Saturday, 16 October 2021

KHASIAT AIR REBUSAN SERAI DAN HALIA

KHASIAT AIR REBUSAN SERAI DAN HALIA
.
1. Mengatasi Masalah Perut 

Air rebusan serai dan halia mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

2. Melegakan Senggugut

Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum air serai dan halia setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan turut hilang.

3. Agen Pencegah Kanser 

Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

4. Menurunkan Tekanan Darah

Serai dan halia juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

5. Sebagai Diuretik

Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

6. Detoksifikasi 

Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

7. Meningkatkan Kadar Metabolisme

Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang pembakaran lemak dalam tubuh.

================================

Cara Penyediaan Air Detox Serai Dan Halia
.
- Air 1 liter
- 4 batang serai (Ketuk)
- 3 inchi halia (Ketuk)

Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air bertukar kaler macam air teh o.

Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam fridge, esok sebelum sarapan minum secawan dulu. Kalau suka boleh tambah sesudu madu atau perahan limau nipis .

Minum setiap pagi (kalau badan tak tahan panas boleh selang-seli minum).
.
Kredit : Nina Danish

No comments:

Post a Comment