Saturday, 8 July 2023

Bagaimana FELDA dan FGV berkembang


Dulu, kamu jual sebidang tanah milik kamu dengan harga RM45,500.

Sekarang, kamu beli balik tanah tersebut termasuk bonus 3 bidang tanah lebih kecil dengan harga RM14,000. Tanah itu juga telah diratakan dan disiapkan dengan infrastruktur.

Jadi, adakah kamu rugi atau untung dengan senario di atas?

Ini yang sebenarnya berlaku dengan IPO FGV pada tahun 2012.

Pada ketika harga minyak sawit melebihi RM3,000 dan Bursa Malaysia adalah hot, Felda dibayar RM6 bilion selepas menjual 1.33 bilion saham sedia ada dalam FGV (tetapi masih pegang baki kepentingan 33.7%) manakala FGV mendapat dana sebanyak RM4.9 bilion dengan menjual saham baharu untuk tujuan membeli syarikat baharu dan penananam semula berskala besar.

Tetapi selepas itu, harga saham turun tidak lama lagi sebab harga minyak sawit turun ke sekitar RM1,800 ke RM2,200 satu tan untuk tempoh memanjang bersama dengan trend harga komoditi masa itu.

Dengan dana RM4.9 bilion baharu itu, FGV juga telah membeli 6 buah syarikat sawit dalam dan luar negara termasuk Pontian Plantations, Asia Plantations dan ladang-ladang sawit Sabah dari syarikat Golden Land.

Hari ini, harga saham FGV cuma RM1.40 yang disenarai di Bursa Saham yang merupakan pasaran saham paling corot dalam dunia dalam tempoh 5 tahun selepas PRU14.

Pada harga ini, jumlah nilai keseluruhan 100% FGV adalah RM5.02 bilion.

FELDA hanya perlu bayar RM1.86 bilion untuk beli balik jumlah saham 1.33b saham yang mereka jual pada nilai RM6b pada tahun 2012.

Bukan itu sahaja, jumlah keluasan tanah milik FGV yang dibeli balik adalah lebih besar berbanding tahun 2012.

Tambahan pula, usia pokok kawasan tertanam FGV juga adalah jauh lebih muda dan prime berbanding tahun 2012 selepas FGV melakukan penanaman semula berskala besar.

Jadi, FELDA sebenarnya mendapat manfaat besar dari penyenaraian FGV pada tahun 2012 biarpun harga saham turun.

Peneroka-peneroka yang meminjam untuk melabur dalam saham FGV juga tidak rugi sebab dibayar gantirugi oleh FELDA selepas harga saham FGV turun. Malah peneroka turut pernah menerima bonus cash berpuluh ribu Ringgit setiap keluarga ketika FGV disenaraikan.

Yang rugi adalah pelabur asing dan pelabur tempatan termasuk KWSP dan Tabung Haji tetapi perlu ingat bahawa dalam tempoh itu juga prestasi KWSP dan Tabung Haji secara keseluruhan adalah sangat baik dan juga mendapat keuntungan besar dari penyenaraian IHH berhad pada tahun 2012 juga.

Selain mengambil kesempatan share market yang hot serta harga sawit yang tinggi ketika itu, Najib pernah jelaskan beberapa kali selepas PRU14 kenapa dia senaraikan FGV pada tahun 2012.

Dia kata masalah terbesar FELDA masa itu ialah pokok tua dan peneroka tua. Sebab itu, FELDA senaraikan FGV untuk menyelesaikan kedua-dua masalah ini. Masa itu, lebih 50% pokok-pokok FELDA dan peneroka melebihi usia 20% dan tidak lagi produktif. Semakin tua, semakin tidak berhasil.

Malah Tan Sri Lim Kit Siang pun pernah sebut masalah FELDA pada tahun 2009.

"Over 50% of the trees in Felda plantations need to be replanted. That translates into higher costs."
https://blog.limkitsiang.com/2012/07/02/felda-listing-a-house-of-lies/

FGV akan tanggung keperluan dana untuk penanaman semula tanah-tanah milik FELDA yang dipajak ke FGV.

FELDA pula akan guna dana dari IPO itu untuk memodenkan skim FELDA untuk menarik generasi kedua dan ketiga untuk terus tinggal di sana serta untuk memberi pinjaman kepada peneroka bagi penananam semula tanah-tanah milik peneroka dan juga untuk membina rumah kedua atau tujuan pendidikan anak-anak.

Kebanyakan matlamat-matlamat yang dijelaskan Najib adalah tercapai.

Jika dia tak buat masa itu, mungkin FELDA sudah tidak wujud hari ini atau dalam masa 10 tahun lagi.

Najib tak jahanamkan FELDA seperti dijaja propaganda mereka tetapi telah selamatkan FELDA.

Saya akan ulas tentang pinjaman peneroka nanti.

Cc : Lim Sian See

No comments:

Post a Comment