Nasihat kepada mereka yang yakin ada kehidupan selepas mati;
1. Berhentilah solat sendirian. Usahalah berada di Masjid atau surau apabila azan dilaungkan.
2. Bacalah Al Quran setiap hari siang atau malam menurut kemampuan yang penting istiqamah meskipun hanya satu muka surat.
3. Tunaikan solat sunat Tahajjud walaupun sekadar dua rakaat pendek.
4. Berhenti menonton drama-drama, filem-filem kecuali yang memiliki nilai ilmiah dan intelektual yang patuh syariah. Ingatlah, alam kubur itu sangat dahsyat. Jadi, hargailah masa kita yang sangat mahal dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah selepas kita mati.
5. Berhenti melepak di kedai-kedai kopi tanpa sebab.
6. Ambil berat tentang kesihatan dan sentiasa aktif bersukan, riadhah sekalipun dengan berjalan-jalan dan naik turun tangga. Sakit dapat menghalang ibadah. Amalkan puasa sunat.
7. Hadirilah kuliah Dhuha, Zuhur, Maghrib dan Subuh untuk menambah ilmu akhirat dan mendengar nasihat tentang kehidupan alam barzakh dan selepas dibangkitkan dari kubur. Kita kena stand by daripada sekadar sebab mati datang tepat pada masanya (kita tak tahu bila).
8. Pastikan sumber pendapatan kita halal, bukan rasuah atau hasil penipuan dan lain-lain yang haram.
9. Rajin-rajinlah ziarahi kubur-kubur dan bertafakkur tentang kematian dan hisab akhirat.
10. Banyakkan diam, kurangkan pertengkaran dan perdebatan dan habiskan masa yang selebihnya untuk membaiki hati. Kita semua bakal ahli kubur.
11. Berkawan dan bergaul rapat dengan orang alim dan soleh. Jauhilah mereka yang asyik mengajak kepada hiburan, shoping dan perkara-perkara lagha/sia-sia.
12. Pelajari ilmu bacaan Al-Quran yang betul secara berguru dan dalami ilmu Tauhid (ilmu sifat 20 untuk mengenal Allah), fiqh ibadat yang betul menurut mazhab imam kita Asy-Syafi'ie dan ilmu Tasawuf untuk memperbaiki hati.
13. Jauhi ajaran sesat lagi menyesatkan seperti fahaman wahabi, syiah, hizbut tahrir, ayah pin dll.
"MENYESAL DI DUNIA BERGUNA, MENYESAL DI AKHIRAT TAK BERGUNA"
والله أعلم ..
No comments:
Post a Comment