Saturday, 28 August 2021

Cerita dari AntiVaksin

Allah yang Maha Memberi Manfaat, Allah juga Maha Memberi Mudharat.

Semua posting saya tentang vacc BUKAN untuk mengatakan "Vacc Memberi Mudharat", ia hanyalah sebagai kesedaran supaya kita semua tidak beriktikad bahawa "Hanya Vacc Penyelamat Kita" atau "Vacc Penyelamat Nyawa" atau "Vacc Lindungi Diri, Lindungi Semua" sampai jadi sebab seorang dua tak ambil, kita jadi takut dan nak marah-marah.

Dan, jangan beriktikad bahawa "Vacc Memberi Mudharat". Hati-hati dengan hati.

Boleh lihat bagaimana peristiwa Nabi Yunus yang tidak terjejas ditelan ikan Paus. Keyakinannya bahawa "Allah Maha Pelindung" lebih tinggi daripada keyakinan "Mati Dimakan Paus".

Posting berkaitan kami menolak/menangguh vacc adalah berdasarkan dalil dan syariat:

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawarnya, dan Dia telah menjadikan bagi setiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu berubat dengan benda-benda yang haram” [HR Abu Daud]

“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam” [HR Baihaqi]

"Bahkan kerana sesungguhnya mereka telah mengharamkan ke atas para pengikut mereka yang halal dan menghalalkan buat mereka yang haram, lalu mereka mengikutinya. Yang demikian itulah penyembahan mereka" [HR Tarmizi]

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." [Al-Ma'idah:51]

"Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu), maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya." [Al-Ma'idah:52]

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." [Al-Hujurat:6]

No comments:

Post a Comment