6 Minuman Berempah untuk Memanaskan Badan Semasa Musim Hujan
Campuran rempah-rempah sangat baik untuk tubuh badan kita Sebut saja kunyit untuk mengurangkan selesema, kayu manis yang bersifat anti-bakteri, hingga halia berfungsi memanaskan badan.
1. Halia
Air rebusan halia disajikan bersama gula merah, perpaduan rasa manis dan air halia boleh memanaskan badan kalau diminum semasa musim hujan. Ya juga di jadikan ubat untuk mengurangkan selesema.
Selain menggunakan bahan utamaHalia putih atau merah, ya juga boleh dicampurkan dengan serai, kapulaga, atau daun pandan agar aromanya lebih wangi.
2. Coklat rempah panas
Cokelat bukan sahaja boleh meningkat mood, tapi ia juga dijadikan minuman yang memanaskan badan, Kombinasi rempah seperti serbuk kayu manis , kapulaga, dan bunga lawang.
Rempah-rempah seperti kayu manis, kapulaga, dan bunga lawang akan menghasilkan aroma khas yang berguna untuk melegakan nafas semasa selesema. Ditambah coklat, minuman ini juga sesuai disajikan kepada anak-anak agar daya tahan tubuhnya tetap terjaga selama musim hujan.
3. Susu
Minuman berbahan utama susu ini memang memiliki warna kuning keemasan yang di campurkan serbuk kunyit. Dikenal pula dengan nama turmeric milk atau susu kunyit, minuman dari India ini popular hingga ke Amerika kerana khasiat yang terkandung di dalamnya.
Kunyit memang telah dikenal sebagai salah satu ubat untuk selesema serta mengatasi radang kerana kandungannya yang bersifat anti-inflamasi. Selain dicampur dengan serbuk kunyit, biasanya susu juga dicampur dengan rempah lainnya seperti kayu manis,halia, dan gula batu sebagai pemanisnya.
4. Minuman berempah
Minuman berempah ini campuran semua rempah rempah terpilih yang direbus hingga mendidih.
Rempah-rempah tersebut diantaranya adalah Halia, kayu manis, pala, cengkeh, kapulaga, dan kayu sepang sebagai pewarna alaminya. Untuk mengimbangi rasa pahit rempah-rempah, biasanya ya boleh dicampur dengan madu atau gula batu
5. Air lemon
Potongan lemon yang dicampur dengan air panas bisa menjadi pilihan. Lemon dicampur dengan madu ini memiliki rasa masam dan manis. Sangat menyegarkan. Selain berkhasiat untuk menghangatkan badan, kandungan vitamin C di dalam lemon berguna untuk mengurangkan penyakit serta memperkuatkan tubuh badan sehingga tak mudah dijangkiti penyakit pada musim hujan.
6. Santan Berempah
Santan berempah merupakan minuman yang di campur santan, halia dan gula merah. Campuran ketiga tiga bahan ini boleh menghasilkan rasa pahit, manis.
No comments:
Post a Comment