Friday, 3 September 2021

Kisah Seram Hari Ini

MAK DENGAN AYAH WARISKAN SAKA?

Percaya atau atau tidak saka keturunan memang wujud dalam masyarakat kita. Bagaimanapun ramai yang tidak tahu sama ada diri kita ini mewarisi saka tanpa disedari.

Menurut Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah, selalunya jin berkaitan saka ini melibatkan beberapa perkara seperti ilmu pertahanan diri, ilmu perubatan dan rawatan, ilmu menilik, ilmu hitam untuk menghantar sihir, santau pada musuh, ilmu saka berkaitan kecantikan, saka berkaitan urut mengurut, saka untuk menjaga kebun tanaman dan harta benda.

Ini antara tanda-tanda saka yang wujud pada diri tanpa kita ketahui dan sedari antaranya:

1. Kita mengetahui dari cerita orang terdahulu seperti ayah, datuk atau moyang bahawa keturunan kita mempunyai ilmu yang hebat seperti pernah menjadi bomoh, pahlawan, bidan, miliki ilmu kebal, ilmu ghaib, kononnya berkahwin dengan bunian dan handal mengubat.

2. Ahli keluarga adik beradik, sepupu yang melibatkan pertalian darah mempunyai simptom-simptom gangguan mimpi yang sama seperti sering mimpi bayi (menyusukan, melihat, terima bayi, melahirkan), sering mimpi didatangi seseorang memberi sesuatu seperti bungkusan atau ayat-ayat Al-Quran atau jampi serapah yang boleh digunakan untuk mengubat, menilik dan meramal.

3. Ada ahli keluarga yang tiba-tiba mempunyai ilmu seperti boleh mengurut, boleh berubat, boleh bersilat dan lain-lain tanpa mempelajarinya.

4. Keturunan mempunyai masalah yang sama seperti masalah zuriat (sering keguguran), masalah jodoh, gangguan mental, terdengar bisikan, panas baran tidak bertempat, sikap yang pelik, suka menyendiri dan seolah-olah bercakap-cakap dengan seseorang walaupun bersendirian.

5. Anggota keluarga terdahulu mempunyai simptom sakit fizikal yang sama iaitu sering sakit sendi-sendi utama 'on-off' seperti rasa berat di tengkuk, bahu, sakit belikat, sakit pingang dan lutut yang berpanjangan tidak sembuh walaupun telah melakukan perubatan moden. Penyakit kulit yang tidak sembuh-sembuh, kulit bersisik dan muka wajah berubah menjadi tua.

6. Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didiagnoskan.

7. Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat. Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.

8. Kadangkala boleh tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya itu adalah bisikan iblis dan jin. Boleh tahu barang yang hilang. Mendapat ramalan-ramalan tentang sesuatu dan perkara tersebut benar-benar terjadi.

9. Cucu-cucu yang keturunannya mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk dan agak memberontak, adakala tak mahu ke sekolah, tak mahu bekerja, tak mahu bergaul dengan orang. 

10. Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa manakala orang tua yang memiliki saka bersikap agak kurang ajar dan sangat panas baran.

11. Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang, sentiasa berlaku perkara buruk dan pergaduhan dalam rumah tangga, berkahwin dan bercerai berulang kali. Bila berkawan atau bertunang kerap putus. 

#kisahseramhariini #sakawarisan #jinsaka

No comments:

Post a Comment