Tuesday, 25 June 2024

Coach Bahar 1

Petani yang dibuli : satu pengalaman cerita yang realiti. 

Beberapa tahun yang lepas bila saya banyak menulis tentang kepincangan sistem FB saya di block sebulan dan berkali-kali. Ada le tu yang report dan hampir saya tak dapat semula akaun saya. Ada yang mahu saya diam dan menutup mulut. 

Ianya hanyalah sebuah perjalanan realiti seorang petani. Mungkin ada yang nak buat macam saya tapi separuh jalan. Tapi saya cerita ni bukan bertujuan menakut-nakutkan dan memadamkan impian kamu menjadi petani. Tanah itu bukan sahaja perniagaan tetapi “kekayaan yang ditinggalkan”. 

Saya mulakan projek pertanian hanyalah dengan 500 polybeg setelah saya membuat keputusan berhenti kerja. Saya naik pelan-pelan dan sehinggalah saya mempunyai 20K polybeg dengan pelbagai sayuran dan melon. 

Dalam pengalaman saya. Petani perlu mempunyai eko-sistem yang betul. Jika tidak pemborong dan orang tengah yang makan banyak. Ambil hasil petani sesuka hati mereka tapi menjual dengan harga mahal dipasar. Beli dengan orang kebun ada gred dan pelbagai harga. Beli cili dikebun RM13 sekilo, jual dipasar RM36 sekilo. Kat meja pasar tak pernah pulak jual ikut gred. Pernah saya angkat balik terung dan timun saya naik lori balik sebab pemborong main harga. Saya cakap baik saya beri rusa saya makan dari ikut telunjuk kamu yang menekan dan mahu kaya dan kaya raya. 

Cuba membantu petani 

Bila saya bantu lebih 600 orang peneroka di Kedah dan Perlis. Bantu ajarkan mereka tanam, ajarkan mereka jaga pokok. Beli balik hasil tuaian mereka dan hantar ke pasar selayang. Lebih 5 ton seminggu dapat hasilnya. Saya tersenyum kerana saya rasa berjaya mendidik supaya kita tidak bergantung kepada import. Rupanya sementara. 

Sayuran dari seberang kita tahu pakai racun apa. Bukan serangga je mati, orang pun boleh mati. Tapi hasil petani kita yang cantik kita jual pula ke singapura. Petani kita disuruh ikut SOP dan hasilkan sayur yang berkualiti tinggi dan kurang kandungan racun. Tapi yang baik import kat orang lain. Memang kelakar. Rakyat kita makan sayur dari thailand. Umum tahu mereka pakai racun apa. 

Pasar selayang dikuasai oleh bangsa berniaga cina dan satu lagi adalah pendatang asing. Bangsa R*hingya ni gunakan islam untuk pujuk petani kecil macam saya ni. Sekali hantar deorang bayar. Lepas tu deorang t*pu kita hidup-hidup. Tak bayar dan rugi lebih berpuluh ribu. Mereka amalkan sikap samsing. Kalau saya pun kena apa lagi petani yang hanya ada kebun kecil-kecilan. 

Orang kita ni pula tak nak bersatu. Tekan menekan antara satu dengan yang lain. Tak ada kerja sama. Bila ada yang besar sikit walau di kampung dan daerah sendiri mulalah merah mata. Fitnah, jatuh menjatuhkan dan akhirnya tak ada yang untung. Pekebun kecil ni jadikan antara mereka pesaing dan musuh. Ada yang dibela pemborong untuk pastikan mengawal harga rendah. 

Petani jangan sampai kaya! 

Saya boleh ceritakan pengalaman ini dengan lebih panjang. Kadang-kadang seperti membuka aib dengan bangsa sendiri. Terlihat bo*oh diperkotak-katikan. Belum cerita lagi yang menteri yang cuma nak menang pilihanraya lepas tu tak ada solution pun. Bila ditegur jadikan kami petani sebagai musuh. Agensi lebih utamakan event sana sini. Lancarkan projek dan program juta-juta tapi entah mana hasilnya. Akhirnya mereka kata “ kami ni hanya kerja je “. 

Bukan tak ada agensi yang nak membantu. Persepakatan antara pekebun pula tak ada. Ada yang nak tolong ambil hasil. Bila sekali dua pemborong pancing harga tinggi sepon sen dua. Lari balik kepada pemborong. Bila ada lambakan cari agensi dan salahkan mereka. Kenapa tak tolong petani. Macam tu ank dapat apa. Kita salah menyalah sampai bila nak selesai. 

Akhirnya perjuangan itu sia-sia. 

Saya tak pernah berhenti. Walaupun dengan semua pengalaman ini bukan mudah untuk saya lalui. Saya perlu menceritakan sekerap dan sebanyak mungkin supaya tak ada lagi yang giveup dengan kepincangan sistem pertanian yang kono tak pernah berubah. Entah bila kita nak bersatu. 

Tulisan ini panjang. Sebenarnya lebih panjang dari ini. Ianya hanyalah sebuah cerita. Mungkin dibaca atau tak ada pun yang membacanya. Bercerita tentang kekecewaan akhirnya ada yang tersenyum sinis dan tertawakan kita. Ada yang menunggu bila kita mahu berhenti. 

Bangsa ku kini diakhir zaman. Mahukan kerja yang sedikit tapi untungnya besar. Cerita baling-baling duit dan kata hidup ini seolahnya di syurga. Cerita-cerita kejayaan paslu yang sementara. Zaman teknologi IT dan AI buat ramai yang dibuang kerja. 

Beli pun dari online tak ada akad lagi dan sistem riba’ seolahnya halal bila dalam sistem. Anak muda makin lemah dan cepat koyak. Tak ada jati diri dan tak mahu ke tanah. Melihat tanah itu pekerjaan yang kotor. 

Cerita ini adalah sebuah drama biasa. Mereka yang kalah sentiasa dilihat salah. Tapi saya diajar dari kecil dengan belajarlah dari kegagalan kerana itu lebih bermakna. 

Petani kampung yang berjiwa besar .

Coach Bahar 2024

https://dimpianagrofarm.com

Iklan 
====

Jom beli melon saya. Beli melon siap dapat pen drive pembelajaran fertigasi dan penternakan. Dapat lagi ebook bisnes percuma. 

Korang beli tu semua untuk melayakan korang jadi masuk dalam affilaite program saya. Boleh buat duit sama-sama team coach bahar. Boleh menjual lebih 40 produk coach bahar. 

Paling best boleh join kelas marketing menjual secara percuma bersama coach bahar. 

https://coachbaha.onpay.my/order/form/335
https://coachbaha.onpay.my/order/form/335

Monday, 24 June 2024

Nafkah Iddah


Di dalam Islam nafkah kepada wanita yang kematian suami dan anak-anaknya selama tempoh edah 4 bulan 10 hari dipertanggungjawabkan ke atas bapa si arwah. Jika bapa si arwah sudah meninggal dunia, maka adik-beradik lelaki si arwah BERTANGGUNGJAWAB memberi nafkah kepada si balu dan anak-anak yatim itu dalam tempoh edah berkenaan. 

Pemberian nafkah bukan bermakna sekali datang melawat bagi RM 50. Pemberian nafkah bermaksud pastikan makanan mencukupi untuk si balu dan anak-anaknya selama 4 bulan 10 hari. Rumah dibayar bulanannya kepada pihak bank selama 4 bulan 10 hari. Jika rumah sewa, bapa si arwah dan adik-beradik lelaki si arwah bayar sewa rumah yang diduduki si arwah bersama isterinya itu selama 4 bulan 10 hari. Si balu ada duit minyak kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah. Itu maksud nafkah dalam edah bagi balu yang kematian suami. 

Pemberian nafkah kepada balu semasa dalam edah selepas kematian suaminya TIDAK BOLEH membabitkan harta yang ditinggalkan arwah KECUALI si bapa arwah dan adik-beradik lelakinya itu TERLALU MISKIN. 

Maka dibolehkan mengambil harta si arwah sekadar mencukupi untuk menanggung nafkah si balu dan anak yatim itu dalam tempoh edah. Bapa si arwah TIDAK BOLEH mengambil untuk diri sendiri apatah lagi untuk dibahagi-bahagikan dengan anak-anak yang lain kerana SANGAT JELAS HAK ANAK YATIM ADA DALAM HARTA BERKENAAN. Sila buka kitab Bab Anak Yatim, terlalu jelas huraiannya, cuma yang pasti SATU SEN PUN HAK ANAK YATIM KITA TIDAK BOLEH AMBIL. Si balu sebagai ibu kepada anak-anak yatim itu mempunyai hak ke atas harta peninggalan arwah suaminya. 

Tempoh edah 4 bulan 10 hari dikurniakan Allah SWT kepada si balu bukan sekadar untuk memastikan si isteri tidak mengandung ketika suaminya meninggal dunia, tetapi juga supaya  keluarga si arwah dan "semua orang" dapat bertenang dan tak perlu "gelabah beruk" dalam memikirkan apakah langkah seterusnya untuk masa depan anak yatim itu, bukannya tempoh  edah itu untuk saudara-mara mengeluh-ngeluh "kami ni nak merasa juga harta si arwah". Masa arwah masih hidup kenapa "malu-malu untuk mintak hartanya". Mengapa perlu tunggu dia mati???

Hukum ini sudah terlalu lama diabaikan oleh orang Melayu Islam di Malaysia. 

Bab Hadiah Dari Suami Kepada Isterinya SEMASA SUAMI MASIH HIDUP,  tak kiralah dalam bentuk apa seperti wang tunai dalam akaun bank bersama, atau jam tangan, atau rumah, atau apa sahaja hadiah tanda cinta si suami kepada isterinya maka KESEMUA YANG DIHADIAHKAN ITU TIDAK BOLEH DIFARAIDKAN. Ianya sudah menjadi HAK MUTLAK SI BALU. 

Saya nak tanyalah, korang yang lelaki ni okay ker dalam kubur nanti apabila tahu hadiah  yang korang beri kepada isteri semasa anniversary dengan harapan isteri bertambah cinta pada korang, menjadi rebutan adik-beradik korang bila korang dah mati?? Korang okay ker dalam kubur tu jika korang tahu isteri korang tengah bergelut mencari duit untuk memberi makan anak-anak benih korang dalam keadaan adik-beradik korang sebok berebut harta korang?? Korang okay ker dalam kubur tu?? 🤔

Letih laaa jadi isteri jika hadiah anniversary dari suami setiap tahun perkahwinan itu perlu dibahagi-bahagikan dengan adik-beradik suami selepas suami mati. Lebih baik suami belikan hadiah untuk adik-beradik dia sahaja setiap kali sambut anniversary dengan isteri. "Nahh Abang Long, ni jam tangan mewah harga RM 27 ribu hadiah untuk Abang Long sempena Anniversary aku dengan wife aku yang ke-1  tahun. More too come, setiap tahun Abang Long akan dapat hadiah sempena sambutan Anniversary Perkahwinan kami." Letihhhhh... 

Islam itu sudah cukup sempurna. Patuhi hukum agama dan jangan berebut dengan harta dunia yang bukan hak kita. 

Satu lagi perangai buruk orang Malaysia adalah sangat suka "acah takut" apabila berhadapan dengan balu yang tidak pernah bekerja sepanjang perkahwinan. Kononnya "acah bimbang" si balu tidak pandai menguruskan harta si arwah yang sedikit itu. Alangkan masa hidup si arwah beri kesemua gajinya kepada si isteri, takkanlah si isteri masih tidak pandai menguruskan harta suaminya? Kenapa si arwah tidak beri duit gajinya setiap bulan  kepada adik-beradik dia jika dia tidak percaya kepada isterinya? 

KEPADA SEMUA WANITA.. 

Apabila anda berhadapan dengan kemelut begini, TUNTUT HARTA SEPENCARIAN di mahkamah. 
Harta Sepencarian adalah harta berupa wang, rumah, tanah, barangan atau APA SAHAJA  yang dibeli atau diperolehi sepanjang perkahwinan berlangsung dan isteri mempunyai HAK KE ATAS SEPARUH HARTA berkenaan WALAUPUN si isteri TIDAK PERNAH BEKERJA sepanjang perkahwinan berlangsung. Ada dalam undang-undang negara kita. 

Seorang rakan saya yang mempunyai 5 orang anak pernah berjaya dalam tuntutannya ke atas Harta Sepencarian apabila ianya menjadi rebutan adik-beradik arwah suaminya. Kemelut tuntutan dari adik-beradik arwah suaminya,  sehinggakan hakim menetapkan jika ada 12 batang sudu di dalam rumah yang didiami bersama arwah suaminya, maka rakan saya dapat 6 batang sudu dan adik-beradik arwah mendapat baki 6 batang sudu lagi. Hakim menetapkan semua harta yang ada di dalam rumah atas nama arwah itu dibahagi dua. Jika tiada kesepakatan dalam pembahagian, maka ianya perlu dijual dan wang diperolehi dibahagi dua. 

Sofa ada 3 biji, pertama 3 seat, kedua 2 seat dan ketiga 1 seat, maka semasa pembahagian itu yang dipantau oleh wakil mahkamah dan wakil peguam kedua belah pihak, rakan saya berjaya mengambil sofa 3 seat kerana dia kata arwah suaminya selalu berbaring di atas ribanya di sofa 3 seat itu selama 15 tahun perkahwinan mereka. Rakan saya mengalirkan  airmata semasa meminta sofa 3 seat itu diberikan kepadanya. Rumah yang didiami bersama arwah suaminya dan mempunyai kenangan indah buat anak-anak yatim itu terpaksa dijual dan wang hasil jualan dibahagi dua antara rakan saya dan adik-beradik arwah suaminya. Saya melihat 5 anak yatim itu menangis semasa mengangkat beg baju mereka keluar dari rumah yang dibeli bapa mereka. 

Saya perhatikan pembahagian berlaku dengan tenang walaupun adik-beradik arwah suaminya menghenyeh-henyeh rakan saya itu sebagai "janda kaya tak sedar diri" kerana mahu sofa  (buka kamus apa makna menghenyeh). Rakan saya itu bukan tidak sedar diri, dia sedang rindu kepada arwah suaminya. 

Apabila hitamnya hati, sehinggakan airmata anak-anak yatim itu tidak lagi mampu melembutkan bapa-bapa saudara yang sangat tamak hinggakan berkeras mahu sudu yang pernah menyuap makan anak-anak yatim itu selama 15 tahun juga mahu direbut. 

KEPADA ORANG LELAKI.. 

Pertama:
Ingatlah, sebaik mana pun hubungan anda  dengan adik-beradik anda, JANGAN SESEKALI ANDA BERKATA "kalau aku takde nanti kau tolong tengok-tengokkan wife dan anak-anak aku, maklumlah wife aku tak pernah kerja". Bila anda mati yang ditengok cumalah harta. Lapar atau tidak anak-anak anda tidak lagi menjadi perhatian mereka. Ayat anda tentang isteri anda yang "tidak pernah bekerja", "lurus bendul" itu sahaja yang akan dijaja. Lebih baik semasa anda masih bernyawa, anda ajar isteri anda  menguruskan harta bersama-sama, ajar isteri anda memandu, membaiki kereta dan lain-lain. Bukankah di dalam Islam tanggungjawab suami itu mendidik isterinya?? 

Kedua:
INGATLAH walau baik macamana pun hubungan anda dengan kawan-kawan lelaki anda, JANGAN SESEKALI ANDA CAKAP "bila aku takde nanti kau tolong tengok wife dan anak aku maklumlah wife aku tu lurus bendul". Yaaa!! Kawan anda akan tengok wife anda, tetapi dalam pandangan yang berbeza. Ini kami biasa jumpa ketika membantu balu yang kesusahan. Dalam erti kata lain, tunggu masa nak ngap isteri korang sahaja. "Try Try Je, Kalau Dapat, Alhamdulillah" kata orang lelaki. Tak semua begitu ya, jadi kalau korang bukan ber-perangai begitu, tak payahlah nak terasa hati dengan penulisan saya ini.  

Pengajaran kepada kita, jika seorang suami masih hidup, bertegaslah dengan adik-beradik sendiri tentang kewajipan semasa isteri dalam edah, BUAT WASIAT SIAP-SIAP. Dapat harta buat wasiat terus bukannya tunggu Izrael Datang Memanggil baharu nak sign wasiat. Utamakan hak isteri dan anak-anak kerana jika isteri dan anak-anak yatim tidak redha kehilangan hak mereka selepas anda mati, maka ianya akan berpanjangan hingga ke Akhirat. Anda mahu tersangkut ke Syurga kerana diadili dalam masa yang panjang di hadapan Allah SWT dan hampir terjerumus ke Neraka hanya kerana adik-beradik anda mengambil 6 batang sudu hak anak anda yang menjadi anak yatim selepas anda mati?? Fikir-fikirkanlah. 

Dr. Kayra
Putrajaya.
.

Pesanan:
Oleh kerana penulisan ini mempunyai kisah rakan saya anak 5 berkenaan yang saya mendapat izin untuk disiarkan dari beliau, please credit this writing under my name. Thank you.

Sunday, 23 June 2024

Daging Korban

ISU DAGING KORBAN DAN SEDIKIT NASIHAT UNTUK SEMUA PENGURUS KORBAN. (Ajk masjid terutamanya)

Saya ada terbaca beberapa posting dan dibawah ini antaranya.

https://www.facebook.com/share/p/tRxTsioNWjXPSmss/?mibextid=oFDknk

Ramai diantara kita tau haram hukumnya penyembelih korban dibayar dengan daging korban sebagai upah seperti dalam hadith, namun ramai tidak tahu ajk masjid atau pengelola korban yg mesyaratkan jumlah daging tertentu diberikan kepada masjid atau pengelola korban juga adalah haram. Ini juga termasuk upah yg dilarang. 

Ada masjid hanya memberikan 5kg sahaja kepada pemilik korban atau ada yg kurang seperti dalam kes yg disebutkan dalam postingan ini. Perbuatan ini adalah haram. Mereka beranggapan 5kg itu adalah ⅓ dari bahagian seorang pemilik korban dan ini adalah salah.

Sepatutnya semua daging korban itu adalah milik si penama. Keseluruhannya dan bukan hanya ⅓ sahaja. Jika seekor lembu dikongsi 7 penama maka daging lembu tersebut adalah milik mereka bertujuh dan tidak bole diambil sedikit pun oleh pihak masjid. Walau hanya secuping telinga lembu. Tidak juga bole diambil oleh sukarelawan² korban yg membantu. Mengambil daging tersebut termasuk perbuatan larangan Nabi dalam hadith yg ramai kita tau.

Baru² ini saya hadiri satu sembelihan korban di satu masjid disini. Kerana saya tidak mampu membantu jadi saya cuma duduk memerhatikan pengurusan mereka. Pengurusan mereka baik yg diatur oleh seorang ustaz muda. Saya kongsikan caranya.

Setiap lembu korban yg disembelih dikumpulkan dan dilapah oleh pemilik korban masing². Jika ada yg tidak hadir akan dibantu oleh sukarelawan masjid. Setelah selesai ditimbang setiap ekor lembu dijumlahkan jumlah daging dan dibahagikan tujuh bahagian. Pemilik korban dipanggil untuk mengambil keseluruhan daging mereka. Contohnya jika jumlah daging seekor adalah 100kg maka setiap pemilik korban layak dpt 14kg seorang.

Mereka akan ditanya samada mereka ingin mengambil keseluruhan daging atau mereka akan mewakilkan masjid untuk mengagihkannya. Ada dikalangan mereka memang awal² memberikan keseluruhan kepada pihak masjid sebagai wakil untuk diberikan kepada orang yg layak atau untuk dimasak oleh pihak masjid. Cara ini amat baik. Adil dan tidak menzalimi pemilik korban.

Ada masjid lain awal² lagi mesyaratkan kepada pemilik hanya mengambil 1-5kg sahaja setiap tahun. Dan perbuatan ini adalah salah kerana :

1) Daging tersebut milik mereka dan bukannya pihak masjid. Dan mereka la yg layak membahagikan samada keseluruhan untuk org miskin atau saudara mara mereka. Pihak masjid tidak bole mesyaratkan pemilik hanya mengambil ⅓ sahaja daging mereka dan selebihnya diberikan kepada masjid. Pihak masjid bole diistilahkan sebagai penyembelih sahaja yg tidak layak menerima upah daging. 

2) Berat daging korbang juga berbeza² setiap tahun. Tidak mungkin hanya 1kg saja yg layak bg mereka. Atau hanya 5kg setiap tahun. Ia berubah² mengikut berat daging semasa.

Cadangan saya kepada pihak masjid atau pengelola korban. Letakkan la nilai harga RM berkorban dimasjid. Contoh harga seekor lembu 5k maka bagi tau kepada mereka upah penyebelihan bersama mereka RM350 (RM50 satu bahagian)

Dari RM350 itu gunakan sebagai pengurusan seperti pisau plastik dan lain² hal dan belilah daging atau kambing lain untuk digunakan sebagai juadah orang ramai. Jangan ambil daging awal² dari korban untuk dimasak sebelum dibahagikan atau meminta izin dari pemilik korban. Melainkan memang ada penama sudah menyedekahkan diawal aqad lagi. Mensyaratkan di awal kepada pemilik hanya ⅓ sahaja adalah salah.

Bertakwalah kepada Allah semoga kita terhindar dari perkara² haram. Berusaha sebaik mungkin menghindari perkara haram moga keberkatan menyaluti kehidupan kita.

Saturday, 22 June 2024

Tasik Salt City, Utah

Tasik Besar Salt di Utah, Amerika Syarikat: Keajaiban Semula Jadi dengan Warna yang Menakjubkan

Tasik Besar Salt, terletak di Utah, Amerika Syarikat, adalah satu fenomena semula jadi yang menakjubkan. Ia bukan sahaja dikenali sebagai tasik garam terbesar di Hemisfera Barat, tetapi juga terkenal kerana pembahagian airnya yang unik melalui pembinaan laluan kereta api yang memisahkan tasik ini kepada dua bahagian berbeza warna.

Pembahagian ini memang adalah laluan kereta api yang dikenali sebagai Lucin Cut-off, dibina oleh Southern Pacific Railroad untuk memendekkan perjalanan dan mengelakkan laluan yang curam dan berliku. Laluan ini merupakan satu keajaiban kejuruteraan pada zamannya dan masih berfungsi sehingga kini.

Bahagian biru Tasik Besar Salt bercampur dengan air tawar dari tiga sungai yang berbeza, menyebabkan kandungan garamnya jauh lebih rendah berbanding bahagian merah jambu. Di seberang laluan kereta api, bahagian merah jambu tasik ini mempunyai hampir sepuluh kali ganda kepekatan garam lautan. Warna merah jambu ini dihasilkan oleh organisma halofilik yang hidup dalam keadaan garam tinggi dan memberikan air warna merah jambu yang menakjubkan.

Tasik Besar Salt juga merupakan contoh penting dalam kajian geologi. Ia terletak dalam lembangan besar yang dibentuk oleh proses geologi selama berjuta-juta tahun. Perubahan iklim dan aktiviti manusia telah mempengaruhi saiz dan keadaan tasik ini dari masa ke masa. 

Keadaan geologi tasik ini amat menarik kerana ia menunjukkan bagaimana perubahan semula jadi dan buatan manusia boleh membentuk ekosistem yang unik. Tasik ini juga menunjukkan bagaimana persekitaran ekstrim dapat menyokong kehidupan, menjadikannya subjek kajian penting bagi ahli biologi dan ekologi.

Adakah Tasik Besar Salt Tempat Lawatan?

Ya, Tasik Besar Salt adalah destinasi pelancongan yang popular. Ramai pengunjung datang untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan dan keunikan tasik ini. Aktiviti seperti berenang, mendayung, dan fotografi adalah antara aktiviti popular di sini. Jadi, jika anda ingin "OOTD" (Outfit of the Day) dengan latar belakang yang luar biasa, tasik ini adalah tempat yang sesuai.

Bagaimana Cara Melawat dari Malaysia?

Untuk melawat Tasik Besar Salt dari Malaysia, anda boleh menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Salt Lake City, Utah. Penerbangan ini biasanya memerlukan satu atau dua transit, bergantung kepada syarikat penerbangan yang anda pilih. Setelah tiba di Salt Lake City, anda boleh menyewa kereta atau menggunakan pengangkutan awam untuk ke Tasik Besar Salt. Perjalanan dari bandar Salt Lake City ke tasik ini mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit.

MasyaAllah, fenomena seperti Tasik Besar Salt ini mengingatkan kita tentang kebesaran ciptaan Allah. Keunikan dan keindahan alam semula jadi adalah tanda kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Setiap elemen di bumi ini mempunyai peranan dan keindahannya tersendiri yang tidak dapat ditandingi oleh ciptaan manusia. Semoga kita sentiasa mengagumi dan bersyukur atas kebesaran ciptaan-Nya.

Tasik Besar Salt adalah satu contoh hebat bagaimana keajaiban alam boleh membawa kita lebih dekat kepada pemahaman tentang dunia kita dan ciptaan-Nya yang agung. Semoga artikel ini memberikan pengetahuan dan inspirasi kepada anda semua.

Oleh Mazlan Syafie