Thursday, 30 December 2021

Provokasi ini khas untuk warga KARAK!!

Provokasi ini khas untuk warga KARAK!!
Peringatan : Post ni panjang, standby la suria sebatang dua sambil membaca.

Posting ni secara umumnya utk kefahaman semua. Tapi secara khususnya sy tujukan untuk warga Karak. Kenapa tak post kat group penduduk sana? Sy punya suka la tuan². Tuan² pulak sibuk. Hahaa takde la, sy dah kena block drpd group komuniti penduduk sana kerana posting sy dianggap provokasi agaknya. Entahlah, lantak laa...

Ok tuan², baru² ni kecoh banjir di Karak disertakan dengan pakej kayu-kayan, lumpur & air 3 dalam 1 yg tak disangka² banyaknya. Maka ramai la yg membuat spekulasi² mengatakan pembalakan adalah punca utama. Mulalah semua sesi kecam-mengecam secara berjemaah. Dah, apa yg salahnya? Tak salah tuan². Apa yg tuan² kata tu betul, cuma ianya kurang tepat & tak meluas. Tak faham? Ok kejap, sy bagi faham. Cucuh suria dulu, baru sedap nak borak..

Dalam group sebelah sana (yg sy kena block tu laaa), semasa sesi hentam²an tu dibuat oleh para netizen, telah bangkit pihak² drpd timbunan² kayu-kayan yg dijadikan isu itu membuat kenyataan penafian berhubung kecaman² tersebut. Pd mulanya sorang dua VIP je yg bangkit, tp sebab hamlau² & macai² dibawah ni nampak VIP yg tampil utk beri penafian, jadi mereka pun jadi berkobar² & semakin berani la. Nak² pulak geng² penafian ni bukak isu saman-menyaman & mahkamah, makin mendabik dada la puak² dorang yg macai² ni. Ok kejap, bagi dorang sedap dulu..

Yang tuan² pun 1, yg terlalu jumud sgt pemikiran tu dah kenapa? Nampak kayu, isu balak je la yg tuan² nampak? Bila geng² sana minta bukti, tuan² bagi gambar kayu-kayan yg dah pecah² apa semua. Mana gambar balak yg berpotong? Bukan xde, ada tapi tak cukup dijadikan sebagai bukti. Sikit sangat balak berpotongnya. Tu belum lagi dorang minta bukti hitam putih yg mengatakan mereka membalak kat sana pd tuan², mana nak cari ya tuan²? Ehh tampil pula hero mereka, dengan secebis foto google earth yg ditandakan sendiri berdasarkan pemerhatian & aras penanda kecetekan akal beliau. Beliau mengatakan bencana tersebut berpunca drpd bukit² & gunung² di dalam kawasan hutan simpan. Bukan dari kawasan dorang. Hahahaa ni lawak, sy tau tuan² semua pun turut ketawa masa baca tu kan? Jap, apa yg dia kata tu ada betulnya. Apa yg betulnya? Landslide berpunca dari bukit² & gunung² di dalam hutan simpan. Ni je yg betul. Yg lain, semua salah. Kejap ehh, suria ni kalau tak berhisap, dia padam sendiri. Nak cucuh jap..

Ok sambung balik. Dia kata taburan hujan yg luarbiasa telah menyebabkan tanah runtuh yg membawa kayu-kayan & lumpur drpd bukit² & gunung² dikawasan hutan simpan. Inilah punca utama banjir kali ini. Ni semua betul tuan². Masa geografi kat sekolah dulu lagi ada belajar dah. Ok, apa pulak yg tak betul pada pernyataan dia? Yg tak betul adalah dia kata bukan dari kawasan mereka. Untuk pengetahuan tuan², di TSB & tanah belakang JPJ tu ada juga landslide yg berlaku tuan². Tak percaya, pergi la masuk ambik gambar. Tuan² fikir la eh, kalau bukit² yg penuh hutan pun boleh ada tanah runtuh, habis bukit² yg botak tu takde la? Itu kelakar tuan².

Sebenarnya tuan², tuan² semua kena ubah drpd "PEMBALAKAN" kepada "PENEROKAAN HUTAN". Ini baru la konteks yg betul tuan². Semua aktiviti yg mengubah keadaan bentuk muka bumi, flora & fauna di dalam hutan adalah penerokaan hutan. Membalak? Termasuk dalam penerokaan hutan juga. Nampak tak? Kalau tuan² guna yg ni, jangankan hamlau² & macai², VIP² dorang pun senyap sorok muka bawah katil, bontot terkeluar. Hahahaa... Melawak jaa tuan². Sebab apa? Sebab tak perlu bukti hitam putih pun tuan². Tak perlu bukti bergambar. Cukup sekadar ingatan & kenangan bahawa "dulu situ hutan, sekarang dah terang", ni je dah cukup tuan². Kalau tuan² nak kemukakan bukti juga, haa masa ni la tunjuk gambar kayu-kayan & lumpur tu semua. Menggelupur la mereka. Betul, ni je dah cukup. Apa yg boleh mereka cakap utk melepaskan tengkuk mereka? Aktiviti penerokaan mereka mendapat keizinan & kelulusan oleh pihak² yg berkaitan & melalui saluran yg betul. Yeaahhh tuan², secara tak sedar mereka dah mengaku aktiviti penerokaan hutan merekalah punca lumpur & kayu-kayan sampai ke rumah tuan². Tapi, tuan² pun tak boleh nak kata apa dah sebab dah tau pihak² terlibat ni adalah pihak berkuasa yg amalkan rasuah, kroni & lain² perkara negatif yg tuan² boleh bayangkan dengan kepala otak tuan². Dah habis banjir ni, dah habis cuci jalan & rumah apa semua, sama macam tu la habis berlalu isu ni. Senyappp.... Hah, rokok suria pun dah habis. Kejap, cucuh baru. Ada lagi ya tuan². Sabar kejap... 

Dia sebenarnya camni tuan², kalau nak report, mengadu apa semua ni, perlukan bukti, peguam, dan paling penting duit yg banyak tuan². Kalau takde semua ni, jangan harap la tuan² nak menang. Yg ni sy tak cerita pun tuan² dah tau kan? Rugi je sy menaip. Jadi, apa tindakan yg boleh dibuat? Media massa la jawapannya tuan². Viralkan di laman² sosial, panggil media² yg tak berkepentingan politik, masukkan dlm channel² youtube, bagi influencer² buat contents. Gunakan kuasa media ni sepenuhnya tuan². Mungkin makan masa yg agak lama, tapi ianya memberi kesan tuan². Sejarah dah membuktikan yg kerajaan dah berpuluh tahun memerintah pun tumbang sebab dek kuasa media. Cumanya kena istiqomah la nak memviralkan semua ni. Jgn la seminggu dua je pastu senyap. Tak jd apa la tuan². Ibarat sy berborak dengan sependar hanyut je la. Buat habis stok suria sy je melayan tuan². 

Jadi, mari la kita sama² hentam, kecam, viral puak² yg berkuasa tapi yg amalkan rasuah, kroni² apa semua ni. Yg tak fikir pasal cucu-cicit & generasi akan datang. Kita buat mereka sampai jatuh terduduk menyembah lumpur yg mereka sendiri hanyutkan. Kaitkan semua bukti yg ada dengan isu banjir & bantuan sekarang ni. Petik je nama² agensi², jabatan² & kementerian² yg terlibat yg memberi keizinan & kelulusan aktiviti penerokaan hutan pd mereka tanpa mengkaji akibat & kemusnahan yg bakal mereka lakukan utk jangka masa panjang. Tapi, pada yg kata "tak baik buat macam ni, biarlah tuhan saja membalasnya", maka biarkan sajalah post sy ni tenggelam bersama² lumpur & kayu-kayan yg tuan² bersihkan. Hujung tahun depan, kita cuci lagi lumpur² & kayu-kayan ni. Tahun satu lagi pun sama. Sampai la berapa banyak Jamil yg mampos pun, takde berkesudahan semua ni.

Sekian sajalah provokasi daripada sy setakat ini. Rokok suria sy pun dah 2 batang habis sepanjang masa menaip ni. Tinggal sebatang je lagi stok nak berak kejap lagi. Baik tuan², sy berak dulu. Babbhaaiii... 

#sekadarmengeruhkanlagikeadaan
#harum
#gurih
#nikmat

**Gambar sekadar hiasan. Ni kat Zimbabwe tuan². Bukan kat sini.

Saturday, 25 December 2021

Pahlawan Si Bongkok


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,,

SEJARAH SI BONGKOK PAHLAWAN JOHOR

'Pusara Si Bongkok di lereng bukit, di tepi pantai Tanjung Puteri...:

Itu sebahagian dari lirik dalam lagu Tanjung Puteri yang biasa kita dengar.

Siapa sebenarnya Si Bongkok?

Si Bongkok adalah tokoh pejuang kemerdekaan awal yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor sekitar abad ke-19 yang namanya hilang dalam lipatan sejarah yang di tulis oleh penjajah.

Ketika kerajaan Johor tidak lagi diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.

Polemik bermula apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835 dan putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.

Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru).

Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.

Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.

Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.

Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.

Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.

Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut.

Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.

Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.

Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.

Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.

Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau. Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.

Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.

Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya.

Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan.

Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.

Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.

Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.

Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.

Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.

Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.

SELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.

Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahs

Pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.

Penduduk terbabit merahsiakan lokasi mayat di tanam dan tidak menghebohkan pengebumian tersebut kerana khuatir akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok.

Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.

Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan tersebut.

credit Mohd Hanizam Yunus 
Di petik dari buku Si Bongkok Tanjung Puteri karya Abdul Latip Talib.

Banjir di Hulu Langat





APAKAH YG SEBENARNYA BERLAKU DI HULU LANGAT?

Tiga hari berturut ii, saya menjelajah kawasan banjir di Hulu Langat khsusunya di kawasan Sg Lui. Termasuk semalam, kali ketiga saya masuk. Di samping membawa brg ii bantuan dari rakan ii, sy sebenarnya cuba menggunakan deria ke-6 mencari jawapan APA YG SEBENARNYA BERLAKU DI HULU LANGAT pada malam kejadian. Dalam masa yg sama, saya cuba membaca HIKMAH Allah SWT yg ingin diberi kepada kita.

Ini ialah ulasan peribadi saya berdasarkan analisa di atas tanah:

Premis: Saya menolak teori air laut pasang besar kerana Hulu Langat terlalu jauh dengan laut dan aliran air sungai di sini sangat deras. Maksudnya tak membuak kembali ke Hulu Langat.

1. Punca kepala air datangnya dari Sg Peras yang hanya luasnya sekangkang saya shj. Sg ini dalam peta pun tak ada. Sg ini memuntahkan kepala airnya di Simpang Peras. Melihat pada kesan kepala air, Masyaallah. Siapa sangka sungai yg hanya luas sekangkang shj, begitu luas dan banyaknya muntah kepala air. Saya tak tahu dari mana datangnya sisa sisa kayu balak yg begitu banyak. Aliran arus Sg Peras ini mengalir laju kerana ia meneruni cerun bukit. Maka semua rumah ii atau apa sahaja yg ada di laluannya, di musnahkan. Sy tak ada jawapan atau tak jumpa jawapan kenapa kepala air Sg Peras terlalu besar. Hanya Allah SWT yv maha mengetahui.

2. 6 Kepala Air Bergabung. Hujan yang lama, lebat dan berlaku di semua tempat telah menyebabkan berlakunya 6 kepala air di 6 sungai di Hulu Langat. Enam sungai ini ialah Kepala air Sg Lui, Kepala air Sg Peras, Kepala air Sg Bagak/Sg Leweng, Kepala Air Sg Pagar, Kepala air Sg Gabai dan Kepala air Sg Langat. Apabila ia  bergabung, maka berlakulah kedahsyatan yang tidak dapat di bayangkan. Momentum aliran sungai ini menjadi terlalu kuat setelah bertemu atau bergabung. Maka ia menyebabkan air sungai naik dengan terlalu cepat sehingga penduduk tak sempat bertindak dan ia turut melanda ke kawasan yang tak pernah banjir. Maka tragedi ini berlaku dlm mana penduduk langsung tak bersedia. Sila lihat ilustrasi peta.

3. Kekuatan dan momentum aliran air Sg Lui  yg bergabung dgn bbrapa sg yg sy nyatakan di atas, kemudian ya bertemu dengan air Sg Langat yg luas itu. Melihat kesan ditebing kiri dan kanan, pastinya Sg Langat yang mengalir dari Pangsun pada malam itu juga ada kepala air. Sy tak pasti sama ada air Empangan Sg Langat dilepaskan atau tidak pada malam kejadian. Jika ia dilepaskan, maka ia juga turut menyebabkan air yg terlalu banyak. Maka, apa shj yg ada di kiri dan kanan Sg Langat turut musnah.

3. Corak Pembangunan Rumah. Hampir 80% rumah ii atau chalet ii di kawasan Sg Lui dan Sg Langat di bina di tepi ii sungai kerana keindahan sungai ini. Malah ada rumah ii yang tiangnya di tebing sungai. Maka apa sahaja yg ada di kiri dan kanan Sg Lui 
, Sg Gabai, Sg Pagar, Sg. Bagak/ Sg Leweng dan Sg Langat akan di bawa arus yg deras itu. Kedahsyatan aliran sungai inj menjadi lebih melampau kerana aliran sungai yg bengkang bengkuk. Maknanya, arus sungai yg kuat terhalang dek tebing sungai yang bengkang bengkuk, maka ia membuak ke kawasan di kiri dan kanannya. Disinilah kawasan yg paling teruk.

4. Hampir semua dusun durian di tepi sungai dimusnahkan. Batang ii pokok durian bergelimpang di kiri dan kanan sungai. Tumbang dan tercabut dek derasnya arus.

RUMUSAN

1. Kejadian banjir melampau seumpama ini sama sekali tidak di duga dan tak terbayang akan berlaku oleh penduduk ii di sepanjang Sg Lui dan Sg Langat yg telah puluhan tahun tinggal di situ. Kalau berlaku banjir pun hanya melibatkan kawasan Nanding shj. Begitu juga dengan pihak berwajib sama sekali tidak menjangkakannya.

2. Justeru, kita akan mengambil sikap tunggu dan lihat kerana dah puluhan tahun rumah kita tak pernah dilanda banjir. Dan kita mungkin fikir, mustahil air akan sampai ke rumah kita tetapi malam itu, ia sampai. Maka semuanya menjadi sangat cemas dan kelam kabut. Juga tanpa sebarang persediaan. Kenapa nak ada bot kat rumah kerana puluhan tahun air tak pernah sampai kat rumah?

3. Dalam mana mana kejadian bencana yang tak terjangka di dunia ini, pada malam atau masa kejadian, segala-galanya adalah kelam kabut, tak dapat diurus langsung, malah kita tak tahu nak buat apa yg terbaik selain lari menyelamatkan diri. Naik atas bumbung adalah yg terbaik kerana air sudah tinggi.

4. Bantuan Dari Luar. Di mana ii kejadian bencana yg tak terjangka, pada masa kejadian tercetus, lebih ii lagi pada malam yg gelap itu, bantuan dari luar tidak akan sampai pada masa yg genting itu. Melainkan ia datang dari pasukan ii penyelamat yg ada berdekatan atau ada dalam kawasan bencana. 

5. Hakikatnya masih banyak lagi penduduk yg rumah mereka selamat. Tidak terjejas sedikit pun dek rumah mereka tidak berada di laluan kepala air dan mungkin di atas tanah yg lebih tinggi. Sy rumus secara congak, rumah ii yg tak kena ialah 70%. Yg kena banjir ialah 30%. Meninjau keadaan di kawasan yg tak terjejas ini, melihat sikap dan membaca tahap keprihatinan; saya ada banyak ?????. Dlm hal ini sy ingin kongsi kisah dua hari lepas. Rakan sy yg juga mangsa banjir di Sg Lui menelefon mengatakan mereka tak ada makanan utk di makan. Sy agak terkejut kerana meihat berduyuh duyun 4x4 NGO dan org persendirian yg masuk hantar makanan. Tanpa banyak soal, saya dan dua org rakan lagi dengan segera memborong barang makanan di Mydin. Lansung kami terus ke rumah rakan saya. Perjalanan agak jauh kerana kami terpaksa masuk melalui semenyih jln sg lui.
 
Setelah tiba di kawasan perumahan rakan saya; saya rasa sangat kecewa. Sy kata mcm ni:

Sy: Mcm mana hang kata tak ada makanan nak makan. Ni bertimbun beras, bertong sardin org bagi.

Kwn: Kami tak boleh nak masak, katan tak ada.

Sy: Kepala ho….. kau. Kau masaklah pakai api. Tu kayu berlungguk. Letak batu ja jadi tunggu. Takkan tak
boleh masak?

Kwn: Boleh la masak tapi payah la sikit.

Sy: Apa yg payahnya? Tu, ko tengok jiran jiran kau sebelah atas. Semua rumah org berada. Air sikit pun tak kena. Takkan depa tak boleh masak utk jiran ii yg kena musibah. Di mana semangat kejiranan kau orang?

Kwn: Kalau mcm nanti tak pa la. Nanti kami masak. Ni karan tak ada, mlm gelap. Susah juga.

Sy: Yg tu TNB sedang semak main wire, esok depa akan on semua. Nak kena semak takut ada yg kena karan. Guna lilin atau bergelap lah malam ni. Apa susahnya.

Saya tamatkan disini. Sebenarnya dlm hati saya mcm mcm saya cakap cuma tak sampai hati nak lontarkan.

6. Dakwaan ATM Tidak Ada. Saya agak terkejut dengan dakwaan ini kerana saya tahu dan fasih SOP bekas briged yg saya pernah perintah iaitu 11 Briged. Maka secara diam ii saya membuat siasatan di mana pasukan yg dalam std by mood 24/7. Apa yg saya temui, pasukan std by mood 24/7 ini telah diatur gerak ke kawasan paling serius iaitu di kawasan Sri Muda, Shah Alam. Malah mereka telah digerakkan lebih awal dari jangkaan saya. Mereka digerakkan seawal jam 9 malam pada malam kejadian. Maka bantuan ke kawasan Hulu Langat sampai sekitar jam 2 pagi. Malam itu, keadaan arus sangat kuat dan ganas. 

7. Bantuan kepada Mangsa banjir. Rakyat kita sudah sangat pemurah. Bertimbun ii bantuan makanan di bbrapa pusat pengumpulan. Sudah terlalu banyak. Maka kepada NGO NGO yang ingin membantu, sila buat tinjauan terlebih dahulu, supaya kita menghantar barang ii bantuan yg benar ii diperlukan oleh mangsa. Sy berpendapat, pusat ii pengumpulan ini perlu diurus dengan lebih baik. Manakala grab berkeliaran di mana ii shj. Rasa saya tak kan ada yg kebuluran di sinj. 

8. Sisa Banjir. Di mana mana sisa banjir ini ada dan menjadi sampah sarap Yg tak terurus. Semua sampah ii ini dilonggokkan oleh mangsa banjir kerana ingin membersih rumah dan kawasan rumah mereka. Maka tindakan pembersihan sampah sarap inj perlu dilakukan dengan segera dengan skala yg raksasa. Saya tak pasti ini tugas siapa sebenarnya? Kalau tak diuruskan segera,ia akan menyebabkn bau, lalat dan akhirnya penyakit.

9. Kejadian banjjir di Shah Alam, dan ibu kota KL yg bermula lebih awal iaitu pada waktu petang telah memesongkan fokus pasukan penyelamat ke sana. Semua aset di arahkan ke sana. Siapapun tidak menghidu bau malang yg akan berlaku di Hulu Langat.

Saya ingin menutup tulisan ini dengan berkata:

*Gotong royong sangat penting
*Kejiranan sangat penting

Kredit : Pena Celoreng

Tsunami - 17 tahun dulu

Hari ini 17 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh, Indonesia. 

Pada 7.59 pagi itu, gempa bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi, 160 batu dari barat pulau Sumatera, yang berlanjutan selama 10 minit. Ia menghasilkan tsunami yang tenaganya dianggar 2 kali ganda seluruh bom yang digunakan pada Perang Dunia II. 

Tidak sampai 20 minit, gelombang tsunami itu sampai ke pantai Sumatera & menghancurkan wilayah di utara pulau itu, Aceh. Ombaknya tinggi mencecah 80 hingga 100 kaki, melenyapkan seluruh komuniti di situ dalam masa beberapa minit. 

Tsunami deras & serpihan objek yang dibawa bersamanya itu membunuh sekitar 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi Aceh, dengan lebih 500,000 hilang tempat tinggal. 1/3 daripada mangsanya adalah kanak-kanak. 

Tatkala Aceh sedang musnah, gelombang tsunami itu yang bergerak pada kelajuan 800 km/j tiba di Thailand sejam setengah selepas detik gempa, membadai wilayah Phang Nga & Phuket. Ia membunuh hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar. 

Malaysia tidak terkecuali apabila ombak besar turut menyapu negeri pantai barat & membunuh 67 nyawa Paling teruk terkesan adalah Pulau Pinang dengan 52 kematian, 12 di Kedah (khususnya di Langkawi), 2 di Perak & 1 di Selangor. 

Tsunami tersebar ke serata Lautan Hindi & menghentam Sri Lanka, 90 minit selepas gempa. Tidak sekuat di Aceh atau Thailand, tetapi sekitar 30,000 nyawa juga terkorban sebelum sampai ke Chennai, India di mana lebih 10,000 penduduk terbunuh. 

Malah, tsunami merentas sejauh 5,000 batu & sampai ke pantai timur Afrika - 10 maut di Tanzania, 3 di Seychelles & 1 di Kenya. Malah 2 orang turut terkorban di Afrika Selatan, tempat terjauh dari titik gempa yang menerima kesannya. 

Secara keseluruhannya, dianggarkan hampir 228,000 nyawa melayang - sekitar 190,000 disahkan mati dengan 40,000-45,000 hilang/dipercayai maut. Ia antara bencana alam membunuh yang terburuk dalam sejarah yang direkodkan. 

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni

Tuesday, 14 December 2021

Mandi ais boleh legakan sakit otot...

Penggunaan ais mampu menjadi satu terapi dan mempunyai banyak manfaat terutamanya kepada fungsi tubuh badan.

MANDI dengan ais atau air sejuk mungkin kedengaran menyakitkan bagi sesetengah orang.

Tetapi ada yang percaya ia adalah salah satu cara paling mudah dan cepat untuk meredakan kesakitan selepas bersenam.

"Mandi ais telah lama wujud, dan sangat popular," kata Nick Clayton, pengurus program National Strength and Conditioning Association.

Walaupun mandi ais dapat menenangkan otot yang sakit, kaedah ini bukan untuk semua orang - dan boleh jadi tidak berkesan bergantung pada tahap kecergasan anda.

mandi ais 2

Mandi ini dikaitkan dengan kaedah terapi penjagaan kesihatan melalui penggunaan medium air dan ais sebagai bahan utamanya.

Apa itu mandi ais?

Juga disebut rendaman dalam air sejuk, mandian ais adalah bentuk terapi krio yang memerlukan duduk di dalam air sejuk tinggi paras dada anda, selama 10 hingga 15 minit.

Tidak perlu sampai tahap badan menjadi beku untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya - di mana hanya antara 10 hingga 15 darjah celsius sudah memadai.

“Kali pertama anda masuk, ia akan buatkan ada berasa tenang serta boleh menarik nafas lega.

Ia agak sukar pada mulanya, tetapi selepas 5 hingga 10 minit ia menjadi lebih mudah, terutamanya jika anda menjaga kadar pernafasan dan kekal tenang," kata Clayton.

mandi ais 1

Mandi ais disyorkan untuk mendapatkan kesegaran tubuh badan.

Bagaimanakah mandi ais berfungsi?

Mandi ais dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan kadar pemulihan dengan mengubah cara darah dan cecair lain mengalir dalam badan anda.

Apabila anda duduk di dalam air sejuk, saluran darah anda menyempit kemudian salur ini terbuka kembali setelah selesai mandi.

Proses ini membantu membuang sisa metabolik selepas bersenam, kata Clayton.

Ini telah dibuktikan dengan limfa iaitu cecair jernih yang terdiri daripada sel darah putih dan cecair dari usus anda, jelasnya.

Walaupun jantung anda sentiasa mengepam darah ke seluruh badan, kelenjar limfa anda tidak mempunyai pam.

Mandi ais mampu mengecut dan membuka saluran ini secara manual, membantu cecair bertakung dalam kelenjar limfa anda bergerak ke seluruh badan.

Peningkatan aliran darah juga membanjiri sel anda dengan nutrien dan oksigen dan secara teorinya membantu badan anda pulih, tambah Clayton.

mandi ais 6

Manfaat utama mandi ais dapat mengurangkan tahap keradangan tisu selepas bersukan.

Selain itu, Reinold dan Clayton percaya mandi ais membantu anda untuk keadaan atau masalah yang lain.

"Dari sudut mental, anda melatih badan anda untuk terdedah kepada tekanan dan rangsangan yang berbeza, serta menjadikan anda lebih tahan dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran di masa depan," kata Clayton.

Adakah mandi ais mengurangkan keradangan?

Sesetengah kajian mencadangkan mandi ais ini boleh mengurangkan kesakitan pada otot selepas bersenam.

Ia mendapati bahawa mandi ais dan urutan adalah yang paling baik dalam mengurangkan keradangan serta mengurangkan sakit otot dan keletihan.

Bolehkah mandi ais meningkatkan prestasi sukan?

Mandi ais selepas permainan tidak akan menjadikan anda seorang atlet yang lebih baik.

Tetapi mandi ais boleh meningkatkan prestasi jika anda melakukannya sebelum bersenam pada hari yang panas dan lembap.

Jika anda melakukan perlumbaan merentas desa, mandi ais sebelum perlumbaan dapat mengurangkan kesan terhadap haba atau kepanasan melampau serta meningkatkan prestasi aktiviti anda," kata Clayton.

Cukup dengan masuk ke dalam tab ais sebelum perlumbaan atau permainan selama kira-kira 20 minit untuk menurunkan suhu badan.

Adakah terdapat sebarang risiko mandi ais?

Clayton berkata orang yang mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular harus mendapatkan nasihat doktor mereka terlebih dahulu.

Berpotensi mendapat penyakit seperti hipotermia jika anda duduk terlalu lama adalah risiko yang kita harus elak ketika mandi ais.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI


Kredit : mstar.com.my

5 Kelebihan Mandi Sebelum Dubuh

Sebenarnya, bangun awal pagi bukan sahaja untuk memudahkan segala urusan kerja dan rutin harian kita, malah ia dituntut dalam agama Islam.

Kajian secara saintifik sendiri menyenaraikan pelbagai manfaat mandi pada awal pagi, antaranya;

Mandi awal pagi boleh menghilangkan rasa mengantuk. 

1. Menghilangkan rasa mengantuk

Terbukti mandi subuh dapat menghilangkan rasa mengantuk selepas bangun tidur. Bahkan ramai mengatakan mandi pada awal pagi membuatkan mereka tidak lagi perlu minum kopi atau teh sebagai penyegar sebelum memulakan aktiviti harian.

Apabila rasa mengantuk hilang, secara automatik semangat dan fokus anda akan meningkat.

2. Menjadikan wajah lebih bersih, segar

Mandi subuh akan membersihkan peluh yang keluar ketika anda tidur, termasuk pada wajah. Ia sekaligus dapat menaikkan seri muka dan tampak lebih segar.

Mandi pada awal pagi menjadikan mood anda lebih baik. 

3. Mencegah pelbagai penyakit

Mandi secara umumnya dapat mencegah diri kita daripada jangkitan atau penyakit terutamanya berkaitan kebersihan tubuh seperti gatal-gatal dan masalah berkaitan kulit.

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti psoriasis dan ekzima, mandi pada waktu subuh antara penawarnya!

4. Memperbaiki mood

Jika rajin, campurkan air kolah anda dengan minyak terapi sewaktu mandi untuk menghilangkan tekanan dan memperbaiki mood anda pada hari itu.

Mandi pada waktu subuh juga sangat bermanfaat buat kaum wanita yang mengalami hormon tidak seimbang akibat datang bulan.



Wednesday, 1 December 2021

Malberi - khasiatnya

KHASIAT POKOK MALBERI

Beberapa hari yang lalu,  sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun  Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa  makan daun ini,  ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai  bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini  Apa tidaknya, dah lama dia  mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang,   karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.

Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini. 

Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.

Sebenarnya  orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu  sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah  dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan. 

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya  lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak  boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi  juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi  khasiat pokok ini. 

Saya turunkan sekali lagi khasiat  pokok malberi ini  iaitu antara lain dapat  membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

👉Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
👉Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
👉Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
👉Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
👉Membantu dalam kehilangan berat badan
👉Mengurangkan keadaan asma yang teruk
👉Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
👉Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
👉Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
👉Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
👉Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
👉Menambahkan tenaga
👉*Meningkatkan produksi susu badan*
👉Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

Nak apa2 info tambahan, pls  google ya

Rujukan dan kredit pada : Nadzir Shafie


Tuesday, 30 November 2021

Panaskan Badan - Minuman Berempah



6 Minuman Berempah untuk Memanaskan Badan Semasa Musim Hujan


Apabila musim hujan kita akan tercari cari minuman yang boleh memanaskan badan.

Campuran rempah-rempah sangat baik untuk tubuh badan kita Sebut saja kunyit untuk mengurangkan selesema, kayu manis yang bersifat anti-bakteri, hingga halia berfungsi memanaskan badan.

1. Halia

Air rebusan halia disajikan bersama gula merah, perpaduan rasa manis dan air halia boleh memanaskan badan kalau diminum semasa musim hujan. Ya juga di jadikan ubat untuk mengurangkan selesema.

Selain menggunakan bahan utamaHalia putih atau merah, ya juga boleh dicampurkan dengan serai, kapulaga, atau daun pandan agar aromanya lebih wangi.

2. Coklat rempah panas

Cokelat bukan sahaja boleh meningkat mood, tapi ia juga dijadikan minuman yang memanaskan badan, Kombinasi rempah seperti serbuk kayu manis , kapulaga, dan bunga lawang.

Rempah-rempah seperti kayu manis, kapulaga, dan bunga lawang akan menghasilkan aroma khas yang berguna untuk melegakan nafas semasa selesema. Ditambah coklat, minuman ini juga sesuai disajikan kepada anak-anak agar daya tahan tubuhnya tetap terjaga selama musim hujan.

3. Susu

Minuman berbahan utama susu ini memang memiliki warna kuning keemasan yang di campurkan serbuk kunyit. Dikenal pula dengan nama turmeric milk atau susu kunyit, minuman dari India ini popular hingga ke Amerika kerana khasiat yang terkandung di dalamnya.

Kunyit memang telah dikenal sebagai salah satu ubat untuk selesema serta mengatasi radang kerana kandungannya yang bersifat anti-inflamasi. Selain dicampur dengan serbuk kunyit, biasanya susu juga dicampur dengan rempah lainnya seperti kayu manis,halia, dan gula batu sebagai pemanisnya.

4. Minuman berempah

Minuman berempah ini campuran semua rempah rempah terpilih yang direbus hingga mendidih.

Rempah-rempah tersebut diantaranya adalah Halia, kayu manis, pala, cengkeh, kapulaga, dan kayu sepang sebagai pewarna alaminya. Untuk mengimbangi rasa pahit rempah-rempah, biasanya ya boleh dicampur dengan madu atau gula batu

5. Air lemon

Potongan lemon yang dicampur dengan air panas bisa menjadi pilihan. Lemon dicampur dengan madu ini memiliki rasa masam dan manis. Sangat menyegarkan. Selain berkhasiat untuk menghangatkan badan, kandungan vitamin C di dalam lemon berguna untuk mengurangkan penyakit serta memperkuatkan tubuh badan sehingga tak mudah dijangkiti penyakit pada musim hujan.

6. Santan Berempah

Santan berempah merupakan minuman yang di campur santan, halia dan gula merah. Campuran ketiga tiga bahan ini boleh menghasilkan rasa pahit, manis.

INANA

Serai - manfaatnya

SERAI merupakan tumbuhan yang umumnya digunakan untuk memasak atau membuat minuman.

Salah satu cara menggunakan serai adalah dengan merebusnya dalam air dan dijadikan teh serai.

Khasiat rebusan serai adalah seperti sebatian antioksidan dan anti-radang yang terkandung di dalamnya.

Berikut adalah khasiat air rebusan serai yang baik untuk kesihatan yang telah digunakan secara meluas di pelbagai negara.

1. Meningkatkan kesihatan gigi dan mulut

Kajian menunjukkan ekstrak serai mampu menghalang pertumbuhan bakteria.

Ini termasuk bakteria yang boleh mengganggu kesihatan pergigian dan mulut, seperti Streptococcus Sanguinis yang boleh menyebabkan kaviti.

Air rebusan serai juga boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk menjaga kesihatan mulut.

Kita juga boleh menggigit dan menggosok sisa rebusan serai pada gigi seperti menggunakan kayu sugi.

2. Melegakan kerisauan

Minum teh panas boleh membuat anda tenang, tetapi khasiat rebusan serai tidak terhenti di situ.

Serai juga membantu menghilangkan keresahan kerana kajian mendapati bahawa menghidu serai terutama dalam bentuk minyak pati dapat membantu orang yang mengalami masalah keresahan.

3. Mengatasi kembung perut

Air rebusan serai juga boleh digunakan untuk merawat kembung perut.

Kajian menunjukkan pengambilan air rebusan serai boleh meningkatkan kekerapan membuang air kecil kerana ia mempunyai kesan diuretik.

Justeru, kembung perut yang berlaku akibat pengumpulan cecair dalam badan dapat diatasi.

Khasiat rebusan serai boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang sama semasa sindrom prahaid (PMS).

4. Mencegah jangkitan

Manfaat air rebusan serai seterusnya adalah untuk mencegah jangkitan.

Kajian menunjukkan serai mampu mencegah pelbagai jenis jangkitan yang dialami akibat penurunan sistem imun badan, contohnya mengurangkan dan melegakan kudis pada penghidap HIV.

5. Menurunkan kolesterol

Kajian menunjukkan ekstrak serai mampu menurunkan paras kolesterol.

Jumlah kolesterol yang diturunkan bergantung pada jumlah dos yang digunakan.

Untuk menurunkan lebih banyak kolesterol, lebih banyak serai diperlukan.

6. Mengatasi cirit-birit

Air rebusan serai boleh digunakan untuk mengurangkan kekerapan membuang air besar terutama menangani cirit-birit.

Tumbuhan ini juga mempunyai fungsi antibakteria yang boleh mengurangkan jangkitan pada saluran penghadaman.

Cara membuat rebusan serai

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti dan boleh dilakukan sendiri di rumah:

a. Sediakan sebatang serai dan segelas air.

b. Potong batang serai kepada ukuran 2.5cm - 5cm.

c. Panaskan air dan biarkan mendidih.

d. Tuang air panas ke dalam bekas yang telah dipotong tangkai serai.

e. Biarkan batang serai meresap sekurang-kurangnya 5 minit dalam gelas.

Air rebusan serai boleh diminum panas atau sejuk dengan menambah ketulan ais untuk menjadikan minuman ini lebih segar.

Tiada sukatan betul mengenai penggunaan serai untuk kesihatan tetapi kita dinasihatkan untuk mulakan dengan minum segelas sehari.

Pengambilan rebusan serai adalah selamat, tetapi wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mengambilnya.

Walaupun tiada bukti kes atau kajian yang mendedahkan bahaya rebusan serai untuk kehamilan, namun kebaikan rebusan serai yang boleh melancarkan haid, dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kehamilan dan menyebabkan risiko keguguran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Friday, 26 November 2021

Daun Pandan

*Petua orang kampung*

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok  ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan.

*Antaranya :*

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam..  minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang  masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum. 

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari. 

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blender daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami* 

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas  Masukkan juga jintan putih dan jintan manis. 

*Pewarna asli

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*

©

Sunday, 21 November 2021

Pokok Tetulang

BOMOH PATAH TERJUN.....

Ketika saya masih belajar di Univesiti dulu, saya ada ikut seorang kawan ke pendalaman Rompin Pahang untuk jumpa seorang tok batin. Sahabat saya ni kena masalah patah tulang kat bawah buku lali kaki akibat dilanggar seorang mat rempit.. Masa tu dia dalam perjalanan pulang kuliah malam..
Pendek cerita, saya lihat Tok Batin tu tak baca apa-apa pun. Dia cuma ambil beberapa batang pokok dan tumbuk. Kemudian dia sapu ditempat yang patah dan balut dengan daun pisang. Katanya jangan dibuka selama 3 hari dan tak boleh kena air selama 3 hari tersebut.
Lepas 3 hari, kami pergi semula berjumpa Tok Batin tu.. Saya ni pantang tengok ilmu baru terus je nak menadah..
Saya: Tok tampal apa kat kaki kawan saya tu.. Cepatnya boleh baik?
Tok Batin: Alah, pokok tulang jer...
Saya: Tak payah baca jampi ker Tok..?
Tok Batin: Tak payah.... memang dah itu ubatnya.. Jampi buat apa?
Saya: Saya nak ilmu ni boleh tak Tok..?
Tok Batin: Boleh jer.. Jarang sangat anak muda macam kamu ni minat berubat... Meh ikut aku kita tengok pokok tu.
Saya dan Tok Batin pun berjalan di belakang rumahnya... Ditunjukkan pokok tersebut dan diajar petua nak ambik macam mana.
Katanya, nak buat untuk kes patah, bengkak atau seliuh, pokok ni elok ambil petang sebelum malam.. Nak ambik pulak biar yang bahagian bawah tapi bukan yang jenis sentuh tanah.. Ambil ranting yang lekuknya ke atas.. Yang turun ke bawah tak boleh jadi ubat.
Cara rawatnya pulak mudah jer.. Hanya tumbuk, tampal dan balut dengan daun pisang...semudah A..B...C
"Kalau balut dengan kain jer tak jadi ker Tok?"
Katanya tak berkesan sebab tujuan balut dengan daun pisang tu nak bagi kulit tu sejuk dan tak melepuh. Biasanya lepas 3 hari baru boleh bukak dan Insyaallah sembuh..
Bila dah dapat ilmu tu, saya pun try la test kat seorang kawan yang patah tulang lutut.. Alhamdulillah, menjadi tapi bukan 3 hari la.. 6 hari (dua kali balutan).. So, dibulan yang mulia ni, saya izinkan sapa2 nak guna ilmu ni.. Insyaallah, sembuh... Amin..

*Pokok ni dikenali sebagai pokok TETULANG...
Pokok hiasan dan boleh dicari di Nursery..
Selamat Beramal... 😃
Via-Darul Manzil

KHASIAT PERUBATAN TAMBAHAN

1) Merawat bisul, kesan bengkak dan patah.
– untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting
dahannya yang segar atas api yang sederhana besar. “Layurkannya atas api dalam beberapa
minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada
tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Balutlah dengan kain bersih. Amalkan
sehingga kesan kesakitannya hilang.

2) Pokok ini juga digunakan untuk menghilangkan ketuat
– ambil cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang
sudah matang, selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga
hilang.

3) Digunakan untuk sakit sendi tulang
– patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya…rebuskan pokok tersebut..dan
air rebusan tersebut dijadikan air mandian.

Saturday, 20 November 2021

Ya Hayyu Ya Qayyum

Kehidupan Dunia Bekalan Akhirat


KELEBIHAN MENGAMALKAN ZIKIR YA HAYYU YA QAYYUM

image

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:

Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
Di sukai orang

Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.

Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.

Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.

Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.

* baca Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali) *

Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
 
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.

image

Sumber: Zikir Asmaul Husna,



Friday, 12 November 2021

Nasi Lemak

Kami nega nasi lemak daun pisang ni dh lama ..dh 10 thn.guna periuk biasa saiz38.utk beras 5 kg.boleh 115 bungkus..sebungkus seringgit..dgn meniaga ni blh la menampung hidup d zamn serba canggih
Telur+ bilis kami nk bagi resepi simple buat nasi lemak cara kami..kami dok kedah na..
Resepi:
Nasi,
5 kg beras 
1/2 cwn minyak masak (utk menumis)
2 bji bwg besar/ halia( blender)
   Kulit kayu,buah pelaga,bunga lawang( utk menumis)
1 cwn santan pekat..
4 btg serai
3 helai daun pandan.
Cara masak nasi
Tumis minyak hingga panas
Masuk serai, daun pandan, 3 serangkai pastu masuk bhn blender..sampai wangi. boh beras..kacau lagi.. boh gula 5 camca, garam 5 camca .boh santan..kacau boh air sama dgn beras.ukur beras guna besen..sama dgn air..tunggu sampai kering..perlahan kan api.
Ikan bilis 200 gm..guna ikn bilis yg sekilo rm40.goreng ikan bilis pastu toskan
Rebus telur 30 biji.belah 4

SAMBAL,:
Bhn: cabai kering 100gm
Minyak ikan bilis
Bawang besar seguni( 1.5kg)
Gula 12 camca.garam 1 1/2 camca,ajinomoto 1 camca.asam 2 kping
Cara :panas minyak ikn bilis tadi boh bhn blender(cabai dan bwang besar)masak sampai kering.baru boh bhn perasa.. garam, gula, ajinomoto, asam keping..
Daun pisang cari sendri dlm kebun..jimat kos pembukusan..
Duit dpt tu simpan ckit utk bli sekut kuning utk simpnan masa depan.. hihi..
Seronok cari duit sendri ni..kita dpt beli apa kita nk..kan
OK..habis coretan kami..try la buat..modal ckit ja..
Sory klau ter tulis salah..

Tuesday, 9 November 2021

Kenapa Rasullullah beristighfar?

Kenapa Rasulullah Beristighfar?

1. Ketika membahaskan tentang hadith istighfar, Sheikh al-Dahlawi menyebutkan bahawa terdapat sarjana Muslim yang berasa hairan mengapa Rasulullah sering beristighfar sedangkan Baginda telah diampunkan dosanya. Kata Sheikh al-Dahlawi:

ولقد تحير العلماء في بيان معنى هذا الحديث وتأويله

“Sesungguhnya sebahagian ulama merasa hairan ketika membahaskan hadith ini (hadith istighfar Rasulullah).” Ini kerana kta semua sedia maklum bahasa Rasulullah telah dikurniakan keampunan buat Baginda, bahkan Baginda adalah maksum. Lalu untuk apa lagi istighfar tersebut?

2. Menurut riwayat Sahih Muslim, Rasulullah dikatakan tenggalam dalam kekhusyukkan beristighfar. Sabda Baginda Nabi:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإِنِّي لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِي الْيَوْمِ مِئَةَ مَرَّةٍ

“Sesungguhnnya hatiku tenggelam dalam keseronokan beristighfar. Dan sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah setiap hari serratus kali.” (HR Muslim)

3. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah yang maksum ini khusyuk dan tenggelam jiwanya dalam memohon keampunan buat Allah sedangkan Baginda adalah maksum. Menurut al-Imam al-Nawawi, Baginda beristighfar bukan buat dirinya akan tetapi buat umatnya iaitu kita! Kata al-Imam al-Nawawi:

هُوَ هَمُّهُ بِسَبَبِ أُمَّتِهِ وَمَا اطَّلَعَ عَلَيْهِ مِنْ أَحْوَالِهَا بَعْدَهُ فَيَسْتَغْفِرُ لَهُمْ

“Ia adalah disebabkan kerana keperihatian Nabi terhadap umatnya, Baginda memerhati hal ehwal yang akan menimpa umatnya lalu Baginda beristighfar buat mereka. (al-Nawawi, Sharh Muslim).

4. Bayangkan, Rasulullah sendiri memohon istighfar buat kita kerana dosa dan kesilapan yang kita lakukan. Tidak malukah kita kepada Rasulullah yang memohon istighfar buat umatnya sedangkan kita sendiri jarang beristighfar?

5. Menurut al-Qadi Iyyad pula, Baginda mengucapkan istighfar setiap masa kerana bimbang terdapat terdapat masa yang hatinya leka dari mengingati Allah. 

كَانَ شَأْنُهُ الدَّوَامَ عَلَيْهِ فَإِذَا فتَرَ عَنْهُ أَوْ غَفَلَ عَدَّ ذَلِكَ ذَنْبًا وَاسْتَغْفَرَ مِنْهُ

“Sesungguhnya hati Rasulullah itu sentiasa berada dalam keadaan zikir (mengingati Allah), namun apabila Baginda teralpa atau leka seketika, maka Baginda segera beristighfar kerana leka dari berzikir kepada Allah.” (Sharh Muslim)

6. MashAllah! Begitu tinggi iman seorang Nabi. Tidak ada masa bagi hatinya untuk alpa dari mengingati Allah. Sekiranya terleka seketika, Baginda segera memohon keampunan dari Allah. 

7. Malah al-Nawawi menegaskan bahawa istighfar Rasulullah itu adalah manifestasi pengabdian Baginda kepada Allah, iaitu menundukkan seluruh jiwa dan raganya hanya kerana Allah sebagai tanda hamba yang bersyukur.

8. Andai Rasulullah sendiri beristighfar untuk kita setiap hari, malulah kita jika kita sendiri tidak beristighfar setiap hari. Malah sekiranya Rasulullah sendiri beristighfar untuk menzahirkan sifat kehambaan dan syukur kepada Allah, maka kita lebih perlu untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Monday, 8 November 2021

Tabut Sakinah

Syeh Haqtullah

RAHASIA BANI JAWI

Musuh sebenar yahudi bukanlah Palestin, tetapi "BANI JAWI"...!

BANI JAWI adalah pengembara hebat yang telah membawa misi ke semenanjung dihujung dunia yang dipanggil oleh Ptolemy sebagai "Semenanjung Emas" atau "Golden Chersonese" dan kemudiannya dikenali sebagai TANAH MELAYU !

BANI JAWI adalah satu-satunya bangsa yang menerima ISLAM tanpa peperangan dan mendukung Islam sepenuhnya dengan SEMPURNA.

Telah lama yahudi illuminati mencari BANI JAWI atau "Kaum Yang Hilang" ini...

"BANI JAWI atau BANGSA JAWI MELAYU"

* TANAH JAWI – Ialah gelaran kepada Tanah Melayu.

* ORANG JAWI – Ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu.

* TULISAN JAWI – Ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu.

Maksud JAWI – Berkhatan; iaitu salah satu amalan yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim as dan menjadi amalan orang JAWI zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapatnya satu kajian tepat bahawa Bangsa Melayu adalah berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim as, iaitu dari isteri ketiganya yang bernama Siti Qaturah.

Sebelum wafatnya Nabi Ibrahim as, Beliau telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah di semenanjung hujung dunia. Kerana disana nanti akan lahirlah dari keturunan ini seorang RAJA AKHIR ZAMAN yang bernama "AL-MAHDI"...

Diceritakan juga AL-MAHDI akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa yahudi !

Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anaknya Nabi Ibrahim as, dan kisah ini dicatit didalam kitab-kitab yahudi.

Sejarah telah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah saw kepada Para Sahabat. 60 orang Para Sahabat telah mengembara ke TIMUR bagi mencari BANI JAWI ini.

Akhirnya BANI JAWI telah menerima ISLAM tanpa Peperangan...

BANI JAWI juga terkenal dengan Akhlak dan Kelemah lembutannya mereka kerana mereka ini adalah berdarah "BANGSAWAN" dan "KESATRIA PERANG" yang Dihormati !

Syeikh Abdullah Al-Khumairi adalah Ulama Agung dari Hadhratmaut yang membawa "Qalam Agung Dua Kalimah Syahadah" kepada BANI MELAYU sehingga berkembangnya Islam diseluruh Kepulauan-Kepulauan Nusantara ini.

Asal nama Melayu ini adalah diberikan oleh Syeh Al-Khumairi dengan gelaran AL-MALA-U yang bererti suatu kelompok bangsa yang mempunyai Akhlak dan Budipekerti yang Lemah Lembut yang akhirnya disebut sebagai AL-MALAYU WIYYAH yakni MELAYU (Jadid atau baharu).

JAWI atau JIWI ikut bahasa sanskrit;

JI = Satu 

WI = Tuhan 

Yakni maksudnya bangsa yang mempercayai kepada "SATU TUHAN" (Mentauhidkan Tuhan).

Sebab itu MELAYU BANGSA BERTAUHID !

Dimanakah BANGSA JAWI Jadid Al-Mala-U itu ?

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang SATU ?

Lihatlah Penjuru Hajar Aswad dari Ka'abah, disanalah mereka sedang berehat dan tidur...

Wahai BANI JAWI !

Wahai keturunan kaum yang hilang (The lost tibet), Kenalilah dirimu yang sebenar-benarnya.....

Rahasia Bangsa Misteri ini masih terpelihara didalam (Kotak) "TABUT SAKINAH" yang teramat Rahasia sejak beribu-ribu tahun lamanya...

Tiada siapa tahu dari mana asalnya Bangsa Misteri ini ?

Bagaimana Bangsa Misteri ini boleh wujud di tanah paling Selatan Benua Asia ?

"Di Penghujung Dunia"

Kecuali Para Ahli Kasyaf Kubra yang mampu berkomunikasi merentasi Alam Roh atau Alam Arwah sebagaimana dijelaskan didalam Kitab Muhimmah muka surat 123 itu...

Al-Baqarah ayat 248 ada disebut tentang 'KOTAK TABUT' tersebut...

Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka;

"Sesungguhnya tanda ia akan menjadi RAJA ialah kembalinya TABUT kepadamu, didalamnya terdapat Ketenangan (SAKINAH) dari Rabbmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; TABUT itu dibawa oleh Malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang Beriman’.” 
(QS. Al-Baqarah : 248)

Apa ada didalam TABUT itu ?

Apa yang terdapat didalam TABUT adalah tanda (Mukjizat) yang besar, dimana TABUT tersebut mengandungi apa-apa yang ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa as dan keluarga Nabi Harun as berupa ILMU dan HIKMAH, dan disana pula terkandungnya Ketenangan bagi kaum tersebut yang menjadikan Hati dan Jiwa mereka Tenang.

Firman Allah swt;

وَقَالَ لَهُمْ نِبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَى وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلآئِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

"Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka, Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Rabbmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman,"
(QS. Al-Baqarah [2] : 248)

TABUT SAKINAH ialah sebuah 'Peti Sakinah' yang didalamnya terkandung nama Nabi dan Rasul yang berjumlah 124,000 orang. Serta sisa peninggalan Nabi Musa as sebagai lambang "PEMERINTAHAN" bagi setiap Pemimpin Alam yang Memerintah Alam Semesta ini sebagai KHALIFAH ALLAH (Bukan sekadar dunia bulat ini)...

Kita andaikan "Nabi Mereka" itu ialah Nabi Muhammad SAW dan "Mereka" itu ialah kita. Disebut "Mereka" kerana hal yang dimaksudkan tidak akan berlaku pada zaman Baginda dan Para Sahabat, tetapi pada zaman selepas mereka. Boleh jadi zaman kita sekarang !!!

Nabi Muhammad saw berpesan kepada generasi selepas zaman Sahabat, iaitu kita mengenai kedatangan 'Satu Kerajaan'...

Pada ayat 248 ini, perkataan "TALUT" tidak ada. Nama TALUT disebut didalam ayat sebelumnya. Hal ini juga mungkin satu Petunjuk kepada kita kerana Allah swt tidak Mengkhaskan 'KERAJAAN' itu Kerajaan siapa ?!

Jika disebut secara jelas "KERAJAAN TALUT", bererti ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan Kerajaan yang lain.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, selain daripada Pengetahuan, Agenda utama TALUT ialah memimpin Angkatan Perang. Dengan Angkatan Perang inilah dia akan membina sebuah Kerajaan.

Jika benarlah ayat ini mempunyai maksud berganda, iaitu menceritakan kisah dahulu dan kisah akan datang, maksudnya akan datanglah seorang yang seperti TALUT memimpin Angkatan Perang lalu akan
 menubuhkan Kerajaan...

Disinilah kita lihat seakan adanya kaitan dengan kedatangan "IMAM AL-MAHDI" dan kembalinya KEKHALIFAHAN ISLAM untuk kali kedua !

Perkara ini (Munculnya TABUT) adalah satu petanda bagi orang-orang BERIMAN...

Apabila kita mendengar cerita mengenai penemuan TABUT, bererti IMAN AL-MAHDI sudah punya ADA dan Daulahnya akan dibentuk tidak lama lagi...

Kisah selanjutnya...

TABUT SAKINAH itu akhirnya kembali kepada Rasulullah saw seumpamanya sireh pulang ke gagang...

Selepas Rasulullah saw wafat, TABUT itu dipegang oleh KHALIFAH AR-RASYIDIN yang empat dengan secara bergilir-gilir dan dipegang seterusnya oleh pemimpin (Khalifah) lain dari kalangan Warasatul Anbia, sehinggalah datangnya AL-MAHDI Pemegang dan Pemimpin dunia terakhir sebelum TABUT SAKINAH itu dibawa naik kembali kepada Allah swt oleh Malaikat sebagai berakhirnya hayat dunia yang Fana' ini sebelum Kiamat berlaku...

Maka setiap Pemimpin Alam ini adalah mereka yang memegang TABUT SAKINAH ini. Mereka inilah Para Aulia' Allah yang menjaga alam ini dengan izin Allah swt, kerana mereka bekerja untuk Allah swt...

Merekalah di Qutubkan oleh Allah swt didalam Al-Qur'an sebagai KHALIFAH ALLAH SWT yang menggantikan Allah swt untuk memerintahkan bumi Allah ini dengan Syariat-Syariat-Nya.

Mereka inilah yang seharusnya Dirujuk dan Dicari untuk di Bai'ah dan Ditaati, bukannya pemimpin dunia "Tanpa" TABUT SAKINAH, kerana lambang Kepimpinan dan Sakinah iaitu "KETENANGAN" berada dibawah Kepimpinan Pemegang Tabut yang didalamnya berisi Sakinah itu...

Maka, barangsiapa yang bernaung dibawah Kepimpinan yang ada disisi TABUT SAKINAH, maka akan zahirlah Ketenangan didalam Hati dan Jiwa mereka selamanya didunia dan akhirat, seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah didalam firman-Nya;

"Bahawa Ketenangan (Sakinah) tersebut memberikan pengaruh terhadap Hati, sebagaimana ayat, didalamnya terdapat "Ketenangan" dari Rabbmu, dan Ketenangan ini jika masuk didalam Hati seseorang maka dirinya akan menjadi Tenang, Bahagia, Lapang Dada terhadap Syariat dan menerimanya dengan sepenuhnya dengan menghidupkan dirinya akan Hukum Hakam Allah Azzawajalla.

Justeru, berada dibawah "LEMBAYU" Keagungan Pimpinan Mursyid Murobbi Pemegang TABUT SAKINAH itu adalah suatu Kesejahteraan dan Keamanan serta Keselamatan bukan sahaja didunia, malahan Menjamin Keselamatan dan Kebahagiaannya hingga di hari Akhirat dari Allah azzawajalla.

Itulah TABUT SAKINAH iaitu "PETI KEBAIKAN" yang dikejar dan dihambat siang dan malam oleh Para illuminati, freemason, penyembah iblis dan israel LAKNATULLAH. Mereka terlalu CEMBURU kerana PETI itu tidak lagi berada pada bangsa keturunan mereka bani israel...

Namun Allah swt menganugerahkannya kepada Zuriat Nabi Muhammad saw iaitu "PEWARIS" Baginda dari keturunannya yang Mulia, yang dipilih dan dilantik oleh Allah swt untuk menggantikannya iaitu Pimpinan Auliya' yang Aqla lagi 'Aqzam. 

(Bukan yang dilantik oleh manusia dengan hanya pandang dia berharta, bergelaran, berpangkat, pandai ceramah, pandai berbahasa arab, banyak sijil akademik dan sebagainya).

Kenapa israel mahukan Baitulmaqdis ?

Kerana mereka mahukan TABUT SAKINAH yang kononnya kini berada dibawah Masjidil Al-Aqsa, iaitu disuatu tempat yang bernama Haikal Sulaiman, disuatu tiang tinggi dibawah masjid itu. Tanpa menawan Masjidil Al-Aqsa, maka akan sukar bagi mereka mencarinya...

Kini, israel telah membina satu-satunya pengkalan tentera lautnya di luar israel yang begitu jauh, iaitu di singapura.

Kerana apa dan untuk apa ???

Kerana mereka sudah menghidu dan sedang memerhatikan suatu bangsa yang bernama MELAYU JAWI Jadid di Nusantara ini bakal BANGKIT membawa PANJI-PANJI HITAM untuk memusnahkan negara mereka iaitu israel.

Sungguhpun mereka bangsa laknat ini telah merancang, namun Allah swt juga merancang, malah dengan lebih hebat lagi !

Allah swt akan melantik dan menghidupkan Para Pejuang yang dipilih-Nya, itulah mereka-mereka Para Hulubalang Allah swt dan Hulubalang Rasulullah saw yang bernaung dibawah 'PAYUNG BAYANGAN ALLAH'' bersama Ghautsul Azam yang memegang TABUT SAKINAH, yang akan muncul dan bakal membelah bumi, gunung-ganang dan lautan penderitaan Umat Islam yang diseksa dan dizalimi sekian lama dengan izin Allah swt...

Maka sekarang anda telah SEDAR ? 

Mengapa bangsa ini dilemahkan, dilalaikan, ditipu helahkan, dipecah belahkan, dipesongkan, diperbodohkan, dikawal, diperintah, dizalimi, ditindas dan akan cuba dihancurkan ???

Sejarah bangsa ini dicuri, dihilangkan dan disembunyikan... Kenapa ???

Hanya satu-satunya bangsa yang ada didalam dunia ini kehilangan Sejarahnya (JATIDIRI), itulah BANGSA MELAYU !

Bangsa ini, harini telah dilalaikan dengan duniawi, cinta dunia dan takut mati ! 

Sedangkan Bangsa ini adalah BANGSA BANGSAWAN dan KESATRIA PERANG yang penuh MISTERI dan KERAMAT yang ada didunia ini... 

SEDAR, BERSATU DAN BANGKITLAH MELAYU !!!

Syeh Haqtullah

Thursday, 4 November 2021

Tetamu yang berkunjung adalah pembawa Rahmat Allah SWT


Tetamu yang berkunjung adalah pembawa Rahmat Allah SWT

♡TETAMU MEMBAWA BERKAT

Ada seorang lelaki yang senang dgn kedatangan tetamu kerumahnya… Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya tidak suka tetamu datang…
Setiapkali ia membawa tetamu ke rumahnya, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Suaminya itu menberi tahu keadaan isterinya kepada..

Rasulullah SAW Mendengar itu cerita itu..

Rasulullah SAW bersabda,

“Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah SAW dan beberapa orang sahabatnya akan menjadi tetamu dirumah
kita.”

Rasulullah SAW berpesan kepada orang itu,

“Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tetamu pada saat mereka keluar rumah kamu nanti.”

Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah SAW.. Pada saat tetamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah SAW Bersabda,

“Kedatangan tetamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana.”

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tetamu.

Alhamdulillah

Rasulullah SAW Bersabda,

“Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut.”

Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata,

“Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar orang tersebut tidak memakan makanannya.”

Rasulullah SAW Bersabda,

“Suatu majlis ( pertemuan ) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya.”

Dalam kesempatan lain, Rasulullah SAW Bersabda,

“Setiap rumah yang tidak dikunjungi tetamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut.

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,

” Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya. Para malaikat itu berkata,

Jadikan Syurga Itu Sebagai MISI dan VISI Kita
.” ( Mizan al Hikmah )

Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tetamu, maka itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin menjadi tetamu kerumah kita..

Kebahagiaan itu jika di ukur dari harta kekayaan maka ianya tidak akan kekal lama..

Biarlah dicaci dan dihina kerana tiada harta.. Tiada apa yang nak dibanggakan sangat dengan harta dan pangkat..

Harta dan pangkat tak dapat dibawa mati..

Harta dan pangkat yang dibanggakan tidak dapat menolong menjawap soalan Malaikat dalam kubur kelak..

Harta dan pangkat juga tidak dapat menjamin kita akan selamat di akhirat kelak..

Hanya amalan saja yang akan dibawa mati kelak menjadi penentu samada Syurga ataupun Neraka..
Jangan lah risau jikalau ada tetamu yg datang kerumah kita bagi makan sebahagian harta kita untuk mereka.