Friday, 30 September 2022

Mahathir Pengkhianat

Apa yg hamba terfikir mengenai sosok individu bernama Mahathir A/L Iskandar Kutty ?

Allah dah bagi peluang untuk Mahathir berundur secara terhormat dengan membawa bersama gelaran negarawan. Namun apa yg berlaku hingga kini adalah sebaliknya...

Adakah kita tak pernah terfikir dah beberapa kali Mahathir letak jawatan dalam MT UMNO dan sesuka hati keluar-masuk UMNO BN ? 

Sudah berapa kali Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ?
Perdana Menteri Malaysia ke 4
Perdana Menteri Malaysia ke 7
Perdana Menteri Interim Malaysia 
Dan sekarang masih terus berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke sekian kalinya.

Sudah berapa ramai ahli politik dan pemimpin dari kepimpinan politik melayu bumiputera yg dicantas, dijatuhkan dari kedudukan dan dibunuh kerjaya politik mereka oleh Mahathir? Ini telah berlaku dan terus berlaku semenjak dari zaman Tunku Abd Rahman Al Haj mantan Perdana Menteri Malaysia pertama hingga kini.

Pernah seorang almarhum pemimpin politik dari kalangan kepimpinan PAS mendoakan moga Mahathir diberi umur yg panjang agar Mahathir dapat melihat sendiri segala kerosakan yg Mahathir telah lakukan terhadap negara ini. Mungkin ada kemakbulan dari doa tersebut dan mungkin inilah takdirnya Mahathir. Kerosakan demi kerosakan terus berlaku. Mungkin ini juga ada hikmah disebaliknya, mengapa peluang usia yg panjang Allah berikan tidak digunakan untuk menginsafi diri atau untuk memperbetulkan dan memulihkan keadaan, atau mungkin mengundurkan diri dari kanca dunia politik yg penuh pancaroba ini. Namun disebaliknya, kerosakan berterusan dilakukan.

Kini Mahathir telah menjangkau usia 97 tahun, sedangkan Ratu Elizabeth the queen of the united kingdom yg muda setahun dari Mahathir telah pun pergi meninggalkan dunia.

Suatu ketika dahulu ketika Mahathir menyandang jawatan PM ke-4, Mahathir mungkin menjadi kebanggaan bagi sebahagian besar rakyat Malaysia disebabkan ketokohan dan kecemerlangan pentadbiran pimpinannya yg sedikit sebanyak telah membawa Malaysia kepada arus pembangunan dan kemajuan. Namun, jangan pernah lupa ketika itu Mahathir bernaung dibawah teraju parti apa dan bersama komponen parti apa yg membentuk kerajaan ? Pastinya parti keramat UMNO sebagai teraju utama bersama komponen Barisan Nasional BN yg memimpin negara. 

Perspektif ini harus dilihat dan dinilai secara telus dan saksama. Mahathir sebenarnya tidak bersendirian dalam membina dan membangunkan kemajuan negara, pastinya barisan para menteri dalam kabinet kementerian kerajaan masa itu yg sangat berperanan penting dalam melaksanakan dasar. Dimasa itu banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai, dan segala pencapaian ini begitu membanggakan rakyat dan negara.

Kini zaman telah berubah, Mahathir tidak lagi bersama UMNO BN. Walaupun yg demikian pengaruh politik Mahathir masih agak kuat kerana dengan kuasa pengaruh itu jugalah yg membolehkan Mahathir menjadi PM ke-7 dan memimpin kerajaan baharu Pakatan Harapan. Namun, apakah pencapaian Mahathir bersama kepimpinan baharu Pakatan Harapan ini ??

Terbukti, kerajaan Pakatan Harapan  pimpinannya ketika menjadi PM ke-7 amat menggusarkan dan menyedihkan. Disepanjang sejarah setelah kemerdekaan negara bernama Malaysia, Malaysia tak pernah mengalami keadaan parah yg sedemikian ini.

Kepimpinan negara menjadi porak-poranda haru-biru. Ekonomi negara menjunam jatuh merundum dengan drastiknya. Hutang negara menimbun melambung tinggi. Khazanah harta aset-aset negara khususnya yg behubung-kait langsung dengan pemilikan bumiputera dilelong diperjual-belikan bak sesuka hati sewenang-wenangnya.

Sistem perundangan dan kehakiman diperleceh dan diperlekehkan bak dikawal oleh kuasa2 tangan ghaib pihak tertentu. Tahap dan taraf kedudukan negara menjadi mundur terkebelakang berbanding negara2 jiran serantau. 

Pelaburan asing sedia ada cabut lari. Pelabur asing yg memberi peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat dan merupakan salah satu punca yg menjana sumber pendapatan ekonomi rakyat dan negara. 

Pentadbiran negara yg kucar-kacir menyebabkan ramai rakyat jelata dari golongan sederhana ke bawahan yg terkesan, hidup sengsara dan merana.

Apakah lagi yg rakyat harapkan dari seorang bekas PM bernama Mahathir selain dari kerosakan teruk yg ditinggalkan, kerosakan yg mungkin alan mengambil suatu tempoh jangka masa yg cukup panjang dan lama untuk dibaik-pulih semula kembali kepada keadaan baik sediakala sebelumnya.



No comments:

Post a Comment