TMJ seru Raja-raja perlu bersuara demi rakyat dan negara.
1. Semua maklum bahawa negara ini menggabungkan institusi Raja dengan institusi rakyat berasaskan konsep Raja Berperlembagaan dan konsep sistem Demokrasi Berparlimen. Fakta ini tidak ada siapa yang boleh sangkal.
2. Namun sebelum terbentuknya sistem berperlembagaan moden ini, Raja berfungsi sebagai tonggak utama berpusatnya segala kuasa mahupun arahan perundangan. Walau pun kini kita berpegang kepada perlembangaan yang baharu, peranan Raja juga amat penting dan berfungsi dengan baik. Malah ia turut menggambarkan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja induk kuasa dalam sistem pemerintahan negara.
3. Secara tidak langsung, ia berkait rapat dengan kenyataan terbaharu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang menyeru dan menyarankan agar Raja-Raja memainkan peranan, bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan Negara.
4. Sebelum ini kita sering lihat apabila kerabat DiRaja menasihati atau bersuara tentang hal ehwal politik negara acap kali digesa supaya jangan masuk campur. Namun pada hari ini, kepincangan dalam sistem politik negara semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.
5. Sehinggakan dalam keadaan negara berdepan dengan ujian besar seperti pandemik Covid-19, masih sahaja berpolitik. Bagaimana dengan nasib dan kepentingan rakyat jika perkara ini berterusan tanpa penghujung?
6. Oleh itu, hal ini tidak boleh dibiarkan sahaja kerana pada akhirnya rakyat juga menjadi mangsa ketamakan dan gila kuasa oleh sesetengah pihak. Jadi mutakhir ini, sangat tidak wajar dan tidak relevan jika kita berpendapat bahawa kerabat DiRaja tidak boleh masuk campur dalam hal ehwal politik negara.
7. Ya sudah jelas dalam perlembagaan termaktub bahawa konsep Raja Berperlembagaan mengehadkan kuasa dan peranan Raja-Raja Melayu.
8. Namun setidak-tidaknya bertegas dan memberi teguran kepada ahli-ahli Parlimen mahupun ADUN yang terlalu selesa duduk dikerusi sehingga kepentingan rakyat terabai. Lebih utama lagi, tunjukkan peranan untuk menasihati ahli-ahli Parlimen dan ADUN supaya hentikan tabiat lompat parti yang memburukan lagi keadaan politik negara.
9. Kerana aktiviti lompat parti inilah menyebabkan lebih banyak penubuhan parti-parti baharu yang tidak mendatangkan apa-apa fungsi pun sebenarnya. Keadaan ini tidak ubah seperti cendawan tubuh selepas hujan. Kesannya ia akan semakin memecahkan rakyat dan ummah.
10. Talian hayat rakyat dalam keadaan sekarang hanya bergantung kepada Raja-Raja Melayu untuk bersuara mengingatkan kepada semua ahli politik demi kepentingan rakyat dan negara. Jika tidak, ahli politik terus selesa dan nasib rakyat dipejudikan seperti biasa.
11. Tuntasnya, Institusi Raja dapat dilihat dengan jelas dan nyata termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. 10 peratus iaitu 19 dari 183 perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perkara-perkara berkaitan Raja yang berperanan penting dalam struktur kerajaan dan struktur Negara Bangsa.
12. Ini menunjukkan peranan Raja-Raja Melayu cukup besar dalam memastikan kestabilan negara dan juga menjaga kepentingan rakyat kerana rakyat ketika ini memerlukan penjagaan dan hala tuju yang jelas.
Sekian.
No comments:
Post a Comment