Saya fikir banyak benda mengenai negara kita yang tidak betul dan harus di rombak jika kita mahu negara ini melonjak ke hadapan.
Antara legasi peninggalan Dr Mahathir PM4 yang saya berpendapat paling toksik dan paling meranapkan negara adalah model ekonomi yang memberatkan kaum kapitalis dan kayangan dan rakyat marhein di anggap sebagai suatu blok yang boleh di manipulasi untuk memenuhi kantung golongan ini.
Amalan "rent-seeking economy" ini terlalu berleluasa - setiap ahli politik dan pengikutnya mencari jalan untuk mendapat "rent seeking opportunities". Sebagai contoh, jumlah rent-seeking opportunities yang terbuka semasa pandemik Covid pun di rebut-rebut antara mereka, dari golongan warna kuning sampailah yang sokong (bodek) kerajaan yang memerintah ketika itu.
Negara ini bagaikan di reka struktur untuk kemudahan golongan ini - bukannya untuk rakyat jelata. Untuk mereka semua di mudahkan, dari sumber harta kekayaan, gelaran dan kesenangan hidup. Nak letak kereta terpampang di pintu utama? No problem. Cuba kita letak kereta kita. Awal-awal dah kena halau. Berapa anak-anak ahli politik bergelar Datuk? Bapak Datuk Seri, anak dua orang Datuk. What rubbish is this?
Mereka juga mendapat layanan istimewa dari pihak-pihak berkuasa, dari jabatan-jabatan kerajaan, dalam semua perkara. Dalam aplikasi undang-undang pun ada double standard. Bukan saya tidak tahu.. kalau anak raja, anak Tan Sri, senyap-senyap lepas...
Malah, terdapat terlalu ramai pengusaha perniagaan juga fikir begini.. mengidam dapat kontrak konsesi dari Kerajaan, perah duit rakyat 50 tahun, 80 tahun. Ini semua dapat ilham dari mana? Dari idea konsesi toll Dr Mahathir.
Kalau ikutkan model ekonomi Dr Mahathir sepenuhnya, dalam bentuk originalnya, celik-celik mata, dari pam jamban hinggalah nak makan nasi, semuanya duit mengalir keluar dari poket berjuta rakyat ke poket 50-60? bangsawan dan kroni. Setiap hari, duit kita keluar sampai kita mati, duit yang kita perolehi dari kederat peluh kita sendiri dan bukan duit dari tender nego yang kita dapat sebab kita bukan anak Tun Whatever, anak Bekas Menteri Whatever.
Mungkin rakyat marhein tidak tahu tetapi hampir saban hari, setiap minggu itu sudah pasti, DS Najib di datangi oleh golongan bangsawan dan kapitalis ini, sama ada secara peribadi atau menghantar wakil warna kuning, meminta deal itu, deal ini. Non-stop. Tak cukup-cukup.
Rakyat biasa, rakyat marhein perah otak, perah kederat untuk cari nafkah. Mereka? Tak habis-habis menempek duit Treasury. Yang bayar cukai siapa? Kita.
Sebab itu saya faham mengapa rakyat marhein kawasan bandar tolak kerajaan UMNO. Katakanlah seorang penghantar makanan Grab.. dia lihat dengan matanya sendiri anak menteri bawa kereta Ferrari. Tak sakit hati?
Menantu Perdana Menteri pun ambil kesempatan nak supply itu dan ini.
Saudara-mara in-law Perdana Menteri pun dapat kontrak macam-macam.
Sampaikan gerai PWTC waktu PAU pun habis isteri seorang menteri/penasihat sapu. Siapa nak niaga, sewa atas tangan dia.
Jika saya mohon AP import tepung, ingat dapat? Ehh, kontrak bawak masuk telur dari India, siapa dapat?
Benda-benda macam ini telah terlalu lama berleluasan.
Malaysia adalah sebuah negara yang amalkan demokrasi, political democracy but not economic democracy.
In terms of economy, ekonomi kita masih di dalam zaman feudal, di dominasi oleh golongan bangsawan dan konco-konco towkay mereka.
PMX nak sangat jadi hero populis rakyat? Inilah satu-satunya yang dia boleh buat untuk betul-betul menjadi pahlawan rakyat.
No comments:
Post a Comment