AGAR2 LUMUT
Bahan A :
20gm agar2 tali
1 cawan gula
4 1/2 cawan air
*Masak atas dapur sampai agar2 dan gula larut.
Bahan B :
1 kotak kecil santan
2 biji telur
2 cawan air daun pandan pekat
1. Satukan santan, telur dan air daun pandan kacau hingga sebati. Masukkan sedikit garam.
2. Bila agar2 dan gula sudah larut masukkan bancuhan bahan B. Biarkan sampai mendidih/menggelegak barulah dikacau.
3. Tutup api dan tuang dalam bekas, siap.
*Nak buat jadi macam ni pastikan lepas masuk santan jangan dikacau biarkan sahaja menggelegak, bila dah menggelegak baru kacau. Baru dapat santan dan telur berketul kalau tak dia akan sebati semuanya.
Resepi & foto : Ayu Sabudin Bakers
No comments:
Post a Comment