"Saya cuba yang terbaik untuk jadi hebat."—2016
Bertahun-tahun berlatih, serah jiwa raga untuk ditempa jadi pemikul nama negara. Kalau lihat pada gambar atlet terjun kita ni, sanggup tak kita hadapi latihan yang sebegitu? Pasti ramai tak sanggup.
Bila mereka bertolak ke medan pertempuran, ramai yang sokong, ramai yang sorak. Bila mereka tak bawa pulang apa yang kita harapkan, seharusnya kita kekalkan sokong.
Orang yang bertanding pasti mahu menang. Kalau ke temasya Olimpik ni, bukan lagi untuk diri sendiri, tetapi untuk tanah air. Besar pengharapan yang dibawa tu. Jadi bila tercapai, besar juga impaknya.
Oleh itu, kita perlu sokong mereka. Sokongan dalam apa jua bentuk. Pagi ini Malaysia tak dapat kutip pingat, petang nanti masih boleh selera makan, malam nanti kita masih boleh tidur lena.
Tidak semestinya mudah begitu, buat atlet negara. Lagi-lagi bila terlihat dan terbaca berita pencapaian mereka yang dilaporkan di garis-garis masa dan ruangan-ruangan komen sosial media.
Pastinya, mereka(atlet) boleh terima keputusan pertandingan. Mereka sangat faham bahawa menang dan kalah itu memang adat pertandingan. Namun, kita cubalah untuk ringankan bebanan emosi mereka.
Dikala ini, mereka lebih perlukan sokongan kita berbanding masa-masa yang lain.
"Saya hargai semua sokongan dan galakan kalian. Mohon jangan berhenti(menyokong), dan tak usah mula membenci."
Kalah atau menang, kalian akan dihargai.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Malaysia
#OlimpikTokyo2020
No comments:
Post a Comment