Sunday, 1 August 2021

Nilai Ahli Parlimen Pagoh

KENYATAAN MEDIA KETUA UMNO BAHAGIAN PAGOH

1hb Ogos 2021

Sekampit Beras 5 kg, Labu Air Dan Separuh Kobis, Imej Parlimen PM
----------------------------------------

Sekembalinya saya dari Felda Maokil yang dikenakan PKPD minggu ke tiga bagi penghantaran Fasa keempat barangan dari UMNO Bahagian Pagoh. Rasanya terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai kerajaan gagal yang sedang dilaungkan sekarang ini. 

Keadaan politik terkini amat mendukacitakan. UMNO Pagoh sedar Kerajaan Perikatan Nasional hari ini lebih dilihat untuk menjaga kedudukan dan jawatan mereka. Lebih mengecewakan tindak tanduk Perdana Menteri dilihat mengenepikan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong untuk membincangkan Ordinan Darurat Di Parlimen. 

UMNO tidak sepatutnya bersekongkol dengan tindak-tanduk ini. Kita sedar Yang di-Pertuan Agong telah murka berdasarkan warkah yang terbaru ini.

UMNO perlu menguruskan keadaan ini dengan sebaiknya. Oleh kerana keadaan wabak semakin meningkat, ekonomi negara masih tidak stabil dan pembubaran parlimen bukan jalan yang terbaik, maka pucuk pimpinan kerajaan perlu dipilih di kalangan Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional + BN yang mampu memperbaiki keadaan ini. Kita tidak mahu kerajaan ini terus dilihat gagal walaupun telah melalui Darurat dan PKP yang masih dilihat buntu. Kemudi yang berkemampuan perlu dipilih dan dilantik. Saya difahamkan Presiden UMNO Dan Pas Yang mencadangkan nama Tan Sri Mahaidin Md Yassin sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Maka tidak salah kiranya Presiden UMNO bertanggungjawab meminta PM 8 meletak jawatan pada ketika ini.

Kegagalan ini perlu dihentikan. Rakyat sudah bosan dengan mainan politik untuk kepentingan diri dan kedudukan. Rakyat lebih memikirkan kehidupan harian mereka yang semakin sukar dalam masa yang sama mereka mengharapkan perubahan kepimpinan ini ke arah yang menjamin masa depan mereka dan negara.

Apabila  kedudukan tidak selamat di Parlimen, mereka mencari jalan untuk menangguhkan sidang Parlimen. Kita sedar pembangkang mengambil kesempatan tidak sepatutnya di atas persidangan ini. Tetapi kita lihat menteri UMNO atau pihak menteri mempunyai ruang untuk menjelaskan agenda kerajaan dan tindakan yang telah serta akan dibuat. Bila mana ada menteri yang gagal untuk menerangkan sesuatu Isu dan menangkis sesuatu perkara yang besar, terlihat kerajaan ini gagal untuk menyakinkan semua pihak. 

Saya juga hendak memberikan beberapa contoh untuk kita renung bagaimana masyarakat Parlimen Pagoh tidak dilayan dengan sepatutnya. Apabila isu ketiadaan  Pusat Pemberian Vaksin di Parlimen Pagoh dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pembangkang, maka kelam kelibut baru hendak dibuka tetapi di Dewan yang kecil kapasitinya. Sedangkan kita UMNO,  menyuarakan terdapat banyak dewan-dewan besar dalam Parlimen Pagoh yang boleh digunakan. 

Di dalam Sidang Dewan Parlimen ini ada Ahli Parlimen memaklumkan kegagalan Perdana Menteri menjaga dan memahami is hati rakyat khususnya dikawasan beliau.  Saya bukan hendak menyokong Ahli Parlimen berkenaan tetapi hakikatnya ada kebenaran. Saya sendiri meninjau kawasan PKPD Felda Maokil di mana UMNO telah menghantar 4 kali keperluan barangan disetiap rumah tanpa mengambil kira fahaman politik, tetapi Perikatan Nasional yang mempunyai bajet Perdana Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN telah beri barangan secara terpilih dan minggu ketiga baru menghantar kepada keseluruhan peneroka. 

Barangan untuk kampung-kampung juga tidak melalui keseluruhan Ketua-ketua Kampung tetapi lebih kepada yang mesra dengan partinya. Pada hari ini bila saya tiba di rumah, saya lihat ada yang menghantar barangan di rumah-rumah di kampung saya. Rasanya setelah dua bulan lebih kita PKP dan Darurat, baru ini nak bagi di setiap rumah walaupun baru sekampung sahaja dan publisiti je lebih. Adakah rakyat boleh bertahan, kes terus meningkat, rakyat terus terkurung dan pendapatan tiada. Kes bunuh diri terus meningkat dah lebih 1,000 orang. Saya bukan nak buat masyarakat tidak bersyukur tetapi boleh penuh ke dapur orang pagoh 'nyek' dengan barang ikut tajuk di atas? Kami UMNO Pagoh jalan terus tanpa publisiti media massa dan rakyat jadi keutamaan.  Fikir-fikirlah ya. Wassalam.

Hj Ismail Mohamed
Ketua UMNO Bahagian Pagoh

https://umno-online.my/2021/08/01/rakyat-parlimen-pagoh-terabai-muhyiddin-pilih-bulu-bagi-bantuan-ismail-mohamed/


No comments:

Post a Comment