Tuesday, 28 September 2021

Sebab2 Kucing Menggaru

Kucing menggaru bukan sebab gatal sahaja, tapi mungkin ada PENYAKIT!
.
Si Bulus ni kalau menggaru tu bukan sebab gatal sahaja tau, tambah-tambah menggaru tanpa henti. Ada kemungkinan badannya dah ada parasite!
.
Tapi cari-cari, tiada pula kutu atau serangga apa-apa pada bulunya. Mestilah! Si bulus menggaru ni ada banyak sebab tauu, bukan disebabkan kutu jeee....
.
haa di sebab kan PKP yang tak habis-habis ni, sambil-sambil duduk di rumah, apa kata baca berkenaan benda-benda yang menyebabkan kucing tidak selesa seperti kebiasaannya.
.
Cuba click satu persatu gambar dibawah, admin terangkan dari Jenis-Jenis Parasite yang menggangu si bulus ni.
.
Kalau nak solusi kepada penyakit-penyakit ni, boleh tengok gambar terakhir. Tips yang PASTI BERKESAN!
.
.
Atau boleh terus click link dibawah untuk whatsapp kami & dapatkan cara untuk hapuskan semua jenis parasite yang menggangu si comel anda.
.
https://osini.co/nakhapuskanparasite


Monday, 27 September 2021

Gejala Mata Merah

  • BACAAN UMUM
  • 08 JULAI 2020
  • TERAKHIR DIKEMASKINI: 08 JULAI 2020
  • JUMLAH PAPARAN: 24876
Pengarang:Zunaina Embong dan Azhany Yaakub
Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
Pengarang Koresponden:Profesor Datin Dr. Zunaina Embong
Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan

Pendahuluan

Seluruh dunia digemparkan dengan ancaman COVID-19. Ia telah menyebabkan ribuan kematian terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung.

Apa itu COVID-19 dan bagaimana ia merebak?

COVID-19 adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2). Ia pertama kali dikenal pasti pada bulan Disember tahun 2019 di Wuhan iaitu sebuah bandar di China. 

Pada awal wabak penyakit ini di Wuhan, virus tersebut dikenali sebagai ‘Wuhan coronavirus’. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mencadangkan nama 2019-nCov untuk nama virus dan penyakit respiratori akut 2019-nCoV sebagai nama penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut. Nama ini adalah  berpandukan peraturan antarabangsa 2015 untuk mengelakkan stigma sosial dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada tanggal 11 Februari 2020, dengan rasminya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan wabak penyakit tersebut sebagai COVID-19 di mana CO untuk corona, VI untuk virus, D untuk disease (penyakit) dan 19 sempena mengambilkira pertama kali wabak itu dikenalpasti iaitu pada Disember 2019.

Kahak dan air liur pesakit yang menghidap COVID-19 mengandungi bilangan virus yang banyak. Oleh itu, perbuatan atau aktiviti seperti batuk, bersin dan bercakap dengan kuat boleh menyebarkan virus ini melalui titisan cecair di udara. Seseorang itu akan dijangkiti COVID-19 apabila beliau bernafas dan menyedut udara yang mengandungi virus tersebut.

Walau bagaimanapun, apabila pesakit COVID-19 bersin atau batuk, virus hanya mampu terapung di udara dalam jarak 1 hingga 3 meter. Memandangkan virus ini berat di udara, ia akan jatuh ke tanah atau lantai atau permukaan yang terdedah seperti pintu, kerusi dan meja. Apabila seseorang menyentuh permukaan yang mengandungi virus, ia masih boleh dijangkiti virus COVID-19 sekiranya tidak membasuh tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh mata, hidung atau mulut.  

Selain daripada kahak dan air liur, virus juga boleh didapati dalam air mata. China telah melaporkan terdapat pesakit COVID-19 yang positif virus COVID-19 dalam air mata dan pesakit tersebut mengalami gejala mata merah. 

Adakah COVID-19 boleh menyebabkan gejala mata merah?

Gejala mata merah merupakan gejala utama penyakit konjunktivitis. Konjunktivitis boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Sebelum era wabak COVID-19, adenovirus merupakan penyebab utama viral konjunktivitis. Tanda-tanda konjunktivitis yang disebabkan oleh virus ini merangkumi fotofobia (silau), mata berair, gatal mata, mata merah dan rasa berpasir. Viral konjunktivitis ini kebiasaannya sembuh dengan sendiri.

Berdasarkan laporan dari China, terdapat pesakit COVID-19 yang mengalami gejala mata merah. Sebahagian daripada mereka didapati positif virus COVID-19 dalam air mata dan sebahagian lagi negatif.  

Hal ini menunjukkan bahawa COVID-19 boleh menyebabkan gejala mata merah. Sejak penyakit COVID-19 tersebar, Klinik Mata dan Klinik Pesakit Luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima beberapa pesakit yang mengadu gejala mata merah walaupun mereka tidak disahkan mengidap COVID-19. Besar kemungkinan virus COVID-19 boleh menyebabkan gejala mata merah. Ini dikuatkan lagi apabila terdapat pesakit yang telah didapati positif COVID-19 sedangkan beliau hanya mengalami simptom konjunktivitis. Walau bagaimanapun, gejala mata merah akibat konjunktivitis ini bukan hanya disebabkan oleh jangkitan virus COVID-19 sahaja. Virus lain seperti adenovirus, senteroviruses atau herpes simplex virus adalah antara penyebab konjunktivitis yang biasa ditemui.

Apakah tanda-tanda gejala mata merah akibat COVID-19?

Tanda-tanda konjunktivitis yang disebabkan oleh adenovirus adalah seperti terdapatnya papila atau folikel pada lapisan konjunktiva, hiperemia pada konjunktiva (konjunktiva berwarna merah) dan mata berair. Keadaan yang lebih teruk akan menyebabkan penghasilan pseudomembran pada konjunktiva. Sesetengah viral konjunktivitis ini mendapat tambahan jangkitan bakteria dan ia akan menyebabkan gejala mata bertahi.

Sekiranya konjunktivitis berlaku disebabkan oleh virus COVID-19, ia akan menunjukkan tanda-tanda yang sama seperti yang disebabkan oleh adenovirus. Kes konjunktivitis dari China yang disebabkan oleh virus COVID-19 menunjukkan tanda follikular konjunktivitis, hiperemia konjunktiva dan kemosis (bengkak konjunktiva).  Tanda yang sama terdapat pada pesakit yang mendapat rawatan di Klinik Mata, Hospital USM. Mereka mempunyai tanda-tanda follikular konjunktivitis, hiperemia konjunktiva dan mata berair. 

Bolehkah ujian COVID-19 dilakukan sekiranya mendapat gejala mata merah?

Buat masa sekarang, ujian COVID-19 hanya dilakukan pada pesakit yang berisiko sahaja seperti mereka yang terdedah kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19 (kontak rapat),  pesakit yang demam atau mempunyai gejala jangkitan pernafasan akut seperti batuk dan sesak nafas, serta mereka yang baru pulang dari luar negara dalam masa 14 hari.

Memandangkan ujian virus COVID-19 ini mahal, pesakit yang hanya mempunyai gejala mata merah tanpa risiko COVID-19 tidak akan disaring uji.  Lagipun, ujian COVID-19 hanya dilakukan menggunakan swab atau kapas kesat pada hidung (nasofaring) dan kerongkong sahaja. Sampel ujian yang dilakukan di China pada pesakit yang disahkan COVID-19 yang pada masa yang sama mempunyai gejala mata merah adalah menggunakan swab pada konjunktiva. Namun, masih belum ada ujian COVID-19 menggunakan swab konjunktiva sebagai sampel kajian di negara kita. 

Apakah rawatan gejala mata merah semasa wabak COVID-19?

Rawatan gejala mata merah adalah bergantung kepada punca penyakit yang menyebabkan gejala mata merah. Ubat titis mata antivirus digunakan untuk merawat konjunktivitis yang disebabkan oleh adenovirus atau virus lain. Selain daripada itu, ubat titis mata artificial tear juga disarankan bertujuan untuk membersihkan mata dari virus atau kotoran pada mata.

Bagi mereka yang mendapat tambahan jangkitan bakteria, ubat titis mata antibiotik iaitu antibakteria akan dibekalkan bersama ubat titis mata antivirus. Sekiranya konjunktivitis ini diikuti dengan penghasilan pseudomembran, ia akan dibersihkan setiap hari oleh doktor mata untuk mengelak dari komplikasi pada kelopak mata. 

Apakah punca lain penyebab gejala mata merah?

Terdapat beberapa penyakit mata lain yang mempunyai gejala mata merah. Gejala mata merah kerap berlaku pada penyakit alahan mata (konjunktivitis alergi). Ia agak berbeza sedikit dari viral konjunktivitis di mana selain mata menjadi merah, pesakit juga mengalami kegatalan pada kelopak dan bola mata itu sendiri.

Jangkitan kuman kepada kornea boleh menyebabkan ulser kornea. Ulser kornea bukan sahaja menyebabkan mata menjadi merah, malah pesakit juga akan merasa sakit dan mengalami kabur penglihatan.

Gejala mata merah, penglihatan kabur dan sakit di dalam rongga mata juga sinonim dengan penyakit mata lain seperti glaukoma akut, radang mata akut (uveitis) dan jangkitan kuman dalam bola mata (endoftalmitis).

Orang ramai yang mengalami gejala mata merah perlulah ke klinik untuk membuat pemeriksaan mata. Hasil pemeriksaan, doktor boleh membezakan jangkitan konjunktivitis dengan penyakit-penyakit mata yang lain.

Langkah pencegahan gejala mata merah semasa wabak COVID-19

Mengamalkan cara hidup sihat dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu menjarakkan diri, tidak berkunjung ke tempat awam kecuali perlu dan sentiasa mencuci tangan sebelum menyentuh mata. Penggunaan penutup mulut dan hidung amat digalakkan semasa berada di tempat awam sebagai langkah pencegahan agar virus COVID-19 tidak merebak dan tidak menjangkiti diri sendiri.

Bagi petugas kesihatan pula, walaupun tiada kepastian yang jelas sama ada mata merah disebabkan oleh virus COVID-19, petugas kesihatan terutamanya doktor mata dinasihatkan menggunakan kelengkapan yang sepatutnya semasa memeriksa pesakit yang mempunyai gejala mata merah seperti memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan. Sekiranya prosedur lanjut seperti membuang lapisan pseudomembran pada kelopak mata perlu dilakukan, kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) perlu dipakai dan prosedur tersebut perlu dilakukan di bilik khas.

Kesimpulan

Justeru, dengan amalan kebersihan dan cara hidup sihat, di samping sentiasa berdoa agar seluruh insan di dunia ini terhindar daripada jangkitan virus COVID-19, mudah-mudahan mampu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan pelbagai penyakit mata. Sayangilah mata anda sebagaimana anda menyayangi diri anda.

Makluman:

  1. Kesemua artikel yang diterbitkan di web ini adalah hakmilik USM.
  2. Penulis perlu memetik terbitan artikel di web ini sekiranya ingin menghantarnya ke terbitan lain dan perlu memaklumkan secara bertulis.
  3. USM mempunyai hak untuk menerbitkan semula artikel berkenaan dalam pelbagai bentuk yang difikirkan sesuai dari masa ke semasa.
  4. USM mempunyai hak untuk menyemak, menyunting dan menilai artikel berkenaan.

Pemberian Dos Ketiga dan Booster Penggalak

Pemberian dos ketiga dan dos penggalak (booster shot) 

Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, di mana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan COVID-19.

Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini dan akan dibentangkan di dalam mesyuarat JKJAV yang akan datang.

Sementara itu dos penggalak pula atau booster shot diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

YB Khairy Jamaluddin
Menteri Kesihatan 
Sidang media khas 24 Sept 2021

Kebaikan Habbatus Sawda

Pengalaman saya selepas terkena benda ni, saya nak kongsi agar semua rakyat Malaysia tahu.

[APA AMALAN SAYA SELEPAS KENA BENDA NI. SAYA KONGSIKAN SUPAYA RAKYAT MALAYSIA TAHU.]

1 hari sebelum Ramadhan tahun 2021

Masa ni memang angka tengah naik. 1 negara masih P.K.P, tak boleh rentas negeri bagai.

Saya pula memang bekerja seperti biasa. Masuk ofis di Putrajaya, pergi pagi balik petang seperti biasa.

Ada la menyinggah petrol pam, isi minyak, masuk bank, cucuk duit. Tak ada pun yang luar biasa.

Hari ini saya cuti. Rencana nya nak keluar pergi beli barang menyambut Ramadhan.

Bangun pagi ni rasa badan lain macam. Tak seperti biasa.

Lenguh, rasa panas sikit. Hidung asyik meleleh, nafas pun rasa mengah. Tak lepas.

Mungkin demam kot, dengan cuaca kejap panas, kejap hujan sekarang ni.

Lepas telan 2 biji panadol. Rasa ok sikit. 

"Kita singgah klinik dulu ya syg.. abg rasa tak sedap badan la hari ni.."

Saya ajak isteri.

"Ok juga tu, saya pun rasa lemau jer hari ni, rasa nak demam."

Rupanya isteri pun rasa yang sama.

Sampai je kami diminta buat ujian calit. Katanya gejala ni ke arah benda tu. Runsing juga bila doc sebut macam ni.

Selesai urusan, kami terus menuju ke shopping mall kat Bangi. PKNS Bangi.

"Tuan, saya dari klinik tadi. Nak maklum bahawa ada berita kurang baik ni. Keputusan tadi dah keluar, memang kena tuan.. begitu juga isteri tuan."

Berdegup jantung saya, terkejut!

Terbayang anak-anak kat rumah. Semua kecil-kecil lagi. Paling tua baru 10 tahun. Lepas tu 8 tahun dan 7 tahun. Baby pula 2 lagi. Usia 2 tahun dan paling kecil usia 3 bulan.

Kami terus balik ke rumah. Memang tak ada persiapan Ramadhan tahun ini. Tak ada langsung!

Kami diminta untuk duduk dahulu di rumah, lebih tepat lagi jangan bercampur dengan anak-anak. Duduk sahaja dalam bilik tidur, jangan keluar, jangan bercampur.

Tunggu arahan selanjutnya dari Pusat Kesihatan Putrajaya.

Esoknya kami dihubungi, kami dibenarkan duduk rumah, tapi pengawasan ketat akan diberikan. Pusat Kesihatan akan call 3,4 kali sehari untuk pemantauan.

Mobile Team akan datang bila-bila masa untuk buat ujian kepada ahli keluarga lain.

Masa ni badan saya makin sakit. Begitu juga isteri. Nafas rasa tak lepas. Dada sakit, kepala juga sakit.

Amalan saya sebelum kena, saya memang dah amal Habbatus Sauda 2 biji setiap pagi. Memang rutin tak pernah tinggal.

Selepas kena, saya gandakan. Saya ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam untuk kuatkan badan.

Kali ini Allah uji saya dan isteri. Betul-betul saya kena.

Benar sungguh Sabda Nabi Muhammad SAW:

"Pada Habbatus Sauda itu terdapat penawar segala penyakit kecuali mati."

Sebaik saya gandakan amalan ini. Memang rasa bezanya. 

Mulai hari ketiga rasanya. Kepala mula rasa ringan, dada juga tidak sesak seperti hari pertama.

Saya dah boleh puasa pada hari ketiga ni. Syukur, saya rasa pulih cepat sangat.

Tempoh 14 hari berlalu seperti biasa. Tapi hanya sekadar berada di rumah sahaja. Rutin di rumah dapat diteruskan seperti biasa. 

Sehingga hari ini, saya masih amalkan Habbatus Sauda Mamz Gold ini. Cuma sekarang saya hanya ambil 2 biji softgel sahaja setiap pagi untuk kuatkan badan dan rasa bertenaga sepanjang hari.

Saya anggap diri dan isteri bertuah. Sebab kami dah amalkan amalan sunnah ni sejak awal. Berbeza sangat kisah kami dengan kisah yang kami baca di media sosial lain. 

Saya berkongsi amalan saya, mungkin yang membaca ini boleh ambil iktibar.

Dalam keadaan negara kita masih seperti ini. Penting untuk kita jaga diri dan insan tersayang di sekeliling kita.

Jika ada yang ingin bertanya, atau nak baca dulu testimoni orang yang pernah amal Mamz Gold. Boleh baca di sini.

https://HabbatusSaudaMamzGold.wasap.my
https://HabbatusSaudaMamzGold.wasap.my
https://HabbatusSaudaMamzGold.wasap.my

Saya sangat rekemen, sebab saya sendiri dah lalui pengalaman ini. Saya berkongsi hari ini. Semoga bermanfaat kepada semua yang membaca. 

Jika rasa bermanfaat, boleh kongsi kisah ini kepada orang lain juga.

Friday, 24 September 2021

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Wednesday, 15 September 2021

CORETAN MALAM DI MAKAM

CORETAN MALAM DI MAKAM 

Diatas makam pahlawan tercium bau darah
membalut pertiwi tertanam tulang putih
demi anak cucu masa kini
Mereka rela terhiris tubuh mereka rela melepas nyawa senyum  ketika tanahair diperjuangkan 
kini, ia menangis darah menyaksikan tanahair tercinta porak poranda kerana kecuaian kita sombong dan menghisap hak saudara sendiri
dengan rakus dan bengis seperti badut politik bertopeng dan yang bermain di lumpur hitam atas nama pemerintahan 
Inginkan kuasa atas nama apa saja demi harta ya, demi harta darah dan nyawamu pahlawan seperti tidak punya harga satu keperitan kepayahan yang dilalui terus dilukai kini bernanah 
Seperti ombak tidak henti mengecup bibir pantai lalu angin berbisik pada daun
Gugur daun akhirnya diselimuti pasir kerana rakusnya ombak 
Tidak ada suara kering  saat ranting jatuh
Hempas halus walau riuh sekampung
Sinar cahaya terangi bumi 
Tanamkan bunga rindu selalu
Peluk luka saat bara menyala 
Kesetiaan kejujuran keikhlasan jadikan raja 
di dada dalam perjuangan ini
Kita harus bangkit demi anak cucu 
Kita semua harus menanggalkan topeng topeng melindungi wajah
Merujuk pada kebenaran membangun agama bangsa dengan ikhlas demi masa depan anak cucu
Pemimpin hari ini berlandaskan berjuang adalah perniagian berpolitik adalah untuk kumpul dan mencari harta 
Pemimpin tanya rakyat nak apa? 
Pemimpin tanpa rakyat jadi apa? 
Mereka harus mengurus rakyatnya
Bukan mengeruk hartanya pusaka 
Segala kerja ada tanggung jawabnya
dunia akhirat
Apakah engkau lupa
Bahawa topengmu membuat luka?

CORETAN MALAM DI MAKAM 

Ku ingin udara bersih 
Ku ingin suasana nyaman
Ku ingin sahabat yang baik 
Apabila 
Ku ingin berjalan dengan hati
Ku ingin melihat dengan hati 
Ku ingin bicara dengan hati 
Ku ingin bekerja dengan hati
Ku ingin berfikir dengan hati 
Ku ingin apa saja kulakukan dengan hati 
Kerana hati tidak pernah bohong dari mata 
Kerana hati punya rasa kasih sayang 
Kerana hati aku bangkit bersama kamu dalam perjuangan ini 
Kerana hati juga memilih  benar dan salah
Walau mulut bicara apa
Hati tetap mengakuinya
Perjuangan demi masa depan anak cucu generasi bangsa dihormati dihargai disanjungi 
Bercinta ibadah terpanjang dalam hidup
seorang yang bijak aku menjadikannya inspirasi untuk menjadi yang selalu mencuba mencari kebaikan rasa sayang padamu
Engkau bagai pelangi  indah 
Engkau perpaduan pelangi dan senja
Seolah ada kenikmatan yang saat berteduh lisanmu selalu terukir mangkin membuatnya indah tidak ter kata
Aku mencuba merungkai kemungkinan untuk boleh bertemu dengan kenangan bersamamu memahami setiap kata yang engkau tuturkan
Berusaha mengilhami dengan berbagai nilai keindahan
Kadang kala aku temukan adalah bayang  tentang seorang pahlawan utuh ketika tersenyum saat dihina dicaci seperti sempurna menguatkan jiwa raga
Dikala ada mencuba merosakan masa depan anak cucu umpama duri dalam daging

CORETAN MALAM DI MAKAM 

Saat bunga di musim hujan jatuh perlahan menabur aroma wangi mengurai makna di hati
Ikhlas jiwa menitipkan rasa biarlah pergi membawa luka lara moga akan mengering tanpa dendam sebab yakin harapan tergenggam demi agama bangsa tanahair tanahmelayu 
Terima kasih telah memberi pelita pada perjuangan ini melahirkan keindahan di putik 
memberi warna mewangi menjadi cinta mengurai senyum merasakan jantungmu berdetik demi masadepan anak cucu generasi bangsa 
Kukirim doa agar kau bahagia menjadikan rumah bersama sinar matahari terbit penuh bahagia bertabur cahaya purnama 
Merasai manisnya kehidupan hingga menutup usia dan mewariskan semangat pahlawan demi agama bangsa tanahair tanahmelayu 

CORETAN MALAM DI MAKAM 

sahabatmu
##srikumarvb
Muar

Monday, 13 September 2021

Petua Resdung

PETUA RESDUNG
(Limau nipis dan Daun pandan)

Resdung adalah satu penyakit yang tidak menyenangkan. Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.

Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.

Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.

Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.

Sebagai langkah kesihatan, jika simpton – simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati. Dibawah ini adalah antara petua dari orang-orang tua yang cukup mudah dan senang didapati.

Bahan-bahannya :
~ 8 biji limau nipis
~ 10 helai daun pandan

Cara-caranya :

Hiris daun pandan halus seperti bunga rampai. Perah limau nipis dan gaul kedua-duanya sehingga sebati. 
Sapu di bahagian muka. Jika ianya sesuai dengan diri anda, tidak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar melalui liang roma di kulit muka. Paling banyak ulat itu keluar melalui kening anda dan jika sangkut, tarik jer ulat itu.

Lakukan 3 kali seminggu dan waktu yang seelok-eloknya ialah di antara 10 pagi hingga 3 petang kerana ulat-ulat itu cukup aktif. Campuran yang selebihnya boleh disimpan di dalam peti ais tetapi tidaklah sefresh pada yang baru. Elok letakkan kain hitam atas peha masa sapu sebab ulat ini attacted to black cloth.
Moga bermanfaat...,selamat mencuba.

#PusatRawatanDiSufi

Pemimpin di hati rakyat

INI LUAHAN SEORANG PEJUANG UMNO

Dalam perjuangan Politik saya menyokong Pemimpin yang benar...Saya mengundi Parti Umno...Parti yang benar bejuang untuk rakyat

Pada tahun 2009 DSNR diangkat jadi PM menerusi mandat rakyat...Dari tahun itu wawasan malaysia ingin menjadi negara yang hebat di Asia Tenggara dapat kita lihat menerusi perlantikan DSNR sebagai PM KE6...Dan DSNR lah PM pertama yang terlalu banyak membantu rakyat menerusi berbagai kaedah serta memberi kebaikan kepada Ekonomi Rakyat dan Negara

BOSSKU DSNR...Tuan seorang pemimpin yang hebat...Tuan pejuang UMNO yang hebat jatuh bangun Umno Tuan masih ada di situ mempertahankan parti yang suatu masa dulu AYAHANDA Tuan ada di dalam nya menuntut kemerdekaan TANAH MELAYU

BOSSKU DSNR...Terlalu banyak jasa Tuan sepanjang 9tahun jadi PM...Sebagai penyokong UMNO saya sediakan serba sedikit apa yang Tuan pernah wujudkan untuk negara ini
Tuan bagi BRIM salah satu bentuk bantuan tunai dan kitaran ekonomi yang mampan antara rakyat dan peniaga...Tuan tubuhkan KRIM...Salah satu kedai rakyat 1malaysia yang di dalam nya menjual barang2 yang murah sesuai dengan kemampuan rakyat...Tuan wujudkan UTC di mana2 sahaja agar rakyat senang dan mudah berurusan dengan kerajaan yang di dalam nya juga berbagai agensi Kerajaan

BOSSKU DSNR...Dari segi pembangunan negara dan prasarana pengangkutan awam...Di zaman DSNR lah terlalu banyak pengangkutan awam yang telah di sediakan hingga rakyat banyak dapat manfaat dari apa yang telah TUAN wujudkan...sampaikan BAS PERCUMA pun di sediakan masa tuan jadi PM

BOSSKU DSNR...Jasa dan pengorbanan Tuan terhadap Negara dan rakyat  tiada siapa pun mampu pertikaikan...Rakyat sayang kepada Tuan rakyat ingin Tuan kembali sebagai PM yang suatu ketika dulu rakyat pernah hidup senang semasa pentadbiran Tuan sebagai PERDANA MENTERI

BOSSKU DSNR...Masa PRU14 Parti kita UMNO kalah disebabkan fitnah yang sangat jahat daripada Media dalam negara dan luar negara yang di dalangi musuh politik Tuan...Pada masa itu banyak ahli UMNO yang percaya terhadap fitnah jahat ini hingga kita kalah pada PRU14 Yang lalu...Dan banyak juga ahli umno serta pemimpin UMNO takut dikenakan tidakan Makhamah lari meninggalkan UMNO dan menyokong kerajaan PH serta menubuhkan parti baru seperti PPBM

SAYA SALAH SEORANG PENYOKONG UMNO YANG MASIH KEKAL DAN SETIA KEPADA TUAN DAN PARTI UMNO HINGGA KINI

BOSSKU DSNR...Untuk PRU15 Yang akan datang...Sebagai penyokong UMNO saya tetap menyokong Tuan dan UMNO...Bagi saya UMNO adalah parti yang benar...UMNO adalah parti yang mempertahankan Bangsa Melayu dan agama islam...UMNO jugalah yang mempertahankan MELAYU RAJA BERPELEMBAGAAN

KEPADA SEMUA PENYOKONG UMNO

Pru15 nanti saya minta kita semua pangkah kembali UMNO...Hanya UMNO mampu memimpin negara dengan baik dan aman serta mampu membuatkan rakyat hidup dengan senang...KEMBALIKAN UMNO SEBAGAI KUASA YANG KUAT UNTUK TANAH MELAYU YANG BERDAULAT INI...Itu sahaja yang saya harapkan sebagai salah serorang rakyat Malaysia BUMIPUTERA

BOSSKU DSNR...U NEVER WALK ALONE 💙✊💪🇲🇾

SAYA UMNO SELAMANYA

Honey Syg 
13.9.2021

Seniman Aziz Jaafar

AZIZ JAAFAR TIDAK PERNAH BERLAKON DENGAN P.RAMLEE

Seniman Aziz Jaafar adalah antara pelakon utama dari Malay Film Production yang tidak pernah berlakon dan mempunyai babak bersama dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Walaupun ada ura-ura mengatakan pada tahun 1960 beliau telah dipilih oleh P.Ramlee sebagai salah seorang pelakon yang akan membintangi filem bercorak muzikal bertajuk Pancha Sitara tetapi ianya tidak menjadi kenyataan akibat dari kembalinya ke rahmatullah penulis skrip filem itu Allahyarham H.M Rohaizad. Permergian H.M Rohaizad menyebabkan P.Ramlee menangguhkan pembikinan filem Pancha Sitara dan sehingga kini filem itu gagal dibuat.

Aziz Jaafar anak kelahiran Singapura ini mendapat pendidikan awal di Victoria School, Singapura. Beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja oleh kerana minat mendalam dalam bidang seni walaupun beliau pernah berkerja sebagai pengalih suara di studio Jalan Ampas. Beliau juga pernah bergiat dalam beberapa pancaragam sebagai penyanyi sambilan mengikut bapa saudaranya komposer dan pemuzik Yusof B seorang penggubah lagu di MFP.

Ibarat lagu dan irama tidak dapat dipisahkkan, pada tahun 1957 pengarah K.M Basker telah membuka ruang kepada beliau untuk berlakon di dalam filem Hantu Jerangkong. Inilah detik permulaan beliau melangkah ke dunia perfileman. Aziz Jaafar memiliki kelebihan kerana beliau boleh menyanyikan sendiri lagu-lagu di dalam filem yang beliau lakonkan sama seperti P.Ramlee. Apabila beliau berlakon di dalam filem keduanya iaitu Doktor pada tahun 1958, nama beliau melonjak naik dan terus menyerlah di dalam filem-filem keluaran MFP.

Antara filem-filem yang berjaya mengangkat nama Aziz Jaafar ialah Batu Belah Batu Bertangkup, Sumpah Wanita, Lela Manja, Dandan Setia, Singapura Di Langgar Todak, Lubalang Daik, Putera Sangkar Maut, Panji Semerang, Batu Durhaka, Neracha, Norlela, Pertarongan, Dahaga, Jeritan Batin, Anak Buloh Betong dan beberapa lagi filem lain. 

Aziz Jaafar juga pernah berlakon di dalam filem keluaran Cathay-Keris selepas penutupan studio Jalan Ampas seperti Puaka, Semusim Di Neraka dan Satu Titik Di Garisan. Aziz Jaafar telah mendirikan rumahtangga dengan seniwati Normadiah pada tahun 1961. Hasil dari perkahwinan itu mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kedua-dua orang puterinya itu juga turut mewarisi bakat dari kedua-dua orang tuanya sebagai penyanyi dan pelakon. 

Setelah berkecimpung selama 40 tahun di dalam bidang seni, tanggal 23 Jun 2005 seniman Aziz Jaafar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara. 

Teks : HAR

Sumber : 

Jejak Terbilang - Aimi Jaar

Program Imbas Kembali Aziz Jaafar - Galeri Perfileman Finas, 21 Jun 2008

KATA AL QUR'AN TENTANG USIA:

KATA AL QUR'AN TENTANG USIA: 

1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
( Qs. Hud : 15-16 )

2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat.
( Qs. Al Isra:72 )

3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )

4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.
( Qs. Ali Imran : 145 )

5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil.
( Qs. An Nisa : 78 )

6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih.
( Qs. Ali Imran : 185 )

7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
( Qs. Al-An'am : 32 )

Wednesday, 8 September 2021

Senarai rumput yang bermanfaat

10 Pokok Yang Anda Sangka Rumpai Tapi Sebenarnya Penawar Sakit

1. Pokok dukung anak (Phyllanthus niruri)
Kegunaan:

Melancarkan kencing
merawat penyakit kencing berdarah
merawat bisul di kelopak mata
merawat penyakit hepatitis B

Cara-cara menggunakannya
tumbuk segenggam daun bersama lima ulas bawang merah. Campurkan dengan sedikit santan dan perahan limau nipis kemudian di tapis untuk diminum pada waktu pagi. Lakukannya selam tiga hari berturut untuk melancarkan pembuangan air kecil.
segenggam daun ditumbuk dan dicampurkan dengan lima ulas bawang merah, sedikit santan, air limau nipis, gula dan jintan manis. Ia sesuai untuk merawat masalah kencing berdarah
untuk merawat bisul di mata, gunakan air rebusan pokok dukung anak dan disapu di atas bahagian bisul.

2. Sirih Cina (Peperomia pellucida)
Kegunaan:
Meredakan batuk dan selesema
Merawat jangkitan punci kencing
Menurunkan tekanan darah
Merawat penyakit kulit (gatal-gatal), bisul, jerawat dan kulit melecur
Penawar bagi sakit sendi
Merawat masalah perut dan cirit birit

Cara-cara menggunakannya
Untuk di jadikan sebagai minuman, ambil sepohon pokok dan di kisar bersama air untuk di jadikan jus.
Untuk tujuan penggunaan luaran, ambil segenggam pokok kemudian di tumbuk lumat dan di tampal pada bahagian yang sakit.

3. Sawi Langit (Vernonia cinerea)
Kegunaan:
Meredakan demam panas
Melegakan batuk
Merawat hepatitis
Merawat bisul dan luka
Merawat luka gigitan ular

Cara-cara menggunakannya
Pokok di kisar bersama air dan di jadikan seperti jus untuk diminum. Kaedah ini sesuai untuk meredakan demam, merawat batuk dan hepatitis.
Tumbuk pokok dengan sedikit air sehingga lumat dan diletakkan di bahagian yang terkena bisul dan luka gigitan ular.

4. Puteri malu (Mimosa pudica L.)
Kegunaan:
Melegakan radang saluran pernafasan
Meredakan panas badan kanak-kanak
Mengatasi masalah kecacingan
Merawat radang kulit yang berpunca dari jangkitan virus
Merawat luka
Mengecutkan peranakan dan menghilangkan keputihan
Merawat masalah insomnia (kesukaran untuk tidur)
Meredakan batuk-batuk
Meredakan sakit sendi

Cara-cara menggunakannya
Pokok dilumatkan dan tampal pada kulit yang bermasalah
Air rebusannya berupaya merawat radang pernafasan, kecacingan dan panas badan kanak-kanak
Akarnya juga sesuai di jadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan ubat periuk.

5. Tutup Bumi / Tapak Lima (Elephantopus scaber )
Kegunaan:
Merawat hepatitis
Merawat penyakit beri-beri
Mengatasi masalah perut kembung

Cara-cara menggunakannya
4-6 genggam direbus bersama daging untuk dijadikan air minuman selama 4-5 hari bagi merawat hepatitis.
1-2 genggam daun yang telah dikeringkan dilumatkan bersama 2-3 keping tauhu dan sedikit air untuk ditampal pada bahagian yang dijangkiti beri-beri
Untuk mengatasi masalah perut kembung, ambil dua genggam pokok dan direbus untuk dijadikan minuman.

6. Calincing (Oxalis corniculata L.) 
Kegunaan:
Merawat luka dan bisul
Merawat luka gigitan serangga
Menghentikan pendarahan pada luka
Mengatasi masalah mulut berbau
Merawat ulser mulut
Cara-cara menggunakannya

Untuk dijadikan sebagai bahan sapuan, lumatkan beberapa keping daun bersama gula merah dan ditampalkan pada bisul dan luka
Jika mengalami masalah ulser mulut dan mulut berbau, ambil beberapa helai daun dan dilumatkan kemudian campur dengan air untuk dijadikan bahan kumuhan
Ambil beberapa helai daun dan dijadikan jus yang dicampur bersama madu. Ia berupaya menghentikan pendarahan.

7. Kucing galak (Acalypha indica) 
Kegunaan:
Mengatasi masalah pencernaan
Mengatasi masalah muntah darah, buasir dan kencing berdarah
Merawat demam malaria

Cara-cara menggunakannya
Pokok bersama akar dilumatkan dan dicampurkan bersama sedikit air untuk dijadikan sebagi air basuhan. Basuh bahagian yang sakit seperti buasir, kencing berdarah dan malaria.
30-60 gm pokok diperlukan untuk dijadikan sebagai air rebusan dan diminum bagi mengatasi masalah muntah berdarah dan gangguan pencernaan

8. Pancut Kuda (Stachytarpheta jamaicensis)
Kegunaan:
Mengatasi masalah keputihan
Merawat hepatitis A
Merawat bisul
Merawat luka dan kulit bernanah

Cara-cara menggunakannya
Untuk mengatasi masalah keputihan, rebus segenggam akar pancut kuda bersama empat cawan air. Biar ia merebus sehingga airnya tinggal separuh. Tapis dan sedia untuk diminum.
Ambil empat batang bunganya dan direbus bersama empat cawan air. Rebus sehingga airnya tinggal separuh dan dicampurkan bersama gula batu. Ia sesuai diminum untuk mengubati hepatitis A.
Pokoknya dilumatkan dan ditampal pada bahagian yang mengalami masalah kulit bernanah, luka dan bisul.

9. Daun Kapal Terbang (Elephantopus odoratum)
Kegunaan:
Merawat luka
Mengatasi masalah kegatalan
Membuang angin badan

Cara-cara menggunakannya
Daun dilumatkan dan di tampal pada luka dan tempat yang gatal
Untuk mereka yang baru lepas bersalin, daun tersebut dilumatkan bersama kapur sirih dan di tampal pada bahagian ari-ari untuk mengatasi masalah darah berketul.

10. Ara Tanah (Euphorbia hirta) 
Kegunaan:
Melancarkan kencing
Merawat radang paru-paru
Merawat radang payudara
Merawat penyakit gout

Cara-cara menggunakannya
Rebus dua genggam pokok segar atau segenggam pokok kering untuk di munuim dua kali sehari. Ia membantu melancarkan aliran kencing
Untuk merawat radang paru-paru, ambil segenggam pokok di lumatkan di dalam air untuk diminum
Dua genggam pokok di stim bersama empat keping tahu kemudian dimakan. Ia membantu merawat radang payudara. 

Ana Mahabu

Monday, 6 September 2021

Khasiat Rumput Siti Khadijah


Rumput Siti Khadijah (RSK) banyak khasiat kan?..tp cam x de rasa 😁

Khasiat Rumput Siti Khadijah 

Dalam Perubatan Cina, rumput ini digunakan sebagai perubatan untuk berikut:

1. Ubat untuk mengurangkan paras gula dlm darah dan merawat kencing manis.

2. Membantu mencegah dan merawat tekanan darah tinggi dan rendah.

3. Membantu mencegah dan merawat penyakit thyroid .

4. Melegakan gejala penyakit berkaitan pernafasan.

5. Digunakan sebagai sirap batuk.

6. Membantu mengubati sakit tekak.

7. Sebagai penawar untuk perut dan usus.

8. Gunakan sebagai antibiotik.

9. Kurangkan kesakitan bengkak, (dengan menumbuk seluruh batang dan tampal di kawasan bengkak.)

10. Membantu menyelesaikan keradangan/masalah buah pinggang.

11. Meningkatkan prestasi limpa dan hati.

12. Sebagai remover racun, dengan menghapuskan residue  toksik dari badan.

13. Kesakitan sendi dan sakit otot.

14. 🌟Membuat pesakit kanser berasa lebih sihat dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.  Bahkan bagi mereka yang mempunyai kanser peringkat 4, kerana RSK boleh mengurangkan penderitaan, sesetengah pesakit boleh mencapai hayat hidup lebih lama dgn selesa.


Sunday, 5 September 2021

AMALAN SURAH PILIHAN


AMALAN SURAH PILIHAN

1 - Selepas solat Subuh baca surah Yassin.
(dijanjikan apa yang kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan. Wallahua'lam)

2 - Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman. (Untuk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT & segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita)

3 - Selepas solat asar, baca surah An- Naba'. (Allah SWT akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik)

4 - Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah. (dijanjikan siapa yang amalkan baca, kemiskinan dan kebuluran tidak akan dihadapinya, Wallahua'lam)

5 - Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk dan As-Sajdah.
(Untuk menghindari diri daripada seksa kubur. Rasulullah saw tak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca)

6 - Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi. ( Untuk elak dan selamat daripada fitnah Dajjal).

7 - Sebelum tidur baca ayat Kursi. Untuk lindungi dan memagar diri daripada gangguan kejahatan dan juga baca surah Al- ikhlas 3 kali. (Orang yang membacanya ibarat telah khatam 30 juzuk AlQuran, jika dibaca setiap hari, umpama setiap hari juga kita khatam Quran).

Amalan yg sedikit tapi konsisten/istiqomah diamalkan, lebih di sukai dan disayangi Allah berbanding amalan-amalan hebat/besar tetapi tidak istiqomah.

Alhāmdulillah ❤️

Friday, 3 September 2021

Kisah Seram Hari Ini

MAK DENGAN AYAH WARISKAN SAKA?

Percaya atau atau tidak saka keturunan memang wujud dalam masyarakat kita. Bagaimanapun ramai yang tidak tahu sama ada diri kita ini mewarisi saka tanpa disedari.

Menurut Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah, selalunya jin berkaitan saka ini melibatkan beberapa perkara seperti ilmu pertahanan diri, ilmu perubatan dan rawatan, ilmu menilik, ilmu hitam untuk menghantar sihir, santau pada musuh, ilmu saka berkaitan kecantikan, saka berkaitan urut mengurut, saka untuk menjaga kebun tanaman dan harta benda.

Ini antara tanda-tanda saka yang wujud pada diri tanpa kita ketahui dan sedari antaranya:

1. Kita mengetahui dari cerita orang terdahulu seperti ayah, datuk atau moyang bahawa keturunan kita mempunyai ilmu yang hebat seperti pernah menjadi bomoh, pahlawan, bidan, miliki ilmu kebal, ilmu ghaib, kononnya berkahwin dengan bunian dan handal mengubat.

2. Ahli keluarga adik beradik, sepupu yang melibatkan pertalian darah mempunyai simptom-simptom gangguan mimpi yang sama seperti sering mimpi bayi (menyusukan, melihat, terima bayi, melahirkan), sering mimpi didatangi seseorang memberi sesuatu seperti bungkusan atau ayat-ayat Al-Quran atau jampi serapah yang boleh digunakan untuk mengubat, menilik dan meramal.

3. Ada ahli keluarga yang tiba-tiba mempunyai ilmu seperti boleh mengurut, boleh berubat, boleh bersilat dan lain-lain tanpa mempelajarinya.

4. Keturunan mempunyai masalah yang sama seperti masalah zuriat (sering keguguran), masalah jodoh, gangguan mental, terdengar bisikan, panas baran tidak bertempat, sikap yang pelik, suka menyendiri dan seolah-olah bercakap-cakap dengan seseorang walaupun bersendirian.

5. Anggota keluarga terdahulu mempunyai simptom sakit fizikal yang sama iaitu sering sakit sendi-sendi utama 'on-off' seperti rasa berat di tengkuk, bahu, sakit belikat, sakit pingang dan lutut yang berpanjangan tidak sembuh walaupun telah melakukan perubatan moden. Penyakit kulit yang tidak sembuh-sembuh, kulit bersisik dan muka wajah berubah menjadi tua.

6. Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didiagnoskan.

7. Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat. Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.

8. Kadangkala boleh tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya itu adalah bisikan iblis dan jin. Boleh tahu barang yang hilang. Mendapat ramalan-ramalan tentang sesuatu dan perkara tersebut benar-benar terjadi.

9. Cucu-cucu yang keturunannya mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk dan agak memberontak, adakala tak mahu ke sekolah, tak mahu bekerja, tak mahu bergaul dengan orang. 

10. Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa manakala orang tua yang memiliki saka bersikap agak kurang ajar dan sangat panas baran.

11. Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang, sentiasa berlaku perkara buruk dan pergaduhan dalam rumah tangga, berkahwin dan bercerai berulang kali. Bila berkawan atau bertunang kerap putus. 

#kisahseramhariini #sakawarisan #jinsaka

Thursday, 2 September 2021

Kisah Ebit Lew di Kaherah

Nadir Al-Nuri:
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

CORETAN PERIBADI MISI TIM EBIT LEW (EL), SEBUAH TEGURAN, IKTIBAR & PEDOMAN

Assalamualaikum W.B.T, di hari yang besar dan mulia ini bagi seluruh Umat Islam yang menyambutnya saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha. Sebagai seorang insan yang lemah dan kerdil tertarik untuk berkongsi beberapa perkara setelah menerima pelbagai persoalan, cacian dan fitnah daripada kalangan mereka-mereka yang tidak mengenali saya. 

Saya tidaklah mewakili mana-mana pihak melainkan ianya adalah dari tinta pengalaman peribadi sendiri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung berkaitan misi ke bumi Gaza oleh kru dan tim EL.

Walaupun saya jauh berkelana di bumi Gaza dan tidak mengenali EL secara dekat, saya telah mengikuti semua cerita-cerita kebajikan EL di Malaysia dan menjadikannya inspirasi untuk mendapatkan semangat terus bekerja dan berbakti di bumi Gaza ini khususnya di waktu-waktu tertekan dengan cabaran kerja-kerja NGO, urusan pengajian sarjana muda kedua dalam bidang Syariah dan mengurus keluarga. Walaupun ada suara kecil hati pernah terdetik untuk berehat dari dunia kemanusiaan ini yang dikecimpung setiap hari setiap jam sejak 2013 di sini, alhamdulillah hasil inspirasi daripada orang-orang hebat dan sokongan rakyat saya gagahkan diri terus berbakti dan bekerja tanpa menoleh kebelakang. 

Secara peribadai saya tidak pernah menyimpan perasaan dengki, iri hati apalagi memperlekehkan perjuangan seseorang yang umum mengetahui adalah seorang insan hebat dan terkenal di bumi Malaysia. Penulisan ini hanyalah tidak lain sebagai teguran kasih-sayang, iktibar dan pedoman untuk mendidik terutama bagi diri saya, tim EL dan semua yang terlibat. Saya pasti EL dan timnya sebagai contoh dan pedoman kepada masyarakat yang sentiasa mengajak kepada berkasih-sayang dan persaudaraan mampu menerima nasihat dan pandangan daripada rakan seagamanya.

Terlebih dahulu saya juga meminta maaf sekiranya kata-kata saya sebelum ini di salah ertikan atau ditafsirkan oleh pihak media, tim EL dan masyarat sebagai unsur-unsur dengki atau mengejek, walau jauh sekali di lubuk hati saya berfikir sedemikian. Di sini saya ingin membuat beberapa coretan berkaitan Misi Bantuan EL ke bumi Gaza dan Misi Tim EL ke bumi Gaza. Nampak serupa tapi tidak sama.

MISI BANTUAN EL KE BUMI GAZA

Perkara pertama yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan Misi bantuan EL ke Bumi Gaza, selepas mendengar perkhabaran ini, sayalah orang yang paling gembira kerana tidak sabar untuk berkhidmat untuk menjayakan misi bantuan beliau ini terutamanya apabila saya di hubungi oleh individu bernama Ustaz Zul dari tim EL yang bertanya bagaimana mahu mengirim bantuan ke Gaza (SS 1). Dengan segera saya terus menghentikan sementara kerja-kerja harian saya untuk mengutamakan penyediaan kertas kerja pek makanan secara terperinci dan menghantar semula kepada individu dari tim EL. 

Selepas beberapa hari berlalu dan tiada sebarang maklum balas atau respon daripada tim EL maka saya meneruskan kerja-kerja bantuan dari NGO lain dengan mengandaikan tim EL terlalu sibuk dengan bantuan khidmat di Malaysia disebabkan PKP.

MISI TIM EL KE BUMI GAZA

Selang beberapa hari saya di kejutkan oleh kawan-kawan dan media berkaitan tim EL ingin membuat misi masuk ke Gaza dan sudah berada di Cairo Mesir, hati kegembiraan saya terpancar lagi walaupun ada rasa tertanya kerana sukarnya misi ini untuk berjaya kerana situasi PERANG. Sehinggalah saya mengemaskini status di paparan facebook peribadi saya dengan mengalu-alukan kedatangan tim EL dan berdoa semoga misi ini berjaya walaupun ianya agak sukar disamping BERJANJI akan menjadi ORANG PERTAMA menyambut Tim EL di sempadan bumi Gaza dan akhirnya saya mengotakan janji saya (rujuk video yang dikongsikan di bawah). 

Semasa tim EL di Cairo, saya cuba beberapa kali untuk berhubung dengan tim EL untuk mendapatkan perkhabaran tetapi tiada sebarang maklum balas. Sehingga rakyat Malaysia dan media menjadi risau tentang kehilangan ‘Hero Malaya’. Selama sebulan tim EL terus sepi, timbul pelbagai spekulasi keselamatan terancam dan sebagainya, walaupun hakikat ia jauh dari kebenaran. 
Tim EL dimaklumkan rakan-rakan di Cairo masih di bilik hotel, boleh pergi bersiar-siar di kawasan pelancongan Husein dan melawat piramid (seperti post oleh PAnya) sambil menunggu usaha agar diberi kebenaran memasuki ke Gaza. 

Alangkah baiknya ketika itu dinaikkan post dan ditenangkan hati jutaan pembaca bahawa keadaan mereka baik dan urusan masuk ke Gaza tersekat dan mereka perlu terus menanti keizinan? Senyap mereka dan soalan bertubi-tubi netizen di puluhan sesi LIVE membuatkan saya mengambil tanggungjawab untuk menulis post menasihati mereka supaya memaklumkan kepada pembaca tentang keadaan mereka, sehingga akhirnya dikeluarkan post oleh EL bahawa mereka selamat dan tidak ada bahaya apa pun ke atas mereka.

Walaupun telah mendapat liputan luas media tentang perjalanan EL ke Gaza, seperti dijangka usaha mereka terbantut apabila keizinan tidak diberikan oleh pihak Mesir. 

Malah apabila Director General Kementerian Luar bertanya kepada saya tentang Tim EL (individu yang bertanya, Encik Mahmoud Al-Madhoun adalah individu yang sama yang memberikan tim EL sijil Duta Muhibbah, sijil yang diberikan kepada SEMUA ahli rombongan dari semua NGO yang masuk ke Gaza untuk memberi bantuan sebagai penghargaan), saya memberikan jawapan positif mengalukan kehadiran mereka dan mencadangkan Kementerian Luar menunjukkan kepada mereka projek apa yang sebaiknya dilaksanakan dan membawa isu Palestin ke persada memandangkan EL mempunya ramai pengikut di media sosial (SS2).

Hubungan saya dengan Encik Mahmoud sangat baik dan hampir setiap bulan pasca perang kami bertemu untuk membincangkan projek-projek paling utama dan prioriti untuk dilaksanakan di Gaza. Begitu juga dengan Timbalan Menteri Pembangunan Soisal Dr Ghazi, Ketua JK Belia dan Budaya Encik Ahmad Muhaisin dan wakil Kementerian Kesihatan Dr Ashraf yang ada dalam gambar ini, kami jumpa setiap bulan untuk berbincang.

Terjemahan : Pada pandangan saya kita menyambutnya dan menunjukkan projek apa yang bagus dijalankan, saya tak pasti berapa beliau dapat bantu tetapi pengikutnya antara yang paling ramai di Malaysia dalam kerja kebajikan dan ia akan membantu isu Palestin secara media.

Dan dijawab Mr Mahmoud "Saya bersetuju dengan pandangan ini."

Timbalan-timbalan menteri yang saya jumpa hampir setiap bulan untuk berbincang tentang prioriti projek di Palestin.

PEMBELIAN BANTUAN DARI CAIRO UNTUK DI BAWA KE GAZA

Sebelum ini saya pernah memaklumkan kepada media bahawa cara terbaik untuk memberi bantuan kedalam bumi Gaza adalah dengan pembelian barangan keperluan di dalam pasaran tempatan di Gaza, kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan terus kepada masyarakat yang memerlukan. Telah banyak pengalaman-pengalaman NGO seluruh dunia cuba untuk memasuki Gaza dengan membawa barangan-barangan keperluan sehingga tersadai dan terbiar di sempadan Gaza dalam bentuk perubatan dan makanan sehingga tamat tempoh dan tidak boleh digunakan. Akhirnya berlaku pembaziran yang amat dahsyat. Perkara ini telah menjadi pengajaran kepada semua NGO-NGO bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. 

Amat terkejut bila mana saya melihat di media sosial pembelian barangan bantuan 4 lori yang dibeli di Mesir untuk di bawa masuk ke Gaza. Terpanggil saya untuk memberi teguran manja sedikit berkaitan bantuan yang ingin disampaikan ke Gaza, tetapi disalah ertikan dan ditafsirkan oleh sebahagian pihak bahawa teguran itu bermakna saya mahukan bantuan sampai melalui saya. Sekiranya teguran kecil tidak dapat diterima bagaimana umat kita ingin bersatu untuk menjayakan misi lagi besar masa akan datang? 

Persoalan lain pula timbul di mata masyarakat bagaimana barang-barang yang sudah di beli di Cairo tersebut? Adakah bantuan ini sudah berjaya masuk? Setahu saya ia masih lagi tersadai di Mesir beserta bantuan-bantuan lain yang tidak dibenarkan masuk lagi pun. Bukankah ia satu pembaziran? Saya menyeru pihak tim EL untuk berani tampil memberi pencerahan dan penjelasan supaya tidak timbulnya bibit-bibit fitnah lain. Dengan mem’block’ atau membuang komen-komen pertanyaan tersebut di media sosial kalian tidak dapat menyelesaikan masalah pokok ini kerana tujuan asal misi adalah untuk membawa masuk bantuan tersebut.

FITNAH 1. SAYA DENGKI EL MASUK KE GAZA?

Umum mengetahui bahawa dalam puluhan LIVE yang saya dijemput berkongsi pasca perang, penonton mendesak bertanya tentang status EL dan timnya yang tidak mengambil tanggungjawab memaklumkan keadaan mereka sendiri. Berpuluh kali saya terpaksa menjawab bahawa mereka belum masuk, hendak masuk ke Gaza susah dan akhirnya saya sebut ‘hanya wali saja yang dapat masuk ke Gaza’, dengan makna hebat betullah orang yang dapat masuk ke Gaza ketika ini, dan alhamdulillah, dengan takdir Allah setelah penantian panjang tim EL berjaya juga masuk ke Gaza. Gurauan manja ini bukan lah untuk saya mengejek atau menyindir, jauh dari lubuk hati saya untuk berfikiran sedemikian, tetapi ianya diinterpretasi dengan tafsiran dengan nada yang berbeza dan dipotong dari video panjang. Ia seolah kita berkata kepada rakan, kau memang power gila kalau dapat angkat batu gedabak ini dan hadir dalam bentuk gurauan, bukan mengejek. Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua yang terasa.

Sesiapa yang mengikuti paparan facebook saya pasti pernah melihat posting berkaitan saya menanti ketibaan tim EL kedalam Gaza. Apabila saya mendengar berita daripada Kementerian Luar di Gaza memaklumkan yang tim EL telah sampai ke sempadan Rafah di Mesir, lantas saya bergegas ke sempadan untuk menyambutnya bersama anak saya Naeem. Jam ketika itu menunjukkan pukul 11 malam dan kami baru selesai seharian berprogram tetapi digagahkan juga untuk bangun dengan penuh keterujaan manyambut kedatangan orang Malaysia ke negeri ini setelah dua tahun tidak melihat wajah dari negara sendiri dengan harapan dapat berkhidmat, membantu memudahkan urusan atau sekurangnya beramah mesra untuk mengubati kerinduan berjumpa orang Melayu. 

Kami sampai dan mendapati wakil Kementerian Luar yang memang bertugas di dewan VIP telah pun berada di sana, selainnya dewan kosong kerana sudah lewat malam. Tak lama selepas itu dua orang wakil Persatuan Bulan Sabit Merah pula sampai. Kami berlima duduk bersama dan wakil Kementerian Luar seronok bercerita pengalamannya ke Malaysia dan bagaimana layanan sangat baik diberikan kepadanya oleh orang kita (walaupun dalam tempoh dua minggu di Malaysia dia tak dapat menyesuaikan diri dengan makanan pedas kita!)

Jam 2am, kami dimaklumkan rombongan sudah melepasi sempadan Rafah sebelah Mesir dan akan masuk ke Gaza. Perasaan ketika itu seronok bukan kepalang. Saya ditolak wakil Kementerian Luar berada di barisan hadapan menyambut rombongan dan apabila turun dari bas, sebahagian tim bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya. Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh tim kepada saya melainkan ‘bodyguard’nya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat LIVE ya, kita dah ada Astro di sini (Rujuk Video).

Pelik dan terkejut, ketika itu saya menyedari kehadiran saya tidak disenangi. Saya berjalan di belakang rombongan, cuba menjauhkan diri tetapi apabila EL diminta duduk di kerusi VIP, wakil Kementerian Luar memanggil saya dan meminta saya duduk di sebelahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menimbulkan suasana tidak selesa tetapi setelah dipaksa, saya akur.
EL yang duduk di sebelah langsung tak menegur, tak menghulurkan tangan untuk bersalam dan barangkali kerana kepenatan tergesa-gesa untuk bangun semula. Mereka bangun untuk solat dan saya memerhatikan dari jauh, cuba memahami apa yang sedang berlaku. Beberapa keping gambar diambil untuk memaklumkan kepada pihak berwajib bahawa mereka telah selamat sampai, tiba-tiba ‘bodyguard’ yang sama datang lagi.

“Encik tolong padam semua gambar dan video yang diambil tadi,” beliau mengarahkan. Ketika itu saya agak terkilan dengan kata-kata tersebut. Saya tidak minta dihormati, saya tidak minta dipuji, cita-cita saya hanyalah untuk membantu dah berkhidmat sedaya mungkin menjayakan misi Tim EL atau paling kurang dapat bersalam dengan beliau! Tetapi saya di tegur dengan agak keras oleh wakil Tim EL sehinggalah saya melenting lalu beliau meminta maaf dan menyebutkan hanya menurut arahan sahaja.

Selepas itu, saya berundur dan hanya melihat dari jauh. Wakil Menteri Luar datang berjumpa dan berkata, maaflah, saya pun tak tahu sampai begitu sekali ada perselisihan di antara kalian. Saya menjawab kepadanya, tak ada perselisihan pun tapi mungkin ada tujuan peribadi mereka berbuat begitu. Setelah mereka selamat menaiki kenderaan ke tempat penginapan, saya kembali ke rumah.

Saya tidak menyangka bahawa dengan sepatah ayat yang disalah tafsir sebagaimana disebutkan PA EL saya langsung tak diberi peluang untuk bercakap dengan tim dan EL dan yang disebutkan kepada saya oleh seluruh tim hanya dua ayat sahaja, jangan buat LIVE dan delete semua gambar. Berbohonglah saya jika tidak mengaku terasa dengan persoalan adakah ini didikan ustaz sama yang ajar kita mengikut sunnah, saling memaafkan, Allah sayang? Adakah di belakang kamera sikap kita berbeza dengan lemah-lembut yang dilihat orang ramai? Saya masih belum dapat menjawab persoalan ini, atau barangkali ayat yang disalah-tafsirkan langsung tidak boleh dimaafkan sehingga saya terlalu jijik untuk dipandang. Kalau ya pun saya terlalu hina anggaplah saya seperti madhu’u yang selalu kalian santuni di lorong gelap KL atau adik-adik motor dan nasihatkanlah saya! 

Semenjak peristiwa itu saya langsung tak mengambil tahu perkembangan mereka walaupun dijemput Kementerian Luar meraikan kehadiran mereka apabila mereka diberikan sijil Duta Muhibbah. Saya malas mengambil tahu apa keperluan dibuka ‘rumah anak yatim’ sedangkan faktanya di seluruh Gaza ada 20,000 anak yatim tetapi hanya ada satu rumah anak yatim di sini, Ma’ahad Al-Amal yang menempatkan hanya 120 anak yatim kerana budaya di sini yang tidak membenarkan anak-anak yatim tinggal di rumah anak yatim malah dijaga oleh keluarga kembangan.

Saya juga hanya menenangkan pasukan yang mengurus mereka dari Persatuan Bulan Sabit yang mengadu tim susah diurus dan meminta dilaksanakan projek yang tidak logik dalam masa yang singkat. Betul seperti apa yang disebutkan, mungkin Malaysia tahu tentang kehadiran mereka di Gaza tetapi untuk bumi Palestin, kehadiran 3 hari pastinya sukar untuk meninggalkan kesan.

Satu saja berita aktiviti yang dijalankan mereka yang saya jumpa dikongsikan di akhbar tempatan (atau lebih tepat grup telegram tempatan) dengan janji sumbangan 250 ribu dollar untuk membangunkan muzium perjuangan Palestin di Gaza, suatu projek yang saya ‘SALUTE’ dan pastinya menunggu pelaksanaan oleh rakyat di sini (link).

Video menunjukkan saya, Naeem (di belakang kamera) dan dua orang wakil Red Crescent yang datang menyambut rombongan dari langkah pertama yang mereka jejak di Gaza. Bodyguard datang dan melarang dibuat live dan saya memaklumkan memang kami tak buat live pun.

Video viral EL dan tim sampai ke Gaza. Kalau dilihat di sebelah kanan hujung skrin saya dan Naeem berdiri dari jauh. Kami hadir menunaikan tanggungjawab sebagai tuan rumah walaupun coverage tim media seolah-olah kami tidak wujud.

https://t.me/elhadath/96721

Link liputan berita sumbangan 250 ribu dollar yang inshaAllah akan disampaikan tim EL kelak untuk pameran perjuangan Palestin.

FITNAH 2. WAJIBKAH BANTUAN MELALUI SAYA?

Sememangnya sejak 2013 tidak ada satu NGO Malaysia pun yang masuk melainkan saya berjumpa dan beramah mesra dengan mereka sama ada kepimpinan Yayasan Amal, MyCare, MAPIM, Viva Palestin, Global Peace Mission, Muslim Care atau mana-mana NGO pun. Tiada yang saya minta disampaikan bantuan melalui saya, tidak ada yang diminta datang 'mencemar duli' malah saya yang akan ke tempat penginapan mereka dan beramah mesra kerana seronok dapat berjumpa.

Kenapa saya nak mengharapkan sumbangan melalui pihak saya sedangkan tim saya sendiri sudah tidak menang tangan pun menguruskan bantuan sekitar RM15 juta untuk peringkat pertama pasca-perang yang diamanahkan kepada kami untuk Palestin? Dan untuk makluman kalian, untuk bantuan am kami hanya menggunakan kurang 10% sumbangan untuk pengurusan tetapi untuk bantuan kecemasan termasuk RM15 juta yang awal ini, kami mengambil 0% untuk pengurusan dan hanya meminta penyumbang menanggung kos transaksi wang ke sini!

Jujur saya katakan, saya mengharapkan yang terbaik dapat dilakukan untuk tim EL dengan saya bersedia berkorban masa dan tenaga untuk membantu dan sama-sama berkhidmat, tetapi ianya tidak seperti dijangkakan perkara kecil yang disalah ertikan telah mematahkan niat baik ini.

KESAN BESAR TIM EL KEPADA PIHAK LAIN

Dalam tempoh sekitar 8 tahun selepas pertukaran kuasa di Mesir, NGO hanya dapat masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO antarabangsa Miles of Smiles, dengan jumlah maksimum mungkin 200-300 orang sahaja dapat masuk setahun. Kaedah ini telah di amalkan oleh semua NGOs yang telah berjaya beberapa kali keluar dan masuk ke Gaza.

Kenapa kaedah tim EL memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGOs boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi. Ini kerana hasil desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi tim EL berjaya masuk ke Gaza tidak kira berapa pun kos yang perlu di bayar tanpa menghiraukan kesan besar selepas itu. Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk.

Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk Gaza. Khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya, iaitu $1200/orang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke Gaza dan dengan bayaran tersebut akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa 2,3 hari untuk dilalui.

Untuk orang luar pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai dan sebagainya. Duit sendiri atau duit orang ramai, saya menyeru supaya pada masa hadapan perbaikilah apa kelemahan atau kekurangan, pimpinlah perjuangan kemanusiaan dengan pihak berkaitan, sama-sama berpegang untuk membantu bukan dengan cara membuat kerja tanpa menoleh kiri kanan dan tidak menghiraukan kesan buruk yang terpaksa ditanggung badan-badan lain yang telah memulakan dan meneruskan perjuangan nafas panjang. 

Kepada rakan-rakan NGO, pusat-pusat zakat, institusi bantuan dan pihak lain yang pernah melalui pengalaman sama di Kelantan, Kedah, Sabah dan tempat lain, barulah saya mengerti apa yang kalian semua rasai khususnya yang terpaksa mengadu di forum tertutup kerana malas melayan ‘backlash’ pembaca kerana kaedah redah dan dakwah yang tidak teratur dan tidak mengendahkan nasihat atau teguran pihak lain. Kepada kalian, teruskan sahaja perjuangan dan kerja kalian selagi mana kalian berada di landasan yang betul. Jangan lupa bahawa hero yang sebenar ialah marhaen yang kita bantu dan upayakan kerana mereka yang selama ini berkorban dan bersabar dengan ujian.

Rileklah bro, Allah kan ada.

INTEGRITI DAN TRANSPARENSI DALAM PERBELANJAAN NGO?

Mereka yang terlibat dengan kerja kemanusiaan tahu bahawa pendaftaran di bawah ROS hanya menuntut dihantar penyata kewangan tahunan. Menjadikan perbelanjaan diaudit adalah bonus dan menunjukkan bahawa NGO menjunjung integriti dan transparensi. Itu tindakan yang diambil pihak saya tahun ini kerana kami mula mencuri perhatian dan diberi amanah yang besar menyampaikan sumbangan kalian.

Untuk makluman juga, pengurusan NGO di Gaza sangat ketat dan penyampaian bantuan dipantau agar tidak berlaku penyelewengan. Sebagai contoh, dalam projek korban tahun ini, pihak Saya membeli 122 ekor lembu melalui sistem tender terbuka. Agihan akan dibuat melalui 140 NGO tempatan yang berdaftar dan dipantau Kementerian Dalam Negeri, malah kami perlu menyediakan senarai nama 30,000 keluarga yang akan menerima bantuan daging!

Adakah pihak EL bersedia memberi penerangan sekiranya ratusan ribu dollar yang dibayar ke syarikat Hala, untuk penginapan, barangan sumbangan yang dibeli untuk agihan sama ada yang terdampar di Cairo atau yang dibeli di Gaza? Sekiranya perbelanjaan tersebut datang dari poket sendiri, sahhah wa afiyah, terima kasih dan teruskan usaha murni ini. Sekiranya tidak, ambillah tanggungjawab memberi penerangan kepada semua penderma supaya tidak timbul bibit-bibit fitnah yang lain.

PENUTUP

Saya mengambil masa yang lama memikirkan sama ada menulis coretan ini atau tidak. Saya tidak kisah dengan makian dan cacian netizen kerana di balik apa yang zahir, sangat ramai yang memberikan sokongan dan meneruskan sumbangan.
Tetapi tanggungjawab mengurus NGO dan melakukan kebajikan ini tanggungjawab sosial, ia bukan semata dengan mengirim gambar dan meraih sokongan awam tetapi ia amanah yang akan ditanya di hadapan Allah kelak dan sepatutnya pengurusan setiap NGO khususnya masuk keluar sumbangan wajar ditanya oleh penderma yang bijak. Contohnya kalau akaun NGO mempunyai puluhan juta ringgit dan bantuan yang disampaikan hanya beberapa ratus ribu dollar dan diketahui perancangan penggunaan baki duit yang disumbangkan orang ramai, pastinya ia bukan tanda integriti dan transparensi.

Seruan saya kepada pihak Tim EL, beranilah tampil untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang beberapa perkara yang disebutkan daripada melihat jutaan netizen mencipta fitnah dan bertelagah sesama sendiri. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir Batin.

Nadir Al-Nuri,
20 Julai 2021, 2.43am Gaza.


Wednesday, 1 September 2021

Kisah 4 Nabi yang Masih Hidup Sampai Saat Ini

Masya Allah, Kisah 4 Nabi yang Masih Hidup Sampai Saat Ini


Sesungguhnya, tiap-tiap yang berjiwa pasti akan mati. Begitulah ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Menciptakan. Namun, tersebutlah empat manusia yang sampai detik ini belum juga dijemput ajalnya, mereka adalah Nabi Idris AS, Nabi Ilyas AS, Nabi Khidlir AS. dan Nabi Isa AS. Mengapa mereka semua dapat hidup hingga saat ini? Berikut kisah keempat nabi tersebut.

1.Nabi Idris ‘Alaihissalam

Suatu ketika Nabi Idris dikunjungi oleh Izrail. Di kesempatan itu, Nabi Idris meminta Izrail untuk mencabut nyawanya dan memohon kepada Allah untuk dihidupkan kembali dari kematian. Nabi Idris ingin merasakan pedihnya sakaratul maut, supaya ia dapat beribadah lebih giat lagi.

Izrail menolak, sebab ia tidak dapat mencabut nyawa melainkan atas kehendak Allah. Maka turunlah wahyu yang memberitakan untuk mencabut nyawa Nabi Idris. Izrail pun melaksakan perintah Allah sesegera mungkin. Melihat Nabi Idris yang menjerit kesakitan dan tergeletak tak bernyawa, membuat Izrail bersedih dan memohon kepada Allah untuk membangkitkannya lagi.

Atas izin Allah, Nabi Idris pun hidup kembali dan menyatakan bahwa pedihnya kematian seperti dikuliti hidup-hidup yang sakitnya seribu kali lipat darinya. Setelahnya, Nabi Idris meminta Izrail untuk membawanya melihat neraka, agar ia lebih takut kepada-Nya. Izrail menolak lagi, namun Allah memberikan izin-Nya lewat wahyu-Nya. Pergilah mereka ke neraka.

Di sana, Nabi Idris melihat berbagai macam siksaan pedih bagi para musuh-Nya. Nabi Idris menangis pilu, takut bahwa inilah tempat kembalinya nanti. Di saat itulah, Nabi Idris meminta bantuan Izrail untuk terakhir kalinya, yaitu membawanya ke surga, sehingga ia lebih taat kepada perintah-Nya. Lagi-lagi Izrail menolak, tetapi Allah lagi-lagi memberikan izin kepada mereka melalui wahyu. Kali ini, berangkatlah keduanya ke surga.

Melihat keindahan surga yang yang memukau, Nabi Idris terkagum-kagum seraya bertasbih tanpa henti. Tibalah waktu untuk pergi ke dunia lagi. Di luar, Nabi Idris melupakan sesuatu dan kembali memasuki surga seorang diri. Apa dikata, ternyata Nabi Idris menolak untuk keluar surga. “Bukankah aku telah merasakan pedihnya maut, melihat kengerian di neraka dan menyaksikan nikmat Allah di syurga?”

Maka Allah berfirman, “Wahai Izrail, tinggalkanlah dia (Idris), sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali bahwa ia termasuk golongan ahli syurga.” Sampai saat ini, jasad Nabi Idris masih menetap di surga.

2.Nabi Ilyas ‘Alaihissalam

Tersebutlah Nabi Ilyas yang sedang beristirahat, didatangi Izrail. Ia datang untuk menjemput roh Nabi Ilyas. Seketika, Nabi Ilyas bersedih, sebab ketika ia mati ia tak akan dapat berdzikir dan bertasbih kepada Allah lagi. Ternyata, keluh kesah ini didengar oleh Allah sebagai doa, sehingga dikabulkanlah permohonan Nabi Ilyas untuk terus hidup dan berdzikir kepada-Nya hingga tiba hari akhir nanti. Allah berfirman, “Biarlah dia (Ilyas) terus hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berdzikir kepada-Ku sampai hari akhir nanti.”

Maksud ‘taman’ itu bukan semata-mata taman yang berwujud tanah yang di atasnya banyak pepohonan atau bunga-bungaan, melainkan alam yang dihuni oleh manusia-manusia gaib yang disebut sebagai alam Rijalul Ghaib. Alam ini pararel dengan alam kita dengan hitungan waktu yang sama, hanya saja para penghuninya tidak lekang dimakan waktu. Sebab perpindahan ini, sampai sekarang Nabi Ilyas masih hidup di alam pararel itu.

3.Nabi Khidir ‘Alaihissalam

Nabi yang bernama asli Balya bin Malkan ini merupakan perdana menteri di negeri Babilonia, yang saat itu dipimpin oleh Sultan Iskandar. Sewaktu Sultan Iskandar wafat, Balya diangkat menjadi nabi sekaligus pemimpin roda pemerintah di sana. Sejak saat itu, ia dijuluki Nabi Khidir.

Dalam kenabiannya, Nabi Khidir mendiami alam yang berbeda dan bertugas untuk memelihara lautan dan samudera. Hingga kini, Nabi Khidir masih hidup di alam itu (seperti Nabi Ilyas) sebagai penghulu para wali Allah. Beberapa wali dibaiat oleh Nabi Khidir untuk menjalankan tugas dakwah di alam dunia.

4.Nabi Isa ‘Alaihissalam

Sepulangnya Nabi Isa dari pengembaraan dakwahnya kepada penduduk bumi, ia mendapati masyarakat Baitul Lakhmi dalam keadaan sengsara, miskin dan kumuh. Padahal, ketika Nabi Isa meninggalkan mereka tiga tahun sebelumnya, mereka sangat makmur, cukup sandang dan pangan.

Nabi Isa berdoa kepada Allah mengenai hal itu dan mendapati Jibril yang menyampaikan wahyu-Nya berkata, “Ini sebab kesalahan mereka, yaitu membiarkan seseorang yang telah meninggalkan sholat melewati daerah itu dan meminum air di situ. Allah tidak rela air itu diminum oleh pendosa itu, sehingga menurunkan adzab-Nya yang pedih kepada para penduduk itu.”

Tak lama setelah kejadian itu, terjadilah pengkhianatan yang memberi kesempata kepada pasukan Romawi untuk menjajah tempat itu dan menangkap Nabi Isa. Sesaat sebelum mereka berhasil menangkapnya, Jibril lebih dulu mengangkat Nabi Isa ke langit kedua dan Allah menyerupakan orang lain menjadi Nabi Isa—inilah manusia yang dibunuh dan disalib oleh mereka. Sampai sekarang, Nabi Isa masih hidup bersama para penduduk langit dan baru akan turun kembali saat Mahkamah Kubra (sering disebut ‘armagedon’) untuk mengalahkan Daj jal.

Sungguh, kuasa Allah meliputi segala suatu. Perkara mudah bagi-Nya untuk mem4tikan, menghidupkan dan menjaga kehidupan para mahluk-Nya hingga kekal sampai hari akhir nanti. Manusia-manusia pilihan seperti para nabi dan rasul yang tetap bertasbih dan berdzikir kepada-Nya—walaupun sudah mendapat jaminan Allah di surga—adalah motivasi terbaik bagi kita, manusia-manusia biasa yang penuh dengan d0sa, untuk selalu bertobat dan memohon ampunan-Nya. Ingatlah, kedatangan Izrail tidak pernah dapat ditunda maupun diduga.

Wallahu A’lam Bishawab…

Sumber: www.muslimahdaily.com


7 Kelebihan Orang Yang Mencintai Dan Membaca Al Quran

7 Kelebihan Orang Yang Mencintai Dan Membaca Al Quran

1. Tidak nyanyuk sampai tua.

2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.

3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.

5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.

6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.

7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.


Ustaz Abdullah Mahmood
Majalah Anis

Pokok Jarum 7 Bilah

POKOK JARUM 7 BILAH

Pokok jarum 7 bilah ni saya pernah baca awal-awal tahun 80-an di dalam mastika. 

Seorang perempuan cina mengidap kanser.
Dia amal kan dengan kesep di bawah lidah dan berjoging setiap hari.

Daun ni berlendir bila dikunyah. Tapi penuh khasiat.  Dengan izin ALLAH kansernya sembuh dalam tempoh sebulan.

Lepas keluo kat mastika, esok pokok tu habis dikejekan orang. Tak tinggal sikit pun.
Pokok ni senang idup.

Bila kawan-kawan yang tahu khasiatnya berkongsi cete, timbul rasa nak cuba.

Tambah pulak tahu daun yg dah dikeringkan ni kalau dijual di kedai  ubat beratus RM, tu yang rebus sendiri.

Antara pengalaman saya, bila badan rasa cam nak demam, saya rebus 7..8 lai dan minum. 

Alhamdulillah.  
Tak jadi demam.  
Bila ada bisul atau bengkak-bengkak di tubuh, saya tumbuk letak sedikit air dan tepekkan ditempat yg bisul. 

Alhamdulillah.  
Bisul atau bengkak hilang.
Kalau saya rasa tapak kaki mula sakit, bisa bila memijak , saya gunakan daunnya sebagai detox.

Ambik daun banyak-banyak, letak air dan blend. Belendir.
Cari stoking yg lama, tuang dalam stoking dan pakai. Bungkus kaki tadi ngan plastik dan baring. 

Sedapnya rasa bila dia mula menyedut toksid. Terasa berdenyut tapak kaki.

Agak-agak 30-1 jam. 
Rilex lah. 
Lepas tu cuci kaki.
Ringan rasanya.

Biasa saya buat sebelum gi umrah. Tu yang selalu kena marah ngan jamaah sebab jalan laju.😂😂😂. Jamaah jauh tertinggal kat belakang.

Ilang sakit-sakit kat tapak kaki. Tak yah budget mahal-mahal.

Jamaah selalu tanya, saya makan pil vitamin apa ya.
🤭🤭🤭 malu saya nak gi tau.

Saya jenis tak teliti makan ubat. Jadi saya jarang membeli. Sebab beli pun saya tak makan. 
Agak-agak tak sihat, saya rebus je daun ni. Dan solat duha jangan tinggal. Tu je ubat saya.

Kalau lutut saya sakit..Saya blend daun dan balut ngan tuala good morning kat lutut.
Alhamdulilah.  Ok.

Menantu bersalin dan buasir. Ngis tak leh duduk. Sakit.
Saya tumbukkan daun ni, masukkan dalam tisu dan suro dia letak di tempat yang bengkak. Cam pembohong. Esok dah ilang bengkak dan boleh jalan dan duduk cam biasa.🤭 ( sorry pecahkan rahsia)

Saya kanser tiroid. Sekarang saya cuba blend 2..3 lai ngan epal hijau. Alhamdulillah.  Bengkak tiroid di leher semakin menghilang. Saya tumbuk daun tu, letak di kain tudung yang tak pakai..lilit kat leher. Bengkak semakin susut.

Kalau saya sakit kepala, saya blend daunnya dan bungkus di kepala ngan tuala good morning. Peegh. Lega. Lepas tu cucilah rambut bersih-bersih. Memang lega. Nak-nak kalau kolestrol tinggi, ada bisul-bisul kecil kat kepala. Ini je saya buat.

Pernah bengkak buah dada. Sakit. Menangis-nangis. Tak leh sentuh. Sampai timbul urat-urat ijau. Gi klinik doktor kata urat tegang.  Nanti baik sendiri.

Balik saya blend daun ni dan tuang dalam tuala good morning. Tekap di dada.
Alhamdulilah. 
Ilang bengkak dan sakit 
😪😪😪

Saya tak tau lah sesuai tak kat orang lain. Tapi ni lah yang saya buat tuk ubat diri sendiri. Semua tu ngan izin ALLAH.  Kita usaha je. Tak salah mencuba.

Pokok ni berduri. Durinya panjang dan tajam. Hati-hati.
Ada yang bunga kuning dan oren.

Orang cina selalu rebus yang kering wat minum teh.

yang ni saya blend dan masukkan dalam stoking.
Masuk kan kaki dalam stoking dan bungkus ngan plastik.
Jadi detox yg baik.

Kadang-kadang saya rebus 7..8 helai sampai didih. Masukkan dalam jug...buat minum anak beranak cam minum teh O.

Nak tahu khasiat dia, google lah. Lain tempat lain namanya.

Saya kongsikan apa yg saya dah cuba. Untuk orang lain, saya tak tau lah serasi ke tidak.