ISU DAGING KORBAN DAN SEDIKIT NASIHAT UNTUK SEMUA PENGURUS KORBAN. (Ajk masjid terutamanya)
Saya ada terbaca beberapa posting dan dibawah ini antaranya.
https://www.facebook.com/share/p/tRxTsioNWjXPSmss/?mibextid=oFDknk
Ramai diantara kita tau haram hukumnya penyembelih korban dibayar dengan daging korban sebagai upah seperti dalam hadith, namun ramai tidak tahu ajk masjid atau pengelola korban yg mesyaratkan jumlah daging tertentu diberikan kepada masjid atau pengelola korban juga adalah haram. Ini juga termasuk upah yg dilarang.
Ada masjid hanya memberikan 5kg sahaja kepada pemilik korban atau ada yg kurang seperti dalam kes yg disebutkan dalam postingan ini. Perbuatan ini adalah haram. Mereka beranggapan 5kg itu adalah ⅓ dari bahagian seorang pemilik korban dan ini adalah salah.
Sepatutnya semua daging korban itu adalah milik si penama. Keseluruhannya dan bukan hanya ⅓ sahaja. Jika seekor lembu dikongsi 7 penama maka daging lembu tersebut adalah milik mereka bertujuh dan tidak bole diambil sedikit pun oleh pihak masjid. Walau hanya secuping telinga lembu. Tidak juga bole diambil oleh sukarelawan² korban yg membantu. Mengambil daging tersebut termasuk perbuatan larangan Nabi dalam hadith yg ramai kita tau.
Baru² ini saya hadiri satu sembelihan korban di satu masjid disini. Kerana saya tidak mampu membantu jadi saya cuma duduk memerhatikan pengurusan mereka. Pengurusan mereka baik yg diatur oleh seorang ustaz muda. Saya kongsikan caranya.
Setiap lembu korban yg disembelih dikumpulkan dan dilapah oleh pemilik korban masing². Jika ada yg tidak hadir akan dibantu oleh sukarelawan masjid. Setelah selesai ditimbang setiap ekor lembu dijumlahkan jumlah daging dan dibahagikan tujuh bahagian. Pemilik korban dipanggil untuk mengambil keseluruhan daging mereka. Contohnya jika jumlah daging seekor adalah 100kg maka setiap pemilik korban layak dpt 14kg seorang.
Mereka akan ditanya samada mereka ingin mengambil keseluruhan daging atau mereka akan mewakilkan masjid untuk mengagihkannya. Ada dikalangan mereka memang awal² memberikan keseluruhan kepada pihak masjid sebagai wakil untuk diberikan kepada orang yg layak atau untuk dimasak oleh pihak masjid. Cara ini amat baik. Adil dan tidak menzalimi pemilik korban.
Ada masjid lain awal² lagi mesyaratkan kepada pemilik hanya mengambil 1-5kg sahaja setiap tahun. Dan perbuatan ini adalah salah kerana :
1) Daging tersebut milik mereka dan bukannya pihak masjid. Dan mereka la yg layak membahagikan samada keseluruhan untuk org miskin atau saudara mara mereka. Pihak masjid tidak bole mesyaratkan pemilik hanya mengambil ⅓ sahaja daging mereka dan selebihnya diberikan kepada masjid. Pihak masjid bole diistilahkan sebagai penyembelih sahaja yg tidak layak menerima upah daging.
2) Berat daging korbang juga berbeza² setiap tahun. Tidak mungkin hanya 1kg saja yg layak bg mereka. Atau hanya 5kg setiap tahun. Ia berubah² mengikut berat daging semasa.
Cadangan saya kepada pihak masjid atau pengelola korban. Letakkan la nilai harga RM berkorban dimasjid. Contoh harga seekor lembu 5k maka bagi tau kepada mereka upah penyebelihan bersama mereka RM350 (RM50 satu bahagian)
Dari RM350 itu gunakan sebagai pengurusan seperti pisau plastik dan lain² hal dan belilah daging atau kambing lain untuk digunakan sebagai juadah orang ramai. Jangan ambil daging awal² dari korban untuk dimasak sebelum dibahagikan atau meminta izin dari pemilik korban. Melainkan memang ada penama sudah menyedekahkan diawal aqad lagi. Mensyaratkan di awal kepada pemilik hanya ⅓ sahaja adalah salah.
Bertakwalah kepada Allah semoga kita terhindar dari perkara² haram. Berusaha sebaik mungkin menghindari perkara haram moga keberkatan menyaluti kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment