Monday, 31 October 2022

Zikir Harian Isnin hingga Ahad


Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Amalan zikir membawa ketenangan hati. Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya, ketahuilah bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia. Suhanallah.

Zikir Hari Isnin

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.

Bergambar - Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Hari Selasa

ALLAH HUMMA SOLLIA’LA SYAIIDINA MUHAMMAD WAA’LAA AALII SYAIIDINA MUHAMMAD.

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullah s.a.w. di dunia dan di akhirat.

Bergambar - Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Hari Rabu

ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Setiap kali dibaca zikir ini, menghilangkan satu titik hitam di dlm hati dan Allah beri keampunan kpd hambaNya.

Zikir Hari Khamis

SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL ‘AZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Allah ampunkan dosa sebanyak buih di laut, satu kali sebut, tumbuh satu pohon syurga utk kita di Taman Syurga

Zikir Hari Jumaat

LAA ILA HA ILLALLAH

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya.

Zikir Hari Sabtu

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa hidup kita.

Zikir Hari Ahad

LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

Zikir Harian Isnin Hingga Ahad, 

1001 Contoh


No comments:

Post a Comment