Saturday, 8 July 2023

Harga Telur tak boleh jaga, macamana nak jaga negara


Tulisan Najib Razak

Saudara RotiKaya,

Terima kasih atas peringatan pada apa yang saya pernah cakap pada tahun 2019.

Memang benar bahawa kalau harga telur pun tak boleh kawal maka bagaimana nak kawal kerajaan?

Seperti dalam artikel tahun 2019 yang kamu kongsi, harga telur gred AAA naik 59.2% ke 43 sen sebiji dan telur gred C naik 67% ke 40sen pada ketika itu - jauh lebih tinggi berbanding masa kerajaan BN dahulu sebelum PRU14.

Tapi bandingkan dengan harga siling ketika ini iaitu 45sen bagi telur gred AAA (kenaikan 2 sen atau 4.6% berbanding tahun 2019) dan 41sen bagi telur gred C (naik 1 sen atau 2.5%).
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=263068

Perlu juga ingat bahawa tahun 2019 itu tak ada pandemik, tak ada gangguan ke atas rantaian bekalan dunia dan harga dedak tak melambung tinggi.

Inflasi dunia juga tak melonjak tinggi pada tahun 2019 seperti hari ini di mana inflasi UK dan USA merupakan paling tinggi sejak 40 tahun lalu akibat pandemik dan perang Rusia-Ukraine.

Saya pasti korang tahu bezakan kenaikan 59.2% ke 67% pada tahun 2019 dengan kenaikan 2.5% ke 4.6% tahun ini berbanding 2019?

Perlu ingat bahawa sejak April 2021, saya sudah memberi amaran bahawa kaedah kerajaan untuk hanya kawal harga tanpa menyelesaikan harga asas iaitu kenaikan mendadak kos pengeluaran hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga sebab tiada siapa yang akan menternak jika terpaksa menjual pada harga di bawah kos.

Dan masa itu juga saya telah saran kerajaan beri subsidi kepada pengeluar ayam.
https://www.edisi9.com.my/2021/04/najib-kata-kawal-harga-ayam-tidak-selesai-masalah-pokok/

Namun kerajaan tidak hirau saranan saya sehingga benar-benar berlaku kekurangan bekalan.

Tapi saya tak pernah henti bersuara sebab ayam dan telur merupakan sumber protein utama Rakyat Malaysia.

Bulan Sept 2021, saya suarakan lagi kebimbangan saya tentang salah langkah kerajaan:
https://malaysiagazette.com/2021/09/22/kawalan-harga-ayam-kaedah-lama-najib/

Bulan Nov 2021: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/22/kawal-harga-tak-selesai-masalah-kata-najib-susulan-harga-ayam-telur-naik/

Bulan Feb 2022: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-ayam-telur-entah-dah-berapa-kali-saya-beri-amaran-najib-345804

Bulan Mei 2022: https://www.samudera.my/3-solusi-bekalan-ayam-najib-razak/

Akhirnya pada minggu lepas, kerajaan ikut juga dengan saranan saya untuk menetapkan harga siling DENGAN subsidi kerajaan pada harga di atas kos pengeluaran supaya harganya munasabah dan kekurangan bekalan tidak akan berlaku lagi.

Sebab itu, beza harga telur gred hari ini tak lebih 5% berbanding harga tahun 2019 seperti posting kamu biarpun 3 tahun sudah berlalu dan pandemik dunia memberi cabaran besar.

Tapi sekiranya posting Rotikaya adalah untuk mengecam BN hari ini, saya perlu ingatkan bahawa saya sudah banyak memberi saranan dan amaran.

Dan sekiranya, menteri ekonomi paling kanan (PPBM), menteri MITI (PPBM), Menteri ekonomi (PPBM), menteri kewangan (lantikan PPBM), menteri perladangan (ex-PPBM) dan Menteri pertanian dan industri makanan (PPBM) tak mahu dengar sepanjang tempoh itu, apa yang saya boleh buat sebab kuasa berhubung ekonomi dan harga makanan ada pada mereka.

Posting rotikaya: https://www.facebook.com/rotikaya/posts/pfbid05Asmnu9qcQfS9VGPW4c84aFU9f8RjknFzYHeXjxw1TfaNwnqaBJTD82stvfrkJn7l


No comments:

Post a Comment