APAKAH YG SEBENARNYA BERLAKU DI HULU LANGAT?
Tiga hari berturut ii, saya menjelajah kawasan banjir di Hulu Langat khsusunya di kawasan Sg Lui. Termasuk semalam, kali ketiga saya masuk. Di samping membawa brg ii bantuan dari rakan ii, sy sebenarnya cuba menggunakan deria ke-6 mencari jawapan APA YG SEBENARNYA BERLAKU DI HULU LANGAT pada malam kejadian. Dalam masa yg sama, saya cuba membaca HIKMAH Allah SWT yg ingin diberi kepada kita.
Ini ialah ulasan peribadi saya berdasarkan analisa di atas tanah:
Premis: Saya menolak teori air laut pasang besar kerana Hulu Langat terlalu jauh dengan laut dan aliran air sungai di sini sangat deras. Maksudnya tak membuak kembali ke Hulu Langat.
1. Punca kepala air datangnya dari Sg Peras yang hanya luasnya sekangkang saya shj. Sg ini dalam peta pun tak ada. Sg ini memuntahkan kepala airnya di Simpang Peras. Melihat pada kesan kepala air, Masyaallah. Siapa sangka sungai yg hanya luas sekangkang shj, begitu luas dan banyaknya muntah kepala air. Saya tak tahu dari mana datangnya sisa sisa kayu balak yg begitu banyak. Aliran arus Sg Peras ini mengalir laju kerana ia meneruni cerun bukit. Maka semua rumah ii atau apa sahaja yg ada di laluannya, di musnahkan. Sy tak ada jawapan atau tak jumpa jawapan kenapa kepala air Sg Peras terlalu besar. Hanya Allah SWT yv maha mengetahui.
2. 6 Kepala Air Bergabung. Hujan yang lama, lebat dan berlaku di semua tempat telah menyebabkan berlakunya 6 kepala air di 6 sungai di Hulu Langat. Enam sungai ini ialah Kepala air Sg Lui, Kepala air Sg Peras, Kepala air Sg Bagak/Sg Leweng, Kepala Air Sg Pagar, Kepala air Sg Gabai dan Kepala air Sg Langat. Apabila ia bergabung, maka berlakulah kedahsyatan yang tidak dapat di bayangkan. Momentum aliran sungai ini menjadi terlalu kuat setelah bertemu atau bergabung. Maka ia menyebabkan air sungai naik dengan terlalu cepat sehingga penduduk tak sempat bertindak dan ia turut melanda ke kawasan yang tak pernah banjir. Maka tragedi ini berlaku dlm mana penduduk langsung tak bersedia. Sila lihat ilustrasi peta.
3. Kekuatan dan momentum aliran air Sg Lui yg bergabung dgn bbrapa sg yg sy nyatakan di atas, kemudian ya bertemu dengan air Sg Langat yg luas itu. Melihat kesan ditebing kiri dan kanan, pastinya Sg Langat yang mengalir dari Pangsun pada malam itu juga ada kepala air. Sy tak pasti sama ada air Empangan Sg Langat dilepaskan atau tidak pada malam kejadian. Jika ia dilepaskan, maka ia juga turut menyebabkan air yg terlalu banyak. Maka, apa shj yg ada di kiri dan kanan Sg Langat turut musnah.
3. Corak Pembangunan Rumah. Hampir 80% rumah ii atau chalet ii di kawasan Sg Lui dan Sg Langat di bina di tepi ii sungai kerana keindahan sungai ini. Malah ada rumah ii yang tiangnya di tebing sungai. Maka apa sahaja yg ada di kiri dan kanan Sg Lui
, Sg Gabai, Sg Pagar, Sg. Bagak/ Sg Leweng dan Sg Langat akan di bawa arus yg deras itu. Kedahsyatan aliran sungai inj menjadi lebih melampau kerana aliran sungai yg bengkang bengkuk. Maknanya, arus sungai yg kuat terhalang dek tebing sungai yang bengkang bengkuk, maka ia membuak ke kawasan di kiri dan kanannya. Disinilah kawasan yg paling teruk.
4. Hampir semua dusun durian di tepi sungai dimusnahkan. Batang ii pokok durian bergelimpang di kiri dan kanan sungai. Tumbang dan tercabut dek derasnya arus.
RUMUSAN
1. Kejadian banjir melampau seumpama ini sama sekali tidak di duga dan tak terbayang akan berlaku oleh penduduk ii di sepanjang Sg Lui dan Sg Langat yg telah puluhan tahun tinggal di situ. Kalau berlaku banjir pun hanya melibatkan kawasan Nanding shj. Begitu juga dengan pihak berwajib sama sekali tidak menjangkakannya.
2. Justeru, kita akan mengambil sikap tunggu dan lihat kerana dah puluhan tahun rumah kita tak pernah dilanda banjir. Dan kita mungkin fikir, mustahil air akan sampai ke rumah kita tetapi malam itu, ia sampai. Maka semuanya menjadi sangat cemas dan kelam kabut. Juga tanpa sebarang persediaan. Kenapa nak ada bot kat rumah kerana puluhan tahun air tak pernah sampai kat rumah?
3. Dalam mana mana kejadian bencana yang tak terjangka di dunia ini, pada malam atau masa kejadian, segala-galanya adalah kelam kabut, tak dapat diurus langsung, malah kita tak tahu nak buat apa yg terbaik selain lari menyelamatkan diri. Naik atas bumbung adalah yg terbaik kerana air sudah tinggi.
4. Bantuan Dari Luar. Di mana ii kejadian bencana yg tak terjangka, pada masa kejadian tercetus, lebih ii lagi pada malam yg gelap itu, bantuan dari luar tidak akan sampai pada masa yg genting itu. Melainkan ia datang dari pasukan ii penyelamat yg ada berdekatan atau ada dalam kawasan bencana.
5. Hakikatnya masih banyak lagi penduduk yg rumah mereka selamat. Tidak terjejas sedikit pun dek rumah mereka tidak berada di laluan kepala air dan mungkin di atas tanah yg lebih tinggi. Sy rumus secara congak, rumah ii yg tak kena ialah 70%. Yg kena banjir ialah 30%. Meninjau keadaan di kawasan yg tak terjejas ini, melihat sikap dan membaca tahap keprihatinan; saya ada banyak ?????. Dlm hal ini sy ingin kongsi kisah dua hari lepas. Rakan sy yg juga mangsa banjir di Sg Lui menelefon mengatakan mereka tak ada makanan utk di makan. Sy agak terkejut kerana meihat berduyuh duyun 4x4 NGO dan org persendirian yg masuk hantar makanan. Tanpa banyak soal, saya dan dua org rakan lagi dengan segera memborong barang makanan di Mydin. Lansung kami terus ke rumah rakan saya. Perjalanan agak jauh kerana kami terpaksa masuk melalui semenyih jln sg lui.
Setelah tiba di kawasan perumahan rakan saya; saya rasa sangat kecewa. Sy kata mcm ni:
Sy: Mcm mana hang kata tak ada makanan nak makan. Ni bertimbun beras, bertong sardin org bagi.
Kwn: Kami tak boleh nak masak, katan tak ada.
Sy: Kepala ho….. kau. Kau masaklah pakai api. Tu kayu berlungguk. Letak batu ja jadi tunggu. Takkan tak
boleh masak?
Kwn: Boleh la masak tapi payah la sikit.
Sy: Apa yg payahnya? Tu, ko tengok jiran jiran kau sebelah atas. Semua rumah org berada. Air sikit pun tak kena. Takkan depa tak boleh masak utk jiran ii yg kena musibah. Di mana semangat kejiranan kau orang?
Kwn: Kalau mcm nanti tak pa la. Nanti kami masak. Ni karan tak ada, mlm gelap. Susah juga.
Sy: Yg tu TNB sedang semak main wire, esok depa akan on semua. Nak kena semak takut ada yg kena karan. Guna lilin atau bergelap lah malam ni. Apa susahnya.
Saya tamatkan disini. Sebenarnya dlm hati saya mcm mcm saya cakap cuma tak sampai hati nak lontarkan.
6. Dakwaan ATM Tidak Ada. Saya agak terkejut dengan dakwaan ini kerana saya tahu dan fasih SOP bekas briged yg saya pernah perintah iaitu 11 Briged. Maka secara diam ii saya membuat siasatan di mana pasukan yg dalam std by mood 24/7. Apa yg saya temui, pasukan std by mood 24/7 ini telah diatur gerak ke kawasan paling serius iaitu di kawasan Sri Muda, Shah Alam. Malah mereka telah digerakkan lebih awal dari jangkaan saya. Mereka digerakkan seawal jam 9 malam pada malam kejadian. Maka bantuan ke kawasan Hulu Langat sampai sekitar jam 2 pagi. Malam itu, keadaan arus sangat kuat dan ganas.
7. Bantuan kepada Mangsa banjir. Rakyat kita sudah sangat pemurah. Bertimbun ii bantuan makanan di bbrapa pusat pengumpulan. Sudah terlalu banyak. Maka kepada NGO NGO yang ingin membantu, sila buat tinjauan terlebih dahulu, supaya kita menghantar barang ii bantuan yg benar ii diperlukan oleh mangsa. Sy berpendapat, pusat ii pengumpulan ini perlu diurus dengan lebih baik. Manakala grab berkeliaran di mana ii shj. Rasa saya tak kan ada yg kebuluran di sinj.
8. Sisa Banjir. Di mana mana sisa banjir ini ada dan menjadi sampah sarap Yg tak terurus. Semua sampah ii ini dilonggokkan oleh mangsa banjir kerana ingin membersih rumah dan kawasan rumah mereka. Maka tindakan pembersihan sampah sarap inj perlu dilakukan dengan segera dengan skala yg raksasa. Saya tak pasti ini tugas siapa sebenarnya? Kalau tak diuruskan segera,ia akan menyebabkn bau, lalat dan akhirnya penyakit.
9. Kejadian banjjir di Shah Alam, dan ibu kota KL yg bermula lebih awal iaitu pada waktu petang telah memesongkan fokus pasukan penyelamat ke sana. Semua aset di arahkan ke sana. Siapapun tidak menghidu bau malang yg akan berlaku di Hulu Langat.
Saya ingin menutup tulisan ini dengan berkata:
*Gotong royong sangat penting
*Kejiranan sangat penting
Kredit : Pena Celoreng
No comments:
Post a Comment