Saturday, 30 July 2022

Tam

Yang ayah rindui

Daun Kelor

MANFAAT DAUN KELOR

Di Eropa dan Amerika sedang happening sekali disebutnya Miracle Tree

Ternyata itu di Indonesia namanya pohon KELOR
Khasiatnya Tidak Ada Yang Menandingi.

Berikut keunggulan tanaman kelor dibandingkan sayuran yang lain: 
- 2X lebih banyak dari protein pada kedelai. 
- 6X lebih banyak dari Vitamin C pada jeruk. 
- 4X lebih banyak dari Vitamin A pada wortel.
- 4X lebih banyak dari kalsium pada susu. 
- 7X lebih banyak dari kalium pada pisang. 
- 7X lebih banyak dari vitamin B1 dan B2 pada ragi. 
- 6X lebih banyak dari polifenol pada anggur merah. 
- 4X lebih banyak dari asam folat pada hati sapi.
- 4X lebih banyak dari vitamin E pada gandum. 
- 2X lebih banyak dari serat pada gandum.
- 1,5X lebih banyak dari asam amino esensial pada telur 
- 25X lebih banyak dari zat besi pada bayam.

Manfaat Daun Kelor : 
1. Menurunkan tekanan darah tinggi. 
2. Mengurangi kolesterol 
3. Meningkatkan kinerja jantung 
4. Menurunkan kadar gula dlm darah / diabetes 
5. Sebagai Antioksidan, mengeluarkan racun dlm tubuh 
6. Anti kanker, tumor 
7. Mencegah kerusakan hati dan ginjal 
8. Mengatasi kemandulan 
9. Menyembuhkan penyakit SPLENOMEGALI yaitu terjadinya pembengkakan pada limpa 
10. Mempercepat produksi sel darah merah ( baik diminum untuk ibu2 pasca kelahiran). 
11. *Memperkuat Rahim*
12. Membantu meringankan sakit pegal karena asam urat dan rematik.

Kandungan Vitamin dan Mineralnya... daun KELOR ter-Tinggi diantara buah atau sayuran...
- Vit C nya dalam daun KELOR kadar yang sama adalah 3x buah Jeruk...
- Proteinnya 3x
- Kalsiumnya 7X dibanding Susu
Di Jerman di jual Ekstraknya dalam kapsul Sangat Mahal... namanya Kapsul Mohinga ....

Hanya dengan makan daun KELOR saja...
semua kebutuhan nutrisi telah terpenuhi...
dan mudah terserap tubuh 
karena pada dasarnya manusia dari struktur pencernaan adalah HERBIVORA / pemakan daun2an.

Alhamdulillah ...
Murah dan menyembuhkan segala penyakit...
diantaranya...
- *Kanker Stadium 4*
- *Jantung*
- *Diabetes*
- *Kolesterol*
- *Asam Urat*
dan...
- *Penyakit Degeneratif* lain... dan hebatnya nikmat dimakan...

Pohon yang mudah ditanam dan karena khasiatnya luarbiasa
maka alangkah baiknya ditanam di rumah, di kantor, di taman umum
langsung di tanah atau di pot.

Ketika di konfirmasi kebenaran konten ini kepada Prof. Rudy Purwanto (IPB)
Beliau membenarkan konten ini
Beliau katakan bahwa KELOR
merupakan tanaman yang istimewa untuk obat.
Ternyata
untuk sehat tidak harus mahal
tidak perlu perawatan kesehatan ke luar negeri bukan ... ?

Bisa dimulai dari pekarangan rumah kita 
MORINGA OLIVERA udah diakui oleh WHO.

POHON AJAIB KELOR telah dinobatkan oleh WHO sebagai pohon ajaib

Seiring berjalannya waktu penelitian ilmiah tentang manfaat daun kelor yang didengungkan sejak dahulu pun diteliti secara ilmiah. Seorang ahli obat tradisional, Gunter Harnisch dalam pengantar buku mengenai kejaiban pohon kelor menyebutkan keunggulan tanaman kelor berdasarkan beberapa penelitian seperti diungkapkan Peneliti Senior Bidang Etnobotani Pusat Penelitian Biologi-LIPI, Eko B. Walujo dalam Seminar Ilmiah Tanaman Obat Kelor di Kantor Badan POM.

Semoga bermanfaat...😊

Thursday, 28 July 2022

Ahlul Bait

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki Ahlul Bait (keturunan Nabi SAW) paling ramai di dunia. Malaysia juga dikenali sebagai jantung dunia.

Agama Islam mula-mula memasuki Tanah Melayu adalah daripada pendakwah-pendakwah dari kalangan ahlul bait yang telah pun membawa Islam sejak tahun 900 masihi..

Sayyid Jamalullail datang ke Tanah Melayu (Kelantan) adalah perintah daripada Rasulullah SAW, Syeikh Abdullah datang ke Tanah Melayu (Kedah) adalah perintah daripada Rasulullah SAW, Syeikh Ismail datang ke Tanah Melayu (Melaka) juga adalah dengan perintah daripada Rasulullah SAW. 
(kisah - Syeikh Ismail dari Yaman suatu hari menunaikan ibadah Haji di Makkah, seterusnya beliau menziarahi maqam Rasulullah SAW di Madinah. Lalu beliau mendengar suara keluar dari Maqam Nabi "Wahai Ismail pergilah ke Tanah Melayu". Kemudian beliau terus ke Tanah Melayu (Melaka) bersama beberapa orang pendakwah semuanya dari kalangan ahlul bait).

Sayyid Abdul Aziz telah mengislamkan Sultan Muzaffar Shah (Parameswara). Lalu mereka menjadi 'besan'. Dengan mengahwinkan anak-anak mereka.  Walaubagaimanapun kedatangan Islam ke Melaka adalah agak lewat berbanding Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak yang mana lebih 200-300 tahun lebih dahulu Islam berbanding Melaka.

Ramai lagi ahlul bait seperti Syeikh Abdul Ghoni datang ke Negeri Perak dan ramai lagi.

Antara nama-nama yang digunakan oleh orang Melayu yang menunjukkan mereka dari keturunan ahlul bait (ahli keluarga Nabi SAW).

Iaitu: 
Sayyid, Syarifah, Said, Wan, Meor, Tuan (contoh - Tuan Ibrahim bin Tuan Man), Tun (contoh - Tun Razak bin Tun Ismail), Nurul, Siti, Habib (contoh - Habib Umar bin Habib Hafidz), Syarif, Nik (contoh - Nik Aziz bin Nik Mat), Long (Long Jaafar bin Long Mahmud), Ngah, Megat, Tengku, Raja (semua kesultanan dan raja di Malaysia adalah daripada kalangan Ahlul Bait Nabi SAW).

Disamping itu terdapat ramai juga keturunan ahlul bait yang tidak langsung menggunakan nama-nama seperti di atas.

Di dalam kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa lebih 60% orang Melayu di Malaysia adalah keturunan Rasulullah SAW.

Menyedari hakikat inilah, maka penjajah inggeris telah membawa masuk jutaan pendatang cina dan india ke Tanah Melayu. 
Lebih 1juta pendatang cina telah diberi tanah di antara 10 hingga 300 ekar secara percuma oleh inggeris di antara tahun 1951-1953. Sebelumnya lebih 100 ribu pendatang cina telah diberikan modal perniagaan untuk berniaga di seluruh kawasan-kawasan bandar di Tanah Melayu oleh inggeris sebelum merdeka.

Semua agenda ini dirancang untuk melemahkan umat Islam dan ekonomi umat Islam terutama dari kalangan Ahlul Bait Nabi SAW.

Dalam kajian juga,  mendapati terdapat 4 buah negara yang mempunyai keturunan ahlul bait yang paling ramai di dunia, iaitu.

1. Yaman
2. Malaysia
3. Indonesia
4. Maghribi

Penghijrahan besar-besaran Ahlul Bait dari Makkah dan Madinah berlaku pada tahun 1924 iaitu setelah kejatuhan Syarif Hussein (Gabenor Makkah dan Madinah). Setelah berlakunya penyerangan ke atas istana gabenor oleh gabungan dua pemimpin iaitu Abdul Aziz as-Saud (raja Saudi pertama) dan Muhammad bin Abdul Wahab (pendiri ajaran wahabi) dan dibantu oleh Inggeris. 

Mereka lalu berhijrah ke Yaman, Syiria, Turki, Mesir, Libya, Sudan, Maghribi dan kepulauan Melayu Nusantara.

Habib Umar Al-Hafidz dari Yaman berkata, 

"Malaysia adalah negara Ahlul Bait"

Wednesday, 20 July 2022

Khasiat Asam Keping


Pengenalan

Nama botani bagi asam gelugur ialah Garcinia cambogia. Ia  juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis. Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia terutamanya Malaysia. Ia dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.

Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu selalu digunakan dalam masakan. Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik, tanpa perasa, dan tidak berbau. Kandungan asam gelugor terdiri daripada 50% unsur aktif dan 70% HCA yang memberikannya rasa masam.

Dalam masakan Melayu, asam keping banyak digunakan untuk hidangan seperti penyediaan pekasam, laksa, rendang, sambal dan sebagainya yang memerlukan rasa kemasaman.

Jom ketahui apakah pula khasiat kesihatan asam gelugur.

Khasiat asam keping

Sumber: Bukalapak

1. Mengawal kolesterol

Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kolestrol.

HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolesterol (lipogenesis) dalam badan.

Selain itu, penyelidik dari India pada tahun 2001 menerbitkan artikel mereka di jurnal Food Chemistry, mendapati bahawa tikus makmal yang diberi makan ekstrak asam gelugur menunjukkan penurunan kandungan kolesterol dalam tubuh mereka.

Aktiviti enzim yang aktif memproses kolesterol dapat diukur dengan analisis najis spesimen. Didapati, kandungan flavanoid dalam asam gelugur turut membantu meningkatkan aktiviti enzim tersebut.

2. Mengurangkan berat badan

Asam gelugur membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Ia juga digunakan sebagai makanan untuk menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides).

Hal ini telah dilaporkan sejak 20 tahun yang lalu oleh penyelidik di Obesity Research Center, Amerika Syarikat.

Malah, penemuan terbaru mendapati HCA juga dikatakan mampu menyekat selera makan seperti fungsi serotonin. HCA juga bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA  dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk peyimpanan sel sel.

Jom kami kongsikan resepi air asam gelugur untuk menurunkan berat badan. Bahan-bahannya:

  • 3 keping asam gelugur
  • 1 batang serai
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Satu helai daun pandan
  • 1 inci halia yang diketuk
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu halba
  • 1 biji lemon yang dihiris nipis.

Caranya, rebus kesemua bahan dalam periuk sehingga menggelegak. Tapiskan badan-bahannya, ambil air. Minum satu cawan pagi & satu cawan malam setiap hari. Air lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk & panaskan sebelum diminum.

3. Masalah penghadaman

Asam gelugur boleh digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman. Minum air rendaman asam keping apabila anda mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.

Jurnal Phytotherapy Research pada tahun 2002 ada melaporkan penemuan yang menarik apabila salah satu kajian di India mendapati bahawa asam gelugur dapat menyeimbangkan sistem penghadaman.

Kehadiran asam gelugur dalam diet makanan seterusnya akan mengurangkan keasidan jus gastrik dalam perut. Mukus atau lendir pada dinding perut turut dirangsangkan untuk meningkat bagi melindungi sistem penghadaman daripada terus terganggu.

4. Merawat masalah kecacingan

Amalan meminum air rendaman asam keping membantu untuk merawat masalah kecacingan. Ia membunuh cacing dewasa dan telur cacing serta semua parasit yang ada dalam badan.

Sebatian bioaktif dalam asam gelugur seperti alkaloids, flavanoids, fenol, saponins, tannins, xanthones dan benzophenones sangat bermanfaat untuk melawan serangan mikroorganisma.

5. Tumor

Imej via Bidadari

Dalam amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) asam keping juga digunakan untuk merawat tumor. Pesakit yang mempunyai tumor diberikan minum air rendaman asam gelugur setiap hari.

Penyelidikan di Fakulti Sains, Universiti Teknologi Afrika Selatan pada tahun 2015 mengenal pasti garcinol sebagai bahan bioaktif antikanser yang terkandung dalam asam gelugur. Namun, mereka berpendapat bahawa lebih banyak kajian dijalankan bagi membuktikan dakwaan ini secara menyeluruh.

6. Mengecutkan rahim

Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim sebagai petua tradisional. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Cara pengambilannya:

  • Cara pertama:

Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam. Minum setiap pagi dan malam. Jika diamalkan selalu insya Allah perut buncit akan mengempis.

  • Cara kedua:

Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, masukkan dalam bekas minuman bersaiz 500 ml – 1 liter. Masukkan air panas. Jangan masukkan gula. Setelah suam, minum seperti minuman biasa sepanjang hari.  Sekiranya air habis, tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya, tukarkan dengan asam keping baru.

7. Merawat masalah pencernaan & sakit perut

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah perut seperti masalah sistem pencernaan, sakit perut, kembung, sebu, dan sebagainya.

8. Mengurangkan gejala reumatisme

Reumatisme adalah penyakit radang sendi yang selalu dikaitkan dengan gout dan artritis. Apabila diserang reumatisme, sendi-sendi pesakit akan terasa ngilu dan menyucuk-nyucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain.

Amalan meminum air rebusan asam keping membantu mengurangkan gejala reumatisme.

9. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Selain itu buah asam jawa dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

Sebagai alternatif kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital, pesakit darah tinggi juga boleh mengamalkan air rebusan asam gelugur setiap pagi.

10. Merawat sakit telinga

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Namun, belum ada kajian saintifik yang dijalankan bagi membuktikan dakwaan ini.

11. Meredakan sakit gigi

Imej via Bidadari

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan sakit gigi.

Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

Sifat anti keradangan dan antibakteria oleh sebatian flavonoid dan fenolik dalam asam gelugur membantu meredakan kesakitan gigi ini.

12. Merawat kencing kotor

Asam gelugur membantu merawat masalah kencing kotor dengan cara membersihkan pundi kencing daripada bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.

Hal ini berbalik semula kepada kuasa rencatan bakteria dan sifat antibakteria sebatian bioaktif yang terkandung dalam asam gelugur.

13. Menurunkan suhu badan semasa demam

Jika anda demam, boleh minum air rebusan asam jawa untuk menurunkan suhu badan yang sedang panas. Tambah sedikit madu atau gula batu kalau tak berselera nak minum air asam jawa yang masam.

Demam yang merupakan simptom penyakit akibat jangkitan yang menyerang sistem imunisasi boleh diatasi dengan pengambilan nutrien yang pelbagai dalam asam gelugur.

14. Membantu mencantikkan kulit

Khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Asam keping adalah bahan awet muda yang membantu mengekalkan keremajaan kulit.

Selain itu ia juga membantu menghaluskan kulit & mencerahkannya.

Aktiviti antioksidan melalui pembentukan sebatian bioaktif yang memerangkap radikal bebas telah banyak dilaporkan dalam kajian-kajian lepas.

15. Mengurangkan stres

HCA yang terkandung dalam asam gelugur ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stres melalui penghasilan lebih banyak serotonin.

16. Melancarkan menstruasi

Imej via Bidadari

Menurut petua tradisi, air asam gelugur mampu melancarkan kadar menstruasi wanita dan mengurangkan sakit senggugut. Rebus asam gelugur dan airnya perlu diminum bagi pelancaran ketika haid.

17. Mengimbang kadar metabolisme

Metabolisme dalam badan kita sering berlaku reaksi kimia yang tidak seimbang.

Kandungan HCA dalam asam gelugur dapat mengimbangkan reaksi kimia tesrsebut dan membuatkan proses pencernaan lebih efektif dengan peningkatan kadar metabolisme dalam badan.

18. Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.

Rujukan

  1. Heymsfield, S. B., Allison, D. B., Vasselli, J. R., Pietrobelli, A., Greenfield, D., & Nunez, C. (1998). Garcinia cambogia (hydroxycitric acid) as a potential antiobesity agent: a randomized controlled trial. Jama280(18), 1596-1600.
  2. Koshy, A. S., Anila, L., & Vijayalakshmi, N. R. (2001). Flavonoids from Garcinia cambogia lower lipid levels in hypercholesterolemic rats. Food chemistry72(3), 289-294.
  3. Semwal, R. B., Semwal, D. K., Vermaak, I., & Viljoen, A. (2015). A comprehensive scientific overview of Garcinia cambogia. Fitoterapia102, 134-148.
  4. Mahendran, P., Vanisree, A. J., & Shyamala Devi, C. S. (2002). The antiulcer activity of Garcinia cambogia extract against indomethacin‐induced gastric ulcer in rats. Phytotherapy research16(1), 80-83.

Itulah dia 18 khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Lepas ni bolehlah anda minum air asam keping selalu. Jemput juga baca artikel khasiat pegagakhasiat royal jelly dan khasiat yogurt.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.


Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Monday, 18 July 2022

Makanan kegemaran Rasulullah saw..

Makanan kegemaran Rasulullah saw..

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” Wallahullam.

Insya Allah bermanfa'at.
Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammad

Kredit to owner

Sunday, 17 July 2022

Ilmu Harun Din

FB:ILMU DUNIA DAN AKHIRAT
(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)
1) – Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) – Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
– Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
– Ambil & sapu pada bahagian yang disengat
3) – Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
– Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
– Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
– InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh
4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al – Baqarah, ayat 102
5 ) Resdung
– Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
– Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
– Setiap kolah masjid, 1 botol.
– Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
– Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya’ , ayat 83.
– Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa’
– Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
– Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al – Anbya’, ayat 83
6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
– Gunakan minyak zaitun
– Baca Al – Fatihah & Ayat kursi
– Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al – Hashr ayat 21
7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
– Menggunakan madu asli
– Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
– Baca Surah An – Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
– Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

Angin pasang
– Menggunakan madu
– Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al – Isra’, ayat 82
Surah Al – Hashr, ayat 21
Surah Ash – Shua’ra’ ayat 70
9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan – bahan :
– Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
– Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
– Buah kelapa (yang berhingus)
Cara – cara :
– Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
– Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
– Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
– Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
– Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.
10) Susah tidur malam
Surah Al – kahf, ayat 11
11) Angin dalam badan, sakit – sakit sendi
Surah – fussilat, ayat 44
12) Merawat histeria
– Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
– Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
– As saffat , ayat 7
[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Kenapa adik-beradik tidak datang ke rumah kita?

Untuk Renungan Kita Bersama 

Kenapa rumah saya adik beradik Tak datang pun.
Saya je kena ziarah mereka.
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi tak singgah ..

Mari saya bagi tau.

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.

Jadi biarkan orang yang tak mau menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal atau kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka sibuk . Ada hal lebih penting daripada silaturrahim.

Kita tak perlu kecil hati. Inshaa’ALLAH orang lain jadi tetamu kita , membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kita :

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

Manfaatkanlah masa yang mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....


Thursday, 14 July 2022

Adab mandikan bayi baru lahir

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy)  untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Sumber : Baitus Solehah


Apa itu inflasi?

Selalu dengar pasal inflasi kan?

Kalau explain kat orang kampung tu, kita cakap inflasi ni maksud dia “harga barang naik”.

Tapi kita faham ke tidak konsep sebenar inflasi? Apa jadi bila hyperinflation berlaku?

Jom baca artikel pendek ni untuk jadi lebih celik kewangan.

BAHAGIAN 1: Inflasi ni apa?

Inflasi ni bila kau bayar RM15 untuk perkhidmatan gunting rambut yang bernilai RM10 yang dulu kau bayar RM5 je masa kau kecik.

Inflasi ni sebenarnya satu istilah ekonomi yang cerita pasal kenaikan harga barang & turunnya kuasa membeli rakyat.

Inflasi ni benda kita takleh elak. Infact, inflasi yang terkawal ni bagus untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Cuma, bila cepat sangat dia naik, tu jadi masalah sebab nilai setiap Ringgit tu jadi kurang.

Kerajaan dan Bank Negara akan cuba kawal kadar inflasi ni dengan peraturan kewangan dan polisi kewangan (nilai OPR, contohnya).

Contoh inflasi:

Sebuah bakul makanan yang berharga RM100 pada April 2022, hanya berharga RM79.90 pada tahun 2010.

BAHAGIAN 2: Apa penyebab inflasi?

Mudahnya, inflasi ni jadi bila:

i. Kenaikan kos penghasilan
ii. Permintaan untuk produk & servis lebih pantas dari supply

Benda dua ni pulak berlaku sebab 3 benda:

i. Cost-Push Inflation

Harga kos penghasilan naik, harga barang naik. Pengilang akan tolak tambahan kos ini kepada end user seperti kita.

Sebab kos penghasilan ni ada banyak; Kenaikan cukai kerajaan, kenaikan bahan api, bencana alam, kekurangan tenaga kerja, kenaikan gaji minima, kenaikan kos bahan mentah, kekurangan bahan mentah dan sebagainya.

ii. Demand pull inflation

Inflasi juga berlaku bila permintaan untuk barang / servis lebih banyak dari pengeluaran.

Bila barang limited dan orang ramai nak barang tu, mereka sanggup bayar mahal.

Antara punca berlakunya benda ni pun banyak; kerajaan cetak lebih banyak duit, inovasi / teknologi baru, turunya kadar faedah, pemotongan cukai, marketing yang bagus, ekonomi yang bertambah baik & dasar semasa kerajaan.

iii. Built-in Inflation (Wage-Price Spiral)

Rakyat amnya nak gaji yang lebih tinggi disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Bila Cost-Push Inflation & Demand pull inflation yang di atas berlaku, rakyat akan demand gaji lebih mahal.

Bila gaji lebih mahal dibayar kepada rakyat, kos pengeluran juga akan naik kerana bayaran buruh naik.

Harga barang naik  ->
Rakyat mahu gaji naik  ->
Jadi bila gaji naik ->
Kos pengeluaran & pengurusan naik ->
Harga barang naik  (ulang balik dari awal)

Ulang je cycle ni sampai kiamat.

BAHAGIAN 3: Kenaikan Wang Dicetak & Inflasi

Orang selalu kaitkan kerajaan print duit lebih sebabkan inflasi.

Lambakan duit yang dicetak dalam pasaran sememangnya memainkan peranan dalam menentukan faktor cost-push dan demand-pull inflation tadi.

Meaning, duit yang dicetak ini menjadi terlalu banyak, lebih banyak dari jumlah ekonomi yang berkembang.

Duit yang dicetak > Pertumbuhan ekonomi = INFLASI

Kena ingat yang bekalan duit dicetak ni bukan bagi kesan pada duit kertas saja, tapi juga kredit, pinjaman dan pinjaman perumahan.

PENTING:|

Kena ingat yang lambakan duit yang dicetak tu akan meningkatkan permintaan dalam pasaran JIKA duit ini sampai ke tangan pengguna.

Jika duit-duit ini tidak sampai kepada pengguna, inflasi takkan begitu ketara.

Contohnya, waktu recession 2008 di US, kadar bunga pinjaman adalah rendah, tapi syarat pinjaman adalah ketat.

Akibatnya, kebanyakannya duit pada masa tersebut pergi ke tangan mereka yang kaya. Kenapa?

Sebab harga asset mengalami inflation kaw-kaw (orang kaya beli stocks & real estate) dan rakyat marhaen tak boleh buat apa-apa sebab mereka tak ada access untuk that “cheap money”.

Inflation tak berlaku dengan ketara.

Why? Sebab lebihan duit tu tak sampai pada mereka.

BAHAGIAN 4: Tahap Inflasi

i. Creeping Inflation: 🐌 

Inflasi naik sehingga 3% setahun. Ini bagus untuk pertumbuhan ekonomi. Harga barang naik & terkawal. Pendapatan rakyat juga naik.

ii. Walking Inflation: 🦛

Inflasi melebihi 3% hingga 10%, tapi tempoh dia kekal adalah panjang. Ini tak berapa bagus sebab ia permulaan kepada kerosakan pada ekonomi dasar.

iii. Galloping Inflation: 🐎

Bila inflasi lebih 10%. Benda ni masalah besar & susah nak dikawal.

Nilai duit berkurangan pada tahap tak terkawal & kenaikan barang dah susah nak bendung.

iv. Hyperinflation: 🐆

Bila inflation bulanan cecah 50% dalam sebulan (1000% setahun). Inflation paling ekstrim. Harga boleh naik berkali-kali dalam sehari.

Barang harga RM10 pagi, sebelum malam dah boleh cecah RM100. Time ni, duit dah hampir tak ada value.

Orang akan start hoard (kumpul) barangan takut harga makin mahal, jadi pasaraya & pasar akan kosong. Bekalan makanan terputus.

Semua simpanan wang, pelaburan, pencen semua tak bermakna sebab kuasa membeli berkurang dengan teruk.

The whole monetary system akan collapse.

End.

Artikel ini dikeluarkan lebih awal untuk bacaan group Komuniti Hi WEALTH di Facebook. Sertai komuniti kami untuk ilmu kewangan dan kelas kewangan percuma setiap minggu.

P/S: Gambar hyperinflation yang berlaku di Zimbabwe. Inflation rate dia pernah mencecah 250,00,000 %. Punyalah parah sampai kerajaan mereka pernah print duit not Z$100 trillion.

Monday, 11 July 2022

Cara jaga buah pinggang

Ramainya jiran & followers bonda sakit buat pinggang- Sakit ni mahal kosnya - Sy tulis malam ni tips Repair buah pinggang cara pengambilan makanan harian kita - kena tau juga apa punca buang pinggang rosak❗️ 
.
Darah tinggi , kencing manis, ubat tahan sakit & antibiotic makan terlalu kerap, sakit jantung, kanser .. kosmetik yg ada kimia , pemutih kulit secara suntikan ,  darah tinggi yg lama antara punca rosak - ( arwah abah sy alaminya )
.
.
Cara jaga buah pinggang pemakanan kita kena banyak mengambil makanan yg tinggi magnesium macam badam, biji labu, avocado, kacang, bayam..pisang..susu .. daging — rendaman garam magnesium juga bagus utk buah pinggang , kalau kurang magnesium  badan akn Bermasalah - Antioksida timggi mesti dgn ada zat  magnesium mencukupi - Jika kurang zat magnesium itu punca lemah buah pinggang
.
Tanda kurang magnesium ..??perhatikan jika anda cepat krem kaki,  isomnia , bisa otot, autoimmune, berdebar rasa cemas yg tinggi, darah tinggi, k manis, tenaga rendah, sakit kepala migrain, 
.
.
Antara lain menjaga ginjal cari makanan yg Alkaline tinggi macam asparagus, tembikai, kiwi , lemon , betik nenas & bersenam ..!!

Kalau buah pinggang bocor rawat dgn beberapa jenis herba atau minum daun rebusan mulberry & kuncup bunga raya
.
Suplemen JRM terbaik utk penyakit ini ialah mustanir  dan kurma dhuha .. 
follow ig @jrm.official