Tuesday, 20 July 2021

Apa punca kami bercerai.

Aku buat tajuk dulu.

Aku kerja di Jabatan Kerajaan. Dia sangat cemburu. Dia mintak nama2 perempuan yang bekerja satu opis dengan aku. Aku tidak tahu apa muslihat dia. Rupanya dia tulis surat kepada nama2 yang aku berikan. Dalamnya tertulis sesuatu berupa ugutan "Jangan nak menggatal dengan laki aku". Surat itu di tunjukkan oleh seorang kakak yang bertugas sebagai jurutaip. Menurutnya, ada 5 orang lagi menerima surat seperti itu. Patutlah aku rasakan macam ada tak kena, bila mereka buat acuh tak acuh kat aku. 

Kedua, dia sanggup menghalau adikku. Masa tu adikku duduk dengan aku. Adikku bercadang nak cari kerja disekitar Cheras. Aku duduk di Cheras Baru. Orang baru nak cari kerja tentulah bukan senang, perlu beberapa hari baru dapat kerja. Hari ketiga aku balik kerja, aku heran adikku takde dirumah. Aku tanya bini aku mana dia, dia cakap tak tau. Masa dulu mana ada henfon. Aku tunggulah hujung minggu untuk baluk kampung, kot2 adikku balik kampung. Bini aku tak ikut. Aku balik sorang, masa tu naik bas Foh Hup dari Puduraya.

Masa aku di kampung, aku tanya mak ada tak ayin balik. Mak kata ada. Saya tanya mana dia. Mak cakap dia dah dapat keje kat Kilang Kotak hanya 6 kilometer dari rumah. Semasa bekerja, tragedi menimpa adikku hingga 3 jari tangan kanannya putus terkena mesin. Hanya tinggal ibu jari dan jari telunjuk. Dia di masukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia memerlukan banyak darah. Jadi aku, arwah angah dan arwah maklang yang mendermakan darah. Dekat 2 bulan dia duduk di wad dan ayahlah yang rajin melawatnya semasa di wad. Selepas dibenarkan keluar doktor bagi cuti tambahan sebulan lagi. Sambil dikehendaki ke Hospital untuk tujuan pemeriksaan dan fisio.

Selepas dia pulih, dia diterima kerja semula dan menerima pampasan dari Perkeso. Dengan duit itu bolehlah dia beli motor dan ambil lesen kereta dan PSV. Dia masih dibolehkan bekerja ditempat yang sama. Tapi dia tidak lagi mengendalikan mesin seperti sebelumnya. Dia diberikan kepercayaan untuk memandu van kilang membawa pekerja. Begitulah tugasnya.

Aku lupa nak bagitau, sebab dia keluar dari rumah aku.

No comments:

Post a Comment