akan diancam untuk dijatuhkan. Kerajaan baru tersebut pasti akan tumbang jika DAP menarik diri. Maka anda boleh bayangkan bagaimana kerajaan baru ini akan ditadbir, ke mana kah haluan mereka.

Sepatutnya perkara ini tidak perlu panjang lebar diterangkan seperti dalam tulisan ini kerana anda sendiri sudah menyaksikan bagaimana hari ini ahli-ahli politik pembangkang berlumba-lumba mengampu orang-orang bukan Islam untuk meraih sokongan. Bahkan mereka sendiri lebih sudu daripada kuah dalam memperjuangkan agenda orang-orang bukan Islam sehingga menggadaikan agama dan bangsa mereka sendiri.

Apa yang saya sebutkan ini berlaku ketika pembangkang belum lagi memerintah, dan anda boleh bayangkan sendiri bagaimana keadaannya jika ditakdirkan mereka memerintah negara.

Bahkan, Tun Dr Mahathir, yang kini memimpin parti PPBM, yang menjadi sebahagian daripada pakatan parti pembangkang, dalam satu majlis pembangkang, menyatakan bahawa orang-orang Melayu akan dikuasai oleh orang bukan Islam jika mereka berpecah-belah. Mereka akan perlukan sokongan orang-orang bukan Islam untuk memerintah, dan apabila perkara ini berlaku, sudah pasti mereka terpaksa memenuhi kehendak orang-orang bukan Islam.

Sekali lagi, sekiranya pakatan pembangkang menang, ia hanyalah mengulangi kisah Pak Kaduk berlaga ayam. Memang pembangkang yang menang, tetapi ia adalah kemenangan orang-orang bukan Islam melalui DAP. Jika dihalusi, perkara ini memperlihatkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya lebih didominasi oleh orang-orang bukan Islam.

Jadi, mahu tidak mahu, dengan menyokong pembangkang sebenarnya anda telah menjadi kuda tunggangan orang bukan Islam untuk menguasai negara ini. Ya, apa faedahnya orang-orang bukan Islam menukar kerajaan jika keadaannya adalah sama, iaitu mereka masih tidak dapat menikmati hak kesamarataan sebagai rakyat Malaysia? Adakah anda fikir orang-orang bukan Islam ini bodoh dan tidak memikirkan kelangsungan bangsa mereka dalam berpolitik? Maka sebenarnya adalah mudah untuk memahami bagaimana DAP boleh menguasai negara ini walaupun pemimpin mereka tidak terang-terangan menjadi Perdana Menteri, tidak menjadi parti terbesar pembangkang (apatah lagi jika menjadi bahagian yang
terbesar).

Malangnya, apabila dikatakan orang-orang bukan Islam (DAP) boleh memerintah negara ini, ramai yang mentertawakannya dan menganggap ia hanya propaganda politik.

Jadi, siapa yang bodoh dan patut diketawakan sebenarnya?

Perkara ini tidak ada masalahnya jika anda sebagai orang Melayu tidak peduli lagi
negara ini menjadi sebuah negara sekular-liberal- plural seperti yang diperjuangkan DAP.

PS: 5 tahun lalu.

Cadangan kereta letrik


Cadangan 5-50k-500km.

CABARAN TERKINI bagi Malaysia:

1. Harga minyak dunia dijangka tetap tinggi bagi tahun-tahun mendatang disebabkan kekurangan pelaburan upstream dalam tempoh 8 tahun lalu setelah harga minyak menjunam lebih 80% pada tahun 2014.

2. Malaysia merupakan negara pengimport minyak sebab pengeluaran minyak kita tidak memenuhi keperluan penggunaan domestik. Tetapi negara adalah pengeluar dan pengeksport gas asli antara terbesar dalam dunia.

3. Beban subsidi bahan api Malaysia adalah sangat tinggi iaitu sekitar RM30 bilion setahun sebab Malaysia antara 10 buah negara dengan harga petrol dan diesel termurah.

4. Malaysia perlu mengurangkan pencemaran udara bagi memenuhi sasaran perubahan iklim.

5. Malaysia perlu mengekalkan dan memperkembangkan kedudukan dunia antara negara terbesar dalam industri pembuatan dan pengeksport barang semikonduktor dan elektronik memandangkan keperluan tekonologi dan 5G semakin penting. 

Pengeluaran dan bekalan semikonduktor tempatan juga adalah penting dalam keadaan geo-politik yang tidak stabil akibat ketegangan perhubungan serta perang dagang antara negara Amerika Syarikat dengan negara China.

Sebarang gangguan rantaian bekalan semikonduktor akan mempunyai kesan yang besar bagi industri elektronik tempatan dan dunia.

Sebab itu, Malaysia sebagai negara berkecuali merupakan pilihan yang menarik untuk kestabilan bekalan semikonduktor bagi pembeli elektronik yang waspada pada kemungkinan perang dagang antara negara Amerika Syarikat dan China.

PELUANG:

1. Syarikat Foxconn (atau Hon Hai) adalah antara syarikat pembuatan elektronik terbesar dalam dunia dengan jumlah jualan yang mencecah RM1 trilion setahun. Syarikat ini juga adalah pembekal utama bagi syarikat Apple dan ramai lagi jenama-jenama barangan elektronik paling terkenal dalam dunia.

Syarikat ini telah mengumumkan bahawa mereka ingin menceburi industri kereta elektronik (EV) secara berskala besar sebab mempunyai kelebihan dalam pengeluaran barangan elektronik.

Mereka menawarkan platform bagi kereta EV dan lori EV kepada syarikat-syarikat kereta untuk mempercepatkan pengeluaraan kenderaan EV masing-masing.

2. Pada tahun 2021, Syarikat Foxconn yang telah membeli 5% kepentingan saham dalam syarikat tersenarai tempatan Dagangnet Xchange (DNEX) setelah DNEX membeli 100% kepentingan saham Siltera Berhad dari Khazanah Nasional.

Biarpun telah menjadi customer terbesar, pengeluaran DNEX dari kilang Silterra masih tidak mampu memenuhi permintaan FoxConn.. 

Sebab itu, FoxConn telah bersetuju menubuhkan sebuah usaha sama dengan DNEX untuk membina satu kilang semikonduktor di Malaysia dan bersetuju menjadi customer utama bagi pengeluaran kilang baru ini yang khususnya untuk memenuhi keperluan kenderaan EV.

Kilang dengan anggaran pelaburan sebanyak US$5 bilion (RM22 bilion) dijangka menjadi antara kilang terbesar di ASEAN dan dunia.

Sekiranya MOU ini menjadi realiti, ianya bakal menjadi pelaburan asing kedua terbesar dalam sejarah Malaysia selepas pelaburan US$7 bilion syarikat Aramco dalam projek Pengerang yang dibuat masa saya PM.

"17 Mei 2022: Taiwan’s Foxconn plans to build chip facility in Malaysia amid EV push"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/05/17/taiwans-foxconn-plans-to-build-chip-facility-in-malaysia-amid-ev-push/

Sebab DNEX, Silterra serta Foxconn mempunyai track-rekod dalam pengeluaran semikonduktor dan elektronik dan sebab FoxConn telah bersetuju menjadi customer utama, ianya tidak susah bagi syarikat DNEX mencari pelabur atau bank untuk membiayai pelaburan yang amat besar bagi membina kilang gergasi ini.

3. Kepastian bekalan semikonduktor dari pengeluaran kilang baru di Malaysia ini juga akan menarik lebih banyak lagi kilang-kilang elektronik untuk ditubuhkan di negara kita. Ini bakal memperkukuhkan eko-sistem industri elektronik Malaysia.

4. Pengeluar-pengeluar kereta tempatan seperti Proton dan Perodua belum mengeluarkan kereta EV yang mampu milik bagi pasaran domestik. 

Biarpun telah dikecualikan pelbagai cukai, kereta EV paling murah ketika ini adalah pada harga RM150k ke atas.

Terdapat pasaran yang besar sekiranya pengeluar tempatan berjaya mengeluarkan kereta EV yang saiznya seperti Proton X50 dan MyVi.

Saya yakin bahawa permintaan bagi sebuah kereta EV 5 penumpang yang mempunyai range 500km bagi setiap caj yang dijual pada harga RM50k adalah amat besar dan mampu mempercepatkan kadar penggunaan EV Malaysia.

Sekiranya, pengeluar tempatan dengan galakkan kerajaan boleh bekerjasama dengan FoxConn dan syarikat tempatan DNEX bagi mempercepatkan usaha pengeluaran kenderaan EV mereka maka kereta 5-RM50k-500km ini bagi pasaran tempatan mampu menjadi realiti.

Sekiranya usaha ini berjaya maka kesemua cabaran-cabaran utama yang saya senaraikan diatas bertukar menjadi peluang besar bagi tahun-tahun mendatang bagi negara pula.

Sekadar cadangan saya sahaja. Harap kerajaan hari ini pertimbangkan.


Rafizi Kena Pukulan KO Dari DS Najib


Rafizi Kena Pukulan KO Dari DS Najib

Rafizi Kena Pukulan KO Dari DS Najib

Jangan pernah kita lupa, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, bahawa untuk memenangi pilihanraya, strategi yang digunakan adalah menghasut.

Rafizi secara jelas mengatakan untuk membuat BN/UMNO lemah, rakyat mesti dihasut dengan pelbagai cerita rekaan menimbulkan kebencian terhadap BN/UMNO.

Malah Rafizi turut akui, sekiranya pemimpin utama BN/UMNO dilihat tidak mempunyai kelemahan yang ketara, maka peribadi keluarga mereka akan diserang.





Beliau memberikan contoh, ketika permulaan DS Najib menjadi Perdana Menteri, agak sukar untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap DS Najib.

Lalu beliau mengubah strategi dengan menyerang isteri DS Najib, DS Rosmah Mansur.

Begitulah jijiknya strategi politik yang diamalkan oleh Rafizi dan Pakatan Harapan dulu, kini dan selamanya.

Dan akibat terpedaya dengan fitnah dan hasutan Rafizi, akhirnya rakyat terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal sejak 2018.

Satu fakta yang tidak boleh kita lupakan, Pakatan Harapan sebenarnya tidak mempunyai agenda yang kukuh untuk memajukan negara.

Matlamat politik mereka cuma mahu menumbangkan BN/UMNO dengan apa cara sekali pun.

Namun selepas menang dan diberikan kuasa, Pakatan Harapan hilang hala tuju dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Kenyataan ini boleh dibuktikan semasa 22 bulan mereka berjaya menawan Putrajaya.

Kini PRU 15 sudah semakin hampir.

Dan Rafizi kembali untuk menyebarkan fitnah dan hasutan di seluruh negara dengan harapan agar rakyat kembali terpengaruh dan membenci BN/UMNO.

Fitnah Pertama Rafizi – FGV

Isu Felda Global Ventures (FGV), dijaja ke seluruh negara dengan naratif pentadbiran FGV yang kononnya dilantik ketika BN/UMNO berkuasa telah salah guna kuasa.

Hasutan yang disebarkan ialah ketika peneroka menderita akibat harga sawit jatuh, pengurusan FGV menikmati gaji ratusan ribu sebulan.

Namun apabila serangan beliau dijawab dengan fakta, Rafizi mendiamkan diri.

Faktanya, pengurusan FGV yang ada sekarang adalah lantikan Azmin Ali di era Pakatan Harapan memerintah.

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/06/24/jangan-biarkan-pengerusi-fgv-lantikan-pn-terus-menghirup-darah-peneroka/

Fitnah Kedua Rafizi – Sapura Energy

Kemudian Rafizi cuba pula menghasut rakyat dengan isu Sapura Energy.

Di cipta fitnah DS Najib dengan mengatakan kononnya gesaan DS Najib supaya kerajaan membantu Sapura Energy adalah usaha ‘bail out’ yang memenuhkan poket kroni DS Najib.

Malah beliau mencabar DS Najib supaya berdebat dengan beliau dalam isu Sapura Energy.

DS Najib menerima cabaran itu dan mencadangkan supaya Rafizi berganding dengan Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan beliau.





Jelas Rafizi takut untuk berhadapan dengan DS Najib di atas pentas debat, yang muncul cuma Anwar Ibrahim seorang.

Anwar pula gagal menjawab dengan fakta untuk buktikan fitnah Rafizi bahawa DS Najib mahu mengkayakan kroni beliau melalui ‘bail out’ Sapura Energy’ adalah benar.

Sangat jelas Anwar tidak mempunyai halatuju yang jelas bagaimana untuk membangunkan semula ekonomi negara yang sudah dihancurkan oleh Pakatan Harapan.

Yang keluar dari mulut Anwar hanyalah retorik politik yang bersifat hasutan.

Akhirnya apabila tiada tindakan untuk menyelamatkan Sapura Energy, syarikat tersebut terpaksa menjual beberapa aset strategik untuk membayar hutang.

Yang rugi adalah rakyat Malaysia kerana PNB adalah pemegang saham terbesar Sapura Energy.

Yang untung adalah kroni pihak tertentu yang dikatakan telah membeli aset tersebut dengan harga yang jauh di bawah pasaran.

Ke mana Rafizi menghilang?

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/06/03/sapura-energy-mula-menjual-aset-siapa-di-belakang-keputusan-itu/

Fitnah Ketiga Rafizi – LCS

Terkini Rafizi memainkan pula isu LCS dan syarikat Boustead dalam isu pembinaan kapal perang TLDM.

Fitnah Rafizi kali ini adalah selepas beratus juta duit dibayar, namun sehingga hari ini tidak ada satu kapal pun yang telah disiapkan.

Sekali lagi Rafizi cuba mengaitkan DS Najib dan DS Zahid dengan mencipta persepsi bahawa kedua-dua pemimpin itu telah melakukan penyelewengan.

Faktanya adalah sangat jauh dari fitnah yang Rafizi cuba sebarkan.

Edisi Siasat akan membuat ulasan mengenai isu ini selepas ini.

Pertama: Aset Negara Yang Di Jual Pakatan Harapan

Rakyat Malaysia jangan lupa, yang banyak menjual aset negara ketika memerintah adalah Pakatan Harapan.

Hanya dalam tempuh 22 bulan pemerintahan mereka, beratus bilion aset strategik negara sudah dijual dengan tergesa-gesa.

Bayangkan sekiranya mereka berkuasa selama 22 tahun!!!

Berikut antara senarai aset negara yang telah Pakatan Harapan jual sepanjang 22 bulan pemerintahan mereka:

  • IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018
  • Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018
  • Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019
  • Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019
Kedua: Aset Negara Yang Di Jual Pakatan Harapan
  • Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019
  • Kementerian Kewangan (MOF) umum mahu menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion
  • Boustead milik LTAT telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019
  • Pegangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019
  • DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019
Ketiga: Aset Negara Yang Di Jual Pakatan Harapan
  • Axiata milik Khazanah pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019
  • Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019
  • FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019
  • Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019
Keempat: Aset Negara Yang Di Jual Pakatan Harapan
  • Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019
  • Pegangan Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019
  • Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019
  • Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019
  • TH Plantations umum rancangan penjualan secara lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.

Senarai tersebut telah didedahkan oleh DS Najib di dalam akaun Facebook beliau.

Sila baca di sini:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid0KMFEasB1VkuP2HiyoYF9nbPJJH4ijasivSkGhV17LrkVK8AmNCSKPRiLNduDJ6gvl

Mampukah Rafizi menafikannya, atau Rafizi terkulai dan reda selepas kena pukulan ‘knocked out’ dari DS Najib?

 



Puasa Asyura 10 Muharram

Kelebihan Puasa Asyura dan Tasu’a

1. Tidak lama lagi (hari Isnin ini) kita akan bertemu dengan Hari Asyura, hari yang di mana Allah menganurgerahkan kemenangan buat Nabi Musa. Rasulullah ﷺ melihat kaum Yahudi meraikan kejayaan Nabi Musa tersebut lalu Baginda ﷺ bersabda:

فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ، فَصَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Aku lebih layak dengan Nabi Musa berbanding dengan kamu, lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan para sahabat agar berpuasa. (HR al-Bukhari)

2. Rasulullah ﷺ turut membimbing para sahabat agar berpuasa sehari sebelum hari Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan daripada amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi. Sabda Rasulullah ﷺ:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (HR Ahmad)

3. Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah ﷺ seakan lebih cenderung untuk berpuasa sehari sebelum hari Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a. Sabda Rasulullah ﷺ:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

“Sabda Rasulullah: Sekiranya tiba tahun yang akan datang insyaAllah aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah saw telah pun wafat.” (HR Muslim)

4. Rasulullah ﷺ turut menceritakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura. Perkara ini direkodkan dalam hadis Muslim yang menyebutkan:

سُئل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء ، فقال أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

“Rasulullah ditanya tentang puasa hari Asyura. Maka baginda bersabda : Sungguhnya aku mengira bahawa Allah akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.” (HR Muslim)

5. Oleh yang demikian, mari kita berpuasa pada hari Asyura (Isnin nanti) dan hari sebelum atau selepasnya. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Sunday, 7 August 2022

Renungan untuk anak lelaki.

Renungan hari ini ...semoga menjadi iktibar kepada setiap anak lelaki utk memilih bini.

*Seorang Ibu Tua menceritakan pengalamannya...
Aku memiliki 3 orang anak laki-laki, semuanya sudah menikah.

Suatu hari aku menziarahi anakku yg sulong. Tujuanku ialah ingin menginap di rumahnya bersama keluarganya.

Di pagi hari aku meminta kpd isterinya air untuk berwudhu'. Lalu aku berwudhu' dan solat. Air lebihan wudhu' aku tumpahkan ke atas katil tempat tidurku.

Ketika ia datang menghantar sarapan pagi aku berkata kpdnya, "Ananda, beginilah masalah kalau sudah tua. Semalam ibu terkencing di atas katil".

Dengan spontan ia emosi dan marah. Aku mendengar kata kata kasar, pedas dan jelek keluar dari mulutnya. Dia menyuruhku untuk mencuci dan mengeringkannya kembali. Ia juga mengancamku agar tidak melakukan itu lagi, kalau tidak..... awas!

Aku tahan kemarahanku, aku bersihkan tempat tidur itu dan aku keringkan kembali.

Hari seterusnya aku pergi ke rumah anakku yg kedua. Di sana aku juga melakukan hal yg sama.

Meledak marah isterinya dan ia memperlakukan ku seperti yang dilakukan oleh isteri anakku yang pertama. Bahkan ia mengadu kpd suaminya. Anakku diam saja,  tidak memarahi isterinya dan tidak membelaku ibunya.

Setelah itu aku pergi ke rumah anak bongsuku.

Di rumah itu aku juga melakukan hal yg sama seperti yg aku lakukan di rumah 2 orang abangnya.

Ketika isterinya datang menghantar sarapan pagi aku beri tahu dia bahwa aku semalam terkencing di atas tempat tidur.

Sambil tersenyum ramah ia berkata, "Tidak mengapa, ibu. Memang biasalah orang tua. Dulu berapa kerap kami terkencing di pangkuan ibu ketika kami masih kecil".

Kemudian ia bersihkan tempat tidur itu, ia keringkan dan ia beri wangian.

Siang hari itu aku berkata kpdnya, "Ibu punya seorang teman. Ia minta tolong ibu belikan perhiasan emas untuknya, tapi ibu tidak tahu macamana ukurannya. Orangnya sama sepertimu ini. Tolong berikan kpd ibu ukuran tanganmu".

Setelah mendapatkan ukuran yg ia inginkan orang tua itu pergi ke kedai membeli perhiasan emas yg banyak kerana ia punya wang yg banyak.

Kemudian ia panggil semua anak dan menantunya untuk datang ke rumahnya. Ia keluarkan semua perhiasan emas yg sudah dibeli lalu ia ceritakan perihal sebenarnya bahwa ia sengaja menumpahkan air di atas tempat tidur. Tidak ada ia terkencing waktu tidur.

Ia panggil isteri anaknya yg bongsu, lalu ia pakaikan perhiasan itu kpdnya dan berkata, "Inilah anakku tempat aku bersandar nanti ketika aku sudah semakin tua. Aku akan menghabiskan sisa-sisa umurku bersamanya".

Hampir saja 2 orang isteri anak pertama dan keduanya pingsan menahan malu dan sesal.

Ibu tua itu berkata kpd anak-anaknya, "Seperti inilah nanti perlakuan anak-anak kamu kpd kamu ketika kamu sudah tua. Bersiap-siaplah untuk menyesal pada hari itu sebagaimana menyesalnya aku atas letihnya aku mengasuh kalian dari kecil.

Adik kamu ini akan hidup bahagia dan akan menemui Tuhannya dalam keadaan gembira. Kamu berdua tidak mendapatkan perkara seperti ini dari isteri-isteri kamu kerana kamu tidak mendidik mereka tentang harga seorang ibu".

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَالِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

“Yaa Allah, ampunilah dosa-dosaku, dan dosa kedua orangtuaku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku pada waktu aku kecil”

Wallahua'lam..

Babi La Lu Rafizi

Kelakar! 

Pakatan yang letakkan pakar elefen yang kelayakan utamanya ialah tak habis kursus kulinari sebagai Menteri Pertahanan tuduh saya lemahkan pertahanan negara?

Apa yang PH buat untuk perkuatkan pertahanan negara semasa mereka memerintah. Aset pertahanan mana yang ditambah? Berapa jumlah anggota keselamatan yang ditambah ataupun dikurangkan?

Lalu dia kata saya fitnah bahawa kerajaan PH tak jual aset negara.

Dia Melayu tak? Dia faham apa maksud "fitnah"?

Fitnah ialah orang yang tuduh Tabung Haji bankrap lalu sebabkan ramai keluarkan duit dari TH untuk lemahkan TH dan hilang tempat Haji. 

Amat berdosa sekali menjadi punca mereka yang telah tunggu bertahun-tahun untuk hilang tempat tunaikan ibadah Haji.

Lalu dia didapati bersalah dari segi prima facie memfitnah TH dan diarahkan untuk bela diri tetapi kesnya ditarik balik dan digugurkan oleh Tommy Thomas.

Kes TH Itu benar-benar fitnah.

Biar saya nyatakan beberapa fakta. 

Jika tak puas hati dan kata saya bohong, Raja Formula Songsang yang pernah mengaku tugas sebenarnya ialah untuk hasut Rakyat tiap-tiap hari boleh suruh gang kamu buat laporan polis beramai-ramai.

1. Nilai Ringgit Malaysia tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.

2. Indeks Bursa Malaysia tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.

3. Kadar pertumbuhan tahunan ekonomi tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.

4. Defisit kerajaan serta nisbah hutang kepada KDNK tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.

5. Penarafan antarabangsa kredit Malaysia dan Petronas (sebab banyak menjarah) turun selepas PRU14 dan tak pernah memulih ke tahap sebelum PRU14.

6. Indeks kebahagiaan dan juga nisbah Gini Malaysia (yang menggambarkan kesamarataan pendapatan) tak pernah memulih ke tahap sebalum PRU14.

7. Kadar dividen dan Hibah tabung-tabung simpanan utama Rakyat seperti LTAT (anggota keselamatan), Tabung Haji, KWSP dan ASB tak pernah memulih ke tahap yang tinggi sebelum PRU14.

8. Nilai aset Khazanah Nasional tak pernah memulih sekali pun ke tahap sebelum PRU14.

Semasa saya PM dan pengerusi Khazanah Nasional, nilai aset bersih naik hampir 4 kali ganda dari RM32b ke RM116b.

Tetapi jatuh mendadak selepas PRU14 dan tak pernah sekali pun pulih ke paras sebelumnya.

Saya fitnah PH jual aset negara? 

Adakah senarai penjualan aset negara ini fitnah ke?

1. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018 

2. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018

3. Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019 

4. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019 

5. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019 

6. Kementerian Kewangan (MOF) umum mahu menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion 

7. Boustead milik LTAT telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019

8. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019

9. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019

10. Axiata milik Khazanah pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019 

11. Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019

12. FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019 

13. Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019

14. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019

15. Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019 

16. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019

17. Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019

18. TH Plantations umum rancangan penjualan secara lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.

Belum masuk lagi hotel-hotel TH dan aset-aset lain yang dijual

Saturday, 6 August 2022

Sunnah Nabi Itu Super


SUNNAH NABI ITU MEMANG SUPER

1). Buang air besar duduk, beresiko tinggi terkena wasir/ambeien. BAB jongkok lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

2). Kencing berdiri beresiko prostat dan batu ginjal. Kencing jongkok lebih bersih dan menyehatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.

3). Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyehatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.

4). Makan dan minum berdiri dapat mengganggu pencernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyehatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.

5). Makan di kursi, masih kurang menyehatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.

6). Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi lambung, karena ada reaksi asam. yang sehat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.

7). Tidur tengkurep tidak bagus untuk kesehatan, bahkan itu tidurnya syetan. Tidur menghadap kanan lebih menyehatkan, dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.

8). Banyak Rahasia Sunnah yang telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesehatan. Benarlah yang dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.

9). Seorang dokter Eropa berkata:
“jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi, dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi dokter karena tidak ada pasien.“

Masya Allah..

Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab-adab sehari tapi seluruh apa yang telah Rasulullah tetapkan dalam Islam “Mau yang disukai atau tidak.“

بَارَكَ اللهُ فِيْك


Friday, 5 August 2022

MENGAPA MONYET² MARMOSETS PH DAN JKOM NI JADI BANGANG PERCAYA CAKAP RAFIZI

◾ MENGAPA MONYET² MARMOSETS PH DAN JKOM NI JADI BANGANG  PERCAYA CAKAP RAFIZI😁🤭

RAFIZI DAN PENYOKONG MEREKA FIKIR NAK BUAT KAPAL PERANG SAMA SEPERTI JKOM DAN RAFIZI BELI ROKOK DI KEDAI RUNCIT KE

SEBAGAI CONTOH 

KAPAL SELAM SCORPENE

KONTRAK PEMBELIAN DI TANDATANGANI PADA TAHUN 2002 

TETAPI 

KITA TERIMA KAPAL SELAM PADA TAHUN 2009

BEGITU JUGA DENGAN KAPAL LCS

WALAUPUN KONTRAK DI TANDATANGANI PADA TAHUN 2012 

TETAPI

DI SEBABKAN PERBUATAN KHIANAT MAHATHIR DAN PAKATAN HARAPAN PADA TAHUN 2015 BAGI RASUAH USD5 JUTA KEPADA DOJ UNTUK

SERANG NAJIB DAN 1MDB 

MAKA

USA TELAH KENAKAN EMBARGO TERHADAP MALAYSIA

AKIBATNYA 

BUKAN SAHAJA PERALATAN KAPAL LCS SAHAJA DI HALANG MASUK KE MALAYSIA

MALAH 

HASRAT BRUNEI NAK BAGI HADIAH HELIKOPTER BLACKHAWK S-70i KEPADA MALAYSIA PUN DI HALANG

🔸 ANTARA PERBUATAN KHIANAT MAHATHIR DAN PAKATAN HARAPAN

PADA TAHUN 2015 BRUNEI NAH HADIAHKAN KEPADA MALAYSIA HELIKOPTER BLACKHAWK PUN DI KENAKAN EMBARGO

⏩ Brunei Confirms Transfer of Blackhawks - Malaysian Defence

https://www.malaysiandefence.com/brunei-confirms-transfer-of-blackhawks/

~Linaa~


Thursday, 4 August 2022

Tragedi Pengkalan Feri Butterworth



Genap 34 tahun berlalu tragedi yang pernah mengemparkan seluruh warga Malaysia dan lebih-lebih lagi warga Pulau Pinang, apabila Terminal Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth runtuh pada 31 Julai 1988.

Kami ingin berkongsi satu kisah tragedi yang mengorbankan hampir 32 nyawa serta mencederakan kira-kira 1,700 mangsa lain.Pelantar jeti yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian kerana ada 2 perayaan keagamaan penganut Kristian dan Buddha.

Bukan setakat pengunjung dari seluruh Malaysia,malah Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut datang ketika itu.Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung ‘serbuan’ 10,000 penumpang.Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai dari papan tebal.Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah.

Pangkalan ini ada dua tingkat.
Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk.Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth keluar dan masuk.Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh.
Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah.Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan.Kenderaan di bawah remuk.

Keadaan mulai menjadi kelam kabut apabila feri dari Pulau Pinang mula merapati jeti dengan orang ramai yang berada di terminal berkenaan terus meluru ke hadapan.Tidak lama selepas itu,kawasan berkenaan bergegar dan pelantar jeti mulai runtuh seterusnya bermulalah permulaan bagi babak tragedi hitam itu.

Sedetik kemudian,bergema suara jeritan ribuan mangsa yang kesakitan termasuk kanak-kanak,wanita dan warga tua. Suasana mula bertukar kelam-kabut, masing-masing hilang punca dan cemas. Ramai mangsa terperangkap dihempap kayu pelantar.Jasad terbaring di mana-mana dan darah terpercik ke merata arah.

Berpuluh mangsa terjatuh, maut di situ juga.Bunyi riuh rendah dan kalut apabila orang ramai kelam-kabut ingin keluar segera dari kawasan berkenaan kerana menyangka pelantar itu akan terus runtuh dan tenggelam di dalam air.

Kini, mungkin generasi muda termasuk yang dilahirkan di Pulau Pinang sudah tidak mengingati lagi kejadian itu. Masakan tidak, 34 tahun terlalu cepat meniti waktu; seorang bayi ketika itu juga sudah berubah menjadi dewasa.

Ini saja boleh kongsikan,Tragedi Runtuhan Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, 31 Julai 1988.


Kenapa Mahathir dengki dengan Najib

By Najib Razak

Ramai yang tanya kenapa PM4 dan PM7 amat dengki dengan saya.

Kenapa dia selalu fitnah saya, memburuk-burukkan saya dan menyalahkan saya sebelum dan selepas PRU14.

Pelbagai gelaran diberi oleh dia terhadap saya. Berulang-ulang dia sebut.

"Penyamun. Perompak. Penyanggak. Pembunuh. Penzina"

Selama ini saya bertahan.

Saya cuba untuk tutup mulut kerana saya masih menghormati dia.

Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua. 

Lebih-lebih lagi, saya tidak boleh menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana ianya dia pernah menyokong saya menjadi Perdana Menteri.

Namun, saya berpendapat dia tidak akan henti untuk menghina, membenci dan memfitnah saya.

Minggu lepas, dia melampau batas sekali lagi di dalam mesyuarat dalaman dengan pemuda PPBM yang mereka tersilap siarkan secara live dalam FB.

Di dalam siaran tersebut, PM ke-7i mengaku bahawa sebab utama PPBM diwujudkan dan kenapa dia berpakat dengan DAP ialah untuk menjatuhkan saya.

Lepas itu, PM 7i sekali lagi mengulangkan fitnah-fitnah dia terhadap saya termasuk menggelarkan saya sebagai pembunuh dan penzina.

Oleh itu, saya rasa ianya tiba masa untuk Rakyat Malaysia mengetahui cerita sebenar kenapa dia amat benci dengan saya.

Apa yang berlaku selepas dia menjadi PM ke-7 juga merupakan petunjuk kenapa dia benci saya.

Ada yang kata PM ke-4 tidak suka dengan saya kerana saya tak sokong anak dia dalam pemilihan UMNO pada akhir tahun 2013 selepas PRU13 untuk menjadi Naib Presiden.

Memang benar bahawa saya tak sokong dia dalam pemilihan tersebut. 

Kerana masa itu, saya baru lantik dia menjadi Menteri Besar Kedah. 

(Saya sendiri pernah menjawat sebagai Menteri Besar Pahang selama 5 tahun sebelum melangkah ke kerajaan persekutuan.)

Sebelum dilantik Menteri Besar Kedah, anak dia tidak pernah menjadi Menteri penuh - tetapi sekadar Timbalan Menteri sahaja.

Sebab itu,  pendapat saya ialah dia patut mengambil peluang untuk berjasa sebagai Menteri Besar untuk menambah pengalaman terlebih dahulu.

Namun, mereka tidak bersependapat dengan saya dan secara tiba-tiba anak PM ke-4 umum dia akan bertanding sebagai Naib Presiden UMNO. 

Selepas mereka kalah tipis dalam pemilihan, mereka menyalahkan saya kerana saya tidak menyokong.

Selepas pemilihan tersebut, PM ke-4 marah sehingga meletakkan jawatannya sebagai penasihat PETRONAS pada 2 Disember 2013 - iaitu semasa perhimpunan Agong UMNO 2013.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-lepaskan-jawatan-penasihat-petronas-26289

(Memang corak dia untuk letak jawatan apabila dia terlalu marah. Alasan yang diberikan dia kenapa letak jawatan masa itu ialah dia tak sihat kerana sudah terlalu tua. Namun, dia mengambil jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Proton dua bulan kemudian pulak.)

Selain kes anak dia kalah dalam pemilihan, ada beberapa lagi sebab utama kenapa PM ke-4 marah dengan saya.

Saya rasa cara terbaik ialah untuk menjelaskan ialah untuk menggunakan alasan-alasan yang dia sendiri beri pada bulan Ogos 2014 apabila dia umumkan secara rasmi bahawa dia tidak lagi sokong saya.

Masa itu, dia tak pernah menyebut 1MDB ataupun menuduh saya sebagai perompak, penyamun, pembunuh atau penyangak sebagai alasan kenapa dia tarik sokongan terhadap saya.

Alasan utama yang dia beri ialah dia tidak bersetuju dengan saya dan tak berjaya mengubah keputusan saya sebagai PM.

Cuba baca alasan-asalan dia masa itu kenapa dia tarik sokongan.
18 Aug 2014: MENEGUR:
http://chedet.cc/?p=1438

Saya akan jelaskan satu-persatu.

"23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. 

Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib."

"24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur."

NAJIB: Selepas dia menyalahkan saya atas kekalahan anak dia dan meletak jawatan, hubungan kami sudah rosak dan kita jarang bertemu dalam tempoh 6 bulan itu.

Sebelum itupun, sudah beberapa kali saya tolak permintaan dia kerana saya rasa ianya bukan keputusan terbaik untuk Rakyat dan negara.

Satu contoh ialah saya tolak permintaan dia untuk menswastakan MAS kepada seorang ahli perniagaan yang dekat dengan dia.

18 Aug 2013: Dr M: Privatisation can make MAS profitable
https://www.thestar.com.my/news/nation/2013/08/18/dr-mahathir-mas-privatisation/

"25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng."

NAJIB: Saya rasa undang-undang itu sudah lapuk dan tidak adil kerana memberi kuasa yang terlampau besar kepada kerajaan dan boleh disalahgunakan.

Namun saya menggantikan ISA dengan SOSMA dan undang-undang buang negara dengan POTA dan POCA yang lebih adil.

(Selepas itu pula, PM ke-4 tuduh SOSMA lagi zalim berbanding ISA pulak walapun peruntukkan dalam undang-undang tersebut ternyata lebih adil dan ianya juga dikekalkan dalam kerajaan PH dan tidak pernah dimansuhkan)

"26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama."

NAJIB: Ini berhubung dengan Jambatan bengkok yang pernah diusahakan oleh PM ke-4 namun tidak berjaya. 

Lalu dia salahkan saya kenapa saya tunduk kepada Singapura.

Saya pernah cuba untuk menghidupkan projek ini tetapi ianya telah ditolak oleh kerajaan Johor dan kerajaan Singapura.

Jika negara Singapura tak mahu, apa yang kita boleh buat? 

Takkan kita nak berperang dengan mereka atau bergaduh dengan negara jiran selama berpuluh tahun kerana satu jambatan bengkok?

Kita perlukan persetujuan dari mereka jika mahu bina jambatan baru.

Selepas PRU14, kerajaan PH semasa dia PM7 pun pernah menghidupkan semula projek Jambatan Bengkok ini dan sekali lagi PM7 tidak berjaya.

12 Dis 2018: Johor tetap mahu bina jambatan bengkok - MB
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/497269/johor-tetap-mahu-bina-jambatan-bengkok-mb

"28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara."

NAJIB: PM ke-4 marah dengan saya kerana BR1M. Dia langsung tidak bersetuju dengan BR1M dan tuduh ini adalah rasuah ataupun "cash is king".

Tetapi BR1M pula diteruskan di bawah kerajaan PH pulak dan ianya tidak lagi digelar rasuah atau dedak.

Malah, PM ke-7i pula menambah BR1M sebanyak RM150 dalam pakej rangsangan ekonomi dia pula.

"29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan."

NAJIB: Ini berhubung dengan PROTON.

Selepas dia letak sebagai penasihat Petronas pada Disember 2013, PM ke-4 menjadi pengerusi eksekutif PROTON dan antara tugas utama dia ialah untuk meminta geran percuma RM3 bilion untuk Proton dari kerajaan.

May 30, 2014: Edge Weekly: Dr Mahathir as Proton chairman sparks debate
https://www.theedgemarkets.com/article/edge-weekly-dr-mahathir-proton-chairman-sparks-debate

Just two months ago, Minister of International Trade and Industry (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed confirmed that Proton had requested a grant, but said it was not an unusual practice among local industry players. While he did not disclose the amount, it reportedly was as much as RM3 billion, although this was denied by Proton.

Selepas itu, permintaan Geran kerajaan diturunkan kepada RM1.7 bilion oleh Proton.

21 July 2014: Proton requesting RM1.7 billion in funding – reports
https://paultan.org/2014/07/21/proton-requesting-rm1-7-billion-funding-reports/

Pada masa itu, ianya sukar untuk kerajaan BN dulu memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang sudahpun 100% milik swasta.

Lagipun, pendapat kita ialah jikapun kita memberi Geran begitu besr itu ianya masih sukar untuk Proton untuk menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baru kerana pasaran tempatan terlalu kecil.

Setelah geran ini ditolak sekali lagi, PM ke-4 pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan Ogos 2014.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

NAJIB: PM ke-4 juga membantah keras dasar gaji minima kita masa itu kerana dia kata ianya akan meningkatkan kos kepada kilang-kilang serta pelabur-pelabur dan menjadikan negara yang tidak kompetitif.

Namun saya tidak bersetuju kerana saya tidak mahu Malaysia kompetitif pada segi kos rendah sahaja. Saya juga amat tak senang dengan jurang pendapatan antara yang miskin dengan yang kaya.

Visi saya ialah untuk kita menjadi negara maju yang kompetitif berdasarkan innovasi dan produktiviti - buka kerana kita kos rendah.  

Lagipun, Negara maju mana yang gaji rakyat mereka amat rendah?

NAJIB: Itulah alasan-alasan yang diberi oleh PM ke-4 semasa dia tarik sokongan terhadap saya.

Tak adapun dia kata saya "Penyamun. Perompak. Penyanggak. Pembunuh. Penzina" pun.

Selepas dia tarik sokongan terhadap saya pada bulan Ogos 2014, dia mula mengambil langkah untuk menjatuhkan saya sebagai PM kerana dia mahu seorang PM yang akan patuh 100% kepada kehendak dia dan kawan-kawan dia.

Lalu pada awal tahun 2015, PM ke-4 pun bertemu dengan Clare Brown di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menggunakan isu 1MDB untuk menyerang saya.

Dengan pertolongan dari ketua-ketua institusi negara yang dilantik semasa dia PM ke-4, dia akhirnya berjaya menjatuhkan saya sebagai PM.

(Lalu ketua-ketua institusi ini dilantik ke jawatan-jawatan lumayan di bawah kerajaan PH)

And the rest is history.

Itulah kisah benar apa yang pernah berlaku tanpa sebarang fitnah.

Walaupun saya dan keluarga saya dianiaya, dihina dan diseksa dengan begitu hebat sejak PRU14 ini, saya tetap tidak berdendam dengan dia dan tetap hormati serta menghargai jasa dia terhadap saya dan negara masa dahulu.

Agama saya ajar saya untuk tidak berdendam.