Tuesday, 28 March 2023

Najib tidak diberi keadilan

🔴SPRM telah mengenal pasti 20 individu, termasuk dua pembantu bekas Perdana Menteri yang dikenal pasti memiliki aset di luar negara yang dikaitkan dengan 1MDB.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia bahawa aset tersebut adalah dalam bentuk hartanah, wang tunai, pegangan saham, karya lukisan dan barangan kemas.

Bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner telah menamakan 20 individu tersebut, tambah sumber itu.

Sebenarnya, nama bekas pegawai Najib yang dibayar wang 1MDB oleh Jho Low dan Tim Leissner telah didedahkan ketika perbicaraan Leissner dan Roger Ng di Brooklyn, Amerika Syarikat tahun lepas.

Mereka termasuklah Amhari Nazaruddin (saksi pendakwaan utama dalam kes perbicaraan Najib, Yan Yahaya serta Allahyarham Azlin Alias dan Nik Faisal yang mana kedua-dua penama terakhir itu ditugaskan untuk menguruskan akaun bank Najib.

Perlu diingat juga bahawa peguam Roger Ng pernah mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengatakan bahawa dia dan anak guamnya mempunyai bukti yang boleh membebaskan Najib daripada tindakan mahkamah. 

Bukti itu dikatakan dimiliki oleh bekas jurubank Goldman Sachs, Roger Ng, yang terhalang dari  mendedahkannya kerana terikat kepada satu lagi perintah perlindungan mahkamah US. 
Link: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/04/13/evidence-that-could-clear-najib-is-out-of-reach-despite-court-order/

Najib sebenarnya telah memfailkan permohonan di Mahkamah US bagi memperolehi bukti ini dan telahpun menang di mahkamah yang mengarahkan DOJ (Department of Justice, Amerika) untuk menyerahkan bukti ini tetapi dihalang oleh perintah sekatan DOJ yang seterusnya. Alasan yang digunakan oleh DOJ adalah “dihalang atas kepentingan keselamatan negara".

Najib juga cuba mendapatkan SPRM dan Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan bukti-bukti ini daripada DOJ AS tetapi sekali lagi, percubaan beliau dinafikan.

Harus diingat bahawa penghakiman bertulis Nazlan dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa mereka yang menguruskan akaun Najib telah mendapat manfaat dari segi kewangan dan dengan itu individu-individu berkenaan tidak mempunyai sebab/motif untuk mengelirukan Najib mengenai status sebenar akaun Najib dan transaksinya. 

Ketika rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, DS Najib telah cuba mengemukakan bukti termasuk kenyataan SPRM serta keterangan Mahkamah Leisner yang mengesahkan Nik Faisal dan Datuk Azlin telah menerima jutaan Ringgit dari Jho Low, tetapi ia telah ditolak oleh kedua-dua mahkamah. 
Walaupun buktinya begitu jelas menunjukkan bahawa Nazlan salah dalam penghakimannya kerana mengatakan kedua-dua individu itu tidak menerima ganjaran atau mempunyai motif untuk merahsiakan maklumat akaun dari Najib. 

Kita mempunyai sistem kehakiman yang sangat pelik di mana mereka yang merembat wang dan menyorok/menyimpannya di luar negara untuk kekayaan diri mereka sendiri dilepaskan…malah dijadikan saksi pendakwaan! 

Manakala Najib dijadikan defendan tunggal, dihalang dari memperolehi keterangan/bukti yang memihak kepadanya dan juga tidak dibenarkan mengemukakan bukti yang diperolehinya sendiri  melalui saluran rasmi untuk membela diri dan membuktikan di mahkamah bahawa Nazlan jelas melakukan kesalahan dalam penghakimannya.


No comments:

Post a Comment