Monday, 22 July 2024

Surah Al Insyirah

Kelebihan Surah Al-Insyirah, Wajib Baca Hari-Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.

3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kesukaran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh  menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.

7. Menghindari Sifat Malas
Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

8. Terhindar Dari Kesempitan Hidup
Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kesukaran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.

9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib
Jika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu.

10. Dapat Mengatasi Sakit Pinggang
Bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.

11. Menyerikan Wajah
Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. B

acakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik kan, betul tak?

12. Terhindar Dari Penyakit
Untuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.

13. Mengubati Sengatan Serangga
Bagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.

14. Hajat Mudah Dikabulkan
Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
.
Aamiin 🤲

Friday, 5 July 2024

Dimana keadilan

Isu tahanan rumah DS Najib ini sepatutnya sudah menjadi wake-up call. Bahawa perlu ada satu semakan semula yang mengimbangi keputusan mahkamah. 

Terlalu banyak pertimbangan berkait Najib yang sebenarnya berbeza dengan keputusan ke atas orang politik lain

1. Afidavit DS Zahid dan afidavit DS Wan Rosdy berkenaan titah Agong diputuskan sebagai khabar angin oleh mahkamah. Sedangkan keduanya adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar. 

Zahid adalah TPM pertama dalam sejarah Malaysia yang membuat kenyataan bersumpah melawan kerajaannya sendiri bagi menyebelahi Najib. 

Wan Rosdy pula mengambil risiko dalam keadaan Agong itu adalah Sultan negerinya sendiri. 

Logik akal tidak memungkinkan keduanya mengambil risiko besar ini semata-mata untuk menipu. 

Berbeza pula dengan kenyataan berbelit kawan-kawan Jho Low yang akhirnya diterima untuk mensabitkan Najib bersalah. Sedangkan kesemua mereka ini secara tidak langsung telah mengaku menjadi sebahagian daripada percaturan jenayah Jho Low. 

2. Apabila Najib mula didakwa di mahkamah, beliau tidak dibenarkan ke luar negara walaupun untuk tujuan ibadah. 

Peliknya apabila Muhyiddin didakwa di mahkamah, boleh pula beliau dibenarkan melawat kakak di Australia, merayakan konvokesyen cucu di London dan bercuti di Eropah

3. Najib tidak dibenarkan untuk menggunakan khidmat peguam diraja UK / Queen's Counsel untuk membela dirinya di mahkamah

Tetapi mahkamah hari ini membenarkan pula Muhyiddin menggunakan peguam diraja UK bagi memperkuatkan pasukan pembelaannya

4. Najib tidak dibenarkan menukar peguam ketika perbicaraan. Sehingga menyebabkan beliau tidak dibela pada peringkat akhir sebelum dijatuhkan hukuman

Kaedah penghakiman ini dikritik keras YAA Hakim Besar Sabah Sarawak Abdul Rahman Sebli yang mengatakan Najib tidak diberi keadilan yang sebenar

Peliknya, Daim Zainuddin dan isteri dibenar pula menukar pasukan guaman mereka ketika perbicaraan sedang berjalan

Apabila keputusan-keputusan yang dilihat berbeza ini berlaku, maka apakah rakyat boleh menerima dan memperakui keadilan sistem kehakiman hari ini?

Saya petik satu kenyataan Allahyarham Tun Suffian Hashim, bekas Ketua Hakim Negara pada ketika krisis kepercayaan sistem kehakiman melanda negara hampir 30 tahun dulu. Katanya:

"Saya tidak mahu dibicarakan oleh hakim-hakim sekarang, apatah lagi jika saya tidak bersalah" 

-----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

https://www.facebook.com/share/p/MpMkjAQBTxsSjhsM/?mibextid=oFDknk

Tuesday, 2 July 2024

Tsunami

Hari ini 19 tahun yang lalu, tsunami dahsyat membadai Aceh, Indonesia.

Pada 7.59 pagi itu, gempa bermagnitud 9.3 berlaku di dasar Lautan Hindi 160 batu dari barat pulau Sumatera yang berlanjutan selama 10 minit. Ia menghasilkan tsunami yang tenaganya dianggar 2x ganda seluruh bom yang diledakkan ketika Perang Dunia II.

Tidak sampai 20 minit, gelombang tsunami itu sampai ke pantai pulau Sumatera & memusnahkan wilayah utara pulau itu, Aceh. Ombaknya tinggi mencecah 80 hingga 100 kaki, melenyapkan seluruh komuniti di situ dalam masa beberapa minit.

Arus deras yang membawa bersama objek & serpihan meragut sekitar 130,000 hingga 160,000 nyawa daripada keseluruhan 320,000 populasi Aceh, dengan lebih 500,000 hilang tempat tinggal. 1/3 daripada mangsanya adalah kanak-kanak.

Ketika Aceh sedang musnah, gelombang tsunami berkelajuan 800 km/j itu tiba di Thailand sejam setengah selepas detik bermula gempa, membadai wilayah Phang Nga & Phuket. Ia mengorbankan hampir 5,400 nyawa termasuk 2,000 pelancong luar.

Malaysia tidak terkecuali apabila ombak besar turut menyapu negeri pantai barat & meragut 67 nyawa. Negeri yang paling teruk terkesan adalah Pulau Pinang dengan 52 kematian, diikuti Kedah dengan 12 korban, 2 di Perak & 1 di Selangor.

Tsunami tersebar ke serata Laut Hindi & turut membadai Sri Lanka, 90 minit selepas gempa. Tidak sekuat di Aceh atau Thailand, tetapi sekitar 30,000 nyawa juga terkorban sebelum sampai ke Chennai, India di mana lebih 10,000 penduduk terbunuh.

Malah, tsunami itu merentas sejauh 5,000 batu & sampai ke pantai timur Afrika - 10 maut di Tanzania, 3 di Seychelles & 1 di Kenya. Malah 2 orang turut terkorban di Afrika Selatan, tempat terjauh dari titik gempa yang menerima kesannya.

Secara keseluruhan, dianggarkan hampir 228,000 nyawa melayang - sekitar 190,000 disahkan terkorban dengan 40,000-45,000 hilang/dipercayai maut. Ia antara bencana alam paling membunuh dalam sejarah yang direkodkan.

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni