Tuesday, 22 February 2022

Kuaci

Bukan sekadar makanan ringan, anda perlu tahu kuaci sebenarnya ada banyak nutrisi

KUACI sering menjadi pilihan ramai sebagai makanan ringan ketika menonton televisyen atau berbual bersama rakan-rakan.

Sebenarnya kuaci bukan sekadar makanan ringan tetapi termasuk dalam kumpulan makanan yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan.

1. Menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula

Biji bunga matahari dapat membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah kerana ia mengandungi vitamin E, magnesium, protein dan asid lemak linoleat.

2. Mengurangkan keradangan

Keradangan kronik merupakan risiko kepada pelbagai penyakit seperti peningkatan kadar inflamasi protein C-reaktif dalam darah yang berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Dalam sebuah kajian terhadap 6,000 orang dewasa, mereka yang makan kuaci lima kali seminggu memiliki tingkat protein C-reaktif 32 peratus lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak memakannya.

3. Melawan penyakit jantung

Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung yang dapat menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Senyawa dalam biji bunga matahari diketahui dapat menghalang enzim yang menyebabkan pembuluh darah tersekat. Akibatnya, ia dapat membantu pembuluh darah menjadi longgar dan menurunkan tekanan darah.

4. Melawan diabetes

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Nutrion pada 2012 menunjukkan bahawa individu yang makan 30 gram kuaci setiap hari dapat mengurangkan gula dalam darah sebanyak 10 peratus dalam enam bulan, berbanding diet biasa.

Kajian lain pula mendapati menambahkan kuaci ke dalam makanan seperti roti dapat membantu mengurangkan kesan karbohidrat pada gula dalam darah.

Protein dan lemak kuaci melambatkan pengosongan perut serta melepaskan gula kepada berperingkat berbanding karbohidrat.

5. Menguatkan sistem imunisasi

Kuaci adalah sumber vitamin dan mineral yang dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh serta meningkatkan kemampuan melawan virus.

artikel oleh #mstar

Kuaci merupakan salah satu kacang yang digunakan di dalam Arabian FitBar ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

๐Ÿ”ถ️ dapatkan Arabian Fitbar anda melalui Store shoppe kami :
 https://shopee.com.my/Arabian-Protein-fitbar-i.98973454.15536722359?sp_atk=b0dec184-8e5c-4b39-803d-b3d31fa317a7


Saturday, 12 February 2022

Realiti dan Persepsi

REALITI DAN PERSEPSI

February 12, 2018 

*Oleh: Azman Hussin *
 
◾ *Anda ingin menukar kerajaan  ??*

◾Saya mahu bertanya anda beberapa soalan Adakah kerajaan hari ini menzalimi
anda?

◾Anda mungkin menjawab ya, kerajaan menindas anda. Tetapi, anda tentu tidak
dapat menjawabnya secara spesifik apa kezaliman itu. Anda mungkin menjawab isu-isu
seperti GST, Felda, kenaikan harga barang-barang, 1MDB dan pelbagai cerita yang dibawa
oleh pembangkang.

◾Nanti dulu, isu-isu itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda, kecuali GST
dan kenaikan harga barang-barang. Dan dua isu ini saya akan terangkan kemudian.

◾Jadi, saya mahu bertanya anda lebih lanjut lagi, adakah kerajaan merampas harta
benda anda?

*Tidak, bukan?*

◾Adakah di negara ini anda sukar mendapat pekerjaan?

◾Tentu anda tidak dapat menafikan di negara ini banyak pekerjaan kerana ramai
pendatang asing masuk bekerja di sini.

◾Adakah anda tidak dapat menjalankan kehidupan sebagai seorang Islam?
Tidak, bukan? Di mana-mana masjid didirikan dengan megah dan anda dapat
menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dengan selesa. Bahkan orang-orang bukan Islam juga bebas mengamalkan agama mereka.

◾Adakah di negara ini tidak ada kebebasan bersuara?

◾Jangan berbohong. Di negara ini, ironinya, anda bebas menyatakan apa saja,
melainkan ia jelas menyalahi undang-undang. Anda bebas mengkritik, mengutuk dan
mempersoalkan kerajaan. Sebaliknya anda telah menyalahgunakan kebebasan bersuara ini.

◾Buktinya jelas, berapa ramai yang dikenakan hukuman kerana melampaui batas dengan
melakukan fitnah.

◾Kebebasan bersuara sebenarnya lebih jelas apabila akta ISA juga telah dimansuhkan.
Adanya hukuman kepada yang memfitnah bukannya bermakna kerajaan menutup
kebebasan bersuara. Di mana-mana negara pun, jika anda menfitnah anda akan dikenakan hukuman.

◾Apakah ada rakyat Malaysia yang tidak cukup makan dan kebuluran?

*Tidak ada, bukan?*

◾Adakah di negara ini terdapat kes orang melakukan jenayah kerana terdesak mahu
memenuhi keperluan hidup?

◾ *Tidak ada, bukan?*
 Melainkan ramai orang melakukan jenayah kerana mahu hidup
mewah dengan cara yang mudah. Kalau pun ada, ia adalah kes terpencil yang tidak boleh
dijadikan hujah bahawa kehidupan di negara ini susah. Kerajaan juga menyediakan bantuan kepada golongan yang susah.

◾Adakah kemahiran dan kebolehan anda dinafikan?

◾Tidak, bukan? Setiap orang bebas memilih apa yang dimahukannya.

◾Adakah anda dihalang membina kekayaan?

*Sudah tentu tidak.*

◾Jadi, apa lagi yang tidak kena dengan negara ini?

◾Apakah ada pemimpin negara ini membunuh secara kejam rakyatnya seperti di
negara lain?

*Tidak ada, bukan?*

◾Adakah anak-anak isteri anda dilarikan pemimpin sebagaimana yang berlaku pada
zaman-zaman Melayu lama dahulu?

*Tidak ada, bukan?*

◾Adakah anda berasa tidak selamat berada di negara ini?

◾Anda masih boleh bersiar-siar ke mana-mana tanpa rasa terancam. Ia tidak seperti di
negara-negara lain yang bergolak.

*Semua ini tidak ada, bukan?*

◾Jadi, apa lagi dakwaan-dakwaan lain?

◾Berkenaan GST, sekiranya anda fikir GST 6% itu menzalimi anda, bagaimana pula
dengan negara lain yang mengenakan cukai lebih tinggi? Tolong jawab kepada saya.

◾Kenaikan harga barang-barang? Jika ini anda anggap sebagai kezaliman, anda
sebenarnya tidak memahami perkara ini. Di mana-mana negara tidak ada penurunan harga barang-barang. Setiap masa harga barang-barang naik seiring dengan perkembangan ekonomi.

◾Apakah lagi kezaliman kerajaan yang anda dakwa?

◾Malah pelbagai perkara telah kerajaan lakukan untuk membantu rakyat. Bantuan
Rakyat 1 Malaysia, contohnya.

◾Anda mungkin akan membebel kepada saya isu-isu besar yang dibawa oleh
pembangkang. Saya boleh katakan ia tidak ada kaitan langsung dengan anda. Tetapi, anda mungkin akan menjawab ia akan menjejaskan negara. Negara akan bankrap kerana urustadbir yang salah.

◾Jadi, saya mahu bertanya, di negara manakah yang kerajaannya terlepas daripada
tuduhan-tuduhan yang sebegini? Saya tidak menafikan ia langsung tidak berlaku di negara ini, tetapi perkara ini adalah sebati dengan mana-mana kerajaan pada zaman moden ini.

◾Mesti ada ketirisan, penyelewengan dan salahlaku. Bahkan ia juga berlaku di Pulau Pinang dan Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang.

◾Jika anda fikir menukar kerajaan akan mengelakkan perkara ini, ia sebenarnya suatu
khayalan dan utopia anda semata-mata. Tidak ada kerajaan yang seratus-peratus bersih di dunia hari ini. Hiduplah dalam realiti.

◾Maka, sekarang saya mahu anda bertanya pada anda sendiri, apakah sebenarnya kezaliman kerajaan ke atas anda?

Sebenarnya perkara ini mengingatkan saya pada tulisan motivator terkenal, Dr Ibrahim Elfiky dalam bukunya yang bertajuk Quwwat al-Tafkir, 2008. Di dalam buku itu beliau 
menceritakan berkenaan seorang wanita muda yang mahu bercerai dengan suaminya.

◾Dalam sesi kaunselingnya, beliau telah bertanya kepada wanita muda itu pelbagai
soalan. Adakah si suami memukulnya? Adakah si suami tidak memberikannya nafkah?
Adakah si suami mengasari anak-anak mereka? Apakah si suami menyimpan perempuan lain? Apakah si suami pemabuk?

◾Wanita muda itu menjawab, semua perkara itu tidak berlaku. Si suami adalah
seorang lelaki yang baik, tidak pernah berkasar, setia, memberikan belanja yang cukup. dan selalu lemah lembut.

◾Jadi, kenapakah dia mahu bercerai?

◾Si wanita muda itu menyatakan kerana si suami tidak lagi meluangkan masa
dengannya seperti dulu. Tetapi, selepas dia menjawab soalan-soalan tadi, dia baru tersedar yang suaminya sememangnya seorang lelaki yang baik. Soalan-soalan yang jelas itu memecahkan segala kekeliruan dan persepsi dalam mindanya.

◾Realitinya, hanya kerana sebab yang remeh-temeh seperti itu, si wanita mahu
bercerai. Dr Ibrahim menyatakan lelaki yang baik seperti si suami itu sebenarnya adalah
idaman ramai wanita lain di luar sana.

◾Mesejnya, manusia lebih cenderung memikirkan perkara-perkara yang negatif, dan
mereka tidak melihat sudut-sudut positif.

◾Begitu jugalah rakyat Malaysia hari ini. Mereka melihat sisi-sisi negatif kerajaan, dan
apabila ditanya seperti soalan-soalan di atas tadi, mereka tidak dapat menunjukkan
kezaliman-kezaliman kerajaan. Mereka hidup dalam ilusi dan persepsi semata-mata.
Mereka akan tersedar apabila kita bertanya secara jelas.

◾Kepada rakyat yang sebegini, jika semuanya diberikan percuma sekali pun, mereka tetap tidak akan bersyukur. Maka bagaimana mereka mahu berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini telah melakukan pelbagai perkara yang baik untuk rakyat.

◾Seperti si suami tadi, negara ini juga sebenarnya impian ramai rakyat negara jiran.

◾Malangnya, rakyat Malaysia sendiri tidak mensyukuri kemakmuran negara yang
sedang mereka nikmati di bawah pentadbiran kerajaan sekarang ini sehingga mahu
menukar kerajaan baru.

◾ *Berfikirlah, jangan hidup dalam khayalan dan persepsi-persepsi.*

Tuesday, 8 February 2022

Di alam kubur

Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..
Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
pipi kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.
Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..
Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijak²nya kubur.
Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang..
Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.
Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.
"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"
Suami memanggil si isteri,
“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”
Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..
Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.
Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita balik..
Kita panggil anak²,
tapi tak dengar..
Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.
Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,
"Hai manusia!"
Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”
"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..
Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.
Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".
Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".
Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".
Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.
Jagalah solat kita.
Allahuakbar!
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)
Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.
Aamiin Ya Robbal'aalamiin.
Semoga bermanfa'at.
“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang pula sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.

~ Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada penulis ASAl~

#nasehatDiri

Monday, 7 February 2022

TUDUH NAJIB TAK MALU , MAHATHIR KECEWA KES REKAANNYA TERHADAP NAJIB TIDAK DIPEDULI RAKYAT

TUDUH NAJIB TAK MALU ,  MAHATHIR KECEWA KES REKAANNYA TERHADAP NAJIB TIDAK DIPEDULI RAKYAT

ISNIN: 7 Feb - Sebaik sahaja Mahathir sihat dan boleh bercakap, terus dia tidak tunggu masa lagi untuk serang Najib.

Lim Guan Eng ada, Lim Kit Siang ada, Muhyiddin ada, Anwar ada, Ismail Sabri pun ada, tapi Mahathir pilih Najib juga.

Bukan susah untuk berfikir, Najib adalah Perdana Menteri yang terbaik negara pernah lahirkan selain Tun Razak.
https://www.facebook.com/groups/625240090982317/permalink/2002822936557352/

Malah Ketika Mahathir jadi Perdana Menteri kali kedua pun, Mahathir dan DAP hidup atas ihsan Najib Razak.

Dianggarkan sekitar RM120 bilion aset yang kerajaan Pakatan Harapan jual adalah hasil carian Najib.
 
Ketika Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, dia memikul beban hutang peninggalan Tun Mahathir.

Malah membatalkan projek Jambatan bengkok pun kerajaan Abdullah kena bayar pampasan hampir RM900 juta kepada kroni Mahathir.

Itu lah beban hutang diwarisi oleh Pak Lah @ Tun Abdullah.

Tapi, berbanding Mahathir, dia seronok menjual harta kekayaan negara serta aset peninggalan Najib.

Kesemua aset yang di jual dan digadai oleh kerajaan Mahathir datang dari carian Najib, namun hanya hutang sahaja yang Mahathir sebut, keuntungan dan aset aset Mahathir tidak puji.
https://www.facebook.com/100009879041409/posts/1573162513023035/

Berbalik kepada kenyataan Mahathir, Najib dan penyokong berasa tidak malu konon Najib itu perompak dan tidak malu menyokongnya.

Mahathir sebenarnya ketinggalan zaman dan bercakap umpama radio usang.

Ini bukan zaman pembunuhan Memali dan zaman BMF Auditor penyiasat skandal BMF mati di bunuh.

Ini zaman maklumat hujung jari.

Mahathir dan PH sangka sumbat sahaja kes kepada mulut rakyat , maka mereka akan terus jadi bodoh dan dungu.

Kali ini rakyat bermaklumat, berpengetahuan dari Media utama dan Media sampingan.

Jika dulu sumbat sahaja cerita versi kerajaan berkenaan pembunuhan orang Islam Memali maka rakyat akan dengar.

Sumbat sahaja kisah auditor siasat skandal BMF Mahathir mati dibunuh, terus di terima begitu sahaja.

Kali ini, sebaik sahaja Mahathir dan DAP menipu manifesto, terus rakyat tidak lagi percaya apa sahaja yang datang dari Mahathir dan DAP.

Pada mula kemenangan PH pada PRU14, mereka masih terus menang beberapa PRK selepasnya.

Sehingga PH ghairah tunggu SPR cari Kawasan untuk dibatalkan kemenangan UMNO.

Kemudian , selepas rakyat sedar Mahathir menipu manipesto dan masih cuba rasuah rakyat dengan cerita 1MDB , terus satu persatu Kawasan dimenangi semula oleh Barisan Nasional sehingga tujuh Kawasan berturut turut.
https://www.facebook.com/100009879041409/posts/1201084860230804/

Kemudian rakyat tolak Mahathir, PH dan Bersatu di dua PRN Melaka dan Sarawak.

Semenjak itu kisah dan kes 1MDB hanya laku kepada penyokong PH dan mereka yang tidak tahu ditipu oleh PH.

Rakyat dan ahli UMNO terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najb Razak dan tidak berpaling lagi.

Maka , sebutan “malu” yang keluar dari mulut Mahathir hanya sesuai untuk diri Mahathir sahaja.

Penyokong Najib tahu betapa kes direka untuk Najib sahaja, terlalu banyak pincang pada kes Najib dari segi pembuktian, saksi, dan maklumat maklumat yang disembunyikan.

Selain itu, kisah para hakim, dan peguam semua dalam pengetahuan rakyat dan penyokong Najib.

Mereka bukan seperti penyokong Mahathir yang tuli, pekak dan buta.

Baik berkenaan Pulau Batu Puteh, Zeti Akhtar, Kehilangan Forex ,Semburit dan sebagainya.

Maka, Mahathir harus simpan sahaja perkataan “Malu” untuk diri sendiri , itu pun jika ada perasaan malu.

Ini era poitik moden MEDSOS, tipu jam 9 .00 pagi, jam 9.15 satu dunia sudah tahu.

Mahathir sahaja yang ketinggalan zaman.

Sunday, 6 February 2022

*INI JAWAPAN NYA, KENAPA PH KALAH TERUKKK DLM PRN MELAKA*

*INI JAWAPAN NYA, KENAPA PH KALAH TERUKKK DLM PRN MELAKA*

**BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA* 
 *(agar ular DAP tak patuk dua kali)*

Dr bilik sebelah ni๐Ÿ‘‡

Jasa DAP kpd Melayu dan Bumiputra
GC c GC
DAP/PH pandai gunakan kuasa sepenuh bila dah menang PRU14. (Tok Det, Wan Azizah, parti Bersatu PKR dan PAN tak berani kacau Big Brader Tokong) 

1) Pecat 17,OOO pegawai dan kaki tangan kontrak.

2) Hapuskan JASA, BTN,SERANTA,SPAD.

3)  Pindahkan asset TH RM19bn ke sykt bawah MOF.

4)  Teo Nee Ching wujudkan Petugas Khas utk kaji pendidikan Islam dan yg bukan Islam boleh bagi pendapat.

5) Jual asset LTAT termasuk hotel 5 bintang

6)  76% asset ladang TH (80,000 ekar) dijual dan dlm proses.

7)  AG Thomas gugurkan semua dakwaan melibatkan orang mereka.

8)  Beri bantuan pada sekolah swasta dan kolej Cina yang berkiblat ke Taiwan dan guna sijil UEC.

9) Potong peruntukan sekolah kebangsaan lebih dari RM500 juta. Dana diberi kpd Sekolah Cina dan India

10)  Jual asset ladang gula Felda di Perlis

11)  Jual asset2 strategik Khazanah.

12)  Batalkan peruntukan RM2.5bn untuk bina sekolah di Sabah dan Sarawak 

13)  Mahu hapuskan elaun kritikal dan pencen Penjawat Awam.

14)  Program PLKN dibatalkan.Kem2 PLKN ditutup. 

15)  Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan kutipan org awam lebih RM200 juta.

16)  Ganti GST dgn SST yg penuh dengan ketirisan.

17)  Refund cukai pada pengelak cukai.

18)  Pecat 45,000 kakitangan pencuci dan sekuriti sekolah yang melibatkan lebih 1600 sykt.

19) Program untuk kurangkan jumlah Penjawat Awam (melayu) sebanyak 5% setiap tahun. 

20) Hapuskan unit khas PDRM spt STAGG, STING, STFOC  utk benteras kongsi gelap, mafia, teroris komunis dan LTTE. 

21) Janji nak BATALKAN semua pinjaman PTPN para pemimjam - tapi bila  dah menang, ada menteri PH kata *Dah pinjam, bayarlah!!!*

22) Hari ini PH menang, besokkkkkk minyak turun... porahhhh๐Ÿ˜ก

23) Paling rare... *Kata Atok, Manifesto Bukan KITAP SUCI...๐Ÿ˜*

dan banyak lagiiiii ... 
.... *lagi mahu tanya KENAPA PH BOLEH KALAH DLM PRN MELAKA... yang BODOH, BANGGANG DAN BAHALUL SHJ YG MASIH PERCAYA PH NIIII.*

*Semua perkara yg melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera habis di caras nya...*

*Itu masih ada Melayu yang buta dok jilat DAPig yg konon bersih dari rasuah.* 
*Podahhhhhh*. 

*CUBA TANYA, SIAPA DAN BANGSA MANA YANG PALING KUAT BERI RASUAH???๐Ÿค”*

LIM GUAN ENG BUAT LANTIKAN KHAS 30 ORANG CINA DALAM MOF

Makin lama makin byk cerita dahsyat psl DAP mula terbongkar lepas diaorang dah takda dlm kerajaan. Ini didedahkan oleh pegawai2 PTD MOF. 

Baru2 ni pendedahan pasal Lim Guan Eng masa dia jadi Menteri MOF dulu. Benda pertama yg Lim Guan Eng buat bila jejak kaki dlm MOF adalah menubuhkan pasukan “Pegawai Khas” seramai 30 org yg dilantik oleh dia sendiri.

Kesemua 30 org tu terdiri dari korporat dan bankers org CINA berumur antara 20an hingga paling tua 30an dan diketuai oleh SetPol Lim Guan Eng iaitu TONY PUA. Pasukan “Pegawai2 Khas” ni dibayar dgn gaji setaraf dgn Gred Gaji JUSA. Tahu ke berapa gaji JUSA? RM8,000 sampai RM15,000 sebulan!

Tujuannya utk korek dan dedahkan kes2 melibatkan org UMNO, menguruskan segala aset yg diletakkan bawah MOF dan ‘tolong’ Lim Guan Eng dlm sediakan Laporan Belanjawan negara yg berat sebelah kepada kaum dia. Tugasan diaorang ni jgk bercanggah dgn kerja pegawai PTD MOF (penjawat awam bukan lantikan politik). 

Lim Guan Eng sanggup sewa sebuah kondo mewah yg diubahsuai menjadi pejabat utk team Tony Pua ni bekerja siang malam dan lokasi dirahsiakan utk elak org ramai tahu. Nampak betapa dahsyatnya grand design DAP bila diaorang dah pegang kerajaan. 

Diorang tak percaya pegawai2 PTD MOF sendiri yg majoriti org Melayu dan buat pelantikan khas dari kaum dia utk buat kerja2 belakang tabir demi kepentingan diaorang. Segala penjualan aset negara pun sebenarnya dirancang team ni. Byk aset negara kita dijual kepada syarikat2 pelaburan Cina yg berpengkalan di Singapura, Hong Kong dan Taiwan. 

Jadi tak terkejut la bila byk aset2 Khazanah, GLC2 dgn Tabung Haji yg berkepentingan dekat org Melayu kena jual oleh Tokong Lim Guan Eng. Sbb di belakang dia ada satu ‘team khas’ yg dibayar ratusan ribu ringgit sebulan dgn menggunakan MOF sebagai fasiliti utk jalankan agenda anti nasional DAP dan kerja jahat mereka demi kepentingan kroni dan kaum kerabat komunis mereka.

p.s: *tlg fword ke group2 lain .*

Saturday, 5 February 2022

Alfa Nero dikata nya Equinimity



Semalam, ada Raykat yang tanya kenapa saya tak muat naik gambar saya dengan Jho Low di atas kapal.

Okay saya upload sekarang tapi nak tanya:

Jika Raja Arab Saudi baru beritahu kamu dia nak buat Joint-Venture antara Arab Saudi dengan Malaysia melalui syarikat milik anak dia dan anak dia jemput kamu untuk naik kapal untuk bincang, adakah kamu akan sambut jemputan itu?

Sebenarnya peristiwa ini sudah diberitahu dalam mahkamah dan juga tertulis dalam buku "billion dollar whale".

Ramai raykat yang fikir meeting atas kapal ini adalah untuk rancang bagaimana nak rompak 1MDB: Salah!

Ramai Raykat yang juga fikir gambar ini diambil diatas kapal Equanimity milik Jho Low: Salah!

(Sebelum media melapor, saya tak pernah tahu wujudnya kapa Equanimity dan tak penah naik kapal itu)

Saya pun pelik kenapa ramai percaya gambar Ogos 2009 itu adalah atas kapal Equanimity sedangkan kapal itu masa belum mula dibina dan hanya siap dan dilancar pada akhir tahun 2013: https://www.superyachttimes.com/yacht-news/oceanco-launches-91-50-metre-superyacht-pa164

Ramai Raykat juga hanya nampak saya dengan Jho Low dalam gambar ini tapi entah kenapa pernah nampak individu di antara kita dan tak pernah tanya siapa dia.

Individu itu adalah Putera ke-7 Raja Arab Saudi, Raja Abdullah. 

Dia putera yang paling disayang Raja Abdullah masa itu.

Putera Turki juga adalah timbalan gabenor dan seterusnya, gabenor wilayah Riyadh - iaitu wilayah terbesar Arab Saudi. 

Jika Raja Abdullah tak sayang Putera Turki, dia tak lantik Putera Turki jadi gabenor wilayah terbesar Arab Saudi yang mengandungi ibu kota Arab Saudi.

Pada bulan Julai 2009 selepas saya jadi PM, saya dijemput untuk bertemu dengan Raja Abdullah di Arab Saudi.

Di sana, meeting kita yang sepatutnya 30 minit telah dilanjutkan ke 75 minit oleh Raja Abdullah.

Baginda luahkan hasrat dia untuk memperluaskan kerjasama antara negara Arab Saudi dengan Malaysia termasuk untuk melahirkan syarikat joint-venture dalam pelbagai bidang.

"Julai 2009:  Najib: Saudi keen to step up economic cooperation "
https://www.thestar.com.my/news/nation/2009/07/20/najib-saudi-keen-to-step-up-economic-cooperation

Lalu Putera Turki melalui Jho Low jemput saya naik kapal pada bulan Ogos 2009 untuk bincang hasrat ayahanda dia.

Putera kesayangan Raja Saudi yang jemput.  Bukan saya cadang, jemput atau minta. 

Kapal itu bernama "Alfa Nero". Ini bukan kapal Equanimity yang disalah sangka ramai.

Di atas kapal tersebut, kita bincang tentang kerjasama ekonomi antara kedua negara kita termasuk kerjasama antara syarikat petroleum milik dia PetroSaudi dengan 1MDB.

Seminggu selepas kita bertemu, Putera Turki tulis surat rasmi di atas letterhead Diraja Arab Saudi kepada saya untuk teruskan hasrat tersebut.

Lalu, saya hantar surat tersebut kepada syarikat 1MDB untuk mereka kaji.

Itulah ceritanya.

Ramai tak tahu cerita sebenar ini sebab perbicaraan mahkamah kes saya tidak dilapor dengan betul oleh media perdana dan tidak dibuat siaran langsung secara live semasa PH bermaharajalela.

September 26, 2019: 1MDB coughed up extra US$125m for PSI after Jho Low said Prince Turki 'complained to daddy' King Abdullah
https://www.theedgemarkets.com/article/1mdb-coughed-extra-us125m-psi-after-jho-low-said-prince-turki-complained-daddy-king-abdullah

NOTA: Kita tak rugi wang dalam kerjasama 1MDB dengan PetroSaudi sebab segala pelaburan kita itu telah dibeli dan dijamin oleh syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi beberapa tahun kemudian.

Itu adalah jaminan rasmi bertulis tetapi selepas PRU14, kerajaan PH tak teruskan untuk tuntut jaminan tersebut dari kerajaan Abu Dhabi.

Raykat yang mahu fitnah saya kononnya saya pernah kata saya tak kenal Jho Low, sila baca ini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156717050460952I




Sispa yang Hina

DENDAM SEORANG MANUSIA BERNAMA MAHATHIR . 

Aku terbaca statement orang tua ni yang bergelar PM  kecewa bila kalah PRK berturut-turut . 

Dia mengatakan RAKYAT SANGGUP CIUM TANGAN PENCURI . 

Sebenarnya aku sebagai anak muda sudah MUAK melihat orang tua ini menghina organisasi yang pernah dan sememangnya berjasa PADA DIRINYA DAN KELUARGANYA , mendahului mahkamah dengan gelarkan orang pencuri sesuka hati etc . 

Serius orang tua ni tak melambangkan langsung ciri-ciri seorang negarawan . 

Acap kali dia ni menghina orang yang telah banyak membantunya seolah-olah dia lupa siapa dia ? Dan siapa yang menaikan dia selama ni . Kalau dia ni lupa sini saya tolong ingatkan . 

Pertama dia menghina UMNO sebagai JIJIK , 

UMNO itu sebuah perjuangan . Maka tiada istilah JIJIK dan tiada ISTILAH UMNO DULU DAN UMNO SEKARANG . UMNO TETAP UMNO . UMNO PERJUANG KAN NASIB ORANG - ORANG MELAYU DAN SEMUA KAUM di negara ini . Itulah perjuangan UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA . 

Jangan anggap kamu itu saja yang betul , kamu saja yang bagus , kamu saja yang pandai memerintah , kamu saja yang boleh maju kan negara etc . Ini pemikiran JUMUD . Setiap manusia ada kepandaian nya masing - masing . Setiap pemimpin ada cara nya tersendiri . 

Kamu usah bicara seolah - olah kamu itu TERLALU PERFECT sehingga tiada salah yang pernah kamu buat . 

Sebagai anak muda , Aku tidak nampak di mana nya JIJIK UMNO ini . Aku di didik untuk menghormati organisasi ini tidak kira siapa pun pemerintahnya kerana organisasi inilah YANG TERLALU BANYAK JASANYA PADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA . 

Terus terang aku kecewa dengan orang tua ni . Kamu yang merosakkan UMNO sebenarnya . Kamu yang berperangai seperti lalang keluar masuk UMNO macam keluar masuk hotel . Tak kena pada selera kamu maki , kamu hina , kamu cerca bagai kan kamu ini sudah tidak nampak dosa dan pahala . 

Menghina organisasi yang pernah kamu naugi sehingga kamu di naikkan sebagai perdana menteri . Kamu lupa kah siapa yang di belakang kamu kalau bukan ahli - ahli UMNO sendiri yang mendokong kamu di kala kamu di hina oleh musuh kamu yang kini jadi rakan karip kamu ? 

Kamu lupakah orang yang kamu hina acap kali itulah yang sentiasa memberi sokongan kepada kamu . Orang itu bernama NAJIB TUN RAZAK . Lupakah kamu wahai orang tua? Lupakah kamu ? 

Lupakah kamu organisasi yang kamu hina sebagai JIJIK itulah yang kamu naungi sehingga kamu boleh membela kroni - kroni kamu? Kamu lupakah . 

Kamu lupakah semua ini ? 

Kini hanya kerana dendam , kuasa kamu sanggup jilat ludah kamu sendiri . Iya politik yang kamu amalkan ini adalah politik JIJIK LAGI HINA . 

Kamu menghina organisasi yang banyak berjasa , sebaliknya kamu lah yang sebenarnya jijik lagi hina . 

Kamu rasa kamu hebat bila kamu dapat jatuhkan organisasi yang telah bertapak lama di negara tercinta ini . 

Kamu rasa kamu hebat dapat jatuhkan NAJIB yang sememangnya perform menjaga negara dan kebajikan rakyat . 

Kamu bangga dapat jatuhkan nya dengam cara jijik dan hina . 

Akhir kalam , 

Orang muda macam aku tidak tolak UMNO . Lagi kamu hina organisasi yang banyak berjasa ini , lagi kamu hina insan yang berjasa bernama NAJIB TUN RAZAM lagi kuat sayang saya pada organisasi dan NAJIB RAZAK   

Kamu yang hina orang tua . UMNO TIDAK HINA DAN TIDAK PERNAH JIJIK . 

Justeru kamu yang terlalu hina dan kamu YANG TERLALU JIJIK ORANG TUA . 

Sekian , 
Harap maklom.

Wednesday, 2 February 2022

Bukan Kerja Najib

NAJIB BUKAN PELAKUNYA
USD681 JUTA TELAH DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB DI AMBANK

Oleh : Wan Noor Hayati Wan Alias

Mengikut analisis kewartawanan daripada buku Analisis Kewartawanan Saman DOJ Benar atau Fitnah yang ditulis Ibuyati pada 2018, merumuskan bahawa bekas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukanlah pelaku sebagaimana keputusan mahkamah baru-baru ini, yang kini dalam peringkat rayuan.

Bagi memudahkan kefahaman dan supaya nampak lebih jelas, sila rujuk rajah aliran wang daripada 1MDB ke akaun Najib. 

Berikut penulis cuba jelaskan secara ringkas dan cuba perhatikan, dimanakah penglibatan?

1. 1MDB menerusi 1GIL (1MDB Investment Limited) telah menerbitkan jualan Bon pada 2013 bernilai USD38 Bilion.

2. Tarikh tutup jualan bon ini ialah pada 19.3.2013, dan matang (boleh ditebus semula) pada 2023.

3. Pada hari yang sama iaitu 19.3.2013, sejumlah USD2.71 Bilion telah dimasukkan ke Bank of New York Mellon.

4. Pada hari yang sama iaitu 19.3.2013, sejumlah USD2.709 Bilion telah dipindahkan ke BSI Lugano.

5. Dua hari kemudian pada 21.3.2013 sejumlah USS646,464,649 telah dipindahkan ke Devonshire Capitol Growth Fund (BVI).

6. Antara 21 hingga 27.3.2013 sejumlah USD414,756,416 telah dipindahkan ke Enteprise (di Curacao).

7. Antara 21 hingga 22.3.2013 sejumlah USD531,090,534 telah dipindahkan ke Cristique (di Curacao).

8. Pada 21.3.2013 sejumlah USD210 Juta telah dipindahkan ke BSI Bank Singapore.

9. Pada 21.3.2013 juga sejumlah USD430 Juta telah dipindahkan ke Granton (1st Credit).

10. Pasa 21.3.2013 juga sejumlah USD375 Juta telah dipindahkan ke ING Netherland.

11. Pada 22.3.2013 sejumlah USD250 Juta telah dipindahkan ke ING Netherland.

12. Pada 25.3.2013 sejumlah USD378 Juta dipindahkan dari BSI Bank Singapore ke syarikat Tanore (syarikat Jho Low, yang berpengkalan di Singapore, menggunakan nama Tan) dan kemudiannya dipindahkan ke Granton.

13. Pada 21.3.2013 sejumlah USD620 Juta telah dipindahkan dari Tanore ke JP Morgan & Well Fargos US.

14. Pada 25.3.2013 sejumlah USD61 Juta telah dipindahkan dari Tanore ke JP Morgan & Well Fargos US.

15. Kemudiannya sejunlah USD681 Juta di JP Morgan itu dipindahkan ke Akaun Najib di Ambank Malaysia.

16. Pada 26.8.2013 sejumlah UAD620,010,715 TELAH DIKEMBALIKAN OLEH NAJIB KEPADA TANORE.

Dalam semua 16 transaksi duit diatas, DIMANAKAH ATAU YANG MANAKAH NAJIB ADALAH PELAKUNYA?

Hanya yang terakhir sahaja iaitu yang ke 16, melibatkan Najib tetapi itu untuk mengembalikan wang dari Tanore (Jho Low) kepada Tanore semula.

Tindakan  Najib memulangkan wang yang 'TELAH TERSALAH MASUK KE AKAUNNYA' sama sekali bukanlah jenayah, pengubahan wang haram, rasuah atau sebagainya tetapi adalah tindakan terpuji sebaik diketahuinya.

Persoalannya, dalam 15 peringkat memindahkan USD681 Juta duit hasil jualan bon 1MDB itu siapakah pelakunya? Sudah tentu mudah untuk dikenalpasti kerana semua transaksi wang perbankan dan sebagainya mempunyai rekod. Satu ringgit pun direkodkan inikan pula USD681 Juta atau RM2.6 Bilion (pada kadar tukaran 3.8).

Soalan kedua, bagaimanakah  PH boleh menuduh bahawa Najib adalah penyangak pencuri penyamun perompak duit 1MDB?

Diharap dengan penjelasan bukti yang disembunyikan ini dari pengetahuan orang awam semoga kita semua tidak termakan dan menyebarkan hasutan dan fitnah ini.

Bagi orang Islam, dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh. Maka jika dibunuh dan hartanya dirampas pun masih tidak cukup untuk menebusnya.

Quran juga perintahkan, PERANGILAH PEMFITNAH ITU WALAU DIMANA MEREKA BERADA SEHINGGA TIDAK ADA LAGI FITNAH.

Bagi sesiapa yang telah memfitnah Najib itu tanpa pengetahuan mengenainya, mohonlah keampunan dan kemaafan daripadanya.