Sunday, 17 October 2021

Carilah Hati yang indah

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh .

2. Sebaik bangun tidur , sebelum menggosok gigi , minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik . Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati selawat nabi 3 kali , barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut .

3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka , tadah air ditapak tangan sambil bacakan selawat nabi 3 kali , hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi , ulang usapan ini sebanyak 3 kali . Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut .

4. Selepas solat Subuh , bacalah surah Yusuf , kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam , in syaa Allah ia membuatkan wajah awet muda dari usia yang sebenar .

5. Selepas solat Isya' , amalkan baca al Fatihah 1 kali , ayatul Qursi 1 kali dan surah al Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 kali , tiupkan pada segelas air .

6. Surah al Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 kali sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi .

7. Jangan makan bersulam air , sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan dan 30 mint selepas makan .

8. Amalkan membaca al Quran dengan niat ikhlas kerana Allah swt .

9. Perbanyakkan selawat Nabi , sentiasa sedekah senyuman dan perbanyakkan solat tahajud .

Amalkan hari-hari . In syaa Allah kelihatan cantik .

Cantik bagaimana ?

Cantik hati , cantik jiwa wajah dan perasaan . Semoga bermanfaat tips ni untuk korang ❤️

#muhasabahbersama

No comments:

Post a Comment