Monday, 21 June 2021

Rasa nak menulis semula lah

Dah lama menyepi. Dulu konon nak menulis sebab terikut anak, dia blogger, nak cuba lah tulis. Tapi idea tak datang. Ye lah, masa tu jadi driver dia. Mana ada event kena lah hantar dia. Sejak dia dah kawin bulan Ogos 2020. Dah tak jadi driver dia dah. Lalui jelah hidup seadanya menghadapi pelbagai PKP/B/P.

Sehinggalah kami berpindah balik Perlis, kampung halaman isteri. Ye lah, dia mula merantau ke KL pada 1983. Bekerja dan hidup disana. Mulanya dia hidup sebagai single mother. Banyak kisah pahit hidup dilaluinya. Sehinggalah dia bertemu aku. Aku pulak hidup tak menentu. 

Kisahnya begini, pada tahun 1986, kerajaan (Kementerian Kewangan) telah mengambil konsultan dari Kanada untuk membina sistem gaji yang efisien untuk kakitangan kerajaan. Malangnya ada satu ketika mereka telah terlebih bayar kerana masalah sistem berkenaan. Untuk mengatasi dan membuat pengauditan bank reconcilation terpaksa dilakukan.

Jabatan aku telah melantik system analyse dan programmer untuk membina data sistem bagi memasukkan data antara sistem untuk disesuaikan dengan penyata bank. Ramailah staf yang terdiri dari operator mesin prosesan data diambil dan aku dilantik sebagai koordinator menjaga dan mengatur kerja2 yang dilakukan.

Maka bermulalah kerja aku yang tak menentu masa. Demi nak mempercepatkan proses aku bekerja round the clock. Siangnya staf aku masukkan data2 dan malamnya aku datang kerja untuk tugas proses penyesuaian bank. Kadang2 datang pada hari berkenaan data belum siap di masukkan, jadi tugas aku adalah menyambung tugas staf siang. Bila aku bertugas malam maka esok siangnya bila staf siang datang aku balik lah untuk tidur pulak. Mana2 lapuran penyesuaian bank yang dah siap aku tinggalkan diatas meja pegawai yang akan membuat semakan.

Begitulah rutin aku setiap hari. Sehingga isteri aku (ex-wife dan dah arwah) menyangka aku tidur rumah perempuan lain. Sehingga aku tidur pun tak lena. Kami bergaduh. Rutin kerja aku tetap macam biasa, sehinggalah ada satu ketika di mana aku kerja siang dan balik sampai rumah lebih pukul sebelas malam. Bila aku nak masuk rumah, pintu rumah telah di tukar mangga. Di satu sudut aku nampak satu beg, aku buka dan didalamnya semua baju dan seluar aku.

Manalah aku nak tidur malam tu. Dengan kaki yang longlai aku melangkah kaki membelah malam dari rumah berkenaan (rumah setinggan kampung kerinchi, kini dah jadi Bandar). Aku tidur di kaki lima pejabat pos pantai baru. Dah lah perut lapar (masa tu mana ada grab, uber atau mycar). Aku lena dalam perut yang berkeroncong dengan dengungan nyamuk yang berkeliaran mencari ruang nak menyuntik aku. Tapi aku berselubung habis tak bagi peluang nyamuk tu nak menghisap darah aku.

Aku yang keletihan, lena lah. Sedar2 dah dengar azan subuh dari masjid berdekatan. Aku berjalan ke masjid untuk mandi dan solat. Selesai solat aku naik bas ke tempat kerja, tapi kena naik dua bas.

No comments:

Post a Comment