Wednesday, 12 July 2023

Siapa Mengkarung

UMNO Bukan Parti Mengkarung, Tak Perlu Dalil Untuk Kekal Signifikan

1. UMNO bukan parti mengkarung, yang boleh sesuka hati menukar warna kulit, demi kepentingan politik sendiri. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengegaskan hal demikian dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023. Hal ini adalah berikutan tuduhan sesetengah pihak bahawa kerjasama politik UMNO dalam Kerajaan Perpaduan akan menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera.

2. Sebaliknya, UMNO tetap teguh memegang nilai Islam, Melayu dan Bumiputera di Malaysia, tanpa sekali-kali mengenepikan kepentingan dan hak agama dan kaum yang lain. Malah, UMNO sejak sekian lama sudah menjadi penimbang tara dalam persimpangan politik yang berlaku di negara ini. 

3. Susulan insiden 13 Mei 1969, UMNO menjadi watak penting dalam usaha untuk memberikan terjemahan yang lebih jelas tentang soal perkongsian kuasa dan pengagihan ekonomi negara. Daripada usaha itulah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) digarap oleh Allahyarham Tun Abd Razak untuk menghapuskan segregasi masyarakat mengikut sektor ekonomi yang sebelum ini diamalkan di Tanah Melayu.

4. Kemudian, UMNO turut menjadi watak utama sebagai teras kerjasama dalam Barisan Nasional yang mana keanggotaannya merangkumi parti pelbagai bangsa malah agama, yang pernah mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun sekali lagi, UMNO sebagai peneraju gabungan tersebut, membuktikan bahawa keharmonian boleh wujud dengan meletakkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera di atas, tanpa mengabaikan kepentingan pihak-pihak lain. 

5. Kepentingan UMNO sebagai penengah dalam kancah politik Malaysia terus berlaku sehingga ke hari ini. Dalam usaha UMNO melakukan penyesuaian politik dengan kerjasama-kerjasama politik terkini, UMNO tidak pernah menggadaikan prinsip utama untuk memperjuangkan hak Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini. Buktinya, syarat utama yang diberikan oleh Barisan Nasional sebelum menyertai Kerajaan Perpaduan adalah pembentukan dasar, program dan pendirian kerajaan, hendaklah menjunjung hak keistimewaan Islam, Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Situasi ini nyata berbeza dengan tuduhan bahawa UMNO adalah mengkarung politik. Sebaliknya, mengkarung politik yang sebenar adalah pihak lain yang kerap memainkan dalil-dalil agama untuk menyokong tindakan-tindakan mereka. Anehnya, apabila tindakan mereka berbeza dengan dalil awal yang digunakan, akan hadir pula dalil baharu yang menghalalkan perbuatan baharu mereka.

7. Sebagai contoh, dahulunya pihak tersebut menggunakan isu peruntukan dalam RUU 355 sebagai peluru politik, kononnya mereka mahu lebih mengangkat hak Islam di negara ini, sehingga sanggup mengkafirkan UMNO. Namun setelah mereka memegang tampuk pemerintahan negara sebelum ini, tidak pernah sekalipun RUU 355 ini menjadi agenda dalam pemerintahan mereka.

8. Begitu juga, dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Sebelum ini, mereka menyatakan bahawa tidak ada mudarat pun untuk agama lain menggunakan kalimah suci tersebut. Namun kini, merekalah yang beria-ia mengatakan tidak boleh digunakan. Padahal, pegangan UMNO serta kerajaan hari ini konsisten dengan pandangan Raja-Raja Melayu seperti peruntukan dalam Perlembagaan di mana kalimah-kalimah suci tersebut tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Semenanjung Malaysia.

9. Tohmahan mereka bahawa UMNO mengesampingkan agama juga lari jauh dari realiti. Hakikatnya, UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ini berjaya mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan untuk dana sejumlah RM1.5 billion kepada JAKIM, yang disalurkan kepada pelbagai institusi Islam, termasuk peruntukan RM150 juta untuk melaksanakan Dasar Tahfiz Negara. Usah dilupa juga program Maahad Tahfiz TVET dan Ulul Albab di MRSM. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO dalam menjaga keistimewaan Islam di Malaysia.

10. Dalam isu pembelaan orang Melayu dan Bumiputera pula, sumbangan UMNO cukup besar. Cetusan idea untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, MARA, FELDA, Petronas, UKM dan UiTM, adalah merupakan gagasan besar UMNO dalam melakukan rekayasa kejuruteraan sosial. Kesemua ini menjadi bukti bahawa UMNO tidak pernah mengesampingkan agenda pembangunan Melayu, malah sentiasa meletakkan kepentingan Melayu dalam pembangunan ekonomi nasional.

11. Walau apa pun tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada parti keramat ini, di akhirnya tiada siapa mampu menidakkan jasa serta sumbangan UMNO terhadap pembelaan Islam, Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Malah, dalam evolusi UMNO untuk menyesuaikan diri dengan kancah politik semasa, UMNO tidak sesekali menjadi parti mengkarung yang berpura-pura dan hanya menunggang dalil untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Saturday, 8 July 2023

Harga Telur tak boleh jaga, macamana nak jaga negara


Tulisan Najib Razak

Saudara RotiKaya,

Terima kasih atas peringatan pada apa yang saya pernah cakap pada tahun 2019.

Memang benar bahawa kalau harga telur pun tak boleh kawal maka bagaimana nak kawal kerajaan?

Seperti dalam artikel tahun 2019 yang kamu kongsi, harga telur gred AAA naik 59.2% ke 43 sen sebiji dan telur gred C naik 67% ke 40sen pada ketika itu - jauh lebih tinggi berbanding masa kerajaan BN dahulu sebelum PRU14.

Tapi bandingkan dengan harga siling ketika ini iaitu 45sen bagi telur gred AAA (kenaikan 2 sen atau 4.6% berbanding tahun 2019) dan 41sen bagi telur gred C (naik 1 sen atau 2.5%).
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=263068

Perlu juga ingat bahawa tahun 2019 itu tak ada pandemik, tak ada gangguan ke atas rantaian bekalan dunia dan harga dedak tak melambung tinggi.

Inflasi dunia juga tak melonjak tinggi pada tahun 2019 seperti hari ini di mana inflasi UK dan USA merupakan paling tinggi sejak 40 tahun lalu akibat pandemik dan perang Rusia-Ukraine.

Saya pasti korang tahu bezakan kenaikan 59.2% ke 67% pada tahun 2019 dengan kenaikan 2.5% ke 4.6% tahun ini berbanding 2019?

Perlu ingat bahawa sejak April 2021, saya sudah memberi amaran bahawa kaedah kerajaan untuk hanya kawal harga tanpa menyelesaikan harga asas iaitu kenaikan mendadak kos pengeluaran hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga sebab tiada siapa yang akan menternak jika terpaksa menjual pada harga di bawah kos.

Dan masa itu juga saya telah saran kerajaan beri subsidi kepada pengeluar ayam.
https://www.edisi9.com.my/2021/04/najib-kata-kawal-harga-ayam-tidak-selesai-masalah-pokok/

Namun kerajaan tidak hirau saranan saya sehingga benar-benar berlaku kekurangan bekalan.

Tapi saya tak pernah henti bersuara sebab ayam dan telur merupakan sumber protein utama Rakyat Malaysia.

Bulan Sept 2021, saya suarakan lagi kebimbangan saya tentang salah langkah kerajaan:
https://malaysiagazette.com/2021/09/22/kawalan-harga-ayam-kaedah-lama-najib/

Bulan Nov 2021: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/22/kawal-harga-tak-selesai-masalah-kata-najib-susulan-harga-ayam-telur-naik/

Bulan Feb 2022: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-ayam-telur-entah-dah-berapa-kali-saya-beri-amaran-najib-345804

Bulan Mei 2022: https://www.samudera.my/3-solusi-bekalan-ayam-najib-razak/

Akhirnya pada minggu lepas, kerajaan ikut juga dengan saranan saya untuk menetapkan harga siling DENGAN subsidi kerajaan pada harga di atas kos pengeluaran supaya harganya munasabah dan kekurangan bekalan tidak akan berlaku lagi.

Sebab itu, beza harga telur gred hari ini tak lebih 5% berbanding harga tahun 2019 seperti posting kamu biarpun 3 tahun sudah berlalu dan pandemik dunia memberi cabaran besar.

Tapi sekiranya posting Rotikaya adalah untuk mengecam BN hari ini, saya perlu ingatkan bahawa saya sudah banyak memberi saranan dan amaran.

Dan sekiranya, menteri ekonomi paling kanan (PPBM), menteri MITI (PPBM), Menteri ekonomi (PPBM), menteri kewangan (lantikan PPBM), menteri perladangan (ex-PPBM) dan Menteri pertanian dan industri makanan (PPBM) tak mahu dengar sepanjang tempoh itu, apa yang saya boleh buat sebab kuasa berhubung ekonomi dan harga makanan ada pada mereka.

Posting rotikaya: https://www.facebook.com/rotikaya/posts/pfbid05Asmnu9qcQfS9VGPW4c84aFU9f8RjknFzYHeXjxw1TfaNwnqaBJTD82stvfrkJn7l


Siapa merosakkan Negara


Pelik kenapa perbelanjaan kerajaan ketika zaman penyamun/pencuri dan orang yang kononnya tak pandai jaga ekonomi boleh dikawal begitu rapi sehingga defisit boleh turun 9 tahun berturut dan nisbah hutang kepada KDNK boleh turun ke 50% dengan jumlah kenaikan hutang RM380b dalam tempoh 9 tahun.

Tetapi kenapa pula perbelanjaan kerajaan boleh naik mendadak pula ketika zaman bukan penyamun/pencuri dan orang yang kononnya pandai jaga ekonomi sehingga defisit dan nisbah hutang turut mencanak naik sehingga hutang boleh tambah RM460b dalam tempoh 5 tahun sahaja?

Kewangan negara bukan rosak bila dirompak, disamun, dicuri atau disalah urus oleh Najib ke?

Kenapa jauh lagi rosak selepas Najib?

Bagaimana FELDA dan FGV berkembang


Dulu, kamu jual sebidang tanah milik kamu dengan harga RM45,500.

Sekarang, kamu beli balik tanah tersebut termasuk bonus 3 bidang tanah lebih kecil dengan harga RM14,000. Tanah itu juga telah diratakan dan disiapkan dengan infrastruktur.

Jadi, adakah kamu rugi atau untung dengan senario di atas?

Ini yang sebenarnya berlaku dengan IPO FGV pada tahun 2012.

Pada ketika harga minyak sawit melebihi RM3,000 dan Bursa Malaysia adalah hot, Felda dibayar RM6 bilion selepas menjual 1.33 bilion saham sedia ada dalam FGV (tetapi masih pegang baki kepentingan 33.7%) manakala FGV mendapat dana sebanyak RM4.9 bilion dengan menjual saham baharu untuk tujuan membeli syarikat baharu dan penananam semula berskala besar.

Tetapi selepas itu, harga saham turun tidak lama lagi sebab harga minyak sawit turun ke sekitar RM1,800 ke RM2,200 satu tan untuk tempoh memanjang bersama dengan trend harga komoditi masa itu.

Dengan dana RM4.9 bilion baharu itu, FGV juga telah membeli 6 buah syarikat sawit dalam dan luar negara termasuk Pontian Plantations, Asia Plantations dan ladang-ladang sawit Sabah dari syarikat Golden Land.

Hari ini, harga saham FGV cuma RM1.40 yang disenarai di Bursa Saham yang merupakan pasaran saham paling corot dalam dunia dalam tempoh 5 tahun selepas PRU14.

Pada harga ini, jumlah nilai keseluruhan 100% FGV adalah RM5.02 bilion.

FELDA hanya perlu bayar RM1.86 bilion untuk beli balik jumlah saham 1.33b saham yang mereka jual pada nilai RM6b pada tahun 2012.

Bukan itu sahaja, jumlah keluasan tanah milik FGV yang dibeli balik adalah lebih besar berbanding tahun 2012.

Tambahan pula, usia pokok kawasan tertanam FGV juga adalah jauh lebih muda dan prime berbanding tahun 2012 selepas FGV melakukan penanaman semula berskala besar.

Jadi, FELDA sebenarnya mendapat manfaat besar dari penyenaraian FGV pada tahun 2012 biarpun harga saham turun.

Peneroka-peneroka yang meminjam untuk melabur dalam saham FGV juga tidak rugi sebab dibayar gantirugi oleh FELDA selepas harga saham FGV turun. Malah peneroka turut pernah menerima bonus cash berpuluh ribu Ringgit setiap keluarga ketika FGV disenaraikan.

Yang rugi adalah pelabur asing dan pelabur tempatan termasuk KWSP dan Tabung Haji tetapi perlu ingat bahawa dalam tempoh itu juga prestasi KWSP dan Tabung Haji secara keseluruhan adalah sangat baik dan juga mendapat keuntungan besar dari penyenaraian IHH berhad pada tahun 2012 juga.

Selain mengambil kesempatan share market yang hot serta harga sawit yang tinggi ketika itu, Najib pernah jelaskan beberapa kali selepas PRU14 kenapa dia senaraikan FGV pada tahun 2012.

Dia kata masalah terbesar FELDA masa itu ialah pokok tua dan peneroka tua. Sebab itu, FELDA senaraikan FGV untuk menyelesaikan kedua-dua masalah ini. Masa itu, lebih 50% pokok-pokok FELDA dan peneroka melebihi usia 20% dan tidak lagi produktif. Semakin tua, semakin tidak berhasil.

Malah Tan Sri Lim Kit Siang pun pernah sebut masalah FELDA pada tahun 2009.

"Over 50% of the trees in Felda plantations need to be replanted. That translates into higher costs."
https://blog.limkitsiang.com/2012/07/02/felda-listing-a-house-of-lies/

FGV akan tanggung keperluan dana untuk penanaman semula tanah-tanah milik FELDA yang dipajak ke FGV.

FELDA pula akan guna dana dari IPO itu untuk memodenkan skim FELDA untuk menarik generasi kedua dan ketiga untuk terus tinggal di sana serta untuk memberi pinjaman kepada peneroka bagi penananam semula tanah-tanah milik peneroka dan juga untuk membina rumah kedua atau tujuan pendidikan anak-anak.

Kebanyakan matlamat-matlamat yang dijelaskan Najib adalah tercapai.

Jika dia tak buat masa itu, mungkin FELDA sudah tidak wujud hari ini atau dalam masa 10 tahun lagi.

Najib tak jahanamkan FELDA seperti dijaja propaganda mereka tetapi telah selamatkan FELDA.

Saya akan ulas tentang pinjaman peneroka nanti.

Cc : Lim Sian See