Monday, 8 August 2022

Rafizi Kena Pukulan KO Dari DS Najib


Rafizi Kena Pukulan KO Dari DS Najib

Rafizi Kena Pukulan KO Dari DS Najib

Jangan pernah kita lupa, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, bahawa untuk memenangi pilihanraya, strategi yang digunakan adalah menghasut.

Rafizi secara jelas mengatakan untuk membuat BN/UMNO lemah, rakyat mesti dihasut dengan pelbagai cerita rekaan menimbulkan kebencian terhadap BN/UMNO.

Malah Rafizi turut akui, sekiranya pemimpin utama BN/UMNO dilihat tidak mempunyai kelemahan yang ketara, maka peribadi keluarga mereka akan diserang.





Beliau memberikan contoh, ketika permulaan DS Najib menjadi Perdana Menteri, agak sukar untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap DS Najib.

Lalu beliau mengubah strategi dengan menyerang isteri DS Najib, DS Rosmah Mansur.

Begitulah jijiknya strategi politik yang diamalkan oleh Rafizi dan Pakatan Harapan dulu, kini dan selamanya.

Dan akibat terpedaya dengan fitnah dan hasutan Rafizi, akhirnya rakyat terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal sejak 2018.

Satu fakta yang tidak boleh kita lupakan, Pakatan Harapan sebenarnya tidak mempunyai agenda yang kukuh untuk memajukan negara.

Matlamat politik mereka cuma mahu menumbangkan BN/UMNO dengan apa cara sekali pun.

Namun selepas menang dan diberikan kuasa, Pakatan Harapan hilang hala tuju dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Kenyataan ini boleh dibuktikan semasa 22 bulan mereka berjaya menawan Putrajaya.

Kini PRU 15 sudah semakin hampir.

Dan Rafizi kembali untuk menyebarkan fitnah dan hasutan di seluruh negara dengan harapan agar rakyat kembali terpengaruh dan membenci BN/UMNO.

Fitnah Pertama Rafizi – FGV

Isu Felda Global Ventures (FGV), dijaja ke seluruh negara dengan naratif pentadbiran FGV yang kononnya dilantik ketika BN/UMNO berkuasa telah salah guna kuasa.

Hasutan yang disebarkan ialah ketika peneroka menderita akibat harga sawit jatuh, pengurusan FGV menikmati gaji ratusan ribu sebulan.

Namun apabila serangan beliau dijawab dengan fakta, Rafizi mendiamkan diri.

Faktanya, pengurusan FGV yang ada sekarang adalah lantikan Azmin Ali di era Pakatan Harapan memerintah.

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/06/24/jangan-biarkan-pengerusi-fgv-lantikan-pn-terus-menghirup-darah-peneroka/

Fitnah Kedua Rafizi – Sapura Energy

Kemudian Rafizi cuba pula menghasut rakyat dengan isu Sapura Energy.

Di cipta fitnah DS Najib dengan mengatakan kononnya gesaan DS Najib supaya kerajaan membantu Sapura Energy adalah usaha ‘bail out’ yang memenuhkan poket kroni DS Najib.

Malah beliau mencabar DS Najib supaya berdebat dengan beliau dalam isu Sapura Energy.

DS Najib menerima cabaran itu dan mencadangkan supaya Rafizi berganding dengan Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan beliau.





Jelas Rafizi takut untuk berhadapan dengan DS Najib di atas pentas debat, yang muncul cuma Anwar Ibrahim seorang.

Anwar pula gagal menjawab dengan fakta untuk buktikan fitnah Rafizi bahawa DS Najib mahu mengkayakan kroni beliau melalui ‘bail out’ Sapura Energy’ adalah benar.

Sangat jelas Anwar tidak mempunyai halatuju yang jelas bagaimana untuk membangunkan semula ekonomi negara yang sudah dihancurkan oleh Pakatan Harapan.

Yang keluar dari mulut Anwar hanyalah retorik politik yang bersifat hasutan.

Akhirnya apabila tiada tindakan untuk menyelamatkan Sapura Energy, syarikat tersebut terpaksa menjual beberapa aset strategik untuk membayar hutang.

Yang rugi adalah rakyat Malaysia kerana PNB adalah pemegang saham terbesar Sapura Energy.

Yang untung adalah kroni pihak tertentu yang dikatakan telah membeli aset tersebut dengan harga yang jauh di bawah pasaran.

Ke mana Rafizi menghilang?

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/06/03/sapura-energy-mula-menjual-aset-siapa-di-belakang-keputusan-itu/

Fitnah Ketiga Rafizi – LCS

Terkini Rafizi memainkan pula isu LCS dan syarikat Boustead dalam isu pembinaan kapal perang TLDM.

Fitnah Rafizi kali ini adalah selepas beratus juta duit dibayar, namun sehingga hari ini tidak ada satu kapal pun yang telah disiapkan.

Sekali lagi Rafizi cuba mengaitkan DS Najib dan DS Zahid dengan mencipta persepsi bahawa kedua-dua pemimpin itu telah melakukan penyelewengan.

Faktanya adalah sangat jauh dari fitnah yang Rafizi cuba sebarkan.

Edisi Siasat akan membuat ulasan mengenai isu ini selepas ini.

Pertama: Aset Negara Yang Di Jual Pakatan Harapan

Rakyat Malaysia jangan lupa, yang banyak menjual aset negara ketika memerintah adalah Pakatan Harapan.

Hanya dalam tempuh 22 bulan pemerintahan mereka, beratus bilion aset strategik negara sudah dijual dengan tergesa-gesa.

Bayangkan sekiranya mereka berkuasa selama 22 tahun!!!

Berikut antara senarai aset negara yang telah Pakatan Harapan jual sepanjang 22 bulan pemerintahan mereka:

  • IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018
  • Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018
  • Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019
  • Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019
Kedua: Aset Negara Yang Di Jual Pakatan Harapan
  • Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019
  • Kementerian Kewangan (MOF) umum mahu menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion
  • Boustead milik LTAT telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019
  • Pegangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019
  • DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019
Ketiga: Aset Negara Yang Di Jual Pakatan Harapan
  • Axiata milik Khazanah pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019
  • Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019
  • FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019
  • Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019
Keempat: Aset Negara Yang Di Jual Pakatan Harapan
  • Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019
  • Pegangan Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019
  • Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019
  • Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019
  • TH Plantations umum rancangan penjualan secara lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.

Senarai tersebut telah didedahkan oleh DS Najib di dalam akaun Facebook beliau.

Sila baca di sini:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid0KMFEasB1VkuP2HiyoYF9nbPJJH4ijasivSkGhV17LrkVK8AmNCSKPRiLNduDJ6gvl

Mampukah Rafizi menafikannya, atau Rafizi terkulai dan reda selepas kena pukulan ‘knocked out’ dari DS Najib?

 



No comments:

Post a Comment