Monday, 15 May 2023

.Negara bakal tergolek

Negara bergerak ke kiri lagi. Negara bakal bergolak?

Ada dua perkara polisi sebelum ini yang mana menunjukkan negara telah bergerak ke kiri. Satu dasar budaya negara dirombak tanpa konsultasi awam. Tiba2 sahaja dimaklumkan ia sudah berubah dan kita ada dasar baru.

Kedua penghapusan hukuman mandatori mati (death penalty). Kita telah luluskan untuk hapuskan semua hukuman mandatori mati termasuk bagi kesalahan membunuh yang berniat dan dirancang. (Murder of first degree). Keluarga ‘mangsa pula tidak dirujuk secara keseluruhan. Kita terikut2 naratif barat HAM. (Lihat posting sebelum).

Yang pertama berlaku waktu zaman PN. Keduanya berlaku pada zaman kerajaan perpaduan (UG). Kedua2 perubahan polisi ini bermula dari kerajaan PH sekitar 2018. Saya tak tahu bagaimana polisi ini diteruskan walaupun kerajaan silih berganti. 

Tiba2 hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman penarikan balik kes Jill Ireland. Kes ini berkenaan penggunaan Kalimah Allah yang amat sensitif. Sebelum ini kes Kalimah Allah telah ditentukan oleh mahkamah persekutuan dalam kes Titular. Kalimah Allah dalam mahkamah persekutuan telah diberi maksud tuhan yang disembah oleh orang Islam. Penyalahgunaannya boleh menggugat ketenteraman awam. Saya tidak faham kenapa kes mahkamah tinggi Jill Ireland ini tidak mengikuti kes mahkamah persekutuan yang tertinggi malah bertentangan. Mahkamah tinggi ini boleh pula memutuskan bahawa penggunaan Kalimah Allah tidak menggangu ketenteraman awam. Yang menarik Affidavit syahredzan, dr azmi dan Aziz Bari dirujuk menunjukkan sebahagian muslim tiada masalah. Jadi bilamana mahkamah memihak kepada Jill Ireland ketika itu, kita dikhabarkan bahawa terdapat kekhilafan hakim dan kerajaan akan membuat rayuan ke peringkat seterusnya. Sebab itu kes ini ditunggu2 penyelesaiannya. 

Entah apa terjadi kita dikejutkan hari ini bahawa rayuan tidak akan dibuat. Tak tahu apa alasannya tetapi saya difahamkan akibat tekanan politik. Sejak 2018 kita lihat pelbagai kes ditarik balik tanpa dimaklum alasannya. Keadaan ini sungguh tidak memuaskan. Ini menimbulkan persepsi campurtangan politik dalam beberapa kes.

Apabila kes ini tidak dirayu bermakna Jill Ireland dan orang lain boleh menggunakan Kalimah Allah untuk tidak merujuk kepada tuhan orang Islam. Arahan menteri berkenaan perkara ini pula menyalahi. Bahaya keputusan ini. Ia seperti perubahan dasar budaya negara dan hukuman mandatori mati yang akan mengubah nilai budaya kita. Cuma ini lebih sensitif dan terkesan bagi umat Islam. Ramai umat Islam tidak mahu mengikuti amalan negara jiran kerana kita mempunyai nilai budaya dan amalan agama yang berlainan. 

Kerajaan perlu perjelaskan. Perlu ada akauntabiliti. Apa yang berlaku tidak patut berlaku. Kes sepatutnya diteruskan.

No comments:

Post a Comment