Tuesday, 17 August 2021

Tangisan kerana Muhyidin.

Ada juga terbaca komen sedih, komen menangis, puisi, sajak, gurindam lepas Mahiaddin umum letak jawatan semalam.

Seperti Mahathir, Mahiaddin tahu yang orang kita memang mudah terbuai dengan emosi bila dengar ucapan sedih, cerita sedih ala Akademi Fantasia. Bila sedih, rakyat Malaysia akan lupa kegagalan, kezaliman, dan kelemahan kerajaan pimpinannya.

Mujur masih ada Melayu yang tidak mudah lupa macam saya dan rakan rakan.

Lupakah kita macam mana deritanya beribu rakyat hilang pekerjaan, tutup perniagaan, putus mata pencarian akibat pelaksanaan lockdown separuh masak Mahiaddin?

Lupakah kita sejak dibuat "darurat untuk melawan Covid" pada Januari 2021, kes positif meningkat dari 3000 kes ke 20 ribu kes sehari? 

Lupakah kita, akibat akibat polisi "tutup pintu depan buka pintu belakang" kerajaan, kilang kilang, tapak pembinaan dibiarkan beroperasi sehingga kes Covid meningkat begitu mendadak sehingga jumlah kematian dari 760 kes pada Januari 2021 menjadi 12,784 sehingga hari ini? 

Tahukah kita, kadar kematian di Malaysia adalah tertinggi didunia mengikut populasi walaupun 7 bulan buat darurat (3 bulan lockdown) kononnya untuk memerangi Covid? 

Lupakah kita bagaimana deritanya para frontliners bila hospital tak cukup bekalan oksigen, katil, ventilator, dan terpaksa menguruskan mayat mayat bergelimpangan sehingga terpaksa ditempatkan dalam kontena diruang parking hospital? 

Lupakah kita, tidak pernah berlaku rakyat terpaksa angkat bendera putih kerana sudah hilang harapan untuk menyara keluarga?

Tahukah kita, dah lah gagal urus ekonomi, kerajaan Mahiaddin juga telah memotong 57% bajet rangsangan ekonomi untuk rakyat daripada RM22.1 bilion kepada RM9.3 bilion? 

Lupakah kita cadangan cadangan bantuan untuk rakyat dipandang endah tak endah? Apa yang mereka lebih risaukan? Bank bankrap.

Ya, ini berlaku semasa zaman pentadbiran Mahiaddin.

Cerita sedih konon pasal hilang sokongan akibat kleptokrat, didesak oleh kluster mahkamah, dipecat oleh Najib Razak sebab 1MDB ni semua sekadar menutup kegagalan kerajaan pimpinannya.

Mungkin anda baru hari ini menangis demi Mahiaddin, tapi ketahuilah yang air mata rakyat  telah lama mengalir kerana Mahiaddin.

Rf Lias
Cheras

No comments:

Post a Comment