Thursday, 14 July 2022

Apa itu inflasi?

Selalu dengar pasal inflasi kan?

Kalau explain kat orang kampung tu, kita cakap inflasi ni maksud dia “harga barang naik”.

Tapi kita faham ke tidak konsep sebenar inflasi? Apa jadi bila hyperinflation berlaku?

Jom baca artikel pendek ni untuk jadi lebih celik kewangan.

BAHAGIAN 1: Inflasi ni apa?

Inflasi ni bila kau bayar RM15 untuk perkhidmatan gunting rambut yang bernilai RM10 yang dulu kau bayar RM5 je masa kau kecik.

Inflasi ni sebenarnya satu istilah ekonomi yang cerita pasal kenaikan harga barang & turunnya kuasa membeli rakyat.

Inflasi ni benda kita takleh elak. Infact, inflasi yang terkawal ni bagus untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Cuma, bila cepat sangat dia naik, tu jadi masalah sebab nilai setiap Ringgit tu jadi kurang.

Kerajaan dan Bank Negara akan cuba kawal kadar inflasi ni dengan peraturan kewangan dan polisi kewangan (nilai OPR, contohnya).

Contoh inflasi:

Sebuah bakul makanan yang berharga RM100 pada April 2022, hanya berharga RM79.90 pada tahun 2010.

BAHAGIAN 2: Apa penyebab inflasi?

Mudahnya, inflasi ni jadi bila:

i. Kenaikan kos penghasilan
ii. Permintaan untuk produk & servis lebih pantas dari supply

Benda dua ni pulak berlaku sebab 3 benda:

i. Cost-Push Inflation

Harga kos penghasilan naik, harga barang naik. Pengilang akan tolak tambahan kos ini kepada end user seperti kita.

Sebab kos penghasilan ni ada banyak; Kenaikan cukai kerajaan, kenaikan bahan api, bencana alam, kekurangan tenaga kerja, kenaikan gaji minima, kenaikan kos bahan mentah, kekurangan bahan mentah dan sebagainya.

ii. Demand pull inflation

Inflasi juga berlaku bila permintaan untuk barang / servis lebih banyak dari pengeluaran.

Bila barang limited dan orang ramai nak barang tu, mereka sanggup bayar mahal.

Antara punca berlakunya benda ni pun banyak; kerajaan cetak lebih banyak duit, inovasi / teknologi baru, turunya kadar faedah, pemotongan cukai, marketing yang bagus, ekonomi yang bertambah baik & dasar semasa kerajaan.

iii. Built-in Inflation (Wage-Price Spiral)

Rakyat amnya nak gaji yang lebih tinggi disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Bila Cost-Push Inflation & Demand pull inflation yang di atas berlaku, rakyat akan demand gaji lebih mahal.

Bila gaji lebih mahal dibayar kepada rakyat, kos pengeluran juga akan naik kerana bayaran buruh naik.

Harga barang naik  ->
Rakyat mahu gaji naik  ->
Jadi bila gaji naik ->
Kos pengeluaran & pengurusan naik ->
Harga barang naik  (ulang balik dari awal)

Ulang je cycle ni sampai kiamat.

BAHAGIAN 3: Kenaikan Wang Dicetak & Inflasi

Orang selalu kaitkan kerajaan print duit lebih sebabkan inflasi.

Lambakan duit yang dicetak dalam pasaran sememangnya memainkan peranan dalam menentukan faktor cost-push dan demand-pull inflation tadi.

Meaning, duit yang dicetak ini menjadi terlalu banyak, lebih banyak dari jumlah ekonomi yang berkembang.

Duit yang dicetak > Pertumbuhan ekonomi = INFLASI

Kena ingat yang bekalan duit dicetak ni bukan bagi kesan pada duit kertas saja, tapi juga kredit, pinjaman dan pinjaman perumahan.

PENTING:|

Kena ingat yang lambakan duit yang dicetak tu akan meningkatkan permintaan dalam pasaran JIKA duit ini sampai ke tangan pengguna.

Jika duit-duit ini tidak sampai kepada pengguna, inflasi takkan begitu ketara.

Contohnya, waktu recession 2008 di US, kadar bunga pinjaman adalah rendah, tapi syarat pinjaman adalah ketat.

Akibatnya, kebanyakannya duit pada masa tersebut pergi ke tangan mereka yang kaya. Kenapa?

Sebab harga asset mengalami inflation kaw-kaw (orang kaya beli stocks & real estate) dan rakyat marhaen tak boleh buat apa-apa sebab mereka tak ada access untuk that “cheap money”.

Inflation tak berlaku dengan ketara.

Why? Sebab lebihan duit tu tak sampai pada mereka.

BAHAGIAN 4: Tahap Inflasi

i. Creeping Inflation: ๐ŸŒ 

Inflasi naik sehingga 3% setahun. Ini bagus untuk pertumbuhan ekonomi. Harga barang naik & terkawal. Pendapatan rakyat juga naik.

ii. Walking Inflation: ๐Ÿฆ›

Inflasi melebihi 3% hingga 10%, tapi tempoh dia kekal adalah panjang. Ini tak berapa bagus sebab ia permulaan kepada kerosakan pada ekonomi dasar.

iii. Galloping Inflation: ๐ŸŽ

Bila inflasi lebih 10%. Benda ni masalah besar & susah nak dikawal.

Nilai duit berkurangan pada tahap tak terkawal & kenaikan barang dah susah nak bendung.

iv. Hyperinflation: ๐Ÿ†

Bila inflation bulanan cecah 50% dalam sebulan (1000% setahun). Inflation paling ekstrim. Harga boleh naik berkali-kali dalam sehari.

Barang harga RM10 pagi, sebelum malam dah boleh cecah RM100. Time ni, duit dah hampir tak ada value.

Orang akan start hoard (kumpul) barangan takut harga makin mahal, jadi pasaraya & pasar akan kosong. Bekalan makanan terputus.

Semua simpanan wang, pelaburan, pencen semua tak bermakna sebab kuasa membeli berkurang dengan teruk.

The whole monetary system akan collapse.

End.

Artikel ini dikeluarkan lebih awal untuk bacaan group Komuniti Hi WEALTH di Facebook. Sertai komuniti kami untuk ilmu kewangan dan kelas kewangan percuma setiap minggu.

P/S: Gambar hyperinflation yang berlaku di Zimbabwe. Inflation rate dia pernah mencecah 250,00,000 %. Punyalah parah sampai kerajaan mereka pernah print duit not Z$100 trillion.

No comments:

Post a Comment