Sunday, 15 August 2021

Sebab2 mengapa PM harus letak jawatan.

Pemimpin negara yang mengambil tanggung jawab untuk letak jawatan setelah hilang keyakinan Rakyat dan hilang sokongan majoriti ahli parlimen bukan satu perkara luar biasa pada zaman pandemik.

Tiada kena-mengena dengan tidak berperikemanusiaan atau tidak peduli keadaan rakyat yang perlu diselamatkan.

Malah ianya sebaliknya.

Sebab pendekatan perlu berubah setelah banyak kali gagal demi keadilan serta kebaikan Rakyat dan negara.

Apa lagi nak dikata sekiranya:
- Kuasa penuh darurat sudah diberi selama 7 bulan tetapi Covid menjadi 12 kali ganda lebih teruk;
- Malaysia antara negara paling lama dilockdown tetapi makin lama lockdown makin tinggi kes Covid tanpa bantuan sewajarnya bagi Rakyat menghadapi.
- Malaysia menjadi negara antara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kes baharu Covid dan kadar kematian Covid.
- Malaysia menjadi pasaran saham paling corot di Asia Pasifik dan kedua paling corot dalam dunia di belakang Venezuala
- segala-gala belanjawan 2021 serta had hutang yang diluluskan telah terpecah dan ujuran pertumbuhan ekonomi perlu dipotong lebih separuh dari 7% ke 3.5% ke 4%.

Kesemua berlaku sebab 7 kesilapan dan kesalahan dasar amat besar dan amat jelas ianya salah dilakukan oleh dia biarpun kita sudah berulang-kali suruh jangan buat macam itu sebab ianya akan membawa malapetaka kepada negara.

Lain-lain negara tak seteruk itu tapi lain-lain pemimpin dunia turut mengambil tanggung jawab kegagalan dengan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada orang baharu.

Ini senarai pemimpin-pemimpin dunia yang meleta jawatan setelah gagal kawal Covid dan ekonomi semasa pandemik:
- Italian PM Conte to resign on Tuesday over pandemic handling
- France government resigns over coronavirus economic concerns
- Slovak PM resigns over handling of pandemic
- Mongolian prime minister resigns after COVID-19 protests
- Tunisian PM Fakhfakh resigns after call for no-confidence vote
- Nepal PM loses confidence vote amid surging pandemic
- Swedish PM resigns following no confidence vote
- India: 12 ministers resign in wake of COVID-19 response.

Beza negara-negara itu dengan Malaysia ialah pemimpin mereka mengaku gagal (walaupun prestasi tak seteruk Malaysia) dan bersedia mengambil tanggung jawab sebab ini melibatkan nyawa manusia dan kelangsungan hidup Rakyat.

Takde pun mereka keluar kaca TV untuk sogok dan meminta nyawa secara live ataupun tuduh tanpa bukti bahawa mereka yang tak sokong dia adalah kluster mahkamah.

Selain itu, negara Amerika Syarikat dan Jepun juga telah tukar presiden dan PM semasa pandemik. 

Tak tengok juga negara-negara di atas dijahanamkan sebab pemimpin tukar.

Pengurusan kerajaan dan program vasinasi tetap berjalan sebab bukan Muhyiddin yang keluarkan duit sendiri bagi kerajaan atau dia yang cucuk vaksin di pusat vaksinasi.

Yang mungkin tukar cuma dasar-dasar gagal kerajaan.


No comments:

Post a Comment