Salam,
Sagu Mata Ikan
3 cawan sagu
3 cawan air
1 cawan gula (boleh tambah lg jika suka manis)
6 sb sirap
1 helai daun pandan
- basuh dan toskan sagu.masukkan ke dalam periuk.rendam sagu bersama air,gula dan sirap selama 15 minit.masakkan di atas api perlahan sambil dikacau selama 10 minit.
- sudukan ke dalam acuan lompang yang telah disapu minyak masak (isi sebahagian sahaja...kalau nak letak lebih pun boleh...dapatlah besar sikit kuih ni..).
- didihkan air kukusan.kukus hingga masak (kak cik kukus selama 25 minit dgn api sederhana panas)
- angkat dan sejukkan baru digaul sagu dengan kelapa kukus yg dicampur sedikit garam.
#BIKMM
No comments:
Post a Comment